TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH



Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? 
 Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebut muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH Reviewed by Fatimah Syarha on 09:33:00 Rating: 5 Analogi Harimau dan Nyamuk         Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-...

72 comments:

  1. terima kasih sangat.. amat tersentuh...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ampunilah segala dosa dosa hambaMU ini..diri ini ingin sekali menjadi muslimah yang dicintai Nya..T T

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..moga kita semua sntiasa brlindung kpd Allah drp melakukan prkara yg mndekati zina ini..

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak fatimah,sangat berguna buat diri ini

    ReplyDelete
  5. subhanallah...syukran atas perkongsian kak fatimah...ampunilah dosa2 hambamu...

    ReplyDelete
  6. cinta yang halal selepas pernikahan =)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,, jazakillah Kak Ha,, memang susah nak mnjaga ikhtilat trutamanya kalo bg plajar di matrikulasi atau universiti. Kadang2 kita fham ikhtilat ni ape tp orang yg x fham akan mnganggap isu ni isu yang biasa,, Saya sedang melalui semua ni, dan saya berharap agar Allah memelihara saya

    ReplyDelete
  8. Allah...Allah...sgt tersentuh, kadang2 kita anggap benda yg kita buat tu tak salah, cuma sembang biasa2 saja, tanpa ada ap2 prasaan, tp tipulah diri sendiri, kalau sudah lelaki dan perempuan bersembang tanpa perasaan...Ya Allah...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah peringatan buat diri ini..

    ReplyDelete
  10. Syukran kak..sangat b'mnfaat..

    ReplyDelete
  11. nice...walaupun agak berat tetapi hati ini akan mencuba..walaupun pahit,hati ini akan cuba, supaya yang benar tidak dinafikan,insyaAllah..syukran..

    ReplyDelete
  12. inilah hidup. selagi belum tiba saat bertemu Allah SWT,selagi itulah hidup perlukan mujahadah. Syukur pada Allah, apa yang Allah jadikan haram itu sekejap dan sempit sahaja. Apa yang Allah jadikan halal, jauh lebih luas. Siapa yang tidak biasa berpuasa syahwat, tak akan dapat merasai manisnya saat berbuka yang penuh 'debaran', apatah lagi menikmati manisnya saat bertemu Kekasih Agung di alam abadi. Moga kita semua terpilih. amin.

    ReplyDelete
  13. rasa bertuah dapat jumpa blog kak Fatimah. banyak menyedarkan saya, alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  14. Bismillah...salam 'alaik akak maaf saya nk b'tnye tntg mencegah zina. sye bg cth:
    klu nk menjaga dri drp "zina"(maksudnya sgala ape bentuk zna) berkahwin adalah yg terbaik kn?
    klu sesorg itu berkhwin unk m'elak "zina" dan beliau msih lg student....dan beliau tidak boleh mengandung spnjg bergelar student d isntitusi t'ersebut...ape pendapat akak klu beliu take pill pencegah kehamilan? saya musykil dgn mslah ini....mohon bantuan..mungkin sedikit terkeluar dr topik perbincangan....barakillah^_^
    "hasbunallahu wa ni'mal wakil"

    ReplyDelete
  15. berkahwin sebab takut berzina? Bagi akak ini 'reason' orang yang memang mendekati jalan-jalan zina.akak tak maksudkan adik. pendapat ini secara umum.

    berkahwinlah kerana nak tegakkan agama.

    nak elakkan zina boleh dengan bermacam cara, tak semstinya dengan berkahwin kerana berkahwin tanpa membuat persediaan akal, roh dan jasad bahaya juga. cara lain nak elak zina contohnya:
    a) cegah jalan-jalan yang menghampiri zina seperti asyik sms, call, chatting tanpa urusan.
    b) puasa.
    c)berlari-lari sampai penat apabila teringat nak berzina.
    d)makan makanan basi banyak-banyak hingga sakit perut dan cirit-birit apabila teringat nak berzina.
    e)dll.

    Berkahwin masa student tiada masalah jika tiada halangan yang menghambat perkahwinan itu baik dari segi ekonomi, keluarga, undang-undang dan sebagainya. merancang kehamilan adalah harus,adik berhak menyusun prioriti sendiri demi masa depan. menghadkan kehamilan tanpa sebab ini yang dilarang agama.contohnya, beranak seorang, rasa sakit yang amat, terus minta doktor ikat sebab nak seorang ini saja anak.

    ReplyDelete
  16. alhmdulillah...syukur sgt2 terima kasih akak..saye rase sgala persoalan saya telah terjawab....moga Allah merahmati kita semua..jazakillah khair....akak nt klu saye ade ape2 persoalan moga akak akn bntu saye ea...trima kasih sgt2.....benar!! sesungguhnya unk mengelak zina mmg bnyak cara..saye cuma terfikir buat masa sekarang adakah baik klu saya b'kahwin unk mengelak zina???..erm saya risau sgt.....erm rupenye fahaan saya sekarang nih salah alhmdulillah syukur kpd Allah...i'Allah moga ISLAM akn d tegakkan. akak nt saye nk tanye lg ea...alf syukr:)

    ReplyDelete
  17. Sudah melalui saat hati remuk dan di situ menemui pengajaran berharga..InsyaAllah. =)

    ReplyDelete
  18. **petua c & d sangat comel...!!

    ReplyDelete
  19. pengajaran yang Anna kutip itu tanda Kekasih Agung Anna iaitu Allah Azzawajalla tak pernah mengalah merebut cinta Anna kembali kerana Dia terlalu sayangkan Anna. Dialah kekasih yang paling mencintai kita.

    ReplyDelete
  20. Ustazah..minta kebenaran untuk dikongsi kan...

    ReplyDelete
  21. Syukran...muhasabah diri seketika..hmmmm

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah,syukran kak Fatimah.

    ReplyDelete
  23. astaghfirullah..selama ini sy dah lalai tentang perkara2 ni. terima kasih kak fatimah. ;) dapat memuhasabahkan diri. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  24. boleh mintak letak dalam notes kat facebook saya?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak, minta izin share ye..untuk perkgsian bsm shbt2 yang lain. jakillahu khoiran kathiro:)..LUV U FILLAH.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah persoaln selama ni terjawab..syukran akak,Allahhu yubarik fikum..mohon share ye akak..

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum wbt..
    ust fatimah,sy ada persoalan tentang situasi yang sedang sy hadapi sekarang.sy telah dilamar oleh seorg lelaki.pada mulanya sy xtahu akan jawapannya.maka sy katakan,sy serahkan segala keputusan pd tgn mak ayah sy.setelah memberitahu mak ayah sy tentang dia,mak ayah sy terbuka utk memberikannya peluang.kira xad masalahlah utk berkahwin wlupun sy masih muda dan sedang menuntut.(dia di msia sy di luar negara)
    sekarang ni,lelaki itu dalam fatrah utk bertemu dgn mak ayah saya.dan sepanjang tempoh tu sy dan dia saling berhubung dan banyak membincangkan tentang masa depan dan perkara2 yang berkaitan.tanpa saya sedari,akhirnya hati saya sudah pun menerimanya.
    soalan saya,adakah dgn penerimaan hati saya tu,kami dikira bertunang dan adakah perbuatan saya berbincang melalui mesej dgn lelaki itu dikira berdosa?-dlm mesej kami xpernah menggunakan smiley,bergelak ketawa,bergurau atau membincangkan perkara2 yang belum sepatutnya.bahasa yang kami gunakan juga formal.

    mohon pendapat.syukran jazilan:)

    ReplyDelete
  28. Salam buat ukhti Katibah. Akak bukan Qadhi yang mampu memberi fatwa tentang urusan hati orang lain. Boleh merujuk hadis ini. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

    ReplyDelete
  29. syukran jazillan ustzh...bt hati yg penuh kekeliruan ini terus mncari jjwpnnyer..moga2 sy diberikan kekuatan utk melakukan yg terbaik bt agama sy & si dye...amin.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum ustazah, saya nak bertanya satu soalan.. apa maksud 'Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah' ?? apa maksud thiqah tu ?

    ReplyDelete
  31. Thiqah maksudnya boleh dipercayai, boleh diharap. Sebabnya, ada juga mahram yang tak pedulipun lelaki dan perempuan tu nak buat apa, malah dia galakkan sekali buat perkara-perkara yang tak patut.

    ReplyDelete
  32. salam 'alayki.. boleh ana bertanya satu soalan.. baru2 ni ada seorang sahabat cakap dia nak cuba mengikat diri dia dengan seseorang tetapi dalam keadaan seseorang itu tidak mengetahui..dalam tempoh mengikat tu, katanya mereka akan saling menngingati satu sama lain melalui mesej2, telefon, berjumpa.. dan dia ingin jadikan ikatan dia tu satu medium untuk memotivasi diri dia dalam pelajaran.. bukankah itu sama seperti menyembunyikan kebatilan dalam kebenaran.. apa komen ustazah, dan jika apa yang dilakukannya salah, apa yang sepatutnya saya lakukan sebagai seorang sahabat?

    ReplyDelete
  33. Waalaikumussalam wbt.
    Ajarlah diri mendapat motivasi dari Kholiq bukan makhluk. Seru nama-Nya, Ya Alim, Ya Hadi, Ya Nur. Insyallah, akan lebih faham akan ilmu.

    "Setiap amal beserta niatnya." Renunglah kisah Muhajir Ummu Qais yang berhijrah kerana wanita yang indin dinikahi bukan kerana Allah dan rasul, maka apa yang dia dapat adalah wanita itu bukan redha Allah dan Rasul. (Rujuk hadis Bukhari Muslim).

    Kalau kita belajar hebat kerana si dia, bimbang nanti di saat kita balik jumpa Allah, tagihkan pahala, Allah lempar amalan ke muka kita. Lalu Allah suruh kita minta pahala dari wanita yang kita nak nikahi bukan Dari-Nya. Nauzubillah.

    Buat kerana Allah. Motivasikan diri dengan Allah. Insyallah, redha Allah kita dapat, si dia pun mungkin lebih mudah nanti kita nak dapat sebab Allahlah pemilik hatinya:)

    ReplyDelete
  34. kak....mcm mana nak bersihkan nama kta klau kta prnah bercinta??? sy ni mantan MT psatuan Islam kat sklah. saya pnah bcnta dngn MT psatuan tu sndr tp km tak pgg n jumpa. tp km ada msj dulu. tp sekarang tak lagi. lama dah berhenti slpas dia ckp apa yg km buat tu salah d mata Allah. sekarang imej saya sbagai seorg senior btudung labuh agak tak elk sbb ksalahan tu. mcm mana nak brshkan balik imej saya? sungguh saya buntu....saya nak jd senior yg dpt d jdkan teladan, bkn cnth yg xbaek.tp ksh lama tu slalu d ungkit2 oleh sesetngh org.

    ReplyDelete
  35. salam sayang adik Azura yang dipilih hatinya oleh Allah merindui kebaikan.

    Adikku, pada kesalahan yang telah berlalu, kita tidak mampu mengundur masa. Apa yang kita mampu, menunjuk tauladan terbaik sebagai seorang yang mampu membaiki kesalahan dan menjadi lebih baik.

    Lihat hijrah artis-artis seperti Wardina dan Catriona Ross, mereka pernah buat salah membuka aurat. Tapi sekarang, mereka berjaya menjadi tauladan kepada ramai gadis muslimah yang membuka aurat dan ingin kembali kepada fitrahnya menutup aurat.

    Jika orang mengungkit kesilapan kita, sedarkan dia, awakpun insan biasa yang ada buat silap. tutuplah kesalahan saya sebab saya dah bertaubat sebelum Allah buka aib awak pula di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  36. maysaAllah..
    peringatan untuk diri ini...

    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  37. salam kak fatimah. saya baru lepasan SPM '11. alhamdulillah,keputusan saya telah membuatkan mak&ayah saya mengalir air mata gembira. sepanjang tahun 2011,saya agak rapat dengan seorang pelajar lelaki,dia tua saya setahun. kami 1 sek dan dia juga jiran saya. biasanya,setiap kali sebelum ujian atau peperiksaan sek atau awam,kami saling mengingatkan & memberi semangat agar buat yang terbaik dalam peperiksaan. walaubagaimanapun,kami amat jarang berbual empat mata melainkan berSMS saja.kini,tahun ini dia akan menghadapi stpm. adakah perbuatan kami yg saling memberi semangat belajar dianggap berdosa? kami tidak berbunga2 dlm SMS,melainkan bersikap normal saja. adakah saya dikira melaksanakn maksiat hati kerana tidak dinafikan sebagai seorang remaja,kdg kala timbul perasaan berdebar setiap kali saya berSMS dengannya. mohon penjelasan kak fatimah.syukran atas penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang adikku yang masih suci terpelihara. kita bukan Nabi yang maksum. Bukan juga malaikat yang suci. Saling memberi semangat boleh dibuat dengan rakan sesama jantina. sebab zina selalunya tidak bermula dengan yang berat-berat terus sebaliknya bermula dengan yang ringan-ringan dulu. awas!

      Delete
    2. wajah 'zina' yang menggerunkan seperti wajah beruang boleh menjadi secomel 'teddy bear' apabila dihias syaitan. hati-hati dan waspada selalu.

      Delete
    3. salam kak fatimah, saya ade antar emel kat akak, tapi....xtw la masuk ke x..ade la 2,3 kali saya try hantar,mgkn ada 2,3 emel kot yg masuk.dan mgkn contain dy same je.maaf ye..saya pon baru je mula belajar nak hantar emel. xde org nak ajar.search kat internet pon,faham gitu2 je.akak bole balas bila ada masa ye.saya pon xtergesa-gesa nakkan jawapannya.sy fhm,mgkn akak bizy. time kasih, =) salam

      Delete
  38. Salam kak fatimah.

    spt kbnyak org sy juga tak lari drp maslah2 dn kekliruan. akhir tahun lalu sy telah mnyertai diskusi buku "pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul" oleh akak sendiri. mendengarnya buat sy terharu dn insaf. sy begitu tringin utk berubah. sy mempunyai seorg tmn lelaki dn telah berkawan selama 6 tahun. pd awlnya, sy cuba utk mengikuti saranan dan nasihat yg akak berikan.malah sy turut membelikan buku tersebut utk si die supaya kami sama-sama dpt brubah kearah kebaikan. namun sy cuma mmpu bertahan selama 2 minggu shj. Kemudian sy kembali kepada asal sy. dan kini keadaan berubah, di mana si die pula yg inginkan perkara tersebut. dan juga ditambah dengan perkara lain, yang si die mengatakan telah mendapat petunjuk bahawa wanita lain merupakan jodohnya melalui istikharah. sy begitu sedih dan sy risau jika disebabkan kesedihan ini sy ingin berubah kembali spti yg sy sndiri mahukan pd awlnya, sy sebenarnya tidak ikhlas dengan apa yang sy lakukan.sy amat sygkn nya dan sy mampu terima utk mmbtaskn prgaulan kami (tidak sms dan call jika tiada urusan) kerana sy yakin inilah yg terbaik.dia pun sama.soalan sy, bagaimana caranya saya supaya tidak terlalu terbawa-bawa perasaan takut bahawa sy bukan jodohnya dan menjadi lebih tenang untuk meneruskn misi menjadi seorang muslimah cemerlang dan sentiasa berada dalam redha-Nya?

    ReplyDelete
  39. Assalamua'laikum...terima kasih ustazah...sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  40. hati itu memang susah nak jage . tambahan lagi remaja mcm saye . jiwanya inginkan cinta. tapi, saye baru sedar cinta adalah ujian yang ALLAH bg kat sye untuk bezakan yang baek dan yang buruk. tapi saye takut saye tersungkur lagi. macam mana nak kekalkan iman teguh ?? novel ustazah TAUTAN HATI memang sgt menyedarkan diri sy. syukran ustazah .

    ReplyDelete
  41. alhamdililah... brtambah la sedikit fahaman ana ttg cinta mahupun zina...:)
    syukran ustzh... thumbs up:)

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah, selepas baca artikel yg menarik ni..saya akan jadi lebih berhati-hati dalam menjaga ikhtilat saya kerana golongan remaja macam saya ni mudah tersasar & terpengaruh. Syukran jazillan, hanya Allah yang dapat membalasnya :')

    ReplyDelete
  43. terima kasih ustazah...sgt tersentuh hati saya.. semoga Allah ampunkan dosa sy masa lalu.. Nauzubillah... everything because of Allah...

    ReplyDelete
  44. Salam kak fatimah,sy ckp trtarik dgn isu yg dibincangkn.. tp ad jgk sglintir rmaja2 skng trutamanya bg rmaja dr bidang agama yg cba utk mnghalalkn couple ni atau dlm istilah laennya brcnta sblm khwin..sbb bg dyorang klu dlm brcouple 2 xmlalaikn dyorg dr mngingati Allah..mka,diblhkn.Jd ap pndpt kak fatimah ttg hal ni?

    ReplyDelete
  45. saya banyak terpesong dalam benda2 mcm ni...terima kasih sebab blog Kak Fatimah Syarha ni byk menyedarkan saya~~

    ReplyDelete
  46. Salam.kak,nak tnye kalau lelaki itu pernah berzina,adakah dia akan mendapat seorang isteri yg sebegitu juga.Adakah lelaki yg baik utk perempuan yg baik itu merupakan janji Allah?

    ReplyDelete
  47. salam ustazah yg di kasihi kerana Allah..ana igin bertanyakan ustazah..maaf pertanyaan ini di luar tajuk yang discussion di atas..bagaimana kita mengetahui Allah menerima taubat kita??lagi satu,bagaimana untuk kita terus mendekati Allah hingga ke akhir hayat dan bagaimana untuk kita mendapatkan/memperolehi/merasai cinta Allah?...syukran..:-)

    ReplyDelete
  48. alhamdulillah ustazah . artikel ni sangat menarik, saya sangat berharap agar lebih ramai insan diluar sana akan membaca artikel ni . dan tak lupa untuk berkongsi dengan kawan kawan, ibu dan ayah . dan juga saudara mara . semoga semuanya beroleh manfaat daripada nya

    ReplyDelete
  49. alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum kak fatimah,

    Entry ni menyentuh hati saye, saye ade satu soalan.
    Macam mane kita nak nasihatkan kawan kita yg selalu msg, chat, sumer tu utk tidak mendekati zina? Saye sebagai kawannya sgt sygkannya, saye takut disoalkan di akhirat nty.. Mcm mane tu ye kak?

    ReplyDelete
  51. assalamualakum.

    saya nak tanya, macam mana nak tetapkan hati kita untuk jauh kan dri daripada benda-benda tak berfaedah macam ni? sedangkan kita dah sedar yang mesej dengan bukan mahram tu takde manfaat lagi lagi kalau takde hal penting.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum ustazah yang saya sayang kerana Allah SWT,ustazah sy ada sedikit kemusykilan yg sy ingin tanyakan kpd ustazah,tp sy segan utk bertanya di sini.boleh tak ustazah bg email ustazah supaya sy boleh hantar pertanyaan sy melalui email,lebih tertutup.syukran ustazah. :)

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum wbt..pengisian yang sangat baik dan bagus sekali..mudahan kita tidak jadi manusia yang digigit nyamuk mahupun dibaham harimau...insyaAllah..pendedahan dalam hal begini memerlukan usaha daripada semua pihak ...mudahan remaja atau dewasa dapat sama menjauhi zina...insyaAllah...terima kasih ustazah fatimah syarha..mudahan rahmat ALLAH memayungi hidup anda serta keluarga..amin ya rabbal alamin :)

    ReplyDelete
  54. syukran jazilan kak fatimah...=') ana suka bicara akak...

    ReplyDelete
  55. Alhamdulillah.. Lebih menyedarkan diri ini dengan kesalahan yg lalu... Terima kaseh kak fatimah dgn entri yg sgt menarik ini... Semoga Allah merahmati kta :)

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum ustazah,,saye seorang pelajar lepasan spm,,
    saye sedang bercinte dengan seorang gadis dan kami tinggal berjauhan,,saye tahu perbuatan saye ini salah,,tapi saye memang betul betul sayangkan die dan kalau boleh tak nak berpisah dengan die,,saye harap ustazah boleh bagi cadangan ape yang perlu saye lakukan agar saye boleh terus menyayangi gadis itu dengan care yang tak menjerumuskan kami ke lembah maksiat,,

    ReplyDelete
  57. subhanallah...betapa keciknye diri ni didepan allah..semoga allah masih membuka pintu taubat tuk hambanya ini yang pernahh leka dek cinta yg tidak bersyar'e..moga istiqomah dalam menuju perubahan yang lebih baik dan diredhai oleh allah....sungguh hati ini sgt meyesal, walaupun tidak keterlaluan tp ttp berdosa dgn Nya.

    ReplyDelete
  58. bismillah,

    ya Allah ya rahman ya rahim,

    aku bermohon padamu , rahmati ustazah fatimah syarhah dunia akhirat, kurniakan kesihatan berpanjangan buat beliau supaya beliau dapat meneruskan dakwah beliau.

    syukran ya ustazah

    amin ya rabb

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum ustazah, jzklh atas peringatan. mohon buat salinan ye.

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum ustazah, merindukan sesorg yg bukan mahram adakah tergolong dlm golongan zina hati? bukan kah perasaan rindu itu fitrah manusia? blh tlg jelaskan..? jazakallahukhairan kathir...:)

    ReplyDelete