Islam Memahamimu Duhai Pengantin Muslimah - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Islam Memahamimu Duhai Pengantin Muslimah



"Ummi dan Abi ada satu sajak istimewa buat Haura' bila Haura' besar nanti. Surprise..."


Di Mana Lelaki Setia?

            Kutersenyum apabila ada remaja muslimah yang mengadu kepadaku,
“Kak, mencari lelaki setia sekarang ni amat susah. Ramai lelaki yang dah terbiasa berkawan dengan ramai perempuan. Kalau lelaki sebegini dibuat laki, saya takut besar kemungkinan nanti, dia ada skandal atau saya kena hidup berpoligami. Dah tentu dia akan teringat-ingat balik kat kawan-kawan lama dia tu. Kat mana saya boleh temui lelaki yang hidup sehariannya menjaga diri? Hanya lelaki sebegini akan setia.”
Tak dinafikan, tak semua lelaki berpoligami kerana dorongan nafsu. Namun, kebanyakannya pada hari ini jelas kerana itu. Apapun, saya amat kagum dengan remaja yang berfikir sebab dan akibat di depan sebelum mengambil sesuatu keputusan. Apatah lagi keputusan penting dalam hidupnya. Ternyata ini adalah golongan remaja bijak dan mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan.

Pasangan Berhak Meletakkan Syarat.

Teristimewa buat bakal pengantin muslimah, ketahuilah bagaimana Islam memahami fitrah dan hatimu. Islam agama yang sangat menghormati dan meraikan hak wanita. Islam membelai setiap hati dan perasaan dengan keadilan. Jangan sangka Allah tidak mengerti tentang kecemburuanmu. Mari telusuri hakmu dalam syarat ta’liq seiring dengan perjanjian perkahwinanmu nanti. Ia akan menjadikan hatimu tenang dalam mengjangkau sebarang kemungkinan.

Bagi wanita yang lebih rela berpoligami daripada bercerai, itu juga haknya yang patut diraikan. Islam menyediakan isteri-isteri Rasul sebagai model untuk menelusuri hak ini. Begitu juga Islam menyediakan puteri-puteri Rasul sebagai model wanita yang mempunyai syarat sejak awal agar tidak dimadukan suami. 

Apa itu Syarat Ta’liq?

Syarat Ta’liq atau Ta’liq talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela. Yang mana, ada atau tidak adanya syarat ini hanya ditentukan oleh  pihak suami isteri dengan tujuan memberikan keadilan bagi kedua-dua pihak.
Syarat ta'liq bermaksud menggantungkan pernikahan dengan syarat tertentu. Jika ada di kalangan suami atau isteri melanggar syarat maka jatuhlah talak.
Dilihat dari segi kewujudannya, ia sebagai perjanjian yang menggantungkan kepada syarat dengan tujuan utama melindungi isteri dari kemudaratan atas kesewenangan suami.

Dalam masalah poligami, syarat ta'liq menjadi jaminan undang-undang agar suami tidak memadukan isterinya. Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya, maka isterinya berhak mendapatkan perceraian walaupun perceraian itu amat berat bagi suaminya. Isterinya pula hendaklah sejak awal menyediakan mental , fizikal dan ruhani untuk positif meneruskan hidup baru pasca perceraian andai ternyata diduakan suami. Jika tidak bersedia, isteri berhak membatalkan syarat ta'liqnya.

Setiap suami biasanya sukar melepaskan isteri solehah yang sekian lama berkongsi susah-senang dan membina cinta bersama. Maka, syarat ta'liq ini menyebabkan isteri beroleh ketenangan hati daripada sikap  tidak setianya suami. Bukan itu sahaja, suami yang menyayangi isterinya akan fokus pada pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada serta fokus pada pendidikan anak-anak tanpa berfikir untuk menikah lagi.
Perjanjian Ta’liq Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighat Ta’liq yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Dalil Sah

1.      Dalil sah talak ta’liq yang dikaitkan dengan sifat atau syarat, dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka”
(HR Al-Hakim dari Anas dan Aisyah).
Difahami daripada hadis di atas syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.( Al-Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan; Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji; terjemahan Ust Azizi Ismail & Ust Mohd Asri Hashim; Pustaka Salam 2002.)


2.      Rasulullah SAW bersabda, “Syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah syarat yang menjadikan kamu halal bersetubuh dengan isterimu.”  (HR Bukhari dan Muslim. Muttafaq alaih).

3.      Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puteri-puterinya yang lain. 
 .
FATIMAH AZ-ZAHRA TIDAK RELA DIDUAKAN

Hadis sahih riwayat Bukhari (3110), Muslim (2449), daripada hadis Al-Miswar bin Makhramah, dia berkata, “Sesungguhnya Ali bin Abi Thalib meminang puteri Abu Jahal (untuk dimadukan) ke atas Fatimah, maka aku mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ke atas manusia berkenaan hal itu di atas mimbarnya, dan aku pada hari itu telah cukup umur (bermimpi), maka baginda berkata, “Sesungguhnya Fatimah daripadaku, aku takut jika agamanya terfitnah (diuji). Kemudian baginda menyebut menantunya daripada Bani Abdul Syams dan baginda memujinya atas ikatan menantu itu. Baginda berkata, “Dia berkata-kata kepadaku, dia jujur kepadaku dan dia memenuhi janjinya kepadaku. Sesungguhnya aku tidak mengharamkan suatu yang halal dan tidak menghalalkan suatu yang haram, tetapi dengan nama Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah SAW dengan anak perempuan musuh Allah pada satu lelaki.”

Imam Bukhari RA berkata (hadis 3729): Abu Yamân meriwayatkan kepada kami daripada Syu'aib dari Zuhri dia berkata, Ali ibn Husain meriwayatkan kepadaku bahawa Miswar ibn Makhramah berkata, sesungguhnya Ali meminang anak perempuan Abu Jahal. Kemudian Fatimah mendengar tentang hal itu lalu kemudian dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Kaummu mengira bahawa kamu tidak marah kerana puteri-puterimu. Dan ini Ali (ingin) menikahi anak perempuan Abu Jahal." Lalu Rasulullah SAW berdiri, maka dia pun berdiri. Kemudian aku mendengarkan baginda ketika mengucapkan tasyahhud (seperti pada khutbah) dan berkata, "Amma Ba'd, aku telah menikahkan Abu Âsh ibn Rabî' kemudian dia berbicara kepadaku dan jujur kepadaku. Dan sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku dan aku tidak senang ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah SAW dengan anak perempuan musuh Allah pada satu lelaki." Kemudian Ali meninggalkan pinangannya.

Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami daripada Laits daripada Ibnu Abi Mulaikah daripada Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW berkata dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibni Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."

Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini. Antaranya adalah:

•Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.

•Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah kerana Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji, dan jelas bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah, sebagaimana Rasulullah SAW berkata, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali, jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah. Ataupun tidak berlaku pun syarat jika tidak dijelaskan bahawa itu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).

•Meraikan hak Fatimah. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu, kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tiada seorang pun yang dapat dia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya sekiranya nanti dia cemburu.
Pada pendapat penulis, pendapat pertama ini boleh diterima tapi tidaklah sekuat pendapat kedua dan ketiga kerana:
1)Anak tidak menanggung dosa ayahnya.
2)Rasulullah SAW sendiri menikahi puteri Abu Sufyan iaitu Ummu Habibah ketika Abu Sufyan amat memusuhi Islam.
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis Sahih Muslim (No 2449):
1) Rasulullah SAW bimbang jika puteri kesayangannya disakiti (akibat cemburu), maka ini akan mendatangkan kekecewaan juga kepadanya, dan sesiapa sahaja yang mengecewakan (menyakitkan) Rasulullah akan musnah. Oleh hal yang demikian, Rasulullah menyekat keinginan Ali itu atas dasar kasih sayangnya kepada Ali (bimbang takut Ali akan mendapat kemusnahan) dan juga Fatimah.
2) Rasulullah bimbang berlaku fitnah ke atas (agama) puterinya disebabkan cemburu yang bersangatan.
Disebut dalam Kitab 'Aunil Ma'bud, Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan dalam Fathul Bari:
"Sekiranya Fatimah R.A meredhai perkahwinan itu, maka pasti Nabi SAW tidak menghalang Ali dari berkahwin samada dengan wanita tersebut atau selainnya".
(KITAB 'AUNIL MA'BUD)

Walaupun ia tidak disyaratkan ketika ijab dan qabul tetapi ia sedia maklum sudah termasuk sebagai syarat. Ibnu Qayyim berkata, 
“Hadis ini mengandung beberapa perkara, iaitu: Seorang lelaki apabila isterinya sudah memberi syarat tidak boleh dimadu, maka wajiblah syarat ini dipenuhi. Tetapi jika ternyata kemudian dimadu, maka si isteri berhak membatalkan perkahwinannya. 
Menurut kaedah Imam Ahmad, syarat yang melembaga dalam adat istiadat sama dengan syarat yang diucapkan. Maka, dalam adat perkahwinan puteri Rasulullah yang darjat mereka adalah tinggi, tidak boleh dikumpulkan dengan wanita lain walaupun hukumnya harus. Sebagaimana pendapat Imam Nawawi, Rasulullah takut agama mereka rosak kerana cemburu. Darjat mereka tinggi pada agama, bukan semata-mata keturunan.
 Ta’liq Talak sebagai alasan perceraian telah melembaga dalam hukum Islam sejak lama, sejak zaman sahabat. Mereka yang menyokongnya ialah Umar bin al-Khattab, Saad bin Abi Waqash, Mua’wiyah, Amru bin Ash, Umar bin Abdul Aziz, Jabir bin Zaid, Thawus, Auza’ie, Ishaq dan sebagainya. Sebahagian besar ulama sepakat tentang sahnya.

Bolehkan Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq. 
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana ia tidak mengharamkan sesuatu secara mutlak cuma meletakkan syarat pada perkara harus. Lagipun, poligami cuma rukhsah (keringanan) untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, bukannya perintah syariat.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya. 
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.

Tujuan Syarat Ta’liq

Dr. Mahmud Syaltout dalam bukunya Perbandingan Mazhab, menjelaskan bahwa perceraian lewat perjanjian Ta’liq Talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik dari pihak suami. Sekiranya seorang suami telah mengadakan perjanjian Ta’liq Talak ketika akad nikah akan dilaksanakan dan bentuk perjanjian itu telah disepakati bersama, maka perjanjian Ta’liq Talak dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq atau perjanjian, sehingga terjadinya pelanggaran bagi pihak suami, maka isteri dapat meminta cerai kepada pengadilan.



Sementara itu, jumhur ulama mazhab berpendapat bahawa bila seseorang telah menta’liqkan talaknya kemudian telah terpenuhi syarat-syaratnya sesuai dengan kehendak mereka masing-masing, maka ta’liq itu dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq, baik ia mengandung sumpah (qasamy) ataupun mengandung syarat biasa, kerana orang yang menta’liqkan talak itu tidak menjatuhkan talaknya pada saat orang itu mengucapkannya, akan tetapi talak itu tergantung kepada terpenuhinya syarat yang dikandung dalam ucapan ta’liq itu.

Anda Takut Bermadu Kerana Kepentingan Akhirat Anda?

            Buat bakal pengantin muslimah yang takut dimadukan suami kerana takut agamanya rosak lantaran cemburu, Islam memberikan solusi yang amat adil. Begitulah ketenangan beragama yang dimiliki oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
Tersenyumlah. Yakinlah akan terbelanya hak-hak seorang muslimah di dalam Islam. Islam agama terbaik. Agama fitrah. Agama yang memahami hati dan perasaan. Tiada diskriminasi gender. Tiada pemaksaan yang bertentangan dengan fitrah. Bukankah Allah sangat memahami?

Syarat Buat Bakal Menantuku

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda tahu risiko kepayahan,
Tak mahu menantunya kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,           
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

Terima-kasih buat ayahku, Mohd Noordin bin Abdullah yang memuliakan isterinya dengan tidak menduakannya sebagaimana Rasulullah memuliakan Khadijah. Hinggakan ‘tidak dimadukan’ menjadi kelebihan dan keistimewaan Khadijah yang diperbincangkan oleh para ulama hadis dan tafsir. 

Terima-kasih jua buat semua ayah di dunia ini yang bersikap lembut terhadap ibu kami, menghormati hati dan perasaan ibu kami, berbincang dengannya dalam membuat sesuatu keputusan dan mewujudkan susana yang jauh dari keributan untuk kami membesar dengan aman.

Terima-kasih buat suamiku yang berjanji untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam mengasihi puteri-puteri baginda. Mewujudkan syarat ta’liq demi menjaga agamaku dan agama puteri-puteri kesayangan kami daripada terfitnah.

Islam Memahamimu Duhai Pengantin Muslimah Reviewed by Fatimah Syarha on 02:43:00 Rating: 5 "Ummi dan Abi ada satu sajak istimewa buat Haura' bila Haura' besar nant...

106 comments:

  1. Salam

    Sungguh, perasaan takut dimadukan telah muncul walaupun belum lagi disatukan. Namun, saya percaya, suami akan terus setia lantaran bijaknya isteri memenangi hati suami. Namun, andai telah tersurat hidup dimadukan lantaran faktor faktor lain, apakan daya.. Pahit, namun harus ditelan.

    Terima kasih atas perkongsian. Sangat berharga. :)

    ReplyDelete
  2. Wassalam wbt. Ya, Islam tidak mengajar kita hanya berserah pada suratan. Selagi terdaya, selagi itulah kita mampu berusaha yang terbaik menjaga akhirat kita dalam batas kemampuan seorang hamba.;)

    ReplyDelete
  3. Firman Allah SWT:

    "Bagi tiap-tiap seorang ada penjaga malaikatnya yang silih berganti dari hadapannya dan belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untyk menimpakan bala bencana kepada sesuatu kaum(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tiada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."- Ar - Rad:11

    ReplyDelete
  4. Dalam Undang-undang Keluarga islam, jika suami ingin bernikah lagi, pilihan yang ada bagi seorang muslimah bukan semata-mata menelannya dengan penuh kepahitan. sebaliknya ada 3 pilihan iaitu:
    1. Mempertahankan monogaminya di mahkamah dengan mengemukakan keterangan-keterangan yang berkait dengan ketidak mampuan suami berlaku adil.
    2. Merelakan suami bernikah lagi.
    3. Minta dibebaskan demi menjaga agamanya daripada rosak kerana cemburu.

    Peruntukan yang adil ini jelas menunjukkan bahawa poligami bukan pemaksaan agama terhadap wanita.Ia soal keharusan yang diberikan pilihan.Bertuahnya menjadi muslimah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahsanti :) kalamuki saheeh jiddan :) bertuahnya menjadi muslimah :)

      Delete
  5. subahanallah...sgt cantik aturan ajaran islam.. ustazah..ana mohon kongsi sajak kt atas dlm blog ana ye...shukran:-)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ustazah...blh tak saya nk share entry ni untuk rujukan saya nanti???

    ReplyDelete
  7. ingin mensyaratkan tidak b0leh berpoligami dlm takliq kelak..i'allah~

    ReplyDelete
  8. Salam taaruf ustazah..

    selama ni saya dimomokkan dengan isteri x boleh mintak cerai walaupun suami ingin beristeri lagi. kemudian dimomokkan pula dengan kata2 isteri yang tidak mahu bermadu adalah tamak. dan dikatakan wanita ramai masuk neraka kerana terlalu menurut perasaan dan hati mereka.

    terus terang, sebagai wanita yang belum faham, secara fitrah saya tak dapat menerimanya. Apa Allah itu zalim?? Bahkan tidak. Penulis2 itu yang bagi saya menulis menurut hati syadid mereka. membacanya membuatkan saya terkeliru tentang hak dan kedudukan wanita dalam Islam...tak mustahil ramai akan salah faham.

    Namun Alhamdulillah..Allah SWT mempertemukan saya dengan blog ustazah, sesuai dengan namanya. SEBARKAN BAHAGIA. Ustazah, saya makin faham sekarang. Syukran Ustazah!

    ReplyDelete
  9. Benar kata Rabiatul.momokan ini cukup membarah dalam masyarakat. ustazah sendiri pernah mempercayainya dari mulut ustaz-ustaz namun hati sangat sangsi dan mula mencari. sehinggalah ustazah belajar di peringkat master, barulah ustazah menemui kefahaman yang lebih mendalam,jernih dan terus dari sumber yang muktabar serta lidah dan tulisan para ulama'.sama2lah kita mempertingkatkan ilmu, insyallah ilmu akan memuliakan kita dan memberi ketenangan beragama.

    ReplyDelete
  10. masalah ini juga yang telah mengilhamkan novel Bebaskan Keliru, Sebarkan Cinta-Mu.

    ReplyDelete
  11. Salam...akak jika akak x keberatan, boleh akak beri alamat e-mail akak?

    ada 1 perkara yg igin saya kongsi dan ingin bertanya pendapat akak

    harap ia tidak menyulitkan akak..

    ReplyDelete
  12. ustazah,mohon ana share sajak untuk note dan blog ana yer...

    ReplyDelete
  13. salam, cantik bahasa dan makna sajak tu ustazah, minta share untuk rujukan bakal menantu saya juga yer!

    ReplyDelete
  14. silakan untuk disebarkan. fs_loveislam@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. assalamuailaikum w.b.t....
    ustazah,,terutama sekali saya berasa sungguh syukur sbb sy dpt blog ustazah.... karya ustazah sungguh menyentuh hati saya... setiap baris kata sungguh bermakna... bole x sy share kn di laman sesawang facebook..??

    ReplyDelete
  16. salam..apakah HIKMAH berpoligami seperti yang telah ditunjukkan rasulullah s.a.w dan para sahabat lebih2 lagi berada dalam situasi zaman sekarang?

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbt.
    Terima-kasih atas cetusan menarik Sang Kekasih.
    Sudah tentu poligami Rasulullah SAW selama 10 tahun itu besar HIKMAHnya.
    Sudah tentu juga monogami Rasulullah SAW dengan Khadijah selama 25 tahun itu juga besar HIKMAHnya.

    Sudah tentu para sahabat yang berpoligami itu besar HIKMAHnya.
    Sudah tentu juga para sahabat utama yang menjadi menantu Rasulullah (Saidina Ali serta Saidina Usman) dan disyaratkan baginda agar tidak berpoligami itu juga besar HIKMAHnya.

    ReplyDelete
  18. Tentang hikmah poligami Rasulullah telah ana tulis secara spesifik dalam tajuk FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG PERNIKAHAN RASULULLAH, kategori KISAH DAN HIKMAH.Sila rujuk.

    ReplyDelete
  19. Ramai orang suka mengkaji tentang HIKMAH poligami Rasulullah selama 10 tahun ini. Alhamdulillah. Mungkin lepas ini, Sang Kekasih bolehlah mula mengkaji tentang HIKMAH monogami Rasulullah pula selama 25 tahun itu.Masyarakat ingin mengetahuinya.

    ReplyDelete
  20. ANTARA FITRAH DAN KEHARUSAN POLIGAMI
    Dalam buku Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuhu, m/s 21, disebutkan bahawa tiada taklif (tanggung jawab) dalam perkara-perkara tabi’e dan fitrah yang di luar kuasa kita seperti cinta dan marah/cemburu.
    Di dalam buku itu juga (m/s 22-24), Sub-topik Hikmah Poligami, disebutkan bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.
    Poligami tidak dilakukan kecuali mempunyai hajat tertentu dan syariat tidak mewajibkan ia ke atas sesiapapun, bahkan tidak digalakkan. Sesungguhnya ia diharuskan syarak untuk sebab umum dan khusus. (Kemudian dihuraikan lanjut contoh-contoh sebab umum dan khusus tersebut). Kesimpulannya, keharusan berpoligami terikat kepada keadaan darurat, hajat atau uzur ataupun maslahah yang diterima di sisi syarak. (Ini juga pendapat jumhur ulama. Terdapat khilaf oleh sebahagian kecil ulama).
    Dalam terjemahan buku yang sama bertajuk Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya (161/9) menyebut bahawa keharusan poligami ini suatu perkara yang terkecuali dan jarang berlaku, dan ia sedikitpun tidak membawa maksud semua Muslim mesti atau digalakkan berkahwin lagi.
    Maha Suci Allah yang menurunkan Islam, suatu ajaran yang sangat cocok dengan fitrah. Tiada pemaksaan agama terhadap sesuatu yang bertentangan dengan fitrah bagi orang yang tidak mampu. Baik suami atau isteri, masing-masing diberikan hak yang wajar. Adilnya Allah SWT!

    ReplyDelete
  21. NOTA RINGKAS BERKENAAN MASALAH POLIGAMI
    (Sila rujuk lebih lanjut buku Kursus Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam, karya Prof. Datuk Paduka Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pakar Fiqh dan Usul al-Fiqh Malaysia.)
    •Berkahwin satu adalah lebih utama daripada berpoligami. Sementara itu, berpoligami lebih utama daripada menikahi anak yatim di bawah umur. Pentafsiran ini disokong oleh jumhur ulama berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW, amalan para sahabat, dan latar belakang sejarah.
    •Poligami diharuskan berdasarkan syarat-syarat dan sebab-sebab tertentu. Ia terbukti pada sepanjang sejarah perkembangan Islam.
    •Poligami bukanlah amalan afdhal (utama) dan digalakkan.
    •Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, amalan berpoligami dilarang kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.
    •Terdapat ramai ulama dan cerdik pandai Islam yang bersetuju dengan sekatan undang-undang (mengetatkan syarat poligami). Bagi mereka, apa yang ditegaskan oleh al-Quran, hanyalah supaya berlaku adil daripada segi keperluan fizikal dan material sahaja, sedangkan soal sejauh mana perlu ataupun tidak poligami itu dilakukan tidak berbangkit langsung (di dalam Al-Quran).
    •Dalam Islam, perkahwinan pada asasnya berkonsepkan monogomi iaitu berkahwin dengan seorang sahaja isteri pada satu-satu masa.
    •Poligami hanya dibenarkan sebagai satu bentuk bukan pilihan utama tetapi atas sebab-sebab dan keperluan tertentu. Contohnya, keperluan sosial, meningkatnya nisbah perempuan berbanding lelaki dalam satu-satu masa. Contoh keperluan individu pula adalah apabila isteri sakit dan tidak bernafsu.
    •Keperluan berubah mengikut perubahan masyarakat dan keadaan malah berubah antara seorang individu dengan individu yang lain.
    •Keperluan poligami pada zaman ini bagi merawat risiko pergaulan bebas dan gagalnya pembinaan sesebuah rumahtangga. Ia bagi menggantikan amalan perhubungan di luar nikah.
    •Walau bagaimanapun, amalan berpoligami yang berlaku dalam masyarakat sekarang agak berbeza dengan pandangan murni Islam kerana:
    •Berlaku di kalangan orang yang kurang dihormati. Akibatnya, poligami menjadi dorongan gejala seks mewah. Sekaligus memberi pengertian buruk kepada pengertian poligami itu sendiri.
    •Golongan terhormat yang mengamalkan poligami secara tidak terhormat. Contohnya, menyembunyikan hal itu daripada isteri pertama dan masyarakat umum. Akibatnya, masyarakat memandang serong kepada perkahwinan itu kerana menyangka perkara tidak baik telah berlaku. Kesannya, amalan itu mencemarkan amalan poligami.
    •Hanya mereka yang tidak sensitif dengan kecaman masyarakat sanggup melakukan poligami pada masa kini.
    •Sekiranya pihak suami tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya, maka pihak isteri yang tidak mendapat keadilan itu dapat memohon mahkamah supaya mengambil tindakan terhadap suami ataupun meminta mahkamah memutuskan perkahwinan itu.
    •Hidup berpoligami tidak semudah yang disangka Suami perlu bijak melayan isteri-isterinya dengan adil. Sekiranya suami tidak berlaku adil terhadap para isteri, suami akan menanggung segala dosa dan azab sengsara atas segala perbuatannya di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  22. Daripada nota ringkas di atas, dapatlah difahami bahawa hikmah poligami diharuskan pada zaman ini ialah merawat masalah pergaulan bebas atau takut terjebak dalam zina.
    Maka beringatlah wahai muslimahku sekalian, berhati-hati memilih bakal suami yang terbiasa dengan pergaulan bebas kerana lelaki-lelaki inilah biasanya mahu berkahwin lagi sebab takut berzina. masakan tidak, hidup sehariannya dekat dengan jalan-jalan zina.baiknya Islam masih kasihankan golongan lelaki lemah ini, daripada berzina baiklah berkahwin lagi. Kita pula boleh mencegah sebelum merawat.;)

    ReplyDelete
  23. HIKMAH POLIGAMI DI KALANGAN SEBAHAGIAN SAHABAT

    Ayat poligami diturunkan selepas berakhirnya perang Uhud yang banyak mengorbankan kaum muslimin, 70 orang daripada 700 pasukan lelaki, seperti yang dikutip oleh Ashgar Ali Engineer daripada The Holy Quran.
    Pada waktu itu, ramai muslimah yang menjadi janda, dan anak-anak perempuan menjadi yatim. Dalam konteks sosial yang berlaku ketika itu, jalan terbaiknya adalah membenarkan poligami dengan janda dan anak-anak perempuan yatim, dengan syarat tidak melebihi empat dan mampu berbuat adil.

    ReplyDelete
  24. BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHEEM..
    Poligami vs monogami, isu yg bagai tiada noktahnya

    Kaum muslımın dan muslımat yg budiman..SEMOGA ALLAH SWT BAHAGIAKAN KITA DGN KEREDHAAN-NYA.

    Ibadah adalah buah dari ilmu, faedah dari umur dan hasil dari usaha hamba-hamba Allah yg kuat.
    Namun kita perlu ber-awas, NAFSU seringkali menjadi penghalang kecemerlangan dlm beribadah lantaran ia adalah musuh dari dalam (melainkan bagi orang yg telah mencapai NAFSU MUTMAINNAH-MULHAMAH)..

    Ana yakin ukhti fatimah telah menulis dgn jelasnya hukum-hakam tentang ini, namun...
    Semoga Allah melapangkan dada-dada para pembacanya.
    Mari kita renungi, sedari dan memahami kebenaran keterangan ini DGN HATI YG MENTAKUTI ALLAH, agar kita pulang berjumpa dengan-NYA membawa RUH YG DIREDHAI-NYA

    ReplyDelete
  25. jazakillahu khairal jaza' atas maklumat yg sgt bermanfaat ini..alhamdulillah.. cuma saya ada persoalan yg berlegar di minda tika ini..
    poligami sememangnya menyakitkan hati isteri,
    tapi andai suami yang dicintai lagi diyakini ingin menikah lagi, tegakah diri ini meminta perpisahan
    setelah sekian lama berkongsi serba-serbi, sanggupkah hati ini kehilangan orang yang dikasihi..ini bukan soal poligami atau monogami,
    tapi ini soal cerai atau poligami..
    kuimbau kenangan lalu sebelum bernikah dulu
    sanggupkah diriku meletakkan syarat agar diri ini diceraikan jika orang yang kukasihi lagi kuyakini dan kuhormati ingin menikah lagi, bagai ada tanda sangsi dalam diri..bagai ada nada sinis buat bakal suami yang mungkin tidak akan pernah berpoligami..
    cerai atau poligami, yang mana satukah pilihan hati? berteraskan iman dalam diri atau sekadar memuaskan emosi diri? Ya, benar, Rasulullah tidak membenarkan Fatimah r.a. hidup dalam poligami, tapi bukankah baginda tidak pernah meminta agar Fatimah r.a. diceraikan..hanya nasihat dan sindiran lembut diberikan kepada menantu baginda Saidina Ali, namun cerai jauh sekali, kerana cerai itu merupakan jalan terakhir buat sebuah keluarga harmoni lagi diberkati..maaf ya ukhti fatimah syarha, coretan saya ini sekadar luahan hati, memandangkan setiap pembaca mempunyai sudut pandang yang berbeza, sesungguhnya setelah selesai saya membaca post ukhti, bagaikan post ini memberitahu secara tidak langsung bahawa cerai itu lebih baik (buat wanita yang ingin menjaga diri & agama daripada dirosakkan rasa cemburu) berbanding poligami..ya, setiap orang mungkin berbeza pandangan, maafkan saya, tapi saya merasakan cerai itu lebih buruk daripada poligami(buat wanita yang ingin menjaga diri & agama daripada dirosakkan rasa cemburu).. salam ukhuwwah daripada saya ^_^ apapun post ini amat membuka minda & amat hangat utk dibincangkan semua. terima kasih.

    ReplyDelete
  26. Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami daripada Laits daripada Ibnu Abi Mulaikah daripada Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW berkata dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibni Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."

    Dalam hadis sahih Riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah sendiri menyuruh Sayidina Ali menceraikan Fatimah sekiranya mahu menduakannya. Dalam syarah Imam Nawawi, perkahwinan Ali dengan puteri Abu Jahal adalah harus tetapi Rasulullah SAW menegahnya kerana baginda takut agama Fatimah rosak akibat cemburu. Ada ulama mentafsirkan bahawa tegahan Rasul itu bagi meraikan hak Fatimah (yang merasakan poligami itu menyakitkannya). (Rujuk Fathul Bari, penjelasan ke-3).

    Rujuk hadis sahih Riwayat Bukhari Muslim tentang Fatimah Az-Zahra yang lebih rela diceraikan daripada dipoligami. Itu haknya yang patut dihormati demi kepentingan akhiratnya. Satu lagi dalil adalah kisah isteri Tsabit bin Qais yang minta diceraikan dengan khuluk. Rasulullah dan Tsabit bin Qais menghormati haknya. Ia lalu diceraikan dengan mengembalikan maharnya berupa sebuah kebun kepada suaminya. (Riwayat Bukhari (5273) dan Nasa’e (169/6) .

    Wanita yang lebih rela berpoligami daripada bercerai itu juga suatu haknya yang patut diraikan.

    ReplyDelete
  27. Wanita yang takut agamanya rosak lantaran cemburu akibat poligami jangan takut meletakkan syarat ta'liq kerana itu bukan tanda sangsi tapi tanda anda bijak dan berhati-hati.

    Sebagaimana Rasulullah sangat berhati-hati terhadap masa depan semua puterinya biarpun dikahwini oleh orang yang hebat-hebat belaka hingga baginda meletakkan syarat ta'liq ke atas kesemua mereka.

    ReplyDelete
  28. kelebihan meletakkan syarat ta'liq ialah suami yang kita cintai dan sayangi itu, yang sekian lama membina cinta bersama, tidak terfikir lagi soal menambah isteri kerana kebanyakan suami biasanya tidak rela melepaskan isteri solehah dalam hidupnya. Maka, fikirannya boleh jernih pada pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada dan anak-anak lebih mendapat bimbingan dan perhatian yang lebih fokus daripada ayahnya. Isteri pula lebih tenang hatinya menyuburkan rasa percaya yang tingggi kepada suami tercinta.

    ReplyDelete
  29. Oh, begitu.. maafkan saya, rupanya saya tersilap memahami kisah itu selama ini. Terima kasih atas pencerahannya. Semoga Allah meredhai, merahmati, serta memberkati usaha ukhti & ilmu ukhti..Syukran jazilan, alhamdulillah, ini adalah maklumat yang amat bermanfaat buat semua wanita.. terima kasih ukhti fatimah syarha..sebarkan bahagia! terima kasih sekali lagi. ^_^

    ReplyDelete
  30. terima-kasih juga atas cetusan ukhti yang mungkin sedang memberat di minda ramai lagi muslimah. ana hargainya. salam sayang kerana Allah.

    ReplyDelete
  31. maaf satu lagi persoalan yang timbul, ia lebih kepada masalah peribadi, huhu andai tiada syarat ta'liq yang dibuat ketika akad nikah dulu, bolehkah saya memberitahu suami sekarang bahawa jika dia ingin berkahwin lagi maka dia perlu ceraikan saya? saya bimbang jika termasuk dlm kategori isteri derhaka yang tidak diredhai suami. banyak yang saya dengar daripada para ustaz bahawa isteri perlu mendapat redha suami dll baru masuk syurga. kalau saya buat permohonan begitu dan mendukacitakan suami saya adakah saya akan dikira isteri derhaka..huhu.. terima kasih sekali lagi.. memandangkan saya & keluarga saya tak pernah meletakkan apa-apa syarat dulu, maka bolehkah kini saya memohonnya? atau sudah terlambatkah?? T_T

    ReplyDelete
  32. maaf andai komen saya di sini menjadi tempat utk saya meluahkan perasaan pula..huhu..maaf saya benar2 teruja dgn apa yg ukhti tuliskan, ilmu itu utk diamalkan, maka saya terpanggil utk mengaplikasikan syarat ini..mungkin ramai juga muslimah & para isteri yang baru mengetahui berkenaan hal ini. Sebelum ini, apa yg saya tahu, saya perlu bersabar, jika ditakdirkan suami ingin menikah lagi, maka saya perlulah menerima keputusan beliau dgn sabar. para ustaz ramai yg saya dgr kata 'cerai itu jln terakhir, cerai itu perkara halal yang paling dibenci, arasy Tuhan bergegar bila bercerai, wanita yg memohon cerai tnp sebab yg munasabah (termasuk poligami) dilaknat,' sebelum ini saya cuba utk redha, pasrah saja.. saya memaksa diri saya (mereka kata ini mujahadah utk meraih cintaNYA) & cuba memprogram minda saya 'cerai jauh lebih buruk drp poligami' walau sebenarnya, jauh disudut hati, hati saya bagai ditusuk2 sembilu, pedihnya bila m'bayangkan andai hidup dlm poligami. Ya, saya sayangkan suami saya & anak-anak. tapi..huhu poligami ini menyakitkan..belum lagi terjadi secara realiti, memikirkannya saja buat saya pening kepala.. Jadi, sekarang saya amat ttarik utk mencontohi Fatimah r.a. walaupun saya & dia ibarat langit & bumi, siapalah saya ini, bukan sesolehah mana, saya cuma wanita yg masih dlm mujahadah utk menjadi solehah tapi sbg seorang istri & wanita yg punya fitrah cemburu, saya amat ttarik dgn cara yg digunakan ini. Saya rasa bahagia sekali bila membaca post ini & jawapan ukhti.. bak kata ukhti, "suami yang kita cintai dan sayangi itu, yang sekian lama membina cinta bersama, tidak terfikir lagi soal menambah isteri kerana kebanyakan suami biasanya tidak rela melepaskan isteri solehah dalam hidupnya." saya yakin jika saya berkeras tidak mahu poligami & meminta cerai andai dia ingin berkahwin lain, maka suami pasti akan akur dgn keputusan saya, kerana saya tahu dia juga menyayangi saya, & tidak akan melepaskan sy dgn mudah, kerana dia seorang lelaki yg soleh, baik. dulu saya fikir, biarlah saya berkorban perasaan demi mengekalkan kasih syg kami, tapi kini saya sedar, saya masih ada pilihan lain, bukankah kita diminta mencontohi Fatimah juga..ia juga hak saya untuk mencontohi beliau..dan ia memberi kekuatan kepada saya, sebab dulu saya takut andai perasaan saya itu hanya berdasarkan nafsu..dan saya sedar kini, bahawa ia adalah fitrah.. cuma adakah saya telah terlambat? adakah ia hanya boleh dilakukan sebelum akad? dan andai, andai suami saya tega utk menceraikan saya (na'uzubillah) dan berkahwin lain, maka adakah boleh saya menarik balik syarat saya..kerana saya tak sanggup kehilangan dia.. T_T

    ReplyDelete
  33. Askm,
    ana menyokong ape yg ustazah fatimah nak cube sampaikan,dan ianya betul cume bgi ana,ada 2 perkara yg ustazah mgkin terlepas pandang:
    1)Ustzah cube hendak myampaikan kefahaman yg betul tntg isu poligami,takliq dan talak dan ana myokongnya,namun dlm penerangan ustzh tu ada seolah-olah menyalahkan langsung 100% pndapat2 yg berlegar di sekitar ustaz2 lama dan ulama lama yg ada sebelum ini.Wlupun kita nk buat tajdid fikr dlm msyrkt kita tapi ana x adil utk myalahkan qaul2 ulama2 yg lama ni.Kalimah "momok" itu shj sudah mgambarkan betapa pendapat2 ulama2 dn ustaz2 org lama itu sememangnya dr asal salah.Tidakkah kita terfikir,mgkin waqi' di ketika itu myebabkan pendapat2 mrk kelihatan "agak syadid".Malah mgkin juga susuh nak jumpa di ketika itu org yg berpoligami,klu ada pun org2 yg tidak myalahgunakan poligami itu.Scra ringkas,klu kite nak sampaikan satu pandangan yg baru (wlaupun ia sudah lama termaktub dlm kitab2 karangan ulama2) namun berhati2lah jgn sampai kita MENGHUKUM ORG LAIN.Mgkin ustzh tak berpandagan negatif begitu namun org awam yg membaca akn memandang sinis ulama2 lama lantaran qaul2 mrk itu di sanggah dgn anggapan selama ini ianya adalah "momokan2 jahat".
    2)"Saya betul kerana rujukan saya betul" mungkin shj kelihatan satu pemikiran yg tepat,namun kte mgkin "missed" di bhgian "sudut pandang" kte atau "kemampuan" kte memahami nas mgkin sahaja berbeza dgn org lain.Lalu dgn mindset sebegitu kte trus shja menyebarkannya ke org awam dgn persepsi seolah2 pandangan kte shj yg tunggal,padahal ada sahaja di sana pandagan2 lain yg kte "terlupe" nak raikan,malah lebih teruk lagi,kte dgn tidak sengaja,menyebabkan org awam tidak memandang lagi pandangan2 ulama lain dn mnbuatkan mrk memandang pandagan lain selain ustzah sebagai SALAH...wallahualam.

    ReplyDelete
  34. wslm wbt. terima-kasih atas cetusan 'ingatlah.' boleh 'copy paste' ayat ana yang menyalahkan qaul-qaul ulama2 yg lama? Di mana maksud ukt ana sedang menyalahkan qaul ulama2 lama?

    Atau ini tafsiran ukht sendiri?


    What U see is what U get.

    Jika kita mentafsirkan secara negatif, maka tafsiran terhadap sepotong ayat ana berkenaan 'ustaz-ustaz' adalah negatif sehingga mengumumkannya pada semua ulama2 lama.

    Jika kita mentafsir secara positif, maka tafsiran ayat ana berkenaan 'ustaz-ustaz' akan merujuk secebis realiti daripada pengalaman ana sendiri. ana menyayangi semua guru dan ustaz-ustaz ana sampai bila-bila. kita dan mereka semua adalah manusia biasa yang tidak maksum.

    jika saudari merujuk buku USUL DAKWAH, karangan Abdul Karim Zaidan berkenaan Betul dan Salah...
    Dalam bidang fiqh, memang wajar kita menganggap kita betul dan orang lain salah. Malah kita mesti beramal dengan apa yang kita rasa betul bukan dengan apa yang kita rasa salah. Ia berdasarkan kajian terhadap dalil atau taqlid terhadap imam mujtahid yang dipercayai.

    Di sisi Allah, yang betul dapat 2 pahala dan yang salah dapat 1 pahala. kedua-dua pendapat samada betul atau salah dapat pahala. Inilah kecantikan akhlak dalam bidang fiqh yang menyebabkan perbezaan di dalam fiqh sepatutnya masih menyatukan bukan memecah belahkan.

    Berkata Imam Syafi'e dengan qaulnya yang mahsyur, "Pendapat aku adalah BETUL dan pendapat orang lain adalah SALAH namun boleh jadi mereka BETUL."

    Apa yang tidak wajar dalam bidang fiqh ialah, apabila kita menganggap kita HAQ dan orang lain BATIL, BIDA'AH, SESAT, KAFIR dll.

    Antara BETUL dan SALAH dengan antara HAQ dan BATIL adalah dua perkara yang berbeza dan ini difahami oleh para ulama fiqh.

    Apapun, cetusan ukht dihargai. Terima-kasih.

    ReplyDelete
  35. Istimewa buat Ingatlah dan buat semua pembaca yang ana hargai, nantikan novel ana bertajuk SEBARKAN CINTA-MU terbitan PTS insyallah akan terbit Ramadhan ini.

    Di situ ana selitkan secebis kisah bagaimana wujudnya segelintir 'ustaz-ustaz' yang memang agak 'bias'dalam ilmu-ilmu berkenaan hak-hak wanita.

    Ana menggali berkenaan hal ini dalam kajian-kajian para ulama tempatan kita berkenaan Islam Liberal. Antaranya mereka mengatakan lahirnya aliran Liberal sebagai respon kepada wujudnya golongan yang bersifat 'ghulu'(tidak mengambil yang pertengahan atau melampau) dalam agama. Ini secebis realiti yang ana cuba dedahkan dalam bentuk karya kreatif.

    daripada pengalaman ana sendiri ketika menadah ilmu dengan pelbagai jenis guru, ana pernah berguru dengan segelintir golongan yang agak 'bias' dan langsung tidak menyentuh hak-hak wanita dalam poligami.malah menganggap wanita yang menolak bermadu adalah wanita yang menolak hukum Allah dan isteri yang lebih rela bercerai akan amsuk neraka.

    Apapun, hingga sekarang ana amat menghargai mereka semua sebagai guru ana.Aliran yang berbeza ini lebih mengajar kita erti kematangan.
    Alhamdulillah a'la kulli hal.

    ReplyDelete
  36. Buat Ummu Nuh yang dihormati,
    1. Syarat ta'liq dikira mengikat sehinggalah isteri menarik balik syaratnya. Isteri berhak menarik balik syaratnya itu jika dia mahu.

    Contoh syarat ta'liq, "Saya berjanji jika saya berkahwin lagi tanpa kerelaan isteri saya, maka jatuhlah talaq satu ke atas isteri saya itu."
    Daripada syarat ini,jika isteri 'rela' suami bernikah lagi, maka talaq tidak jatuh ke atasnya. Jika dia 'tidak rela' barulah talaq itu jatuh.

    Kelebihan syarat ini antaranya ialah, suami yang baik tidak akan terfikir lagi mahu berkahwin diam-diam di Siam tanpa pengetahuan isteri pertama. Jika dia tetap melakukannya, beerti dia telah terpaksa melepaskan isteri pertama yang dicintainya. Risikonya, isteri pertamanya itu mungkin tidak mahu lagi memilih hidup bersamanya sebaliknya mungkin memilih hidup baru yang lebih baik.

    ReplyDelete
  37. 2. Terlambatkah syarat ta'liq jika sudah berkahwin?

    syarat ta'liq sebenarnya boleh berlaku dari pihak lelaki atau perempuan sesudah berkahwin.

    Lelaki boleh meletakkan syarat ta'liq tanpa kerelaan isterinya kerana lelaki mempunyai kuasa menceraikan. Contohnya dia berkata, "Kalau kamu sms dengan Dolah sekali lagi, aku cerai kamu."
    Maka, kalau si isteri tetap smsm Dolah, maka jatuhlah talaq ke atasnya.

    Syarat ta'liq tentang tidak mahu bermadu ini ialah syarat yang biasanya daripada pihak perempuan. Dari pihak perempuan pula, syarat ta'liq perlukan persetujuan pihak lelaki dahulu kerana lelaki memegang tampuk kepimpinan keluarga dan kuasa untuk menceraikan seperti yang saya nyatakan di atas.

    Biasanya sesudah berkahwin,lelaki sukar bersetuju dengan syarat yang dikemukan oleh isterinya lantaran 'tersombong' dengan kuasa suami .Tapi tak semua lelaki begini.

    Oleh sebab itulah syarat ta'liq dari pihak perempuan,lebih digalakkan untuk dilaksanakan ketika ijab dan qabul.Dalam tempoh lelaki berusaha mendapatkan seseorang wanita sebelum bernikah, biasanya dia sanggup berjanji lakukan apa saja.

    Namun, persoalan Ummu Nuh tentang terlambat atau tidak, bergantung pada seni dan kreativiti Ummu Nuh sendiri untuk memenangi hati suami menandatangani syarat ta'liq itu. Perlukan ayat-ayat 'power' agar suami terlentuk dalam luahan cinta.

    Ana nasihatkan, cintailah suami secara 'first class'.Namun, isteri janganlah meletakkan pergantungan yang terlalu tinggi kepada suami sehingga merasa tidak sanggup hidup tanpanya.

    Apa gunanya syarat ta'liq jika pergantungan seumpama ini masih membelit jiwa. Ingat, kedudukan suami dalam hidup kita adalah selepas Allah dan Rasul.

    Nombor satu: Allah.
    Nombor dua: Rasul.
    Nombor tiga: barulah suami.

    Jangan letakkan suami nombor satu! melebihi Allah dan rasul!
    Maka, jika suami melakukan sesuatu yang boleh menggugat agama kita sehingga rosak, menggugat hubungan kita dengan Allah dan perjuangan Rasulullah dengan penderaan emosi dan psikologi, maka amat wajar Islam menghormati pilihan wanita yang tidak mampu bersabar untuk bersama dengan suami seumpama ini.

    Namun, hak berpoligami atau tidak adalah hak individu yang kedua-duanya patut diraikan kerana kedua-duanya mempunyai maslahah masing-masing. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  38. Syukran jazilan ustazah. Semoga apa yg ustazah tuliskan menjadi ilmu bermanfaat yg sentiasa mengalir pahalanya buat ustazah sekeluarga. Banyak ilmu baru yg saya dapat. Alhamdulillah ^_^

    Cuma sedikit berkenaan soalan saya, ada sedikit penerangan, maksud soalan saya: "maka adakah boleh saya menarik balik syarat saya..kerana saya tak sanggup kehilangan dia.. T_T " apa yg saya maksudkan ialah kalau saya letakkan syarat: "kalau abang kahwin lain ceraikan saya..saya tak kisah abang nak kahwin lain, tapi ceraikan saya".. apa yg saya syaratkan ini sebenarnya hanya sebagai ugutan dan 'drama merajuk saya' sahaja, supaya dia tidak kahwin lain. tapi dlm masa yg sama, saya tahu saya lebih sanggup berpoligami daripada bercerai, maklumlah, memikirkan dia suami yang baik, mampu, cuma kalau boleh poligami tu 'is the last choice' lah.. kalau suami saya ikut pujukan saya dan melafazkan: "ok, kalau abang kahwin lain, isteri abang ni automatik akan tertalaq" Erk, memikirkan lafaz ini, takut pula saya kena cerai ta'liq..bukan kerana saya melebihkan cinta suami di atas cinta Allah dan Rasul..cuma saya tahu, sayalah yang akan rugi kehilangan suami sepertinya, lagi-lagi memikirkan anak-anak yg amat menyayanginya..

    Alhamdulillah, ustazah dah berikan jawapannya, cara lafaz syarat ta'liq tu kena ada perkataan "tanpa kerelaan isteri", ^_^ hehe..tak terfikir pula saya perkataan 'magic' ni.

    Apapun saya amat tertarik dan bersetuju dengan kesimpulan ustazah: "Namun, hak berpoligami atau tidak adalah hak individu yang kedua-duanya patut diraikan kerana kedua-duanya mempunyai maslahah masing-masing. Wallahua'lam." Maka yg dapat saya simpulkan kini:
    "wanita itu ada dua golongan dalam isu poligami. golongan pertama ialah mereka yang secara fitrahnya amat cemburu, sangat menjaga hati dan agama mereka, maka mereka sanggup bercerai daripada hidup di alam poligami demi menjaga hati dan agama mereka daripada dirosakkan rasa cemburu. Mereka berasa lebih tenang begitu. Indahnya Islam, Islam meraikan situasi mereka, dan membenarkan mereka memohon cerai serta memilih untuk melakukan apa yang mereka rasakan adalah jalan terbaik untuk mereka mencari Redha Allah s.w.t. Manakala, golongan kedua ialah wanita yang secara fitrahnya dapat bersabar hidup berpoligami bersama suami tercinta demi menjaga hati dan agama mereka daripada dirosakkan rasa tamak dan ananiyyah. Mereka lebih tenang begitu.Indahnya Islam, Islam meraikan situasi mereka, dan membenarkan mereka memilih untuk melakukan apa yang mereka rasakan adalah jalan terbaik untuk mereka mencari Redha Allah s.w.t. Kedua-dua golongan ini wujud sejak zaman Salafussoleh.. Golongan pertama, yang ingin kekal dalam monogami ada contoh terbaik daripada Khadijah dan Fatimah, r.a. yg merupakan model utama serta penghulu syurga sebagaimana yg dianjurkan oleh Nabi s.a.w. yang mana mereka menghembuskan nafas terakhir dalam keluarga monogami. Golongan kedua pula, yang sanggup hidup berpoligami ada contoh terbaik daripada para isteri Nabi, dan isteri para sahabat yang mampu bahagia dalam keluarga poligami. Kedua-dua golongan wanita ini sama sahaja, yang menambahkan kemulian mereka hanyalah Taqwa kepada Allah s.w.t. Siapa antara kita yang lebih mulia? Hanya Allah yang Maha Tahu. Kerana kemuliaan seorang wanita bukanlah diukur dengan kesanggupannya berpoligami atau tidak.. Alhamdulillah Islam meraikan kedua-dua golongan ini dengan kesesuaian fitrah masing-masing ^_^.."

    ReplyDelete
  39. Cuma timbul persoalan baru kini: Bolehkah saya mengatakan bahawa Fatimah r.a. lebih sanggup meminta cerai daripada berpoligami? Sedangkan apabila saya membaca kembali hadis/kisah yg disebutkan, Fatimah r.a. hanya datang mengadu kepada Nabi s.a.w. Sama ada Fatimah r.a. ada meminta cerai kepada Ali atau tidak, tidak dinyatakan. Hanya Nabi s.a.w. yang meminta Ali r.a. menceraikan Fatimah jika ingin berpoligami (dan Nabi pasti tahu yg Ali r.a. tidak akan sanggup menceraikan Fatimah). Malah, ada yang berpendapat bahawa sebab utama Nabi s.a.w. menolak permintaan ini adalah kerana calon isteri ke-2 adalah anak Abu Jahal iaitu musuh Allah. Jadi persoalannya; adakah masih terdapat khilaf dalam fikrah: "anak-anak Nabi ada syarat ta'liq" (Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan 'tidak menduakan' puterinya). Atau ia hanya ijtihad para Ulama' dan masih ada yang mempertikaikannya. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya apa yg saya tahu, memandangkan ada Ulama' yang membatalakan syarat ta'liq sebegini, maka mungkinkah ia masih dlm daerah khilaf? Apapun saya juga amat tertarik & bersetuju dengan pendapat ustazah: "Dalam bidang fiqh, memang wajar kita menganggap kita betul dan orang lain salah. Malah kita mesti beramal dengan apa yang kita rasa betul bukan dengan apa yang kita rasa salah. Ia berdasarkan kajian terhadap dalil atau taqlid terhadap imam mujtahid yang dipercayai".

    Kalau boleh saya tahu, dan kalau ustazah sudi berkongsi cerita: Adakah ustazah meletakkan syarat ta'liq ini ketika akad dulu? Sekadar bertanya. Setelah hangat berbincang dan meminta nasihat daripada adik beradik saya; ada di antara mereka yang melontarkan satu pendapat yang agak menarik. Katanya,"adik lebih rasa bahagia kalau tak letak syarat tu. Sebab kalau adik letak syarat tu, pastilah suami adik tak kahwin lain sebab terpaksa, bukan sebab memang dalam hatinya hanya ada adik seorang..kurang bahagiala kalau cmtu.." apapun itu terpulang pada masing-masing,^_^

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum..

    Setelah membaca terpanggil untuk berkomentar. :) Baru-baru ini juga panas isu drama tahajjud cinta.. Juga disana ada menceritakan berkenaan dengan seorang ust yang menikah dengan 4 orang wanita. Namun kehidupan ust itu tidak sesuai dengan title nya sebagai ust. (Kesal, imej islam semakin buruk di media massa T.T)

    Ana juga ingat bahawa kita dituntut untuk besederhana dalam setiap pendapat kita. Kerana dikhuatiri jika terlalu berlebihan maka kita akan diuji dengan hal tersebut. Naudzubillah...

    Namun dihujung kalam ana juga ingin menambah, hatta ulama sehebat Imam Syafie ada Qaul Qodim dan Qaul jadidnya, maka apalagi kita insan yang masih bertatih mendalami ilmu ini. :)

    Ukhty Fatimah Syarha,
    Semoga Allah memberkahi ukhty... ana masih ingat tutur biacara ukhty yang sangat halus ketika makan semeja suatu masa dahulu. Semoga Ukhty dapat menjadi seperti sayyidah Nafisah, satu2nya guru imam syafie yang sangat tinggi ilmu pengetahuannya.

    Barakhallahu fiek ^^

    ReplyDelete
  41. asif, satu2nya guru wanita imam syafie :)

    ReplyDelete
  42. Ummu Sakinah, doa gadis solehah sepertimu amat-amatlah didambakan.

    ReplyDelete
  43. Makin menarik cetusan Ummu Nuh yang insyallah akan membuka kefahaman yang lebih mendalam kepada kita semua.

    Berkenaan hadis di atas, ia terdapat banyak versi matannya dan banyak pula tafsirannya. Sebaik-baiknya ialah kita merujuk sendiri sumber yang asal seperti dari buku pensyarah hadis Riwayat Bukhari yang paling hebat iaitu Ibnul Hajar al-Asqalani, bukannya daripada buku-buku agama yang ringkas-ringkas penerangannya.

    Salah satu tafsiran yang terdapat dalam syarah hadis itu ialah :
    "muroaat lihaqqi Fatimah..." maksudnya meraikan hak Fatimah. Apakah hak Fatimah? Fatimah berhak merelakan hidupnya dipoligami dan Fatimah juga berhak minta diceraikan lantaran takut hidupnya rosak lantaran cemburu.

    ReplyDelete
  44. rujuk penerangan di bawah.

    INFO FIQH HADIS

    FATIMAH AZ-ZAHRA TIDAK RELA DIDUAKAN

    Hadis sahih riwayat Bukhari (3110), Muslim (2449), daripada hadis Al-Miswar bin Makhramah, dia berkata, “Sesungguhnya Ali bin Abi Thalib meminang puteri Abu Jahal (untuk dimadukan) ke atas Fatimah, maka aku mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ke atas manusia berkenaan hal itu di atas mimbarnya, dan aku pada hari itu telah cukup umur (bermimpi), maka baginda berkata, “Sesungguhnya Fatimah daripadaku, aku takut jika agamanya terfitnah (diuji). Kemudian baginda menyebut menantunya daripada Bani Abdul Syams dan baginda memujinya atas ikatan menantu itu. Baginda berkata, “Dia berkata-kata kepadaku, dia jujur kepadaku dan dia memenuhi janjinya kepadaku. Sesungguhnya aku tidak mengharamkan suatu yang halal dan tidak menghalalkan suatu yang haram, tetapi dengan nama Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah SAW dengan anak perempuan musuh Allah pada satu lelaki.”

    Imam Bukhari RA berkata (hadis 3729): Abu Yamân meriwayatkan kepada kami daripada Syu'aib dari Zuhri dia berkata, Ali ibn Husain meriwayatkan kepadaku bahawa Miswar ibn Makhramah berkata, sesungguhnya Ali meminang anak perempuan Abu Jahal. Kemudian Fatimah mendengar tentang hal itu lalu kemudian dia datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Kaummu mengira bahawa kamu tidak marah kerana puteri-puterimu. Dan ini Ali (ingin) menikahi anak perempuan Abu Jahal." Lalu Rasulullah SAW berdiri, maka dia pun berdiri. Kemudian aku mendengarkan baginda ketika mengucapkan tasyahhud (seperti pada khutbah) dan berkata, "Amma Ba'd, aku telah menikahkan Abu Âsh ibn Rabî' kemudian dia berbicara kepadaku dan jujur kepadaku. Dan sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku dan aku tidak senang ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah SAW dengan anak perempuan musuh Allah pada satu lelaki." Kemudian Ali meninggalkan pinangannya.

    Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami daripada Laits daripada Ibnu Abi Mulaikah daripada Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW berkata dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibni Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."

    Timbul kemusykilan daripada kisah ini kerana berpoligami adalah harus untuk lelaki tetapi Rasulullah melarangnya untuk Ali. Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran. Antaranya adalah:

    •Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.
    •Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah kerana Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji, dan jelas bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah, sebagaimana Rasulullah SAW berkata, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali, jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah. Ataupun tidak berlaku pun syarat jika tidak dijelaskan bahawa itu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).

    •Meraikan hak Fatimah. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu, kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tiada seorang pun yang dapat dia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya sekiranya nanti dia cemburu.

    ReplyDelete
  45. Wanita yang tidak mahu meletakkan syarat ta'liq itu adalah haknya.

    Tapi, benarkah wanita yang meletakkan syarat ta'liq kurang bahagia?

    Berkaitan kurang bahagia atau lebih bahagia, ia berkaitan dengan hati yang dipersiapkan iman dan hubungan dengan Allah dalam apa jua situasi.Dalam istilah psikologi disebut, locus of control. Bukannya disandarkan pada faktor-faktor luar.

    Manusia sifatnya berubah-rubah. Iman pun boleh turun naik apatah lagi keinginan hati manusia. Mereka yang memahami tabiat manusia ini akan sediakan payung sebelum hujan.

    Mereka yang tidak mahu bersedia awal dan berhati-hati,hadapilah saat-saat anda menangis apabila ada segelintir ustaz-ustaz yang tidak sensitif dengan suara hati wanita, suka membuat lawak soal poligami dalam majlis-majlis ilmu.Ini membuatkan hati suami-suami berbunga-bunga dan hati wanita menjadi kecut dan terhiris.

    Hadapilah juga saat-saat suami mula berubah sikap dan anda tidak mempunyai apa-apa jaminan untuk mengekalkan monogami sedia ada kerana suami anda memang seorang yang baik dan soleh.

    ReplyDelete
  46. Jujurnya, antara ana dan suami ada syarat ta'liq. Kami menandatanganinya setelah beberapa bulan berkahwin.

    Petua yang boleh dikongsikan ialah:
    Mula-mula godalah suami dengan 'pakaian istimewa' dan wangi-wangian.

    Minta dia berbaring dengan selesa. Sebelum mengurut, persiapkan psikologi dan mind settingnya. Katakan padanya, "Bayangkan abang sekarang berada dalam satu-satunya rumah urut halal yang paling 'special' di dunia.Bayangkan di tepi abang ada aliran sungai yang jernih. Ikan-ikan yang berlarian. Batu-batu kerikil yang mencantikkan. Wangian kasturi yang menyegarkan. Dan di sisi abang ini, bidadari abang datang untuk melayani abang dengan penuh cinta..."

    Apabila dia kelihatan nyaman dengan latar suasana indah yang kita ciptakan,merasa badannya segar dibelai dan diurut isteri, ketika itu jelaskan tujuan cinta.Contohnya:

    " Abanglah suami terbaik di dunia bagi Yang. Abanglah suami yang paling Yang percaya. Tiada sangsi sedikitpun Yang pada cinta abang."

    Selepas habis memuji sakan,katakan padanya,
    "Bijaksananya Allah yang menyuruh Yang mencintai Abang. Dialah Kekasih Agung kita bersama kan Abang? Yang tahu, cinta abang pada Yang tidak melebihi cinta Abang pada Allah dan Rasul, begitu juga Yang."

    Suami merespon positif dan tenang dengan kejelasan matlamat cinta manusia ini, mendapatkan redha Allah dan Rasul.

    Kemudian, katakan lagi,
    "Abang, Yang terlalu sayangkan abang.Tapi cinta Allah lebih utama kan? Ampun maaf abang. Yang terpaksa berterus-terang. Yang tak mahu cinta Yang pada Allah rosak kerana tak mampu kawal cemburu sekiranya abang kahwin lagi. Yang tak maksudkan abang ada simpan cita-cita untuk itu. sedikitpun Yang tak sangsi pada abang. Yang cuma mempersiapkan diri sebagaimana Rasulullah mempersiapkan puteri-puterinya. Jadi Yang mohon..."

    Hah, masa inilah boleh sampaikan hasrat menandatangani syarat ta'liq setelah puas bersilat dengan kata-kata indah.

    Apa kata suami yang mencintai isterinya???

    "Yang, 10 kali pun abang sanggup sign. agar tenang hati kekasih abang ini. Kalau abang di tempat sayang pun, abang akn lakukan hal yang sama. itu tandanya isteri abang bijak."

    ReplyDelete
  47. Alhamdulillah, dengan adanya syarat ta'liq itu, hati ana lebih tenang dan ana lebih percaya kepada suami. Maka, ana dapat mencintai dan melayani suami sebaik yang terdaya bukan kerana takut dia kahwin lagi tapi semata-mata kerana ana ingin mendapatkan redha Pencipta-Nya.:)

    ReplyDelete
  48. Bismillahirrahmaanirrahim.
    Assalamualaikum ukhti fatimah..ramadhan kareem.
    Sungguh syukur padaNYA , BAGI MENYOKONG PERNYATAAN UKHTI FATIMAH , ana juga ingin menyatakan kpd para pembaca disini bhw memang benar setelah melakasanakan ta’liq hati lebih tenang, tidak timbul rasa tertanya-tanya..ana lakukan yg sama dgn ukhti fatimah (Cuma lain strategi), ana lakukan kerana fitrah keperempuanan islamiah ana mahu itu dilakukan...cubalah dan hayatilah ...

    namun perlu diingat duhai wanita...YAKIN ITU PADA ALLAH JUA, BUKAN PADA KERTAS SYARAT TA’LIQ.. JAGALAH HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH MAKA DIA AKAN MENJAGA KITA, hatta dlm hal hubungan suami isteri, anak-anak dan lain lain (mari baca buku jagalah Allah, Allah menjagamu-dr Aidh al-Qarni)..

    Ukhti fatimah, bila kita bicara tentang ini ada saja golongan sinis terhadap kita..ana pernah lalui baik bicara dgn kaum lelaki dan wanita, moga Allah lapangkan dada mereka , ...Allah sygkan kita lebih hebat daripada kasih sayang seorang ibu...Aku mencintai-MU ALLAH ..ana doakan ukhti berjaya, doakan ana juga ya..
    ALLAHU HAFIZ..

    ReplyDelete
  49. (sekadar kenangan)syukran pada prof dr anisah abd ghani-ustazah fiqh u.malaya, beliau mengajar ttg ta'liq sama seperti yg ukhti nukilkan disini..

    ReplyDelete
  50. Jazakillahu khairal jaza'.. semoga ilmu yang dikongsikan mendapat keberkatanNYA..ameen.

    Sedikit perkembangan pandangan saya ^_^: Wanita itu ada 3 golongan (hehe sekarang dapat ilham baru pula nak tambah satu lagi golongan):

    1. satu golongan yang amat sensitif, cemburu, dan mensyaratkan cerai dalam isu poligami.
    2. satu golongan lagi yang amat rasional, positif dan menggalakkan poligami.
    3. satu golongan lagi yang cemburu dan rasional tidak menggalakkan poligami dan tidak pula mahu mensyaratkan cerai.

    (o ye, bila saya mengatakan 'rasional' ini tidak bermakna golongan pertama itu tidak rasional..huhu cuma saya tidak tahu apakah perkataan yang lebih sesuai tika ini untuk menyifatkan mereka)

    Ketiga-tiga golongan wanita ini sama sahaja, yang menambahkan kemulian mereka hanyalah Taqwa kepada Allah s.w.t.
    Alhamdulillah Islam meraikan ketiga-tiga golongan ini dengan kesesuaian fitrah masing-masing ^_^.."

    Kewujudan golongan pertama dan kedua menimbulkan situasi seperti kata 'aidylmarjanqudsi' akan ada saja golongan wanita yang agak 'sinis' dengan golongan pertama.. sebagaimana golongan pertama juga agak 'sensitif' dengan golongan kedua.

    Berkenaan komen saya yang ada saya letakkan simbol T_T ini komen tika itu lebih kepada emosi semata-mata dan sudut pandang golongan pertama.

    Saya ada beberapa kawan wanita yang berada dalam golongan pertama, cemburu & sensitif dlm soal poligami, saya mencadangkan dia membaca blog ini dan alhamdulillah, dia ingin mengaplikasikan syarat ta'liq ini berkenaan poligami (hehe malah beliau sedang memikirkan apa-apa syarat tambahan lain pula ^_^)

    Saya juga ada beberapa kawan wanita yang berada dalam golongan kedua yang menginginkan poligami, sering menyokong poligami, sambil kekadang tertawa kecil berkenaan poligami kerana sangat positif berkenaan poligami, sehingga kawan-kwan saya dalam golongan pertama sering terasa hati dan menganggap kawan-kawan saya yang daripada golongan kedua ini sedang berjenaka dan menyindir mereka. Saya tahu golongan kedua kawan saya ini bukan berniat menyindir atau sinis, namun fitrah mereka yang sukakan keterbukaan dan memandang positif poligami menyebabkan golongan pertama yang cemburu terasa jauh hati.

    Sebagai contoh, memandangkan masing-masing sudah berkahwin, ketika kami bertemu: Wanita daripada golongan kedua bercerita: "Ana dah suruh Abg Ana tu kahwin lain, kesian kat ramai perempuan lain yang belum berkahwin ni, Abang Ana cakap nanti-nanti lah bila dah stable sikit" katanya sambil ketawa kecil.

    Kata-kata ini dianggap oleh golongan pertama sebagai satu kata-kata yang 'pelik' kepada golongan pertama.

    ReplyDelete
  51. Maka setiap kali saya post sesuatu daripada blog 'sebarkan bahagia' ke fb saya contohnya, maka amat ramai kawan-kawan daripada golongan pertama yang memberi komen2 positif, manakala, gologan kedua jarang memberi komen dan kadangkala ada komen yang bernada terasa @ 'terluka'.

    Manakala golongan kedua pasti akan memberikan komen2 positif dan golongan pertama biasanya senyap dan kadang2 memberi komen bernada terasa @'terluka' apabila saya post sesuatu daripada blog yang menyokong poligami: http://sisi-kehidupan.blogspot.com/

    Sebagaimana rakan-rakan saya daripada golongan pertama bersetuju bahawa bahagia itu adalah daripada faktor dalaman 'inner peace' maka mereka mahu mengaplikasikan syarat ta'liq ini, agar tenang hati mereka..
    begitu juga rakan-rakan saya daripada golongan kedua menginginkan poligami kerana bersetuju bahawa bahagia itu adalah faktor dalaman bukannya luaran.

    Dan di antara golongan pertama dan kedua, ada 'golongan ketiga' (kalau boleh saya golongkan mereka ^_^) Mereka tidaklah menggalakkan suami mereka berpoligami, namun tidak pula mahu meletakkan sebarang syarat ta'liq. Mereka memilih poligami berbanding cerai. Pada saya antara contoh penulisan yang menggambarkan prinsip golongan ini ialah blog: http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/12/menjadi-yang-terbaik-memberi-yang.html

    Fitrah dan personaliti yang berbeza. Kepelbagaian personaliti wanita diraikan dalam Islam, maka, hak mereka untuk menerima poligami atau tidak berdasarkan fitrah masing-masing..Alhamdulillah.

    Sesungguhnya, saya amat seronok dengan perbincangan ini:
    شكرا جزيلا وجزاكم الله خير الجزاء وأحبك في الله
    ^_^

    ReplyDelete
  52. BaarakAllahu fik..^_^ berkenaan petua-petua yang diberikan, saya amat-amat teruja.
    Teknik visualisasi membayangkan ibarat kita suami isteri di dalam syurga, dengan air sungai yang mengalir, aroma..dll yang amat mengasyikkan.. petua ini amat bernilai! Masya Allah, benar-benar memberikan motivasi kepada pasangan suami isteri untuk bermujahadah meraih keampunan & rahmat Ilahi, agar dirahmati dengan ditempatkan di dalam syurgaNYA yang nikmatnya jauh tak tertanding dengan nikmat dunia, SubhanAllah!

    Berbunga-bunga hati saya membaca kata-kata ini: "Yang, 10 kali pun abang sanggup sign. agar tenang hati kekasih abang ini. Kalau abang di tempat sayang pun, abang akn lakukan hal yang sama. itu tandanya isteri abang bijak."
    Saya turut merasa bahagia dengan bahagia yang ustazah sebarkan, membaca perkongsian ustazah, sedikit sebanyak, sesungguhnya saya juga mendapat tempias kebahagiaan ini, alhamdulillah.. 'sebarkan bahagia' seindah dan selembut namanya! saya doakan semoga ustazah sekeluarga sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah, wa rahmah, bahagia hingga ke FirdausNYA.. ameen ya rabbal a'lamin..^_^

    ReplyDelete
  53. Menarik kategori yang diberikan oleh Ummu Nuh. Biasalah manusia berbeza pendapat kan? Ini pula kategori yang diberikan oleh Syeikh Muhammad Abduh, seorang syeikh al-Azhar.Sekadar berkongsi untuk meraikan pandangan yang berbeza-beza ini.

    "Setiap isteri yang diduakan akan menghadapi dua kemungkinan:

    1. Golongan pertama: Mereka akan berasa sakit kerana dibakar rasa cemburu apabila suaminya terikat dengan wanita lain.(Mungkin golongan kedua boleh 'merasai' sendiri apa maksud Syeikh Abduh dengan kata-kata ini dengan segera berpoligami. Jika tiada rasa cemburu ini, mungkinkah mereka lebih hebat daripada para isteri Rasulullah? Rujuk konflik para ummahatul mukminin sehingga ada yang mendapat teguran keras daripada langit dalam Surah at-Tahrim.

    2. Golongan kedua: Tidak kisah kerana ada pelbagai sebab yang mengiringi.
    -Jika ada yang mengatakan, dalam sesetengah situasi, suami menikahi dua ataupun lebih dengan dorongan isteri pertama, maka Abduh memberi pandangan dengan dua sudut:

    1.Ianya jarang berlaku. Maka sudah tentu sesuatu yang jarang berlaku tidak boleh dijadikan pegangan bagi dilaksanakan di tengah-tengah umat. Orang yang mengatakan isterinya tenang suaminya menikah lagi sebenarnya ada sesuatu yang tidak wajar, (tidak normal dan tidak fitrah).
    2. Di kalangan isteri-isteri, kerelaan seperti itu memanglah jarang berlaku, namun di kalangan wanita ‘penghibur’ yang suka berganti-ganti lelaki, tentu rasa sukarela seperti itu sudah menjadi kebiasaan.

    *Sekali lagi dingatkan, ana sekadar berkongsi kategori yang dibuat oleh Syeikh Muhammad Abduh, bukan ana yang membuat kategori ini ye.Sekadar meraikan perbezaan pendapat. Inilah hikmahnya poligami tidak digalakkan oleh Jumhur ulama' kerana mereka memahami fitrah, realiti dan beratnya syarat keadilan.

    ReplyDelete
  54. Bertuahnya 4 wanita teragung di syurga:
    Maryam
    Khadijah
    Fatimah
    Asiah

    Mereka tidak diuji dengan poligami kerana cemburu yang fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. Cemburu yang sudah menjadi fitnah boleh merosakkan kedudukan seseorang di akhirat.

    Bertuahnya Aisyah r.ha:
    Cemburunya yang besar itu bukan tanda emosional tapi tanda besar cintanya kepada suami. Tidak hairanlah dia menjadi wanita kesayangan suami selepas kewafatan Khadijah. Terima-kasih Aisyah kerana mewakili fitrah hati sekalian wanita.

    Apa jadi kalau Aisyah tidak cemburu? Sudah tentu suaminya tidak tahu bahawa isterinya begitu mencintainya. Rasulullah tidak pernah menyuruhnya agar tidak cemburu kerana baginda insan yang paling memahami fitrah wanita dan realiti hidup.

    Tidak hairanlah baginda menunjukkan sunnah:
    1.Tidak menduakan isteri pertama.
    2.Tidak berpoligami ketika anak-anak masih kecil.
    3.Sunnah satu isteri selama 25 tahun manakala berpoligami hanya untuk 10 tahun.
    4.Tidak berpoligami selama 10 tahun itu kerana suka-suka tapi ada maslahah yang benar-benar mendesak kerana agama.

    Terima-kasih Rasul atas sunnah monogamimu itu. Subhanallah, sungguh rasional baginda meletakkan syarat ta'liq buat puteri2 baginda kerana memahami fitrah dan realiti ini. kami sayang nabi!

    ReplyDelete
  55. Terima kasih ustazah ^_^.

    Berkenaan apa yang ustazah kata: "(Mungkin golongan kedua boleh 'merasai' sendiri apa maksud Syeikh Abduh dengan kata-kata ini dengan segera berpoligami. Jika tiada rasa cemburu ini, mungkinkah mereka lebih hebat daripada para isteri Rasulullah? Rujuk konflik para ummahatul mukminin sehingga ada yang mendapat teguran keras daripada langit dalam Surah at-Tahrim."

    Mmm berdasarkan pandangan saya, golongan kedua ini, menggalakkan suami berpoligami bukan kerana tiada rasa cemburu, ya cemburu itu ada sebab ia fitrah semua manusia. Cuma tahap cemburu itu tidak setinggi golongan pertama. Bagi saya, sifat semulajadi seperti cemburu, marah, cerdik dikurniakan oleh Allah dengan tahap dan kadar berbeza dengan penuh hikmah. Ia adalah satu kurniaan dalam masa yang sama satu bentuk ujian. Alhamdulillah^_^

    Ada orang dikurniakan kecerdikan yang tinggi, sekali baca boleh faham & ingat sesuatu ilmu, ia satu kurniaan & ujian untuk menguji ketaqwaan. Selagi mana kecerdikan digunakan dalam jalan yang dibenarkan Islam, ia satu bentuk kesyukuran. Begitu juga dengan kecemburuan yang tinggi, sekali merasakan apa2 yang boleh mencederakan emosi dan hati, perasaan mereka terus 'dihujani' cemburu, ia juga satu kurniaan & ujian untuk menguji ketaqwaan. Selagi mana kecemburuan ini digunakan dalam jalan yang dibenarkan oleh Islam; termasuklah dengan meletakkan syarat ta'liq agar suami tidak berpoligami, maka ia satu bentuk kesyukuran. Alhamdulillah.^_^

    'Golongan kedua' yang saya maksudkan, mempunyai rasa cemburu cuma tidak terlalu tinggi sehingga mereka mampu menggalakkan suami berpoligami.. dan kecemburuan yang tidak terlalu tinggi ini tidaklah dianggap sebagai satu kelebihan yang memuliakan seorang manusia, apatah lagi untuk mengatakan mereka ini lebih mulia daripada para isteri Nabi s.a.w. Kerana sesungguhnya kemuliaan itu hanya diukur dengan Taqwa, dan kadar Taqwa seseorang itu hanya diketahui oleh Allah dan boleh diperakui oleh Allah. Alhamdulillah^_^,

    Sebagaimana keempat-empat wanita contoh yang ustazah sebutkan di atas telah diperakui oleh Allah & RasulNYA sebagai wanita paling bertakwa (dan mereka tidak diuji dengan poligami tetapi diuji dengan pelbagai ujian lain yang lebih berat yang membuktikan ketaqwaan mereka serta mengangkat martabat mereka sebegitu tinggi), begitu juga para isteri Nabi diperakui sebagai wanita yang bertakwa (dan mereka diuji dengan poligami dan pelbagai ujian lain sehingga mengangkat martabat mereka lebih tinggi daripada para muslimah lain), Alhamdulillah.^_^

    Apapun, apa yang ingin saya tekankan di sini, kemuliaan mereka yang amat tinggi tersebut adalah atas dasar ketaqwaan mereka dan bukan kerana mereka berpoligami atau tidak.^_^

    ReplyDelete
  56. Berkenaan kisah cemburu para isteri Rasulullah s.a.w. jelas menunjukkan kadar cemburu yang berbeza terhadap individu yang berbeza. Kecemburuan yang tidak terlalu tinggi antara Aishah r.a. & Hafsah r.a. sehingga mereka berdua boleh berkongsi rahsia. Namun, kecemburuan yang tinggi berlaku antara Aishah r.a. dan Zainab al-Jahsyi, tetapi kecemburuan ini kecemburuan fitrah yang tidak menjejaskan ketaqwaan mereka.

    Contohnya: Hadis berkenaan Berita bohong (al-Ifk) Bukhari :: Book 3 :: Volume 48 :: Hadith 829 Narrated by Aisha r.a.
    Allah's Apostle also asked Zainab bint Jahsh (i.e. the Prophet's wife about me saying, 'What do you know and what did you see?' She replied, 'O Allah's Apostle! I refrain to claim hearing or seeing what I have not heard or seen. By Allah, I know nothing except goodness about Aisha." Aisha further added "Zainab was competing with me (in her beauty and the Prophet's love), yet Allah protected her (from being malicious), for she had piety (Taqwa)."
    (http://www.quranexplorer.com/hadith/English/index.html)

    Ini menunjukkan wujudnya perbezaan kadar rasa cemburu antara wanita, dan ini adalah fitrah cemburu. Berbeza daripada individu kepada individu. Bahkan jelas bahawa Taqwa itulah yang utama, alhamdulillah^_^

    Berdasarkan sedikit sebanyak pengalaman saya bersahabat dengan golongan kedua, mereka juga punya rasa cemburu, namun kecemburuan itu tidak menghalang mereka untuk menggalakkan suami berpoligami (dan ini bukan menjadikan mereka lebih mulia daripada wanita lain, kerana apa yang penting ialah Taqwa..) ^_^.

    Kenapa menggalakkan suami berpoligami kalau rasa cemburu ye?? Soalan itu pernah saya utarakan kepada beberapa orang sahabat saya daripada golongan kedua. Jawapannya sangat panjang dan apa yang penting ialah setiap wanita yang berada dalam golongan kedua pasti ada sebab tersendiri untuk menggalakkan poligami dan ia banyak dibincangkan oleh para wanita dalam blog ini: http://sisi-kehidupan.blogspot.com/

    Namun sekali lagi saya nyatakan bahawa ketiga-tiga golongan yang saya sebutkan sebelum ini; sama ada yang menggalakkan monogami, atau yang menggalakkan poligami, atau yang rela berpoligami daripada bercerai, ketiga-tiga golongan ini bagi saya sama sahaja, yang menambahkan kemuliaan mereka adalah Taqwa.. Semoga Allah menjadikan kita semua hamba-hambaNYA yang bertaqwa..ameen..^_^

    ReplyDelete
  57. Berkenaan kata-kata ustazah:
    "Bertuahnya Aisyah r.ha:Cemburunya yang besar itu bukan tanda emosional tapi tanda besar cintanya kepada suami. Tidak hairanlah dia menjadi wanita kesayangan suami selepas kewafatan Khadijah. Terima-kasih Aisyah kerana mewakili fitrah hati sekalian wanita. Apa jadi kalau Aisyah tidak cemburu? Sudah tentu suaminya tidak tahu bahawa isterinya begitu mencintainya. Rasulullah tidak pernah menyuruhnya agar tidak cemburu kerana baginda insan yang paling memahami fitrah wanita dan realiti hidup".

    Saya amat bersetuju bahawa soal cemburu itu fitrah.. Tiada manusia yang tidak cemburu.. Begitu juga wanita..
    Namun, kadar cemburu ini berbeza atas setiap individu berbeza, dan kadarnya juga berbeza daripada individu kepada individu yang berbeza..

    Cuma..bukanlah kadar/ukuran kemuliaan sesorang itu pada kadar cemburu, bukanlah juga kadar/ukuran kecintaan seseorang itu pada kadar cemburu, sesungguhnya ukuran kemuliaan dan kecintaan itu adalah Taqwa..

    Kecintaan Nabi s.a.w. kepada orang-orang yang dicintai baginda seperti Khadijah r.a., Fatimah r.a., Aishah r.a., bukanlah atas dasar tahap cemburu, namun ia adalah atas dasar Taqwa..

    Wanita yang menggalakkan monogami dan meletakkan syarat ta'liq agar suami tidak berpoligami boleh jadi bertaqwa kerana niat mulianya untuk mendapat Redha Ilahi, boleh jadi juga tidak bertaqwa kerana niat buruknya yang tersembunyi..

    Wanita yang menggalakkan poligami boleh jadi bertaqwa kerana niat mulianya untuk mendapat Redha Ilahi, boleh jadi juga tidak bertaqwa kerana niat buruknya yang tersembunyi.. (contohnya agar orang lain mengatakan dia wanita hebat kerana sanggup berpoligami).

    Wanita yang rela hidup berpoligami daripada hidup sendiri atau bercerai boleh jadi bertaqwa kerana niat mulianya untuk mendapat Redha Ilahi, boleh jadi juga tidak bertaqwa kerana niat buruknya yang tersembunyi..

    Dan Taqwa itu, biarlah Allah SWT sahaja yang mengukurnya..

    Berkenaan kata-kata ustazah: "Terima-kasih Rasul atas sunnah monogamimu itu. Subhanallah, sungguh rasional baginda meletakkan syarat ta'liq buat puteri2 baginda kerana memahami fitrah dan realiti ini. kami sayang nabi!"

    Ya, saya juga amat bersetuju. Alhamdulillah.. Cuma berkenaan adakah benar Nabi meletakkan syarat ta'liq atau tidak kepada puteri-puteri baginda pada pandangan saya ia masih dalam perbezaan pendapat para Ulama'^_^ Cuma untuk meraikan juga golongan kedua dan ketiga (yang saya golongkan pada pemerhatian saya yang amat terhad ini) maka saya ingin mengatakan sebagaimana yang ustazah katakan dengan sedikit tambahan bagi meraikan semua pihak ^_^:

    "Terima-kasih Rasul atas sunnah monogami dan poligamimu itu. Subhanallah, sungguh rasional baginda meletakkan syarat ta'liq buat puteri2 baginda dan menambah baik poligami dengan syarat-syaratnya yang indah kerana memahami fitrah dan realiti ini yang berbeza daripada wanita kepada wanita yang lain. kami sayang Nabi!" ^_^

    ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم

    آمين يا رب العالمين

    ReplyDelete
  58. Berdasarkan penjelasan Ummu Nuh di atas, maka adakah wajar Ummu Nuh mengkategorikan seperti ini?

    1. satu golongan yang amat sensitif, cemburu, dan mensyaratkan cerai dalam isu poligami. (Bukankah golongan kedua juga cemburu?)
    2. satu golongan lagi yang amat rasional, positif dan menggalakkan poligami. (Bukankah golongan pertama juga rasional dan positif?)
    3. satu golongan lagi yang cemburu dan rasional tidak menggalakkan poligami dan tidak pula mahu mensyaratkan cerai. (Bukankah golongan ketiga juga sensitif?)

    Berfikiran positif tidak menghalang seseorang untuk menilai kebijakan MENCEGAH SEBELUM MERAWAT.

    ReplyDelete
  59. Maaf sangat-sangat, kalau kategori saya itu menyebabkan salah faham sesiapa. Pada mulanya saya berpendapat ingin mengkategorikan para wanita berdasarkan sifat yang menonjol dalam isu poligami.

    Ini kerana, kita sering lihat di dalam al-Qur'an Allah SWT sering menggolongkan orang-orang beriman itu kepada beberapa golongan, contohnya: orang-orang yang benar, orang-orang yang baik, orang-orang yang bersyukur dll. Ini tidak menafikan sifat golongan yang benar tidak terdapat pada golongan yang bersyukur, dan tidak juga menafikan sifat orang yang bersyukur tidak terdapat pada golongan orang yang benar. Pembahagian ini adalah berdasarkan sifat yang menonjol. ^_^

    Begitu juga dalam hadis Nabi SAW mengatakan ada beberapa pintu, orang yang banyak solat masuk daripada pintu solat, orang yang banyak puasa akan masuk dalam pintu puasa dan begitulah seterusnya, pembahagian adalah berdasarkan sifat yang menonjol.^_^

    Inilah apa yang saya faham daripada katogeri yang saya sebutkan. Maaf kalau ia menyebabkan ustazah tidak selesa dengan cara pengkategorian yang saya sebutkan. Maaf ini saja cara pengkategorian yang dapat saya fikirkan tika itu, iaitu berdasarkan sifat yang menonjol.

    Sebab itulah saya letakkan dalam comment di atas (o ye, bila saya mengatakan 'rasional' ini tidak bermakna golongan pertama itu tidak rasional..huhu cuma saya tidak tahu apakah perkataan yang lebih sesuai tika ini untuk menyifatkan mereka)^_^

    Ya, saya juga amat bersetuju:Berfikiran positif tidak menghalang seseorang untuk menilai kebijakan MENCEGAH SEBELUM MERAWAT.

    maaf saya menyedari dan mengakui kelemahan dan kesilapan saya dalam memilih perkataan yang sesuai berdasarkan ilmu yang amat cetek..T_T huhu

    maka sekarang untuk lebih menjelaskan dan mengelakkan salah faham dalam kategori, saya rasa saya sepatutnya tidak membahagikan wanita mengikut sifat yang menonjol tetapi mengikut perbuatan seperti berikut:
    1. golongan yang mensyaratkan cerai dalam isu poligami.
    2. golongan yang menggalakkan poligami.
    3. golongan yang tidak menggalakkan poligami dan tidak pula mahu mensyaratkan cerai.

    Ketiga-tiga golongan wanita ini sama sahaja, semua keputusan yang dibuat masih dalam lingkungan perbuatan yang dibenarkan dalam Islam. Yang menambahkan kemulian mereka hanyalah Taqwa kepada Allah s.w.t.
    Alhamdulillah Islam meraikan ketiga-tiga golongan ini dengan kesesuaian fitrah masing-masing ^_^..

    Jazakillahu khairal jaza' dan terima kasih atas teguran ini. Alhamdulillah..harapnya kategori baru ini lebih baik daripada yang sebelumnya..^_^

    Saya benar-benar memohon maaf, huhu ini sudah masuk kali ketiga saya menukar kategori2 wanita yang hadir di minda saya, harapnya ia tidak mengelirukan bahkan menambah kefahaman kita semua. Bagi pihak diri saya, sungguh banyak ilmu yang dapat saya kutip setiap kali ustazah memberikan komen balas. Alhamdulillah..^_^ Semoga perbincangan ini menamba manfaat dan bukannya kekusutan, ameen..^_^ Sebarang komen balas ustazah amat saya hargai, untuk saya lebih membaiki kefahaman pihak diri saya. Terima kasih ^_^

    اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

    ReplyDelete
  60. ALLAH swt maha pengampun,
    kita dituntut agar sentiasa merendah diri dgn para ulama, guru yg mengajar...indahnya akhlak islamiah ini, bahkan ia selalu diajarkan baginda Nabi..
    kadangkala terlalu berhujah bagaikan tidak percaya pada mutiara ilmu yg disampaikan pendidik kita boleh mengguris perasaan murabbiah kita..smg ALLAH SWT MENGAMPUNI KITA SEMUA AMIN

    ReplyDelete
  61. Aku menulis
    tulisan tanpa suara
    niat di hati
    ingin berdiskusi
    berkongsi ilmu
    apakan daya
    nada kita berbeza
    ada terguris
    ada terhiris
    aku jadi sangsi
    untuk terus menulis..

    Aku menulis
    tulisan tanpa suara
    hanya kepadaNYA
    kumohon ampun
    andai terselit rasa bangga
    dalam tulisanku
    andai terselit api hasad
    dalam baris ayat
    yang bisu..

    Tulisan tanpa suara
    perbincangan biasa
    bisa diterjemah sebagai debat
    untuk menunjukkan yang terhebat
    ampuni aku YA ALLAH
    andai benar ia menjadi niat
    sucikan hatiku Ya Tuhan
    andai hatiku ternoda hasutan nafsu & syaitan..

    ^_^ terima kasih atas teguran saudari aidylmarjanqudsi.. semoga Allah memelihara semua daripada lisan dan tangan saya kerana seorang muslim itu adalah sesiapa yang bisa para muslim selamat daripada lisan dan tangannya.. rupanya saya masih dalam proses mujahadah untuk menjadi seorang muslim.. sekali lagi saya memohon maaf. terima kasih juga kepada ustazah selama ini yang sudi berdiskusi..semoga Allah memberkati segala ilmu yang diberi..ameen ^_^

    ReplyDelete
  62. Allah Maha Penyayang. Apa yang penting sekarang ini, syukurlah Allah SWT terus menautkan hati-hati kita untuk berkasih-sayang kerana-Nya.

    Ana sayang ukhti Aidylmarjanqudsi dan ukhti Ummu Nuh kerana Allah. Begitu juga ana yakin ukhti Aidylmarjanqudsi dan ukhti Ummu Nuh saling menyayangi dan menghormati kerana Allah.

    Berbanggalah kita semua menjadi muslimah. Setiap hak kita terpelihara dan terbela dengan hebatnya di dalam ajaran mulia ini.Tq Allah!

    ReplyDelete
  63. alhamdulillah betul,betul, betuuul..(meniru upinipin)

    ReplyDelete
  64. Subhanallah..
    Jazakallahukhair atas entri bermanfaat ini :)

    ReplyDelete
  65. Lelaki yang positif seperti Muhammad Iqbal akan meneguk manfaatnya. Moga menjadi suami dan ayah kebanggaan...

    ReplyDelete
  66. Assalamu'alaikum Ustzh..

    Satu coretan yg penuh ilmiah, dan banyak input yg bermanfaat..

    Ana cukup berstuju dengan syarat ta'liq ke atas suami, kerana ini dibenarkan oleh syara' berdasarkan pandangan2 ulamak..

    Walaubagaimanapun, berkenaan Hadis Nabi SAW yg dibawakan berkenaan dalil Nabi SAW melarang Ali B. Abi Talib memadukan Fatimah, ana cuba merujuk Syarah Imam Nawawi berkenaan hadis tersebut, dan ana dapati Hikmah Larangan Nabi SAW adalah jelasnya bukan masalah tidak membenarkan apa yg dihalalkan, tetapi ada dua perkara yg ditulis oleh Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis Sahih Muslim (No 2449):
    1) Rasulullah SAW bimbang jika puteri kesayangannya disakiti (akibat cemburu), maka ini akan mendatangkan kekecewaan juga kpdnya, dan sesiapa sahaja yg mengecewakan (menyakitkan) Rasulullah akan musnah. Oleh hal yg demikian, Rasulullah menyekat keinginan Ali itu atas dasar kasih sayangnya kpd Ali (bimbang takut Ali akan mendapat kemusnahan) dan juga Fatimah.
    2) Rasulullah bimbang berlaku fitnah ke atas (agama) puterinya disebabkan cemburu yg bersangatan.

    dan ada juga tambahan dari Syarah Imam Nawawi itu, bahawa Nabi SAW mengetahui (dari kelebihan Allah SWT berikan kpdnya) yg puterinya dan puteri Abi Jahal itu tidak (mampu) untuk bersatu (dalam satu keluarga).
    (SYARAH IMAM NAWAWI KPD SAHIH MUSLIM)

    Turut disebut dalam Syarah Sahih Bukhari oleh Ibnu Battal, bahawa Rasulullah bimbang berlaku fitnah ke atas agama Fatimah, kerana yg ingin dijadikan madu oleh Ali B Abi Talib itu adalah anak musuh Allah, dibimbangi akan membuat mudharat kpd puterinya.
    (SYARAH AL-BUKHARI OLEH IBN BATTAL)

    Apa yg difahami, QARINAH MANI'AH kpd penahanan poligami bagi Ali R.A dalam masalah ini adalah kerana Haramnya Menyakiti Nabi SAW, dan apa sahaja yg boleh membawa kpd rasa sakitnya Nabi SAW...
    Bahkan disebut dalam Kitab 'Aunil Ma'bud, Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan dalam Fathul Bari:
    "Sekiranya Fatimah R.A meredhai perkahwinan itu, maka pasti Nabi SAW tidak menghalang Ali dari berkahwin samada dengan wanita tersebut atau selainnya".
    (KITAB 'AUNIL MA'BUD)

    Sedikit persoalan timbul, ana pernah terbaca satu hadis Sahih Bukhari (Bab Kathratin Nisaa', Hadis No 4681):
    Drpd Sa'id B Jubair telah berkata, Ibnu Abbas R.A telah bertanya kepadaku: "Adakah kamu telah berkahwin?" Aku menjawab: "Tidak".
    Ibnu Abbas R.A berkata: "Berkahwinlah, sesghnya sebaik2 org dlm ummah ini adalah yg paling ramai perempuannya (isterinya)"..

    Apa pandangan ustzh ttg hadis ini atau lebih tepat Athar Sahih dalam Sahih Bukhari?

    ReplyDelete
  67. Secara peribadi, pandangan ana kpd poligami adalah suatu hukum yg mana sebenarnya untuk menjaga Fitrah, cuma disebabkan amalan golongan mereka yg tidak bertanggungjawab, maka telah bertukar menjadi Fitnah...

    Ana suka berkongsi di sini, perbualan dengan seorg perempuan (non-muslim), kebetulan rakan sekerja dan duduk sebilik (tapi sentiasa membuka pintu bilik untuk elak fitnah)..
    Spjng berada sebilik (di pejabat), dia banyak bertanya tentang Islam walaupun bukan dalam nada serius..
    Dalam byk2 perkara dia ada menyentuh hal poligami dalam Islam.."Kenapa Islam membenarkan kahwin ramai?"
    Dgn sedikit ilmu yg ada, ana menjawab dengan soalan:
    "Kalau dalam agama Budha (Kaum Cina) boleh tak lelaki kahwin ramai?"
    Dia menjawab: "Ish, mana boleh! Kaum cina hanya dibenarkan kahwin seorg je!"
    Ana tanya lagi:
    "Kalau si lelaki tu gatal jugak macam mana?"
    Dia jawab dalam keadaan terpaksa:
    "Biasanya lelaki jenis itu akan ada perempuan simpanan.."
    Ana jawab:
    "Habis, isteri tak marah ke?"
    Dia jawab:
    "Jangan diketahui isteri lah..!"
    Ana tanya lagi:
    "Kalau dapat anak, macam mana?"
    Dia diam, tidak menjawab..
    Ana sambung menceritakan hal poligami dalam Islam..
    "Islam tidak mewajibkan poligami, tetapi Islam beri pilihan, fitrah lelaki semuanya inginkan lebih dari satu (maksudnya wanita), cuma yg membezakan adalah ada lelaki yg merasakan tidak mampu dari segala segi, itu sahaja yg menyekat kemahuan Fitrahnya itu, jadi Islam beri pilihan awal2 dengan menawarkan satu atau dua atau tiga atau empat..!"
    "Kalau masih ada lagi yg selepas empat merasa tak cukup, itu maknanya dia melampau, dan selayaknya dia dapat azab neraka!"..
    "Hak isteri2 (no1, no2, no3, no4) semuanya sama, anak2 mereka juga diiktiraf sama, tiada apa pun membezakannya..Itulah cara Islam dalam hal ini..."
    Ana mengakhiri penerangan ana itu dengan satu pertanyaan yg agak kasar:
    "Kalau wanita, sanggup tak di kelilingi dua lelaki dalam satu masa?"
    Dia jawab:
    "Ermm..mana boleh!"
    Ana jawab dalam nada gurauan (supaya dia berfikir ini fitrah):
    "Lelaki sanggup..!"

    (Maaf jika dialog ini agak kasar, cuma ini satu perkongsian utk memahamkan situasi skrg...benar poligami bukanlah satu kewajipan, tetapi ianya tetap satu hukum yg dibolehkan)

    ReplyDelete
  68. Ini pegangan ana dan pesanan ana ttg poligami:
    Allahul musta'aan..
    Lelaki yg kahwin ramai, tolonglah laksanakan poligami sunnah cara terbaik smg tidak timbul fitnah kpd mereka yg berkeinginan poligami..

    Isteri-isteri yg berkongsi suami, tolonglah, jgn menimbulkan pelbagai perspektif negatif kpd perempuan-perempuan lain..

    Lelaki yg berkeinginan, laksanakan t/jwb dgn baik kpd isteri pertama, dan berbincanglah dgn baik sblum melaksanakan, jgn sekali-kali buat scara ILLEGAL..

    Isteri yg suami berkeinginan, permudahkanlah, hormati suami yg dgn ikhlas berbincang dgn anda sbaik mgkin, terimalah seadanya..

    Untuk semua lelaki; INGATLAH pesan Nabi SAW dlm Khutbah Al-Wada'
    Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik. (HSR Imam Muslim no 2137)

    Untuk semua wanita; INGATLAH, hukum Allah mesti diterima, jgn terlalu byk alasan, takut nanti Allah beri balasan..
    Surah Al-ahzab, ayat 28
    "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik."
    FirmanNYA surah Ali Imran, Ayat 31:
    "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Yakni Sunnah Nabi SAW), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
    Surah Annisa', ayat 129:
    Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain tergantung (tidak bertali). Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  69. Jazakallah buat saudara Ahmad Zaki sudi berkongsi di sini.

    "ana dapati Hikmah Larangan Nabi SAW adalah jelasnya bukan masalah tidak membenarkan apa yg dihalalkan,tetapi..."

    Ya, ana sangat bersetuju!Poligami memang dihalalkan, sebagaimana juga dihalalkan perceraian. Hukum asal poligami menurut jumhur ulama ialah HARUS dan bukannya SUNNAH.

    ReplyDelete
  70. Tentang kata-kata Ibnu Abbas, boleh rujuk balik tafsirannya kerana Ibnu Abbas selalunya berpandangan jauh dan tafsirannya sering kali melihat secara maksud tersirat (kontektual) bukannya maksud zahir atau tersurat (textual).

    Ini pula antara dalil pandangan jumhur ulama berkenaan hukum asal poligami hanya HARUS, bukan Sunnah dan bukan pula digalakkan Islam.

    •Dalam ayat 3, Surah an-Nisa', Allah menyebut berkenaan tiga jenis pernikahan, iaitu: 1. mengahwini anak yatim, 2. berpoligami dan 3. berkahwin satu. Kemudian daripada segi fiqh keutamaan, Allah menyusun keutamaan bahawa berkahwin satu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya, maka semoga kamu bertakwa. Ini tafsiran yang disokong oleh jumhur ulama sedunia.

    •Syarat yang amat ketat diletakkan dalam urusan poligami iaitu mampu berlaku adil sehinggakan ada ulama mengatakan ia adalah ancaman bukan galakan. Dengan syarat ini, poligami dalam Islam adalah sesuatu yang amat ketat dan payah aturannya, bukannya dengan cara mengambil mudah.

    •Ayat 129, Surah an-Nisa' menjelaskan lagi bahawa poligami tidak digalakkan apabila Allah mengatakan tiada seorang pun antara kamu mampu berlaku adil, walaupun kamu sangat menginginkannya. Malah,dalam ayat ini, Allah mengingatkan tentang risiko kecenderungan cinta suami kepada salah seorang isterinya boleh mengakibatkan dia berlaku aniaya kepada isteri yang lain.

    •Dalam hadis sahih Riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah sendiri menyuruh Sayidina Ali menceraikan Fatimah sekiranya mahu menduakannya. Dalam syarah Imam Nawawi, Rasulullah SAW menegahnya kerana baginda takut agama Fatimah rosak akibat cemburu. Ada ulama mentafsirkan bahawa tegahan Rasul itu bagi meraikan hak Fatimah (yang merasakan poligami itu menyakitkannya). (Rujuk Fathul Bari, penjelasan ke-3).

    •Bukan hanya Fatimah, Rasulullah SAW melarang semua puterinya diduakan. (Rujuk hadis Sahih Bukhari Muslim). Ini menjadi dalil kita kepada golongan orientalis berkenaan kedudukan sebenar poligami dalam Islam. Islam hanya mengharuskan poligami dalam masalah-masalah tertentu, bukan menggalakkannya. Ada hak-hak wanita yang perlu diraikan.

    •Rasulullah SAW berpoligami menyusuli hikmah perang kerana zaman itu adalah zaman perang. Sistem poligami yang dilaksanakan amat bijaksana dalam menghadapi suasana itu kerana Islam kehilangan sekian banyak lelaki-lelakinya. Masalahnya, ramai masyarakat pada hari ini berpoligami kerana sudah dekat dengan zina. Mampukah orang yang kurang beragama itu berlaku adil?

    •Masyarakat jahiliah ketika itu berlebih-lebihan dalam meramaikan isteri, maka Islam secara bersederhana menghadkan sampai empat sahaja. Ia suatu anjuran supaya mengurangkan, bukan menambah. Malah, berbanding agama lain, hanya Islam secara terang-terangan mempunyai ayat yang berbunyi. “Maka (berkahwinlah) dengan satu sahaja.” (Surah al-Nisa’: ayat 3). Jelas, Islam lebih menganjurkan berkahwin satu berbanding agama yang lain.

    •Ayat “fankihu ma tooba lakum..” (Ayat 3, Surah Al-Nisa’. Bermaksud, “Nikahlah mana yang baik bagimu dua, tiga, empat…”) hingga akhir ayat adalah ayat yang bergantung kepada ayat sebelum dan selepasnya. Ia suatu jawab syarat, bukannya ayat perintah. Kita tidak mengambil hukum wajib ataupun sunnah daripadanya walaupun ia seolah-olah dalam nada perintah. Ada syarat yang ketat dan ada qarinah (dalil utama yang lain) yang diperhatikan sebelum para ulama mengambil hukum.

    ReplyDelete
  71. Terima-kasih atas usaha akhi berdakwah kepada rakan sekerja itu dengan menjaga dari fitnah.

    Kata akhi:
    "fitrah lelaki semuanya inginkan lebih dari satu (maksudnya wanita), cuma yg membezakan adalah ada lelaki yg merasakan tidak mampu dari segala segi."

    Maaf, ana tidak nampak kenyataan ini disokong oleh dalil.Ini mungkin pendapat peribadi akhi.

    Ana tak nafikan ia menjadi keinginan (bukan fitrah suci tapi keinginan yang didasari banyak faktor) sesetengah lelaki sebagaimana juga ia sebenarnya menjadi keinginan sesetengah wanita.(Lihat saja ada golongan wanita yang sanggup mencari kepuasan seks di luar walaupun sudah ada suami).

    Allah sendiri memberitahu kita secara tersirat dalam surah an-nisa' ayat 129 bahawa fitrah cinta itu hanya cenderung pada SATU sahaja. Tiada sesiapa pun dalam dunia ini mampu berlaku adil dalam soal cinta.

    Begitu juga pendapat Ibnul Qayyim al-Jauziyah di dalam bukunya Raudhatul Muhibbin wanuzhatul Musytaqin, fitrah cinta mengharapkan penunggalan cinta dari kekasihnya (tidak kira lelaki mahupun wanita)

    ReplyDelete
  72. Kata akhi: "Kalau si lelaki tu gatal jugak macam mana?"

    Pendapat peribadi ana tentang 'lelaki gatal', lebih baik MENCEGAH SEBELUM MERAWAT daripada menjadikan lelaki sebegini sebagai suami. Ia hanya memberikan azab psikologi kepada isterinya.

    Cara nak mengenali lelaki itu 'gatal' atau tidak ialah dengan menilai cara dia menawarkan cinta kepada kita sebelum berkahwin. Kalau dia suka sms dan call, boleh jadi lepas kahwin dia suka sms dan call perempuan lain pula dan mula stress nak kahwin lagi. Baik tak payah terima lelaki yang suka sms dan call kita sebelum kahwin.

    Pilihan yang ada bagi lelaki gatal (maaf, ana guna ayat ini sebab tiru penggunaan akhi) jika tetap gatal jugak sebenarnya ada banyak, bukan hanya ada dua (kahwin lagi atau pasang perempuan simpanan.

    Antara pilihan yang banyak itu ialah:
    1.Bertaubat dan Jangan hampiri jalan-jalan zina.
    2.Banyakkan puasa.
    3.Berlari-lari sampai penat bila ingat perempuan lain.
    4.Makanan makanan basi hingga cirit birit bila teringatkan perempuan lain.
    5.Bakar tangan dalam api gas bila teringat nak berzina.
    6.dan banyak lagi...

    ReplyDelete
  73. Poligami hukum Tuhan?
    Ramai yang sering mengungkapkan ayat ini tapi tidak memahaminya secara jelas.

    Wanita yang menolak dimadukan dianggap menolak hukum Tuhan.

    Fatwa Syeikh U’tsaimin dalam Majalah Dakwah

    Soalan: Bukankah hukum wanita benci berpoligami itu sama dengan hukum wanita cemburu? Cemburu itu fitrah di kalangan wanita. Bahkan, kita membaca kisah berkenaan cemburunya Aisyah kepada Rasulullah SAW. Bagaimana pula dengan hal ini, saya membaca dalam beberapa buku, bencikan suatu hukum daripada hukum-hukum syariat boleh membawa kepada kekafiran?

    Jawapan: Alhamdulillah. Cemburu wanita kepada suaminya suatu yang tabi’ie dan fitrah. Tidak boleh berkata kepada wanita, jangan cemburu kepada suami kamu! Kebencian seseorang kepada sesuatu yang dibolehkan syariat tidak memudaratkannya, selagi mana dia tidak bencikan keharusannya dalam syariat. Contohnya firman Allah SWT, (Diwajibkan ke atas kamu perang dan ianya dibenci bagimu…).

    Wanita yang cemburu bukannya marahkan Allah yang membenarkan suaminya menikahi lebih daripada seorang wanita, tetapi mereka bencikan ada perempuan lain yang hidup bersamanya. Dua perkara ini adalah hal yang berbeza. Oleh itu, saya menyeru kepada saudara yang bertanya dan orang lain jangan lakukan hal itu. Jangan gopoh dan ketahuilah perbezaan dalam hukum-hukum, dengan perbezaan yang jelas terlebih dahulu.


    Hukum Tuhan ada 5:
    Wajib
    Sunnah
    Harus
    Makruh Harum

    Kebanyakan wanita sedia maklum adanya ayat tentang keharusan poligami dalam al-Quran. Mereka tidak menolak hukum HARUSNYA poligami. mereka ingin bersama pandangan JUMHUR ULAMA bahawa poligami itu cuma rukhsah dan TIDAK DIGALAKKAN.

    Jadi, berhati-hatilah kita daripada menghukum seseorang menolak HUKUM TUHAN.

    ReplyDelete
  74. Berkait dengan kawan non-Muslim, ana juga mempunyai kawan non-Muslim yang fobia masuk Islam sebab mendengar Islam menggalakkan poligami, dan isteri tiada hak untuk keluar dari hidup berpoligami.

    Jadi, lebih baiklah kita menerangkan tentang poligami ini berdasarkan pendapat pertengahan, pendapat jumhur ulama untuk meraikan maslahah yang pelbagai. Rujuk tulisan ana Jumhur ulama; Poligami cuma rukhsah, tidak digallakn.

    Terima-kasih atas nasihat tulus akhi buat lelaki dan wanita.

    Cuma satu ana pinta,
    hormatilah isteri pertama yang tidak rela diduakan kerana itu haknya yang Islam raikan. Dia berhak membuat keputusan yang berkait akhiratnya. Jangan dilabel ia sebagai penolak hukum Tuhan takut ia menjadi fitnah yang bakal Allah persoalkan.

    Ana hargai perkongsian akhi. Terima-kasih.
    Jangan lupa annti beli buku, Sebarkan Cinta-Mu:)

    Istimewa buat anda, bacalah tinta ana dalam Tak Mengapa, Sayang...kategori PUISI.

    ReplyDelete
  75. * Maaf, banyak kesalahan ejaan dalam tulisan ana di atas sebab mengejar masa nak masak untuk berbuka puasa. Nak masak istimewa buat suamiku yang 'fitrah'nya tidak GATAL. Alhamdulillah!:)

    ReplyDelete
  76. Terima-kasih juga buat suamiku yang telah berjanji untuk menegakkan SUNNAH MONOGAMI NABI, TIDAK MENDUAKAN ISTERI PERTAMA dan TIDAK BERPOLIGAMI KETIKA ANAK-ANAK MASIH KECIL.
    (Sunnah monogami Nabi selama 25 tahun, manakala sunnah poligami hanyalah 10 tahun).

    ReplyDelete
  77. Terima kasih atas pencerahan yg diberikan serta jawapan yg cukup ilmiah..

    Berbeza pendapat itu perkara baik utk percambahan ilmu dan maklumat..

    Alhamdulillah..ana menyokong keHARUSan yg ditetapkan kerana ianya pendapat jumhur..

    Namun, sudut yg dilihat oleh Ustzh adalah dari sisi seorg wanita dan isteri, dan itulah yg ditekankan oleh Ustzh..

    Sudut yg cuba ana ketengahkan adalah dari kaca mata lelaki, sbgaimana Ustzh nyatakan bukan semua lelaki berperangai sama..

    Ana melihat poligami ini perlu dilaksanakan oleh lelaki2 yg beriman dan mampu menunjukkan contoh terbaik cara sunnah poligami itu sendiri, jika dibiarkan golongan2 yg melaksanakan poligami hanyalah mereka2 yg tidak bertanggungjwb (dgn kata lain "Khas utk Lelaki Gatal yg Kurang Baik", maka ini menjadikan poligami (satu hukum dalam Islam, walaupun hanya peringkat HARUS) dipandang serong oleh pihak2 tertentu (samada non-muslim, atau muslim yg tidak kuat pegangannya)...

    Sunnah Monogami Rasulullah SAW selama 25 tahun memang patut ditiru dan dicontohi (dan alhamdulillah, telah ramai yg melaksanakannya dgn sebaiknya), namun sunnah poligami 10 tahun juga perlu diteruskan mengikut acuan dan cara yg sebaiknya (kerana ramai yg melaksanakan dlm keadaan memberi FITNAH yg cukup besar kpd satu ajaran Islam)..

    Berkenaan dalil FITRAH lelaki inginkan lebih dari satu, mungkin tiada dalil qat'ei dinyatakan, namun, ini jelas terserlah melalui tindakan beberapa isteri yg sangat bimbang ketidak setiaan suaminya, sehingga ada yg meletakkan syarat ta'liq (tidak menduakan) kpd suaminya, walaupun suaminya itu sudah jelas soleh dan terbaik dari sudut kelakuan..

    Mungkin akan dikatakan "Bukan tidak percaya", tetapi sekadar langkah berjaga2..

    Ana tidak menafikan cemburu wanita itu tinggi, bahkan Sirah membuktikan Aishah cukup tinggi cemburunya sehingga terkadang Nabi SAW sendiri tidak mampu untuk membendungnya..
    Tetapi setakat secebis pengetahuan yg ana miliki, Nabi SAW tidak pernah menawarkan cerai ketika mengendalikan masalah cemburu Aishah itu..

    Kecemburuan itu memang FITRAH wanita, namun, tidaklah sampai tahap kecemburuan mengatasi rasional..

    Ana meletakkan label "tolak hukum" itu untuk wanita yg mana seorg suami cuba melakukan poligami dengan cara berbincang dengan sebaiknya, dan menerangkan secara terperinci alasan2 utk berpoligami (dgn seikhlas mungkin)..
    Maaf, tidak bermaksud meng"UMUM"kan label "tolak hukum" itu..

    ReplyDelete
  78. Dalam ayat 129, surah An-Nisa', Ustzh nyatakan:
    "...bahawa poligami tidak digalakkan apabila Allah mengatakan tiada seorang pun antara kamu mampu berlaku adil, walaupun kamu sangat menginginkannya."

    Apa yg ana fahami dari rujukan tafsir Ibn Kathir, ayat ini adalah satu nasihat berguna utk mereka yg mempunyai ramai isteri, mereka tidak akan mampu berlaku adil (dari segi mahabbah dan hati), tetapi dalam pada itu, mereka WAJIB berlaku adil dari segi pembahagian zahir (sperti satu malam, satu malam)..

    Disebut juga dalam riwayat bahawa Nabi SAW membuat pembahagian antara isteri2nya, dan berlaku adil kepada semua..
    Kemudian Nabi SAW berdoa:
    "Ya Allah inilah pembahagian yg aku mampu buat setakat apa yg aku miliki, dan janganlah Engkau memarahi (mengazab) ku atas apa yg Engkau miliki (kekuasaan yg jauh lebih hebat dan tiada had), tetapi aku tidak milikinya."

    dan diteruskan lagi dalam ayat itu:
    "sekiranya kamu berlaku baik dan bertaqwa, maka sesghnya Allah Maha Pengampun lagi maha penyayang"

    Tafsir Ibnu Kathir menyatakan bahawa, "Sekiranya kamu melakukan kebaikan (atau membetulkan kembali keadaan) kepada berlaku adil mngikut tahap kemampuan yg kamu miliki dan sentiasa bertaqwa kpd Allah dalam segala hal keadaan, Allah akan memaafkan di atas kecenderungan hati kamu (kecintaan kamu) kpd sesetengah wanita (isteri) kamu.."

    (TAFSIR IBN KATHIR, ANNISA', AYAT 129)

    Cadangan ana ke arah Islah Sunnah/Keharusan Poligami dalam Islam: smg isteri yg mempunyai suami yg terbaik diberi pengesyoran utk melaksanakan poligami, di samping isteri itu membantu dalam menjayakan praktis poligami secara sunnah 10 tahun yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW..
    Jgn dibiarkan sunnah 10 ini didominasi oleh golongan lelaki2 yg tidak bertanggungjwb sahaja, shingga Islam yg dicintai bakal mendapat tohmahan dan tuduhan..
    Atau perlukah hukum keHARUSan poligami dalam Islam ini dilupakan terus?
    memadai ditutup dengan hujjah2 bahawa Sunnah Nabi SAW adalah monogami, tetapi sunnah poligami hnya KHAS istimewa utk Nabi SAW dan tidak perlu dibicarakan secara lebih panjang...

    Mohon maaf kpd Ustzh, ana menulis berdasarkan apa yg difahami dan kecenderungan ana adalah menyokong poligami dilaksanakan...
    Manakala Ustzh menulis secara ilmiah lebih kpd monogami ditekankan...
    Smg dgn penulisan ini, isu poligami vs monogami difahami secara lebih seimbang, bukan menjurus kpd satu sudut kefahaman...(Itu niat ana dalam penulisan ini)..

    Mohon maaf sekali lagi kpd Ustzh jika ada yg tidak senang dgn penampilan tulisan ini...

    Syukran..

    ReplyDelete
  79. Segelintir orang gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah,’ hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan perlu dilakukan oleh sebahagian orang.

    Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut ‘poligami itu sunnah’ tidak pula menyebut ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ itu sunnah sedangkan ‘perceraian’ dan ‘perhambaan’ juga turut dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat 'perceraian itu sunnah' dan 'perhambaan itu sunnah?'

    Mari kita kaji tentang maksud ‘sunnah’ agar kita bukan sahaja ‘tahu’ secara tepat tetapi perlu ‘faham’ secara jelas.

    Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.

    Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.

    Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum.

    Mungkin orang yang mengungkapkan ayat 'Poligami itu sunnah' bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).

    ReplyDelete
  80. Kekeliruan ‘sudut pandang’ menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan ‘adil’.

    Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini, “Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan.” Hmm, ok tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.

    Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai ‘rukhsah’ dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama’. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama’ di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

    Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini. Manakala hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ialah sunnah. Hukum asal bagi perkahwinan ‘monogami’ ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan ‘monogami itu sunnah’.

    Jadi, wajarkah terus menggunakan perkataan ‘poligami itu sunnah’ dengan hujah menggunakan takrif ahli hadis dan ahli usul, sekiranya nanti masyarakat memahaminya sebagaimana takrif Fiqh?

    Maka pada hemat penulis, ayat ‘Poligami itu sunnah,’ wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat ‘Perhambaan itu sunnah’, ‘Pemerdagangan orang itu sunnah,’ ‘Perceraian itu sunnah.’Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila darurat mengikut konteks zaman itu.

    Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat “Poligami itu sunnah” dan bertukar kepada ayat, “Poligami cuma harus.” “Poligami cuma rukhsah.” Sudut pandang ini lebih menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan berlakunya islamphobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari membela Islam dari fitnah!

    ReplyDelete
  81. Terima kasih Ustzh...satu pndangan yg ana cukup setuju...

    Smoga para muslimah menjadikan segala yg ditulis oleh Ustzh ini sbg hujjah, tanpa mengabaikan perincian yg ditekankan oleh Ustzh..

    "Poligami cuma harus"..
    "Poligami cuma rukhsah"..
    ungkapan itu penting, dan menandakan "Poligami" tetap dikira sebagai sebahagian hukum yg wujud dalam Islam, cuma "jika perlu" dilaksanakan (bukan menggalakkan), WAJIB memenuhi tuntutan syarat2 yg digariskan..

    Jika ada yg menyoal hal ini (terutama dari Non-Muslim), perlu dijawab dgn perincian, bukan sekadar "lari" atau "mengelak" dari persoalan ini..

    Dibimbingi ada di kalangan yg mengambil tulisan Ustzh utarakan sbg "menolak" terus kewujudan hukum poligami yg sebenarnya ada, walaupun sekadar harus..

    Pandangan ana adalah melihat IslamPhobia berlaku disebabkan "poligami" yg telah dipraktikkan oleh segelintir kaum muslimin yg mana mereka salah atau kurang pengetahuan syarat2 yg perlu dititikberatkan...

    Ana tidak melihat IslamPhobia tertumpu kpd wujudnya hukum itu, walaupun tidak dinafikan ada kesannya, tetapi yg lebih besar adalah hasil yg telah dilaksanakan secara salah oleh mereka yg dinyatakan di atas..

    Justeru, dalam menjernihkan keadaan IslamPhobia ini, perlu diperincikan sebagaimana yg Ustzh terangkan, dan perlu difahami betul2 oleh semua pihak, bukan sekadar menggunakan ini sebagai hujjah, akhirnya meninggalkan untuk memahami salah satu hukum yg wujud jelas dalam Al-Quran.


    Wallahu'alam...

    Syukran Ustzh...dan maaf jika ada tersalah bahasa dan perkataan..

    ReplyDelete
  82. Ya, benar. Kita juga perlu membela Islam dari golongan yang cuba MENGHARAMKAN poligami sedangkan poligami itu diperlukan bagi golongan yang misalnya isterinya gila, berpenyakit, tidak bernafsu dan sebagainya.

    Jika lelaki Muslim yang benar-benar mempunyai darurat seperti ini (bukannya mengambil rukhsah sesuka hati tanpa darurat) kemudian berpoligami dengan adil, barulah terbela Islam daripada fitnah menggalakkan poligami dan terbela juga dari dorongan mereka yang mahu mengharamkan terus poligami. Poligami cuma rukhsah, dan tidak digalakkan.

    ReplyDelete
  83. mengikut beberapa kajian terhadap Islam Liberal, wujudnya golongan yang ekstrim ini (mengharamkan terus poligami) kerana tekanan golongan yang berlebih-lebihan (menggalakkan poligami). Ikuti kajian lanjut mengenainya dalam buku2 berjudul Islam Liberal.

    Marilah kita berada bersama jumhur ulama di golongan pertengahan (poligami cuma rukhsah untuk masalah2 tertentu, tidak digalakkan).

    ReplyDelete
  84. assalamualaikum..
    akak..salah ke kalau saya berkelakuan agak ganas agar lelaki tidak meminati saya??
    salah ke kalau saya menetapkan syarat yang tinggi untuk lelaki idaman agar tidak mudah menaruh hati??sbb saya still bdk skolah?kadang2 saya perasan yang niat tak menghalalkan cara tapi saya tak nak lalai dgn semua ni~maaf ye.pohon pendapat

    ReplyDelete
  85. tolong bagi nasihat agar dapat dijadikan pendorong semangat?spm tak lama lagi

    ReplyDelete
  86. Waalaikumussalam wbt...
    adikku sayang, calon SPM 2011.
    SPM suatu pintu gerbang untuk masa depan.

    Dengan baki sedikit masa lagi ini, tiada apa yang mustahil untuk adik membuat loncatan setinggi mungkin. Asalkan adik betul2 memberi fokus, memberi masa yang berkualiti, banyakkan berbincang, perkemaskan nota mind mapping,dan elakkan perkara2 yang boleh mencuri tumpuan fokus termasuklah 'bercinta'.

    ReplyDelete
  87. Berkelakuan agak ganas supaya lelaki tak minat??...hmm, macam mana maksud adik tu?:)
    Tak mengapa adik menjadi diri sendiri. Tak perlu buat-buat ganas. Sebabnya, ada juga lelaki minat perempuan ganas;)

    Di luar kuasa kita untuk mengelakkan perkara fitrah pada diri orang lain. Tapi, jika fitrah 'si dia' sudah menjadi fitnah pada kita dan mengganggu diri kita, apa salahnya adik berkreativiti mengatasinya dengan cara adik yang kreatif tu (menetapkan syarat yang tinggi).
    Caranya tidak bertentangan dengan syariat. Tiada masalah.

    ReplyDelete
  88. Assalammua'alaikum..
    " Bilamana, kita sangkakan perkara itu baik utk diri kita, tp bg Allah SWT perkara itu tidak baik utk diri kita..Bilamana, kita sangkakan perkara itu tidak baik utk diri kita, tp bg Allah SWT itulah yg terbaik untuk diri kita.."

    "Allah Maha Mengetahui ttg aturan manusia Umat Akhir Zaman.. mana yg baik kpd Umat Nabi Muhammad SAW ini"

    Cetusan dan bingkasan peribadi ini hadir untuk memberi pandangan tersendiri agar dengan izinNya, pemikiran kita sebagai Muslimin dan Muslimat lebih luas, untuk menyebarkan ajaran Rasulullah SAW.. ke seluruh Alam dengan cara kefahaman Rasulullah SAW yg benar.

    Fitrah lelaki dan wanita adalah berbeza, malah figura kejadian makhluk yg dikatakan lelaki dan wanita ini adalah jauh berbeza serta tidak sama fungsinya, sifatnya dan bentuknya. Tetapi matlamat hidupnya adalah sama. Tiada manusia boleh terjemahkan bahawasanya lelaki dan wanita ini adalah sama dari segi "fitrahnya".. jawabnya tetap "berbeza"..

    Wahai .. Wanita, tidak perlu takut, risau, gelisah atau fobia mengenai poligami.. Tipsnya mudah di dapati dan dipelajari, pertamanya dapatkan panduan daripada guru2/org2 tua.. yg benar2 memahami intipati kefahaman Rasulullah SAW yg tepat.. yg berlandaskan Al Quran dan Hadith Nabi SAW.. dan Keduanya rajin2 lah bergaul dgn mereka2 yg bahagia dan memahaminya di dalam hal poligami..

    Beringatlah, bahayanya jika kefahaman yg kita cuba tegakkan atau sampaikan mampu menentang arus kefahaman yg sebenar dan mampu mengkaburi kita.. bukan KeredhaanNya kita perolehi malah dilaknati olehNya..

    Kita menolak/tidak menggalakkan poligami yg songsang atau tidak mengikut landasan yg benar atau yg tidak berkelayakan atau yg berlandaskan nafsu serakah atau semata-mata ingin menunjukkan kehebatan..atau yg berwajahkan agama tetapi berniat jahat terhadap wanita..

    Kita menyokong poligami bagi yag ingin menyebarkan agama Islam, yg ingin membimbing kaum hawa yg lemah yg diabaikan kaumnya, yg ingin mewarisi keturunannya yg besar, yg ingin membantu wanita yg keterlanjuran serta daif lagi naif.. yg ingin membantu wanita yg jahil agama tp, inginkan agama di dalam hatinya.. akhir sekali wanita yg fahami kebaikannya..poligami.

    Ingat dan beringatlah...
    Cintailah Allah SWT, Kasehkanlah Rasulullah SAW.. di dalam hati kita.
    Buat sesuatu bukan kerana makhlukNya tetapi kerana Allah SWT.. semata-mata mencari dan mendapatkan KeredhaanNya..

    "Sesungguhnya, kejayaan manusia dan jin hanya sanya di dalam agama, Sejauhmana kita dapat mengikut perintah Allah SWT dan sejauhmana kita dapat meninggalkan laranganNya dengan mengikut cara Rasulullah SAW.."

    Insya Allah, yg baik itu dr Allah, yg tidak baik itu dr sy.
    Janganlah kita, bertuhankan Suami..

    ~ Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar ~

    ReplyDelete
  89. Assalamualaikum.. Maaf ye ustazah.. Bagaimana pula jika selepas ni artikel tentang poligami, ustazah ketengahkan pula dari sudut positif.. Keindahan dan kebaikan poligami kepada wanita.:)

    Ntah kenapa tiba2 teringin pula untuk mencontohi Saidatina Aisyah ra..:) Merelakan suami berpoligami demi memberi perlindungan kepada wanita lain yang dalam kesusahan dan perlukan perlindungan.. Kasihan melihat mereka..

    Cemburu mmg fitrah wanita.. Tetapi perlu dikawal dengan keimanan yg teguh.. Sekiranya kita lebih mencintai dan mengutamakan cinta ALLAH.. InsyaALLAH, semuanya tidak menjadi masalah.. hati menjadi tenang.. ameen..:)

    ReplyDelete
  90. Alhamduliullah. Kerana puteri-puteri Rasulullah tidak bertuhankan suamilah, Rasulullah SAW lebih memilih PERCERAIAN untuk puteri-puterinya daripada berpoligami.

    Di sinilah keadilan Islam.
    Siapa yang rela silakan.
    Siapa yang yakin suaminya tidak mampu berbuat adil, ada haknya bersuara di mahkamah mengelakkan kezalian berlaku ke atas dirinya dan keluarganya.
    Siapa yang lebih rela bercerai, ada hak-hak talaq yang diizinkan Islam.

    Khulu' disyariatkan oleh Allah SWT.Rujuklah kisah isteri Tsabit Qais yang minta diceraikan dengan khuluk. Rasulullah dan Tsabit bin Qais menghormati haknya. Ia lalu diceraikan dengan mengembalikan maharnya berupa sebuah kebun kepada suaminya. (Riwayat Bukhari (5273) dan Nasa’e (169/6) .

    Moga-moga kita mencontohi keadilan Allah dan Rasul dalam menyikapi isu ini. Meraikan hak semua pihak. Jika suami berasakan dia berhak berpoligami, hormatilah juga hak isteri samada untuk:
    !1) merelakan 2) mempertahankan monogami di mahkamah 3) bercerai

    ReplyDelete
  91. Ukhti An Nisaa boleh rujuk buku Sebarkan Cinta-Mu untuk tahu hikmah poligami dengan lebih lanjut. Antaranya ialah:

    Situasi-situasi Khusus yang Menjadikan Keharusan Poligami Suatu Rahmat Bagi Pihak Wanita

    Islam memelihara hak dan maruah wanita. Itulah antara hikmah diharuskan poligami sebagai suatu bentuk alternatif, bukan suatu bentuk pilihan utama. Lihatlah dua keadaan yang dikhuatiri menzalimi wanita seandainya tiada keharusan berpoligami dalam Islam:

    •Apabila isteri sakit, cacat ataupun gila dan tidak berkemampuan melayani suami. Suaminya pula secara fitrah hajatkan layanan. Justeru, Islam memberi jalan keluar kepada suaminya dengan berkahwin lagi. Dalam masa yang sama, si suami masih terus dapat menafkahi dan melindungi isteri pertama. Sekiranya poligami diharamkan terus, bagaimana nasib isteri pertama yang terpaksa diceraikan?

    •Apabila isteri tidak berkemampuan melahirkan zuriat. Suami diberikan peluang mendapatkan zuriat dengan berpoligami tanpa perlu melepaskan isteri pertama.

    Dalam dua keadaan di atas, Islam memberikan beberapa penyelesaian bai dibincangkan bersama antara suami isteri. Poligami bukanlah satu-satunya ubat atau jalan penyelesaian. Terdapat tiga pilihan penyelesaian iaitu:

    •1- Tetap bersabar dengan keadaan sedia ada
    •2- Bercerai
    •3- Berpoligami

    p/s: Antara pelajaran yang boleh dicontohi daripada peribadi mulia Aisyah r.ha ialah, beliau tidak pernahpun menggalakkan mana-mana muslimah hidup berpoligami. Mungkin beliau sudah tahu tentang kepedihan menguruskan cemburu hingga pernah ditegur dari Allah SWT dalam Surah at-Tahrim.

    ReplyDelete
  92. Buat saudara Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar, ana cadangkan akhi baca buku bertajuk Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan, karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan hayati sikap syeikh yang sangat adil dalam menghuraikan masalah poligami.

    Antara peringatan ulama dalam buku itu ialah: Adalah ditegah bagi seseorang yang memiliki seorang isteriyang dapat menghalang serta mengelakkannya daripada perkara mungkar untuk berkahwin lagi, kerana ia mendedahkannya kepada perkara haram. (Syeikh mengemukakan surah an-nisa' ayat 129, ayat: 3 dan hadis tentang orang yang tidak adil akan dibangkitkan dengan bahu senget itu semuanya bagi menyokong ancaman ini, bukannya sebagai satu bentuk galakan.)

    ReplyDelete
  93. LUMRAH CINTA: YANG PALING DICINTAI TIADA DUA

    Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin, Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli hukum dan psikologi yang pakar berkenaan cinta berkata, antara hukum cinta yang sejati ialah cinta menuntut penunggalan kekasih tanpa memadunya dengan yang lain.

    Bak kata pepatah Arab, “Di dalam hati tidak ada ramai kekasih dan di langit tidak ada ramai sembahan.”

    Sekiranya cinta diagih ke beberapa tempat, tentu sahaja kekuatan cinta itu akan melemah. Dinukilkan sebuah syair,

    Dusta orang yang mengaku memiliki dua cinta
    Laksana kedustaan al-Manawiyah dalam dasar agama
    Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati

    Satu urusan tidak boleh dituntun dari dua sisi
    Allah SWT sendiri berkata, Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya. (Surah al-Ahzab: 4).

    ReplyDelete
  94. Cantik sekali ayat ini...
    " Bilamana, kita sangkakan perkara itu baik utk diri kita, tp bg Allah SWT perkara itu tidak baik utk diri kita..Bilamana, kita sangkakan perkara itu tidak baik utk diri kita, tp bg Allah SWT itulah yg terbaik untuk diri kita.."

    Ianya untuk lelaki dan wanita.
    Kadangkala lelaki fikir poligami baik untuk dia padahal sebaliknya. Begitu jugalah wanita.

    Cantik juga ayat ini...
    "Allah Maha Mengetahui ttg aturan manusia Umat Akhir Zaman.. mana yg baik kpd Umat Nabi Muhammad SAW ini"
    Rasulullah SAW menunjukkan kepada ummat akhir zaman, baginda berkahwin satu selama 25 tahun, dan berpoligami hanya 10 tahun. Sunnah berkahwin satu lebih besar.

    Oleh sebab itu ketua ulama sedunia tika ini menulis dalam bukunya Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam... kahwin satu (monogami) adalah lebih baik untuk mengelakkan dari kepayahan di dunia dan balasan di akhirat.

    Pulanglah ke rumah...dan hargai isteri sedia ada sebelum anda terlambat menghargainya...

    ReplyDelete
  95. masyaALLAH.. ustazah begitu membela kaum wanita.. pertama kali saya jumpa.. begitu peka dengan keperluan, fitrah dan hak-hak wanita dalam islam.. alhamdulillah.. syukran jazilan ya ustazah.. menjawab segala kekeliruan..

    semoga ALLAH merahmati ustazah selalu.. ameen..

    ReplyDelete
  96. salam sayang buat An Nisaa. Hakikatnya, bukan ana yang membela tapi Allah dan Rasul-Nya. Ana hanya menyampaikan dengan fikrah ulama-ulama mu'tabar (especially my beloved syeikh, Al-Qaradhawi). Mari sama-sama kita mendekati buku-buku tulisan mereka, kita akan bertambah yakin dengan kemuliaan Islam yang sungguh membela.

    ReplyDelete
  97. Assalamualaikum ustazah..
    boleh x ustazah kongsikan buku2 yang dikarang oleh syeikh Al-Qaradhawi

    ReplyDelete
  98. tahniah atas kupasan menarik. ana baru sahaja membaca, komentar juga cukup panas. terima kasih kerana bersama dalam kalangan jiwa para muslimah kakandaku fatimah syarha. moga Allah merahmatimu.
    sudut pandang lelaki berbeza begitu juga perempuan, maka ini sudut pandangan kami. jika setuju silakan jika tidak tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudut pandang lelaki dan perempuan berbeza...Ya, memang betul!
      Tapi ini bukan soal sudut pandang sahaja, ini soal fikrah jumhur ulama yang mungkin belum kita ketahui selama ini.

      Mari ramai-ramai kita beli buku bertajuk
      CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN karya PROF. SYEIKH DR. YUSUF AL-QARADHAWI.
      Ada sudut pandang yang sangat jernih di dalamnya.

      Delete
  99. Assalammualaikum wbt ustazah.

    Saya mohon share yer ustazah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. sebarkan seluas-luasnya...:)

      Delete
  100. assalamualaikum. ustazah ada tak facebook.. kalau ustazah tidak keberatan,boleh bagi facebook ustazah tak?

    ReplyDelete
  101. assalamualaikum ustazahku sayang.....kupasan yg bagus alhamdulillah...saya jadi tertanya2...bagaimana nak buat syarat taklik ni bagi yg bakal/tidak lama lagi nak bernikah....ada procedur tertentu ke di pejabat kadi? isi borang ke....mcm mana tu ustazah...mohon pencerahan :)

    lagi satu...saya terjumpa ni di e-fatwa :

    "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Di dalam Islam poligami adalah diharuskan. Oleh itu dengan mengambilkira hikmah poligami yang telah disyariatkan, Muzakarah memutuskan bahawa cadangan memasukkan lafaz cerai taklik sekiranya suami berpoligami tidak perlu dilaksanakan.

    Muzakarah juga berpandangan bahawa Undang-Undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan."

    boleh atau tidk syarat supaya suami tidak boleh menduakan tanpa rela isteri ni? sedangkan fatwa mengatakan ianya tidak perlu. saya jadi keliru

    ReplyDelete