Bila Ujian Cinta Menjalar, Di Mana Panduannya? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bila Ujian Cinta Menjalar, Di Mana Panduannya?



Menduakan Cinta-Nya

“Salahkah bercinta?”
            “Allah yang hadirkan cinta secara fitrah, tak kan tak boleh layan?”
            “Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?”
            Kasihan remaja kita. Banyak persoalan di minda belum terjawab.
Siapa yang akan menjawabnya? Pengalaman orang-orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Mungkinkah logik minda mereka sendiri akan menjawab semuanya? Mungkinkah penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?
            Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang ma’sum (terpelihara) iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Bukan mencari fatwa di dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.
Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.
Al-Quran dan al-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban ke dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku meninggalkan kamu dua perkara, tak kan sesat siapa yang berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Malik).
Ujian cinta itu berat. Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.
Remajaku sayang,
Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Al-Sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju ke masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu merasa dinaungi cinta yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.
Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal? Agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekaligus. Insyallah, di sini, di Solusi salah satu jalannya. Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan ketemuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang-orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog-blog yang dipercayai, laman web para ulama dan sebagainya. Ini adalah jalan-jalan untuk kita lebih memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerah kepada apa yang Allah kehendaki.

Syirik Cinta
            Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.
Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-Nya. Allah SWT mendedahkan kepada kita di dalam Al-Quran,
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu  mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Surah Al-Baqarah: ayat 165).
Para ulama’ ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirkul mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.
Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehinggakan melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.
Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.
Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati.

Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-jalan “Taqrabu az-zina”?

            Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.
            Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya?
            Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu wahai remaja.
Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan?
Dirimu belum bersedia untuk berumag tangga kan?
Dirimu sedang mempersiapkan diri kan?
Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih urgensi kan?
Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ‘angau’ bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina,kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat,kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad).

Gentarlah pada firman-Nya,
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: ayat 32)
Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang ertinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. (Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253) Yakni : Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. (Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.)
            Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina?
Sms bertali arus tanpa keperluan.
Call siang malam tanpa urusan.
Chatting kosong tanpa isi.
Dating bertemankan syaitan.
Pandang-pandang tanpa pagaran.
Khalwat di tempat-tempat sunyi.
Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan.
Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat.
Dan banyak lagi.
            Inikah bukti cintamu?
            Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?
Bila Ujian Cinta Menjalar, Di Mana Panduannya? Reviewed by Fatimah Syarha on 09:47:00 Rating: 5 Menduakan Cinta-Nya “Salahkah bercinta?”             “Allah yang hadirkan cinta secara fitrah, tak kan tak boleh layan?”    ...

29 comments:

  1. salam ziarah kak fatimah,
    subhanallah,w/pun hny tulisan,tp sgt2 menusuk qalbu.
    syukran kak atas perkongsian.=)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....
    Alhamdulillah,,ilhamNya yg cukup menarik....^^,v
    Akak,mohon copy ya!
    syukran

    ReplyDelete
  3. salam kak..mohon c0py ya..ni sebagai peringatan sy sendiri..

    ReplyDelete
  4. salam kak ha...sy nk mnta share ye... jazakillahu khairan..

    ReplyDelete
  5. Saya sebenarnya keliru pasal zina hati ni...dari apa yang saya baca dari buku dan artikel Kak Fatimah...apa yang saya paham bila kita suka atau rindu seseorang yg bukan mahram dah mula ke arah ina hati..tapi dalam artikel ni (http://mefrenzz.blogspot.com/2011/04/memahami-erti-sebenar-zina-hati-serta.html)apa yang saya paham menyatakan ia hanya sekadar lango...zina hati ialah hati yang menaruh niat untuk berzina

    ReplyDelete
  6. buat adik Izahanid, Rasulullah SAW telah memberi kaedah yang mudah. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

    urusan hati....daripada kita bertanya orang lain, baik kita bertanya hati kita dan Allah SWT? duhai hati, adakah engkau sedang memikirkan perkara-perkara yang menghampiri zina (yahwa wayatamanna)? atau adakah engkau sedang bermujahadah memelihara kesuciannya?

    Mengikut kaedah,Al-Ibrah bilmusammayat laisat bilasma' (kita mengira pada hakikat sesuatu bukan pada namanya). Buat apa kita membuang masa berdebat soal nama...(ini namanya zina hatiatau tidak?) baik kita sama-sama fokus pada hakikat amal...hatiku sedang memikirkan jalan-jalan zina atau sedang berusaha bermujahadah? Mintalah fatwa dari hatimu...

    ReplyDelete
  7. Rindu dan cinta itu fitrah. Semua insan mengalaminya. Cumanya, mesej akak jelas tentang ‘cara menguruskan fitrah rindu dan cinta.’ Bermula dari menguruskan hati, pilihlah samada:
    1) Menguruskan hati yang merindu dengan membiarkannya menerawang jauh, membiarkan ia membayangkan apa saja yang ingin dibayangkannya, jangan membayangkan persetubuhan luar nikah sahaja.
    2) Menguruskan hati yang merindu dengan memperbanyakkan mujahadah dengan istighfar agar terpelihara cinta agungnya kepada Allah, dan cinta kepada makhluk semata-matauntuk mencari redha Allah SWT.
    Pilihlah cara masing-masing nak menguruskan hati. Bersedialah menghadapi natijahnya sendiri. Tak usah gaduh-gaduh. Serahkan nanti padaAllah SWT mengadilinya di dunia dan akhirat. Sama-sama saling mendoakan. Orang yang banyak berbaik sangka dan mendoakan orang lain insyallah LEBIH BAHAGIA…

    ReplyDelete
  8. Islam itu mudah. Ia bukan ekstrim dan bukan pula mengambil mudah. Rujuklah tafsiran para ulama untuk mencari kejernihan fikrah atas apa jua kekeliruan.

    ReplyDelete
  9. As Salam, tertarik dengan semua entry ustazah, sarat dengan pengajaran.. Terima kasih di atas perkongsian ini..saya mohon share mana yang berkenan ye ustazah.. Syukran..:)

    ReplyDelete
  10. salam..mohon share ye..terima kasih.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..kak fatimah syarha...
    tulisan dan nasihat2 yg baik dan berguna..
    sy mohon share n copy apa2 sja tulisan kakak sbg peringatan buat diri sy yg slalu lalai..
    trma kasih.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih...:) Sangat baik buat saya saat ini...:)

    ReplyDelete
  13. salam kak ha. Lina mohon share ye? nak beri pada kawan untuk dijadikan perkongsian. :)

    ReplyDelete
  14. salam..ust..mohon share..
    syukran... mengapai cintaNYa mendapat halawatul iman:)

    ReplyDelete
  15. Subhanallah..sngt indah kata2 di atas..
    Syukran atas ilmu perkongsian...

    ReplyDelete
  16. salam..Dijemput ke http://simusafirilahi.blogspot.com/2011/08/cinta.html

    ReplyDelete
  17. syukran kak..amat berguna untuk saya.:)

    ReplyDelete
  18. salam,akak syarha.. sy ada terbaca d surtkhabar bkaitan zina dan maksiat. ustaz tsebut mgatakan bhwa zina tu lg truk dari maksiat. beza maksiat & zina, zina tu memasukkan kmaluan lelaki ke dlm kemaluan ppuan. maksiat pula, tidur bsama,bpegang2 tgn,bciuman dll. sy nk minta pdpat kak syarha bkaitan hal ni. terima ksih.=)

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbt. pengertian sesuatu perkara selalu berbeza dari sudut bahasa dan istilah, dari sudut umum dan spesifik, dari sudut bahasa Arab dan Bahasa Melayu, dari sudut ahli fiqah dan ahli hadis malah dari sudut perspektif orang yang berkata dan konteks pendengarnya yang berbeza-beza.

    Bagi akak, zina spesifik maksudnya, iaitu memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan tanpa ikatan nikah seperti masuknya pedang ke dalam sarungnya. maksiat pula umum dan luas maksudnya. Ia meliputi semua perkara yang menderhakai Allah SWT termasuklah juga zina.

    Menurut kaedah, al-ibrah bilmusammayat laisat bil asma'. Kita mengambil pengajaran dari hakikat, bukannya nama.

    Hakikatnya, zina, perbuatan tidur bsama,bpegang2 tgn,bciuman dll itu adalah perbuatan terkutuk dalam Islam.

    Bezanya, kutukan terhadap dosa zina lebih besar. Hinggakan, dari segi fiqh jinayat (jenayah), penzina yang belum berkahwin diwajibkan sebat, manakala penzina yang sudah berkahwin, tidak layak lagi untuk hidup, mesti direjam hingga mati.

    manakala dosa-dosa berupa tidur bsama,bpegang2 tgn,bciuman dll itu bergantung kepada pihak berautoriti sesebuah negara untuk mengenakan hukuman berat ke atas pesalah-pesalah moral ini.
    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  20. salam,ustazah saya ingin bertanya 1 soalan kepada ustazah,
    sebahagian rakan2 saya mengatakan bahawa bercouple dengan niat untuk berkahwin dibolehkan,
    adakah ini benar ataupun sekadar alasan mereka sahaja,?bukankah tiada cinta sebelum berkahwin?bolehkah ustazah menjelaskan kepada saya kerana saya amat keliru dengan kenyataan ini.terima kasih

    ReplyDelete
  21. waalaikumussalam wbt.
    Kaedah syarak menyebut "al-Ibrah bilmusammayat laisat bil asma'" kita mengambil kira dengan 'hakikat nama' bukan 'nama.

    Kalau namanya berkapel sebab nak kahwin tapi hakikatnya asyik sms, call, dating, chating tanpa urusan, itu sudahpun menghampiri jalan-jalan zina.

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi menulis tentang ciri-ciri wanita dalam Islam, dalam bukunya, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Antaranya, wanita tidak bercampur dengan lelaki asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi seperti solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan agar wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya di samping tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.”

    "Mintalah fatwa dari hatimu..."(HR Ahmad).

    ReplyDelete
  22. perasaan cinta, minat, suka, kagum dan rindu itu memang wujud secara fitrah sebelum kahwin.

    Cuma, jika cinta itu tidak diuruskannya dengan jalan 'mujahadah', ia boleh bertukar menjadi fitnah, menggelap hati, menghilangkan fokus dan 'sobwah' (rindu yang cenderung pada kebodohan).

    Hassan al-Banna pernah ditanya, apakah hukum bercinta. Beliau menjawab, ia boleh jadi halal jika bercinta secara halal. Ia boleh jadi haram bila bercinta secra haram.

    dalam bahasa masyarakat kita, bila sebut bercinta sebelum kahwin, mereka memahaminya bukan sekadar menyimpan perasaan cinta sebaliknya sebagai satu perbuatan sms, call, chatting dan dating tanpa urusan.

    ReplyDelete
  23. salam..ingin brtanya..bgaimana sbenarnya yg dikatakan bercinta krana Allah??

    ReplyDelete
  24. waalaikumussalam wbt.
    Luas jika ingin dihurai.
    Cinta mak ayah kerana Allah, cinta suami atau isteri kerana Allah, cinta ummah kerana Allah.
    Semuanya dalam keadaan meletakkan Allah sebagai keutamaan dan 'sebab' kecintaan. Apa kata Allah?

    Jika ia merujuk cinta lelaki dan perempuan belum nikah, cinta kerana Allah sentiasa memikirkan bagaimana meletakkan Allah nombor satu dan prioriti?
    Kena buat apa Allah suruh, jauhi larangan-Nya seperti menghampiri jalan-jalan zina.

    ReplyDelete
  25. salam akak..nk tnya ckit..xpe ke sy dgn seorg shbat lelaki bmsg tp mngandungi nshat kearah prubahan diri shbat? klau boleh sy mmg xnk bmsg dgn dia,tp kkdg krisauan itu hdir,tkut dia jauh berubah.lgpun dia prnah mluahkan krisauannye d tmpat bljar.tkut xdpt kekalkan imej plajar agama.bkn slalu kami bhubung,kkdg je msg berunsur nshat sy hntar pdnya.pernah dia tersedar dr kelalaiannya stelah mbaca msg nshat dr sy. jd skrg sy hnya bdoa agr dia dkurnia seorg senior yg blh mbimbingnya,agr kami xkan bhubung sgt kcuali hal pnting.

    ReplyDelete
  26. Sangat menarik. Mohon untuk di kongsi..Saya budak baru belajar.huhuhuhu..

    ReplyDelete
  27. assalamungalaikum wbt, kak sya nak tanya bagai mna kita hndak mengawal nafsu yang kadangkala meng0da kita melakukan sesuatu kemungkaran? sya mnusia lemah yang sering melakukan kesilapan, kekadang terg0da dan lalai..meskipun saya sedar akan kesilapan saya itu..saya tetap membuatnya,hanya melakukannya dalam waktu yang sekejap, hanya ingin sekadar mengikut kehendak..bila sedar sya menyesal..sya tidak suka diri saya yang sebegini..sya mahu kekal dan selamanya mencintaiNYA tidak membangkitkan kemurkaanNya..apa harus saya buat?? pelbagai tips saya lakukan namun masih kalah dalam sedar..hanya lalai seketika namun saya tetap benci,tidak suka atas kelalaian ini, saya merasa seumpama tidak takut akan Allah..saya tidak suka perangai saya sebegini..sya hrap sangat kakak dapat bantu :'(

    ReplyDelete