MEMAHAMI KONSEP TAKDIR DARIPADA KISAH UMAR - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

MEMAHAMI KONSEP TAKDIR DARIPADA KISAH UMAR


Saidina Umar dan para sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebaknya penyakit taun. Ketika para sahabat bermesyuarat, Umar mencadangkan agar kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al-Jarah berkata,

“Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?”
Berkata Umar,

“Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.”

Penjelasannya, sunnatullah (hukum alam) menetapkan akal kita mampu berfikir bahawa:
A (pergi ke negeri yang dilanda taun) akan menyebabkan X (dijangkiti taun). 
B (tidak pergi) pula akan menyebabkan Y (tidak dijangkiti).

Maka, melaksanakan sebab A (pergi) yang natijahnya adalah X (dijangiti) 
atau melaksanakan sebab B (tidak pergi) yang natijahnya adalah Y (tidak dijangkiti), 
itu juga dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya berfikir dan memilih. Hikmahnya, kita tidak boleh persalahkan Allah SWT dengan pilihan kita itu jika natijahnya buruk.

Apapun, sama ada kita memilih sebab A (pergi) yang bernatijahkan X (dijangkiti) atau memilih sebab B (tidak pergi) yang bernatijahkan Y (tidak dijangkiti), semua itu sudahpun ada dalam  ilmu dan pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua.
MEMAHAMI KONSEP TAKDIR DARIPADA KISAH UMAR Reviewed by Fatimah Syarha on 00:35:00 Rating: 5 Saidina Umar dan para sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Syam dikhabarkan bahawa di Syam sedang merebaknya penyakit taun. K...

1 comment: