PALESTIN, KAMI DATANG - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

PALESTIN, KAMI DATANG



Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang

Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib

Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.


Harga: RM17.00



Sedikit petikan buku ini:


Jangkaan Keganasan Zionis Masa Depan
Nun, di bilik seorang pensyarah bahagian Sains Politik dan Kajian Strategik, seorang lelaki berkepala botak separuh sibuk menerima panggilan media.
“Rejim Zionis makin keterlaluan berlaku kejam. Mereka seolah-olah mendabik dada bahawa mereka kebal daripada undang-undang antarabangsa. Boleh berbuat apa sahaja. Apa pendapat Prof. pada kekejaman ini pada masa akan datang?” Seorang wakil media menelefon.
“Gaza itu tembok terakhir dunia. Apabila genocide (pembunuhan beramai-ramai) berjaya mereka lakukan di Gaza, mereka akan luaskan pula kekejaman di dunia lain. Jika PBB tidak mengambil tindakan segera, dunia akan terancam dengan rejim haram ini,” jawab Professor.
“Bagaimana jika mereka terus-terusan menyerang misi bantuan selepas ini?” Tanya wakil media lagi.
“Sekarang mereka menzalimi misi bantuan ke Gaza. Mereka angkuh memperlekehkan kemarahan dunia. Saya berpandangan, enam hingga tujuh tahun akan datang, dunia akan bangkit bersatu menghantar misi bantuan tentera pula ke Gaza. Keganasan akan menerima pembalasan,” jawab Professor itu dengan dahi kedut seribu, memikirkan kepayahan soalan itu.
Bangkit
Dunia tidak berdiam diri.
Jalan raya penuh manusia. Demonstrasi di sana-sini. Membawa sepanduk dan slogan anti keganasan. Pelbagai kreativiti tunjuk perasaan kelihatan.
Keldai dipakaikan bendera Amerika dan digunakan untuk memijak bendera Israel.
Bendera Israel dibakar.
Rakyat Amerika keluar mengutuk biarpun kerajaannya tali barut Zionis. Bergegar Washington, New York dan Chicago dengan gegak gempita suara rakyat.
Kedutaan Israel di London dibanjiri protes oleh pencinta-pencinta keamanan.
Nicaragua tekad memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Pemimpin Yahudi Ortodoks, anti-Zionis mengutuk keras.
Desakan antarabangsa bergelombang besar. Banyak negara Eropah yang selama ini membutakan mata pada kekejaman Israel terpaksa ikut serta dalam arusnya. Israel didesak menghentikan kekejaman.
Turki menggergaji tali persahabatan dengan Israel. Sememangnya ia sudah pun retak menanti belah. Ahli perundangannya menggesa kerajaan menilai semula perjanjian damai dengan Tel Aviv. Diplomat Israel di Turki terpaksa mengangkat kaki kerana takut rakyat Turki membalas dendam. Kejantanan Perdana Menteri Taayib Erdogan dan Presiden Abdullah Gul menjadi sanjungan masyarakat dunia.
Negara-negara Timur Tengah terlopong melihat kebangkitan kuasa rakyat biasa ketika mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
Liga Arab mengecam.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB bersuara.
Ireland, Jerman dan Greece semuanya keluar.
Malaysia mengecam berdegar-degar.
Kota mana di dunia ini yang tidak keluar berdemonstrasi?
Hampir tiada!
Zionis dikutuk serata dunia.
NGO (Badan Bukan Kerajaan) telah membeliakkan mata semua. Mencipta arus kesedaran luar biasa.


Petikan seterusnya:



BAB 6: ZIONIS DAN MISI PEMBUNUHAN

Korban Wartawan
Propaganda Zionis. Khabar angin bersiulan. Kononnya ada 20 kapal perang Israel dan 2 kapal selam Israel sedang meyertai lanun mereka untuk merampas Mawi Marmara. Tiada seorangpun relawan yang berundur atau bersembunyi. Masing-masing teguh mengawal posisi.
Di dalam bilik berita, puluhan wartawan bermati-matian membuat liputan dan tangkas menghantar berita ke ibu pejabat masing-masing sebelum aliran internet dan satelit disekat oleh pihak berkuasa Israel. Kelihatan, Mas Suria dari media Indonesia bergegas keluar dari bilik berita dengan kameranya untuk merakamkan setiap detik peristiwa yang berlaku.
Tiba-tiba,
Dummm!!!
Letupan senjata api merobek dada kanan Mas Suria. Darah menyembur keluar. Dia jatuh ke lantai bersama kameranya. Masih mahu cuba merakam namun sudah tidak upaya. Mukanya pucat lesi. Peluh dingin membasahi dahi dan badannya. Dia sempat ditarik ke dalam bilik berita oleh rakan-rakan media. Pertolongan cemas segera diberikan.
Serangan Helikopter
Aku dan rakan-rakan masih berkawal di dek tiga ketika mendengar bunyi helikopter semakin mendekat. Cahaya lampu disuluh ke arah kapal. Sesekali ia dipadamkan untuk mengelakkan daripada dikesan. Dalam masa yang singkat helikopter itu berlegar-legar di atas kapal.
Tanpa sebarang amaran, serangan peluru bertalu-talu dilepaskan. Israel menembak membuta-tuli tanpa belas kasihan. Dek paling atas disasarkan. Aku cuba naik ke atas untuk membantu namun peluru berjatuhan bagaikan hujan.
Mempertahankan Diri
Kemudian tentera Zionis menurunkan satu tali khas ke atas dek kapal dan tiga orang komando Israel turun mencemari Mavi Marmara. Senjata lengkap siap terhunus. Saat itu, apa yang terfikir oleh para relawan ialah bagaimana untuk merampas senjata mereka agar mereka tidak boleh membunuh sesiapa. Bukankah ini jelas satu tindakan mempertahankan diri? Atau membiarkan saja diri ditembak mati?
Sebaik sahaja komando Zionis turun ke kapal, relawan bertindak mempertahankan diri. Dengan senapang Zionis yang diacukan, relawan Turki melawan. Berlaku pergelutan dan penentangan.
Sekejap sahaja, komando Zionis dapat ditawan. Senjata mereka dirampas dan dicampakkan ke laut. Tentera komando Zionis rupa-rupanya tidak segagah mana. Mereka hanya berani menunjuk belang kerana memiliki senjata tercanggih di dunia. Mereka juga bukan anak jantan kerana menyerang golongan yang tidak bersenjata dan orang awam.
16 Ingin Dibunuh
Ketika membuat pemeriksaan terhadap tentera yang ditawan, para relawan Turki merampas senarai 16 orang paling dikehendaki. Antaranya, Syeikh Ra’id Solah dan Mr. Bulent Padri, mereka ingin dibunuh oleh Zionis Israel. Gambar mereka diambil ketika mereka berada di dalam kapal bermakna ada ejen Zionis di dalam kapal itu. Disyakki, orang yang bukan Islam. Maka, 16 individu ini ditempatkan di kawasan ramai kerana percaya risiko tembakan lebih rendah.
Relawan menghalakan sportlight ke arah helikopter untuk mengusirnya. Datang pula helikopter kedua. Mereka menembak bertubi-tubi sambil menurunkan tentera menggunakan tali ke dalam kapal. Secepat kerdipan mata.
Ramai relawan yang siap sedia melawan untuk mempertahankan diri. Demi mati mulia. Namun kepimpinan memutuskan supaya jangan melawan kerana kita datang atas misi kemanusiaan.
Otak Bersemburan
Dummm!!!
Woshhh!!!
Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet (Jaudat) yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi antara 2 kening. Tembus ke belakang. Meninggalkan luka sebesar tapak tangan. Darah memancut bagaikan paip bocor serta membasahi lantai kapal. Semuanya berlaku sekelip mata. Rakanku, Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan bersaksi dengan mata kepalanya sendiri.
Dr. Arief Rehman dari Mercy Indonesia terus meluru kepada relawan tersebut. Dia cuba menyelamatkannya semampu terdaya. Dadanya ditekan dan pernafasan mulut ke mulut diberikan sebagai ikhtiar manusia. Relawan Turki itu tercunggap-cungap menghadapi saat-saat akhir hidupnya. Relawan-relawan lain berkejar membawanya ke dek 2 untuk mendapatkan rawatan lanjut. Apakan daya, Allah lebih merinduinya.
Bendera Putih
Apabila seorang terkorban, maka Mr. Bulent, Pengerusi IHH mengumumkan kepada semua bahawa Israel menggunakan peluru hidup. Dia mengarahkan Mavi Marmara mengibarkan bendera putih tanda menyerah diri. Namun tidak diendahkan. Tembakan semakin menggila. Berdentuman merobek tubuh mangsa. 3 orang lagi jatuh tersungkur ke lantai kapal. Darah membuak-buak. Nafas terhenti.
Ketika itu, empat relawan terbunuh dan lima cedera parah. Keadaan cemas apabila ada ura-ura mengatakan Syeikh Ra’id Solah terbunuh. Media membuat liputan hingga masyarakat antarabangsa turut kekagetan. Benarkah?
Dalam beberapa minit, lantai kapal bersimbahan darah. Suasana bertukar menjadi hospital. Keadaan mangsa tembakan amat mengerikan. Ada yang ditembak di kepala dan belakang otaknya sudah terkeluar. Ada yang cedera di perut dan usus terkeluar.
Semangat Kemanusiaan
Tentera komando semakin berani turun ke aras atas. Mereka mengejar relawan untuk ditembak. Diperlakukan lebih hina daripada penjenayah. Kapten mengumumkan supaya ahli kapal tidak berbuat apa-apa kerana mereka menggunakan peluru hidup. Hal itu membolehkan tentera komando Zionis menawan. Pembunuhan bersahaja diteruskan.
Peluru bersimpang-siur dari helikopter. Relawan merangkak di celahan mayat untuk mengelakkan peluru. Ramai relawan Turki yang ditembak di dada, perut, tangan, kaki dan betis. Hinggakan ada peluru sesat mencederakan tentera Zionis sendiri. Atas semangat kemanusiaan, relawan Turki memapah mereka kepada doktor untuk dirawat. Rakanku, Dr. Muhammad Syed Haleem menjalankan tugas sambil dikawal oleh relawan Turki, takut diapa-apakan oleh tentera Zionis.




PALESTIN, KAMI DATANG Reviewed by Fatimah Syarha on 11:15:00 Rating: 5 Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin & ...

8 comments:

  1. salam..moga kak ha dan keluarga dirahmati Allah selalu..doakan saya dan keluarga yea...:)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam warahmatullah. sejuknya menerima doa. alhamdulillah. sama-sama sering mendoakan. amin.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...bgus la cite ni kak...menarik...rasa mcm nk g bjuang bersama je...semoga islam akan terus bangkit kan kak.... insyaallah...aminn...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, ustazah(tak tahu nak panggil apa. Auntie ke, ustazah ke, akak ke..)

    Saya, ni, duduk di UK. satu prinsip yang saya pegang adalah untuk tak pernah memaki mereka. Walau apapun penghinaan yang dilemparkan. Tak kiralah pada Allah Ta'ala ataupun Rasulullah SAW apatah lagi diri sendiri.

    Jika dikaitkan dengan Osama, saya cuba merungkaikan apa yang saya rasa patut. Andai saya rasa nak marah, saya cuba diam. Tapi satu yang saya terkadang yakin terkadang tidak.

    Bila mereka menghina Allah dan Rasulullah, saya rasa lain bila mereka hina saya.

    Seola-olah, saya rasa teruji.

    Antara argue semula, atau tetap melahirkan budi pekerti dan paling utama, sabar.

    Perlu ke berlembut, akak?

    Mengharap nasihat.

    Semoga dibalas oleh Allah dengan yang lebih baik.

    assalamualaikum...
    Iffah

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbt. insyallah, soalan adik Iffah akan dijawab secara tidak langsung dengan post PALESTIN, TAK PERNAH GENTAR.

    ReplyDelete
  6. salam kak fatimah...
    saya sgt2 berminat utk mengetahui dgn lebih mendalam tntg intifadhah 2: kebangkitan palestin menentang israel.. apakah maksud intifadhah 2 tu kak?

    ReplyDelete
  7. salam.seronok baca buku yang Ustazah dan suami tulis nie.Sebelum nie saya dah beli tp sya dah bagi kpd seseorang yang saya nak beritahu tntg erti perjuangan.

    ReplyDelete