AURAT WANITA (BEZA ANTARA JILBAB, KHIMAR DAN HIJAB) - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

AURAT WANITA (BEZA ANTARA JILBAB, KHIMAR DAN HIJAB)

      

Apa itu aurat? Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu maa yastahyii minhu wa yasuu`u shahibahu in yura minhu (setiap yang menyebabkan malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat)”.
 Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting di dalam al-Quran yang mempunyai maksud berbeza iaitu:

  • Jilbab (Al-Ahzab: 59)
  • Hijab (Surah al-Nur)
  • Khimar (Surah al-Nur: 31)

Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel  Sebarkan Cinta-Mu

Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.

Qasdi               : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.

Ummu Qasdi   : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.

            Qasdi               : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam memenjarakan                                           wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia  ajaran Islam atau hanya                                             tradisi?

            Ummu Qasdi   : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga
                                      di minda anak-anak gadis yang lain.

Ummu Qasdi  :Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua      agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.

Qasdi          :Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.

Ummu Qasdi   : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.

Qasdi               : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.

Ummu Qasdi   :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.

Qasdi               : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?

Ummu Qasdi   : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.

Qasdi               : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.

Ummu Qasdi   : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.

Qasdi               : Sila jelaskan hujah awak.

Ummu Qasdi   : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud, “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’” Surah al-Ahzab, ayat 59.

QasdI              : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayat ma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.

Ummu Qasdi :Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.

Qasdi           :Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?

Ummu Qasdi  :Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan persamaan secara mutlak.

Qasdi               :Kenapa?        

Ummu Qasdi  :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?

Qasdi               :Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Ummu Qasdi   :Bijak!  

            Qasdi    :Terus...   
                  
Ummu Qasdi :Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas melahirkan itu diletakkan kepada wanita.

Qasdi            : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?

Ummu Qasdi   : Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur? Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?

Qasdi               :Berbalik pada soal hijab...

Ummu Qasdi   : Hijab atau jilbab?

Qasdi               : Bukankah ia sama?

Ummu Qasdi  : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dan khimar. Jilbab lebih spesifik.

Qasdi               :Jilbab dan khimar?

Ummu Qasdi  :Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama sedunia (a’lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah syariat.

Qasdi               :Khimar pula?

Ummu Qasdi :Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.

Qasdi             :Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat? Adakah sempurna auratnya ditutup?

Ummu Qasdi :Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.

Qasdi               :Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.

Ummu Qasdi  :Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.








AURAT WANITA (BEZA ANTARA JILBAB, KHIMAR DAN HIJAB) Reviewed by Fatimah Syarha on 11:08:00 Rating: 5        Apa itu aurat? Dalam Syarah Sunan Ibnu Majah juz 1/276, disebutkan, bahwa aurat adalah kullu maa yastahyii minhu wa yasuu`u ...

106 comments:

  1. alhamdulillah....
    dapat ilmu baru hari ni...
    antara hijab..jilbab..dan khimar...
    bagaimana pula dgn niqab?
    adakah sama dgn purdah?

    ReplyDelete
  2. ya, niqab itu purdah dari segi bahasa. ulama' berbeza pendapat tentang kewajipannya.insyallah, nanti akak akan jelaskan hujah al-qaradhawi dan sesetengah ulama' tentang kenapa mereka berpandangan dari segi fiqh dakwah, wanita kurang digalakkan memakai purdah pada zaman ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas jawapan..

    tahniah atas kehadiran bidadari kedua..

    (^__^)

    ReplyDelete
  4. terima kasih...

    sekarang ana sudah faham ;)

    ReplyDelete
  5. Begitu adilnya Islam dalam menjaga hak umatnya.. tapi kadang kala kita tidak bersyukur atas nikmat tersebut... malahan ade antara umat Islam menentangnya... semoga mereka diberi hidayah untuk berubah....

    ReplyDelete
  6. Wnita kurang digalakkan memakai purdah? Bagaimana dgn isteri2 Rasulullah dan Sahababiah2,adakah mereka tidak memakai purdah? sepatutnya cakaplah begini" kalau kita rasa lemah iman untuk memakai purdah,jadi tak perlulah memaksa diri sambil itu kena beristighfar kerana tidak mampu menuruti kehendak Allah". Kurang digalakkan membawa maksud makruh. sedangkan amalan purdah adalah taqwa sedangkan memakai tudung labuh adalah fatwa.

    ReplyDelete
  7. Buat Raja Khalid, apa yang anda faham tentang fiqh? apa pula yang anda faham tentang fiqh dakwah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..kalau ustazah senang,bole share sikit pasal fiqh dan fiqh dakwah,dan fiqh awlawiyat.

      berminat nak tau nih..

      Delete
  8. Assalamualaikum wbt

    salam sejahtera kak Fatimah Syarha , saya nak minta pendapat akak mengenai pemakaian niqab , saya bukanlah muslimah berniqab , saya hanya menutup aurat sebagaimana perlu ditutup semasa solat , saya pernah terbaca bahawa memakai niqab waktu solat adalah makruh , boleh akak jelaskan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memakai niqab ketika solat boleh,tapi jgn tutup dahi

      Delete
  9. hangat isu purdah. Masha Allah... :)
    Smg Allah beri petunjuk kepada kita. "Wanita yang baik itu yang jarang melihat dan jarang terlihat" Waalahua'lam...

    ReplyDelete
  10. Soalan saya masih belum berjawab..jawapannya patut mudah je..

    Lepas tu baru saya sambung yang lain..

    ReplyDelete
  11. niqab atau purdah adalah suatu adat, bukan syariat, maka hukumnya harus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm pndapat mazhab syafei yg pndapat muktamad wajah perlu ditutp,mengapa purdah ia dikatakan adat ???kalau mcm tue baik jgn diperdebatkan ulama sma jugak memakai baju kurung,sedangkan memakai tudung sudah diamalkan wnita dizmn nabi isa,ia terbukti menunjukkan mariam ibu nbi isa memakai tudung,apabila turun ayat hijab terus wnita dimadinah memakai serba hitam lalu wajah mereka sudah tidak dinampakkan

      Delete
  12. hukum harus boleh berubah mengikut iklim, geografi,masa, individu dan penyebabnya. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  13. Maksud saudari wanita arab jahiliyyah sudah memakai purdah? Dari mana fakta ini diambil? Kalau begitu wanita jahiliyah begitu hebat sebelum kedatangan Islam lagi..Mohon buktikannya..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah terima kak , sesungguhnya saya kagum dgn fikrah akak dalam menangani isu perbezaan pendapat ini , sesungguhnya yang baik dari Allah

    alangkah indah sekiranya setiap umat Islam bersangka baik & berlapang dada terhadap saudaranya yang berbeza pendapat dgnnya lantas bergerak dlm satu pakatan berhadapan dgn musuh utama agama kita iaitu Yahudi , Nasrani serta tali barut mereka yg bertopeng muslim ..
    benar kata akak , memandangnya dengan positif bahawa ia suatu perbincangan ilmiah. :)
    semoga Allah sentiasa memberimu kekuatan :)

    ReplyDelete
  15. beristighfarlah kita daripada suka menisbahkan orang lain dengan apa yang tidak dikatakannnya. akhi rujuklah buku-buku karangan ulama dahulu sebelum tergesa-gesa merespon artikel ini. buku yang ana cadangkan ialah TAHRIRUL MAR'AH FI ASRI AR-RISALAH, karangan Abdul Halim Abu Syuqqah yang terkenal.

    ReplyDelete
  16. Adikku Nur Haziqah, sama-sama kita doakan kebaikan semua orang. salam sayang buatmu;)

    ReplyDelete
  17. nak tanya apa hukum aurat bagi tutup dagu?

    ReplyDelete
  18. apa yang sepatutnya kita tutup di dalam solat, itulah sebaik-baiknya yang kita tutup di luar solat.

    ReplyDelete
  19. ada sesetengah orang yg saya tanya perihal tutup dagu, jawapan yg diberikan sekadar nak pastikan telekung tu kemas n x lari sewaktu solat... sy dah jahit tutup dagu di tudung saya sbb sy takut sekiranya hukumnya adalah wajib tp sy sendiri x tau nak beri jwapan kpd mereka yg bertanya tentang hukumnya...

    ReplyDelete
  20. Aurat di bawah dagu?
    Jawapan yang akak cadangkan:
    Sukar mencari perbincangan ulama mengenai masalah ini kerana ianya perkara yang terlalu cabang atau disebut furuil masail.
    Berkaitan firman Allah dalam Surah an-Nur, ayat 31 bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (Al-N ur : 31)

    Daripada ayat ini, jumhur ulama sejak zaman sahabat menafsirkannya sebagai kecuali muka dan tapak tangan.
    Imam Nawawi menyebut dalam kitab Majmuk " Aurat perempuan yang merdeka ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangannya. Di samping Imam Syafie, pendapat ini juga adalah pendapat Imam Malik, Imam Abu Ahnifah, Imam Auza'i, Imam Abu Thaur, sekumpulan ulama' yang lain dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal "
    Tidak dijelaskan secara terperinci di sini apa yang dimaksudkan dengan muka, dari mana ke mana batasnya.
    Sebahagian ulama menetapkan had wajah diqiaskan dengan ukuran wajah mengikut ketetapan wuduk iaitu ukuran panjang muka dari hujung tempat tumbuh rambut pada kebiasaan manusia (hujung dahi) hingga tempat tumbuh janggut (tulang dagu) dan lebarnya antara dua hujung anak telinga. Kerana hal ini juga kita menutupnya di dalam solat.
    Maka, bagi yang mampu menutup bawah dagu, maka tutuplah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati). Apa yang kita tutup di dalam solat, itulah sebaik-baiknya yang kita tutup di luar solat. Itu pendapat asal. Namun, jika ia menyukarkan, maka ada rukhsah atau kelonggaran di sini untuk tidak menutupnya. Rukhsah diberikan dalam soal aurat di mana ia diringankan melebihi sedikit daripada paras dagu.
    Begitu juga dalam masalah kaki. Pendapat asal hendaklah menutupnya. Jika pada tempat-tempat tertentu, menutupnya adalah menyukarkan, maka ada keringanan atau rukhsah padanya mengikut sebahagian ulama. Contohnya, bagi mak cik yang berkerja dalam lumpur di sawah, duduk bersama ipar duai dalam satu rumah ketika hari raya dan sebagainya. Tiada pendapat yang disepakati dalam masalah cabang ini. Bersyukurlah atas kelonggaran ini. Wallahua’lam.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, terima kasih kak kerana memberi penerangan yg lengkap. sekarang hati sy lebih tenang. doakan sy istiqamah dlm mengejar redha Allah.Insya-Allah sekiranya akak dtg ke uia gombak tuk memberi ceramah sy akan sertai. hari tu akak dtg sy ada kelas ganti. teruskan berdakwah kak. assalamualaikum.

    ReplyDelete
  22. salamalaik ya ukhti..
    akak..sy pelajar skolah mnengah..
    saya bersyukur smpai hari ini saya masih lagi kekal tutup aurat ..tp kwn saya free hair..die ade ckp prmpuan y pkai tdung tp pkai bju ketat same je ngan tak pakai tdung..sy terkedu..x tau nak jwb ape..kalau ikotkan hati nak jgk saye mnjwb tp sy pon tak tau knp saye diam jer..hrp kak dpt bg pndngn akak.

    syukran-kinah

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbt adikku sayang.
    Bertuah kawan adik yang free hair tu sebab masih ada kawan sesolehah adik yang sudi berkawan dengannya. Itu tanda Allah masih sayangkan dia.

    Beritahu dia, jika dikiaskan dalam bentuk gred, nak yang mana:

    1.Tak pakai tudung= dapat dosa
    pakai baju ketat= dapat dosa lagi.
    Gred F (Fail)

    2.Pakai tudung= dapat pahala
    pakai baju ketat= dapat dosa, tapi kuranglah sikit dari yang pertama.
    Gred D (Cukup-cukup makan)

    3.Pakai tudung=dapat pahala
    tak pakai baju ketat=dapat pahala.
    Gred A

    pilihlah nak yang mana.
    semua orang bertanggung jawab atas pilihan masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan boleh saya guna kata2 untuk di kongsikan. Penerangan agak ringkas tapi cukup lengkap utk di fahami

      Delete
  24. Pesan akak buat adik 'budak SPM 2011', teruskan menyayangi dan mengambil berat kawan adik yang free hair tu ye. Kasihan dia. Bimbinglah dia. Mungkin adik yang akan menjadi menara hidayah untuknya...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbt.

    Kak Fatimah, tentang purdah sebagai adat. Saya merasa tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

    1) Jika benar ia adat, contohnya adat arab, apakah wanita jahiliah sebelum datangnya Islam menutup wajah mereka.

    2) Jika ia adat, kenapa para sahabat nabi :saw boleh berkhilaf dalam menentukan wajah aurat atau tidak. Apakah mereka tidak dapat membezakan ia adat atau syariat.

    Saya yakin akak tahu bahawa khilaf wajah aurat ini bukan wujud di zaman mutakhir, ia wujud sejak zaman sahabat lagi.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  26. Waalaikumussallam wbt. Jazakallah atas respon. Kita semua berhak mempunyai pendapat...

    RRespon akak:
    1.Benarkah apa yang dinamakan 'adat' itu merujuk sesuatu yang datang sebelum Islam sahaja? Selepas datangnya Islam, bukankah sesuatu itu boleh juga menjadi adat. Rujuk sabda Nabi tentang..."man sanna sunnatan sunnatan hasanatan falahu..." (Berkenaan orang yang memulai membuat sunnah baik, maka pahalanya hingga kiamat. begitu juga sebaliknya) HR Muslim.

    2.Jika ia syariat, kenapa para sahabat berkhilaf tentangnya? tentu mereka akan bersepakat dan tiada khilaf lagi mengenainya.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wbt.

    Kak Fatimah,

    saya melihat apabila sahabat khilaf, sehingga ada yang menafsirkan ayat hijab, bahawa wajah termasuk aurat, ini menunjukkan ia bukan adat.

    Apakah jika sesuatu itu syariat, maka akan tiada khilaf padanya? Saya merasakan premis ini kurang tepat. Isu wudhu' adalah isu syariat, akan tetapi tetap wujud khilaf padanya, solat juga isu syariat, tetap juga ada khilaf padanya.

    Saya berikan satu perbandingan: Apakah menyatakan batal wudhu kerana sentuh bukan mahram itu syariat atau adat. Saya tetap menyatakan ia syariat walau saya berpegang bahawa tidak batal jika sentuh wudhu.

    Begitu juga, ulama' khilaf dalam isu basmalah jahar atau tidak ketika solat, ia tetap isu syariat.

    Begitu juga isu wajah aurat atau tidak. Pada pendapat saya, ia adalah isu syariat. Ini kerana ia sama seperti isu-isu di atas.

    Khilaf-khilaf di atas termasuk isu wajah aurat berpunca antaranya daripada

    a) Penafsiran yang berbeza terhadap dalil-dalil yang ada.

    b) Perbezaan pendapat ulama hadis dalam menilai sesuatu hadis [isu purdah ini antara isu pokoknya, di mana hadis nabi :saw menyatakan apabila wanita sudah baligh, maka wajib tutup kecuali wajah dan pergelangan tangan, dan ulama hadis berbeza dalam menilai status hadis ini]

    Isu wajah aurat, ulama yang berhujah menggunakan dalil-dalil seperti hadis 'wanita adalah aurat', qias aula, athar sahabi dan sebagainya.

    Jadi, pada pandangan saya, menyatakan ia adat sebab ada khilaf, adalah sesuatu yang kurang tepat.

    ReplyDelete
  28. Apa yang akhi faham tentang adat? apa pula yang akhi maksudkan dengan syariat? maksud bahasa dan istilah selalunya berbeza. begitu juga mafhum di kalngan ahli hadis, ahli usul dan ahli fiqh juga selalunya berbeza. maka, adalah lebih bijak menjelaskan maksud terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  29. Akhi Masri mengambil bidang fiqh atau hadis? atau bidang yang lain? Jika akhi mempunyai kawan degree dalam bidang fiqh, ada silibus khusus yang bertajuk 'adat'. menarik sangat untuk dibaca.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum wbt.

    Jazakillahu khair kak, saya akan cuba bertanya kepada rakan-rakan Usul Fiqh saya tentang maksud adat.

    Saya bukan pelajar Usul Fiqh, mahupun pelajar hadis, sebaliknya saya graduan Ekonomi.

    ReplyDelete
  31. Masyallah, graduan ekonomi yang ulama’, insyallah. Bakal suami soleh, mudah-mudahan.

    Biar akak berkongsi sedikit apa yang akak belajar dan apa yang akak maksudkan berkenaan ‘adat’ dan ‘syariat’ di sini.

    ‘Adat’ merujuk kepada tatacara dan perlaksanaan. Sifatnya boleh berubah-ubah.

    Di sisi fuqaha’, ‘adat’ dan ‘uruf’ membawa maksud yang sama sahaja. Ia adalah apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka, samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.

    ‘Adat’ ini mempunyai 2 kategori:
    1) ‘Adat’ yang sahih: iaitu adat yang tidak bercanggah dengan nas syariat, tidak melenyapkan maslahah yang muktabar serta tidak mengundang kerosakan yang diakui. Contohnya:

    -Wanita Melayu berbaju kurung. Wanita Arab berbaju hitam dan berpurdah.
    -Orang India bercakap Bahasa India. Orang Jawa cakap Jawa. Orang Arab bercakap Bahasa Arab.
    -Orang Arab suka naik unta. Orang Eropah suka naik kuda. Orang moden suka naik kereta.

    2) ‘Adat’ yang pincang: iaitu apa yang menyalahi nas syarak, mengundang kemudaratan dan menyingkirkan kemaslahatan. Contohnya:

    -Membudayakan riba atas nama bunga dan faedah.

    ‘Syariat’ pula mempunyai maksud yang sangat banyak. Dari segi bahasa ‘syariat’ bermaksud:
    1.Mauridul ma’: sumber air.
    2.Toriqatul mustaqimah: jalan yang lurus.

    Maksud dari segi bahasa ini menunjukkan ‘jalan yang lurus’ atau 'syariat'itu sesuatu yang bersifat maha tinggi, tidak boleh berubah-ubah, tetap dan hanya satu yang perlu diikuti.

    Itulah yang akak maksudkan sebagai ‘syariat’ dalam perbincangan ini.Purdah itu ‘adat’ dan bukan ‘syariat’.

    Adat boleh berubah dan syariat tidak boleh berubah.

    Jika masih belum jelas, boleh utarakan di sini. Kita bincangkan, insyallah, bukan perdebatkan, insyallah.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Jazakillahu khair.

    Cuma saya ada persoalan lain. Jika ia hanya sebagai adat, sebagaimana perempuan Melayu pakai baju kurung.

    Bagaimana boleh wujudnya fatwa menyatakan wajib tutup wajah secara mutlak, dan diketahui ia fatwa sebahagian sahabat, dan sebahagian ulama' silam dan kontemporari.

    Jika fatwa menyatakan wajib dengan sebab-sebab tertentu, saya memahaminya dari sudut adat, sebab sesuatu yang harus boleh jadi wajib dalam beberapa keadaan, bahkan ada perkara yang haram, berubah menjadi mubah dalam keadaan tertentu.

    Tetapi, jika dilihat sudut adat, bagaimana ulama'-ulama' tersebut boleh memfatwakan ia sebagai wajib secara mutlak.


    -----
    Saya bukan ulama' kak, hanya seorang penuntut ilmu.

    ReplyDelete
  33. sebabnya perkara ini perkara khilaf.Sudah tentu pandangan yang mewajibkannya itu mempunyai 'sudut pandang' yang berbeza terhadap purdah. manakala pandangan yang tidak mewajibkannya pula mempunyai 'sudut pandang' yang berbeza pula.

    Kedua-dua mereka berijtihad dan kedua-dua mereka dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala.

    Sebagai penuntut ilmu, kita berhak mengikut mana yang kita rasakan betul berdasarkan kajian terhadap dalil dalam fiqh perbandingan.Berlapang dada terhadap kedua-dua sudut pandang meskipun ia mungkin saling bertentangan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  34. sebabnya perkara ini perkara khilaf.Sudah tentu pandangan yang mewajibkannya itu mempunyai 'sudut pandang' yang berbeza terhadap purdah. manakala pandangan yang tidak mewajibkannya pula mempunyai 'sudut pandang' yang berbeza pula.

    Kedua-dua mereka berijtihad dan kedua-dua mereka dalam daerah pahala. Samada satu atau dua pahala.

    Sebagai penuntut ilmu, kita berhak mengikut mana yang kita rasakan betul berdasarkan kajian terhadap dalil dalam fiqh perbandingan.Berlapang dada terhadap kedua-dua sudut pandang meskipun ia mungkin saling bertentangan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  35. assalam alaykum ustazah fatimah, sy juga mohon ustazah perjelaskan isu niqab/purdah...cukuplah sedikit ringkasan drpd buku yg ustazah katakan. saya bkn pelajar agama/ atau pemakai niqab,tp apa yg saya fhmi ttgnya, bukanlah suatu 'adat' mlalui pmbacaan kitab karangan Syeikh Nasirudin Al-Albani,Hijab almar'ah al muslimah. Mohon perjelaskan sbb sy pn masih sedikit ilmunya. harap ustazah sudi berkongsi. =)

    ReplyDelete
  36. Waalaikumussalam wbt. Seperti yang akak katakan isu niqab adalah isu khilaf. Bidang fiqah tak boleh lari dari khilaf sampai bila-bila. Bila disebut khilaf, biasalah tu, kita dengar ustaz ni kata lain, ustaz lain pula kata lain. Buku ni cakap lain, buku lain pula cakap lain.

    Dalam isu-isu wanita, akak lebih senang merujuk buku-buku dengan manhaj pertengahan seperti Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Al-Ghazali, Wahbah Zuhail, Abdul Karim Zaidan, Ramadhan al-Buthi dan senagkatan mereka.

    Adik pula merujuk buku al-Bani.

    oleh sebab itulah sudut pandangnya berbeza.
    janga bimbang, kedua-duanya berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu, insyallah. jadi kedua-dua pendapat dalam daerah pahala. ikutlah nak pilih yang mana.
    akak ada entry berniqab atau tidak berniqab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum
      ukhti ku bkn kah purdah/niqab ini merupakan sunnah isteri2 nabi
      malah juga wali Allah Rabiatul Adawiyah mhn perjelaskn ..
      syukran ^_~

      ana haziqah...mnumpang blog adik ana ^_^

      Delete
    2. waalaikumussalam wbt. ya, purdah adalah sunnah (cara)sebahagian sahabiah, dan bukan sunnah (cara)bagi sebahagian sahabiah yang lain:)

      Delete
  37. terima kasih akak.. jazakallahu khair..=)

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbt kak Fatimah Syarha yang dihormati..
    saya nak minta pendapat dan nasihat akak..
    Saya masih bersekolah , tingkatan 5 , saya bukan lah bersekolah di sekolah agama.. saya sekolah harian biasa shj..tp sy suka bca karya-2 akak dan buku-2 agama yg lain , alhamdulillah , byk mmbntu sy yg tidak bgitu terdedah dgn ilmu syariat Islam..sy cuba dan masih mencuba utk tingkatkan iman sy walaupun sy tak tahu stkat mne iman sy..sy tak nak skdar sy telah berubah pkai tudung labuh dikira iman sy sudah lengkap..sy amat terkesan dgn karya akak "Tautan Hati" , sy teringin jd seperti Asiah Yusra yg dapat bantu shbt-2nya..
    sy nak insan-2 dskliling sy turut dpt hidayah Ilahi..
    masalah sy , saya nak wujudkan suasana agama Islam di sekolah sy , dan plg utama jiwa dan roh Islam yg sbnar-2nya dalam hati sy,kluarga sy dan kwn-2 sy juga..
    Alhamdulillah , walaupun ibu dan kakak-2 sy bukanlah dari golongan bertudung labuh , ttp mreka masih berusaha dan sy harap Allah lindungi keluarga sy..
    dan sy akui sy teramat syg kwn-2 sy yg muslimah , sy sedih bila tengok kwn-2 sy terus-2an menyemai dosa..
    tambahan pula , sy di amanahkan sbg ktua pelajar , sy bimbang akan ditanya di akhirat apa yg sy sudah laksanakan utk agama..sy tak mahu mmgang jawatan itu smata-2 inginkan pangkat dan kpntingan diri , sy nak selamatkan kwn-2 sy yg majoritinya berpakaian tidak mgikut saranan Allah , bergaul dgn lelaki ssuka hati ,dan tentunya ramai yg bercouple..sy tak nak sahabat-2 saya terbakar kerana dosa mereka..saya tak nak...
    saya syg shbt-2 sy..tp sy tak tahu mcm mne nak ubah mreka , kdg-2 sy tegur berkias , ttp seakan tak ada apa-2 perubahan ,sy kekurangn hujah..sy kcewa dan sedih krana lemahnya diri sy untuk mlksanakan perintah Allah..dan sy hnya mampu membenci perbuatan mereka(selemah-2 iman utk mgelak maksiat) tp sy tetap syg shabt sy..apa yg sy patut lakukan , sy mohon pertolongan akak..
    tolong sy yer kak.. :(

    ReplyDelete
  39. Salam sayang buat adikku, seorang remaja hebat yang berkepimpinan.

    Sebagai Ketua Pelajar di sekolah, adik sibuk memikirkan yang terbaik buat pelajar-pelajar di sekolah adik. Bukan sahaja tentang urusan dunia mereka bahkan urusan akhirat mereka. Sungguh mereka bertuah mempunyai pemimpin seperti ini.

    Adikku sayangfillah,
    Isu pakaian dan isu pergaulan bebas sebenarnya adalah masalah cabang yang berpunca daripada masalah IMAN.

    Bagaimana orang yang tidak merasa cinta dan tidak merasa dicintai oleh Allah akan patuh perintah Allah dengan penuh kesedaran?

    Bagaimana orang yang tidak mengenal cinta Allah dapat dihalang daripada menagih cinta yang dimurkai Allah?

    Lantaran itu, banyakkan memahamkan mereka erti CINTA ALLAH, erti BERIMAN PADA ALLAH, erti HIDUP BERSAMA ALLAH.

    Utamakan ukhuwwah sebelum nasihah. Biarkan mereka merasai diri mereka sungguh disayangi, sungguh berharga, dan sungguh diambil berat, bukannya objek sasaran untuk dikritik teruk pakaiannya, dan dikecam hebat ikhtilatnya.

    Nasihat lebih efektif jika diberi dalam suasana cinta kerana Allah, dan rasa saling bersaudara.

    Bayangkan jika suatu hadiah yang mahal tapi diberikan oleh seseorang kepada kita secara lempar ke kepala hingga benjol…apa perasaan kita?

    Hadiah itu tidak dihargai lagi. Yang ada hanya rasa sakit hati. Begitulah hadiah dakwah yang mahal. Jika caranya kasar, biasanya sukar diterima.

    Semoga Allah terus memberi petunjuk atas kepimpinanmu wahai mawar agama. Jadilah lebih baik daripada Asiah Yusra. Pelajar-pelajar itu dahagakan qudwah darimu. 

    ReplyDelete
  40. assalammualaikum kak...saya nak tanya kak fatimah syarha...saya ada kawan beranggaapan 'biarlah aku jadi diri aku' 'diri aku suke hati akula'...ayat ini difokuskan dalam menutup aurat..saya kesian melihat kawan saya yg agak jahil tentang menutup aurat..dia bekas pelajar sekolah agama..tetapi beranggapan seperti ayat diatas...dia sendiri tahu bagaimana cara untuk menutup aurat dengan betul...bagaimana nak nasihat kepada kawan saya ni...

    ReplyDelete
  41. Salam penghormatan buat kak Fatimah Syarha..
    terima kasih atas segala nasihat akak..
    saya sedar kini di mana kesilapan saya..
    buat pengetahuan kakak , usaha sy hanya sekadar mendiamkan diri , melihat dari jauh , dan rapat dgn shabt-2 sy hanya semasa kami bersama utk berbincang mgenai pelajaran..

    dan sy hanya melakukan tugas sy sbgai pengawas dan ketua pelajar skdar menegur salah laku mgikut disiplin sekolah , dan tugas-2 lain , tetapi kurg dari segi pendekatan Islam..


    dan sy hanya menegur rkn-2 sy bukan menegur secara lisan ataupun nasihat scara face to face..( saya agak pendiam dan tak tahu nak menegur)
    saya tak berani..sy takut akan timbul persengketaan krana sy tak arif dlm seni dakwah yg betul..
    saya takut jika sy tegur , tp teguran sy silap dan saya hanya membuatkan mereka semakin tidak tertarik dgn Islam yg sebenarnya..


    jadi sy hanya dapt hadiahkan mereka buku-2 , mjalah Islami , ataupun sy tulis di atas kertas kata-2 hikmah yg Islamiah di bwah meja shbt-2 sy.. wlaupun mereka tak tahu siapa pemberi buku-2 dan kertas-2 tersebut..
    sungguh ! saya tak berani..

    saya tak berani , sebab sy pernah ditegur dgn cara yg agak melukakan hati sy semasa iman sy lemah suatu ketika dahulu , tetapi , alhamdulillah , Allah sabarkan hati sy , dan sy faham mesej sebenarnya yg menyuruh sy perbaharui iman sy dan berubah..


    tapi , sy tak yakin kwn-2 sy pun boleh terima dgn cara yg sy terima , sbb itu lah sy hanya mendiamkan diri..
    tnpa teguran apa-2 , nasihat mahupun erti mencintai Allah , sy kecewa dgn diri sy , yg hanya adalah cara kiasan sy dgn memberi buku-2 kpd mereka..


    sy selalu lihat kmungkaran dpn mata sy , bahkan itu adalah shabat baik sy , tp sy hanya istigfar dari jauh , dan sy tak buat ape-2 lepas tu..sbb saya dangkal ilmu dakwah yg sebenar.. saya tahu akak pasti memahami masalah saya .. sy yakin Allah menganugerahkan kakak anugerah ilmu berdakwah yg berkesan .. jadi sy harap akak dpt beri tunjuk ajar kpd sy..

    ReplyDelete
  42. Assalam..kak,tumpang tanya,bagaimana pula dgn kaki?adakah ianya aurat?

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum...terima kasih atas ilmu yang dikongsi..baru saya faham..walaupun saya seorang lelaki..namun bg saya selagi ianya ilmu..itu cukup bermakna buat saya :)

    ReplyDelete
  44. Assalamu'alaikum.

    Ustazah Fatimah yang dimuliakan...

    Sebagai pelajar lepasan sekolah agama, kemudian belajar Fiqh wa Usul di Univ of Jordan, dan alhamdulillah sambung lagi sarjana di bidang Fiqh dan Usul di Universiti Malaya, ini kali pertama akak mendengar pendapat seorang agamawan bahawa 'purdah' atau 'niqab' merupakan 'adat' dan bukannya 'syariat'. Sebelum ini, sekadar mendengar kenyataan dari mereka yang bukan berlatar belakang agama sahaja. Sedang merenung pendapat tersebut dan akan mengkajinya semula.

    Terima kasih atas lontaran yang berani.

    ReplyDelete
  45. Mengkaji itu memberi ketenangan hati, insyallah:)

    Biar saya kongsikan sekali lagi sedikit apa yang saya belajar dan apa yang saya maksudkan berkenaan ‘adat’ dan ‘syariat’ di sini.

    ‘Adat’ merujuk kepada tatacara dan perlaksanaan. Sifatnya boleh berubah-ubah.

    Di sisi fuqaha’, ‘adat’ dan ‘uruf’ membawa maksud yang sama sahaja. Ia adalah apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka, samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.

    ‘Adat’ ini mempunyai 2 kategori:
    1) ‘Adat’ yang sahih: iaitu adat yang tidak bercanggah dengan nas syariat, tidak melenyapkan maslahah yang muktabar serta tidak mengundang kerosakan yang diakui. Contohnya:

    -Wanita Melayu berbaju kurung. Wanita Arab berbaju hitam dan berpurdah.
    -Orang India bercakap Bahasa India. Orang Jawa cakap Jawa. Orang Arab bercakap Bahasa Arab.
    -Orang Arab suka naik unta. Orang Eropah suka naik kuda. Orang moden suka naik kereta.

    2) ‘Adat’ yang pincang: iaitu apa yang menyalahi nas syarak, mengundang kemudaratan dan menyingkirkan kemaslahatan. Contohnya:

    -Membudayakan riba atas nama bunga dan faedah.

    ‘Syariat’ pula mempunyai maksud yang sangat banyak. Dari segi bahasa ‘syariat’ bermaksud:
    1.Mauridul ma’: sumber air.
    2.Toriqatul mustaqimah: jalan yang lurus.

    Maksud dari segi bahasa ini menunjukkan ‘jalan yang lurus’ atau 'syariat'itu sesuatu yang bersifat maha tinggi, tidak boleh berubah-ubah, tetap dan hanya satu yang perlu diikuti.

    Itulah yang saya maksudkan sebagai ‘syariat’ dalam perbincangan ini.Purdah itu ‘adat’ (tidak wajib, boleh berubah hukumnya) dan bukan ‘syariat’ (tidak boleh berubah-ubah, hanya satu).

    adat dan syariat yang disebut di sini dalam konteks, adat boleh berubah dan syariat tidak boleh berubah.

    Jika masih ada pendapat yang berbeza, boleh utarakan di sini. Kita bincangkan, insyallah, bukan perdebatkan. Sama-sama meraikan khilaf kerana dalam agama kita ada perkara yang disepakati dan ada baaaaaaaaaaaaaanyak perkara yang dibenarkan khilaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadzakallahu khairan ustazah atas pencerahannya..:)
      di sini sy ingin berkongsi sesuatu berkenaan adat..:) spt yg ustazah mksudkan, adat yg sahih ialah yg bertepatan dengan syarak..bagaimana pula adat membaca yasin pd mlm jumaat yg tidak terdapat dari amalan Rasulullah, para sahabat, bahkan imam syafi'e membantah keras dalam kitabnya Al-Umm dan Ar-Risalah? begitu juga imam malik dalam kitabnya AL-Muwaththa' dan Imam ahmad dalam kitabnya Ushulus sunnah? pd pendapat sy, adat ialah suatu prkara atau upacara yg terbahagi kepada dua:
      1) muamalat (seperti baju kurung dan sbgnya)
      2) ibadah (seperti amalan2 baru yg diwujudkan pada zaman skrg ini)

      adapun memakai niqab @ purdah bukanlah "adat" semata2 oleh para wanita arab...:)...kerana Ummul Mukminin kita, 'Aisyah radihyallah 'anha berkata:

      “Para pengendara (laki-laki) melewati kami, ketika kami (para wanita) berhaji bersama-sama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka ketika mereka (para pengendara laki-laki tersebut) telah dekat, masing-masing kami menurunkan jilbabnya dari kepalanya sampai menutupi wajahnya. Jika mereka telah melewati kami, maka kami membuka wajah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan lain-lain)‎

      ini bermaksud purdah adalah sunnah yg disyariatkan utk para wanita, bertujuan utk mengelakkan fitnah yg besar yg dialami oleh zmn skrg ini..:)..adapun hukumnya tidaklah jatuh kepada wajib, kerana berdasarkan kepada ayat "jika mereka telah melewati kami, maka kami membuka wajah" bermaksud para wanita diperbolehkan menampakkan wajahnya selama tidak timbul fitnah terhdp dirinya..

      cuma sy berpendapat bahawa purdah bukanlah adat semata2, akan tetapi ia adalah sunnah yg rojih, semoga Allah mengurniakan ganjaran bagi mereka yg mengamalkan sunnah para sahabat ini..:)

      Delete
  46. Boleh rujuk lanjut perbahasan tentang 'adat' dalam buku Syarah Risalah Taalim, Hassan al-Banna.

    ReplyDelete
  47. Boleh juga merujuk buku Mustafa at-Tohan dan buku Dr. Amru Abdul Karim Sa'dawi tentang Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi.

    ReplyDelete
  48. Ada artikel lain yang saya masukkan dalam blog ini, Berniqab atau Tidak Berniqab.

    ReplyDelete
  49. Terima kasih atas penjelasan. Akak kira jawapan yang diberikan adalah pengulangan kepada jawapan yang sudah tersedia di atas.


    Akak juga sudah baca artikel yang dinyatakan sebelum membaca artikel ini.

    Syukran juga atas cadangan kitab. Bila boleh akak temuinya, tidak tahu lagi.

    Buat masa sekarang, akak tidak berminat mengemukakan pandangan di sini.

    Sesiapa yang berminat dengan niqab, boleh kaji sendiri dalam banyak tulisan yang ada pada hari ini sama ada di dalam kitab atau website. Luaskan pembacaan dan buat keputusan yang sesuai dengan keadaan diri. Jika ada sesiapa yang berminat berbincang dengan akak, boleh hubungi akak secara peribadi sama ada dengan melawat blog atau email ini : ummua_abbas@ymail.com.

    Alhamdulillah, akak berniqab sejak hampir 20 tahun yang lalu. Sedikit pengalaman dicatat di dalam blog.


    Sekian.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  50. Sorry... tersalah taip email. Yang betul; ummu_abbas@ymail.com.

    ReplyDelete
  51. Alhamdulillah. Rasa mulialah dengan pilihan akak itu. Saya tumpang berbangga. Sama-sama saling menghormati, saling membela dan saling meraikan kerana kita sama-sama dimuliakan sebagai wanita muslimah. :)

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. Assalammualaikum...
    seronok melihat cara akak menyampaikan dakwah..setiap jawapan dan pandangan yang diberikan amat menyenangkan dan dekat di hati saya dan mudah2an kpd remaja2 lain juga..jarang saya dapat mendengar penjelasan2 yang berlapang dada dan tidak menyerang mana2 pihak seperti yang akak lakukan sehingga saya rasa tidak bosan untuk terus membaca..semoga akak sekeluarga dilimpahkan rahmat,insyallah.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum..lama saya tertanya-tanya tentang pemakaian purdah ni,bila saya tanya kepada umi saya tentang purdah.umi kata muka dan tapak tangan tu bukan aurat..
    tapi,yang saya kurang jelas.kenapa ada yang berpurdah walaupun muka bukan aurat?kak fatimah syarha tolong jawab.

    ReplyDelete
  55. Waalaikumussalam wbt. Tiada masalah menutup muka meskipun ia bukan aurat. Ia suatu yang baik. Sebagaimana tiada masalah jika adik nak tutup tapak tangan meskipun tapak tangan itu bukan aurat. Masing-masing ada sebab yang tersendiri. "Mintalah fatwa dari hatimu..."

    ReplyDelete
  56. kak,minta pendapat sikit...

    kawan saya ni dia solat..tapi pernah dia bertanya kepada saya dan kawan-kawan yang lain
    tentang kewujudan Allah,lepas dia cakap macam tu rasa macam ada kesan dekat hati-hati yang mendegar..rasa geram pun ada tapi mulut pulak tak tahu nak bagi jawapan yang terbaik untuknya..saya rasa dia dah tahu jawapannya tapi kenapa dia masih tertanya-tanya soalan macam tu sampai boleh menyebabkan orang lain pun berfikir tentang Allah

    tolong ye kak fatimah syarha,terima kasih ;)

    ReplyDelete
  57. uih kalau jumpa malam2 tu confirm lari tak cukup tanah haha coz nampak macam hantu :P

    ReplyDelete
  58. As salam, baru2 ni saya mengejakan haji, disana kami diberi motivasi talk dr ust Noah Gadot dan di dlm taklomat mengenai checklistnya, ada dia sebut ttg adakah dagu ditutup semasa melakukan tawaf. Ia terkesan dihati hingga kini krn mmg dlm solat saya sentiasa jg bahagian dagu itu, begitu juga sewaktu tawaf dan semasa melakukan ibadat lain cuma dalam kehidupan seharian, tudung yg saya beli utk kegunaan harian tidak berlapik dagu, adakah ini memberi kesan pd hukum aurat saya? Saya tercari2 kedai yg menjual lapik dagu ini pd tudung comercial namun amatlah kurang. Jika ada hny pd telekung atau tudung utk tujuan haji/umrah shj. Saya juga terpandang masih ramai pakar/motivator/ustazah yg tidak menutp bahagian dagu dlm pakaian seharian mereka. Persoalannya disini, adakah boleh utk tidak memakai lapik dagu ini krn buat masa ini amat sukar utk membeli tudung yg sebegini. Very limited, tapi jujurnya, saya suka bila mengenakan tudung berlapik dagu..Lebih terasa 'cukup' cuma masih dlm usaha mencari tudung yg sebegitu..

    Tentang persoalan stokin, adakah dibolehkan utk tidak memakainya di hadapan
    ipar duai, kaum keluarga yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang buat ukhti sue che wok. ttg batasan aurat, ada yang disepakati dan ada yang dibenarkan khilaf.

      bawah dagu adalah perkara yang dibenarkan khilaf. sebab tiada dalil spesifik untuknya.

      orang yang menutupnya mengambil langkah ihtiyath (berhati-hati) sebab dikiaskan dengan takrif wajah dalam had mengambil wudhuk ialah dari anak rambut hingga tulang dagu. (itu yang dibenarkan dibuka menurut takrif ini).

      orang yang membukanya, ada hujah juga. ia suatu rukhsah (keringann) sbb realitinya agak sukar menutupnya.

      wallahua'lam.

      Delete
    2. salam ukhwah fillah...

      ustazah bab rukhsah aurat ni dlm bab usul fiqh kan?...ke fiqh muasir yer?...

      Delete
  59. slm..kak ha nanti boleh terangkan skit pasal ikhtilaf..ikhtilaf yg terpuji ttg kepercyaan,perkara karut -marut..maksudnya??..tlg tergkan bile2 kak ha free kat blog nie eik..huhu~

    ReplyDelete
  60. As Salam.kak syarha .Ana nk tanya .pengertian zina hati dan hukumnya.....

    ReplyDelete
  61. Waalaikumussalam wbt. Rasulullah SAW bersabda, Wal-Qalbu yahwa wa yatamanna (Hati itu berkeinginan (dengan hawa nafsu)dan berkehendak).

    Rasa suka, minat dan berkeinginan di dalam hati kepada seseorang itu adalah fitrah semulajadi. Ianya di luar kawal. maka, tiada taklif (bebanan) pada apa yang di luar kawal kita.

    Namun, jika kehendak-kehendak hati berbentuk (yahwa dan yatamanna) itu dilayan-layan, fitrah semulajadi akan bertukar menjadi fitnah. Di sinilah letaknya proses menodai hati secara perlahan-lahan.

    Kita bukan sahaja takut hati membayangkan zina tetapi kita perlu menjaga hati daripada menyukai perbuatan yang menghampiri zina.Kerana hati itu raja yang boleh memberi arahan kepada anggota badan bertindak.

    ReplyDelete
  62. sama-samalah kita bersangka baik..dan permudahkanlah jangan menyusahkan..

    ReplyDelete
  63. semoga kak Syarha diberi kekuatan dalam berdakwah..

    ReplyDelete
  64. masyaallah...banyak ilmu yang saya dapat disini...syukran..^_^

    ReplyDelete
  65. salam...akak,bleh saya share untuk blog saya?syukran jazilan..semoga Allah sentiasa memberkati akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum wbt ustazah Fatimah Syarha,

    Sy ingin bertanykan mengenai penggunaan kitab Syeikh Al-Albani sebagai rujukan umat Islam masa kini. Soalanny, apakah ia boleh digunakan kerana manhaj Syeikh al Albani dikatakan tanaqudh (bercanggah) pada perkara Usul dan Furu'?

    Syeikh Nasharuddin al-Albani juga dikatakn sebagai wahabbi kerana mengenepikan Imam2 muhaddithin dan fuqaha yg mu'tabar, yakni dengan mengasingkan anatara hadith2 sohih dgn hadith2 yg dhoif. Akan tetapi, beliau menegah drpd beramal dgn Hadith dhoif secara mutlak. Bahkan, wajib dibezakan antara sohih dan dhoif -pd pandangannya- utk menyatakan kpd org ramai apa yg dinamaknnya sbg feqhul musoffa. (muqaddimah kitab sohih al-adabil mufrad m/s 32) Olh kerana itu, beliau tlh membahagikan hadith2 dlm sunan arba'ah kpd dua:

    1-Sohih dan hasan. Dibolehkan beramal dengannya.

    2-Dhoif. Tidak boleh beramal dgnnya langsung. Bahkan beliau menyamakan hadith2 dhoif ini dgn hadith al-wahiyah (sangat lemah) dan maudhu'ah (palsu) dlm tingkat yg sama. Kerja beliau ini amat bertentangan dgn manhaj para fuqaha dan muhaddithin sebagaimana yg tlh dihuraikan tadi. Apa yg beliau lakukan sebenarnya adalah mencipta kecacatan yg besar dan jelas pd dalil2 feqh sama ada yg ijmaliyyah ataupun far'iyyah. Seterusnya, beliau tlh meruntuhkan thiqqah ummah kpd imam2 hadith dan feqh, juga menghancurkan khazanah feqh dan hadith yg tlh diwarisi dan dibanggai olh ummah sejak dahulu

    .. yg ketiga, beliau berselisih dalam ilmu hadith, dan bercanggah dgn qaedah istilah2 hadith, serta ilmu al-jarhu wat ta'dil, begitu juga dalam memahami thuruq2 dan wujuh al-hadith dan banyak lagi. Banyak istilah2 hadith yg masih tidak difahami olh beliau yg sebenarnya memberi keaiban dlm bidang hadith. Terutamanya istilah2 yg digunakan olh Imam at-tirmizi terhadap darjat sesuatu hadith. Begitu juga kesilapan beliau dlm menyamakan hadith2 dhoif dlm satu darjatn dan juga menyamaknnya dgn hadith2 naudhu..

    2. Bagaimana pula dgn kitab karangan Al Imam Hujjatul Islam al Ghazali r.a? kerana kata Imam Nawawi, Imam Ghazali bkn lh muhadisin, iaitu ulamak hadis, dn menurut al-Iraqi, yg menilai kitab karangan Imam Ghazali, iaitu Ihya' Ulumuddin dengan bertertib, beliau menjumpai beberapa hadis yg dhoif yg digunakan dlm kitab itu. Umum mengetahui bahawa hadis dhoif itu boleh dibuat beramal tp bkn hujah ataupn disebarkn.. dn kita mengetahui kitab Ihya Ulumuddin ini bnyak digunakan di pondok2 dn juga madrasah, masjid dn surau sbgai sebahagian pengisian oleh ustaz2 di sne.. apakah boleh diterima pakai hadis dhoif yg digunakan dlm kitab itu?

    3. Bagaimana pula dgn kitab karangan Ibnu Hisyam, kerana ibnu Hisyam adalah anak murid kepada Ibnu Ishaq, dn pernah mengambil pendapat Ibnu Ishaq secara bebas, dn dikatakan syiah ats sebab mengagungkan Muawiyah?Kitab ibnu Hisyam antara lainny adalah Sirah Nabawiyah yg menjadi rujukkn utama ustaz2 dlm memberikan kuliah agama di masjid.


    Sy bertanyakn ustazah disini bkn ats sebab mnghina Imam-imam ini, tetapi ats dasar terlalu bnyak keraguan yang timbul dn semoga mendapat pencerahan drp ustazah. syukran dn jazakumullah hu khairan kasira.

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum kak fatimah, saya nak mintak pandangan akak . Adakah salah untuk pakai pashmina ? Ataupun tudung indon yg skarf keras tu (labuh) ? sebab ada kawan saya kata kain tudung tu senang melekat di dada . Harap sangat akak boleh bagi pandangan . Terima kasih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. jika baju adik longgar dan tidak membentuk, maka tiada masalah memakai tudung singkat jenis apapun, apatah lagi yang labuh.

      Delete
  68. maknanya bolehla kalau saya pakai jubah/tshir labuh dan kenakan dgn apa2 tudung ? Kalau tak melepasi dada pun takpe ke ? Mintak maaf tanya banyak2 . Saya musykil .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung singkat tak berdosa. Yang berdosa ialah menampakkan bentuk buah dada. pakaian di Malaysia ni jenis yang ringan, sesuai dengan cuaca. jika pakai tudung singkat biasanya akan membentuk buah dada. maka, eloklah dilabuhkan tudung.

      Delete
  69. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  70. ok yg tu saya dah faham :)

    Last sekali, akak rasa adakah memakai pashmina itu kira berlebihan ?

    ReplyDelete
  71. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  72. Assalammualaikum kak Fatimah Syarha,
    saya ingin meminta pandangan akak mengenai soal aurat antara adik beradik tiri berlainan ibu dan ayah.
    Adakah wajib bagi seorang kakak tiri perempuan menutup auratnya seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan apabila berhadapan dengan adik lelaki tirinya yang muda setahun. Adik lelaki tirinya itu berlainan ibu dan ayah dengan kakak trinya. Mohon penjelasan kerana saya betul-betul dalam keraguan. Terima kasih. Harap sudi membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Ya, mereka bukan mahram. Wajib tutup aurat. Boleh nikah.

      Dalam konteks ini, boleh ambil rukhsah membuka kaki kerana jika tidak, kehidupan ukhti di dalam rumah itu akan menjadi terlalu sulit. Terpulang.

      Pendapat para ulama yang mengatakan kaki bukan aurat pun sangat kuat sebenarnya. Kita ambil yang pertengahan. Tutup bila tidak menyukarkan. Buka bila ia menyukarkan.

      Delete
  73. Assalamualaikum wbt..

    Saya dah beli dan baca buku Sebarkan CintaMu..tahniah atas hasil karya yang bagus..semoga memberi manfaat kepada semua..
    Cuma harap dapat menerima dengan baik sedikit komen dari sy..saya kurang ilmu dan masih mencari ilmu, maafkan jika ada salah silap..

    Comment sy:-

    1)Tak boleh terlalu membuktikan niqab itu tidak wajib di Malaysia ni..sebab banyak khilaf tentangnya..dan boleh membuatkan orang yg ingin mendekati niqab menjadi tawar hati..sy bercakap sbb sy dari seorang tak berniqab kepada minat dan apply niqab wlu pun part time(prosedur tmpat kerja tak bagi pakai niqab)..memakai niqab ni sgt selamat sebenarnya..Allah je Tahu..bila Dia bagi seseorang tu rasa nak berniqab, tak perlu banyak mengkaji pun, kita akan terus rasa senang je utk memakainya.dan sy juga terlibat dgn aktiviti2 dakwah mlalui badan2 NGO, sebenarnya orang yg sedang mencari Islam, akan lebih mudah tertarik dgn pemakai niqab, jadi berniqab, berjubah, berpakaian gelap itu juga boleh berdakwah..sy pernah ditegur oleh seorang kwn kerana berjubah semasa program dakwah..tapi bagi sy dia salah.

    2)Dan tak boleh terlalu tunjuk poligami itu tak ok dengan terlalu highlight tentang kisah kecemburuan dan pergaduhan isteri2 Nabi saw..sebab bila orang yg masih kekurangan ilmu agama membacanya akan menimbulkan rasa lacking pada Rasulullah saw dan membenci poligami..kesian kawan2 sy yang sedang jatuh bangun sebagai isteri kedua atau seterusnya..nisbah org pempuan dgn lelaki pun dah makin ketara skarang ni..kalau poligami kurang elok, apa nasib orang pempuan yg blum berkahwin..bagi syarat ta'liq pada awal perkahwinan itu boleh cuma kalau Allah nak uji, tetap akan diuji.. Cumanya kalau ada syarat tu akan gugur talak ke kalau suami tetap poligami? dan kalau diberi syarat begitu kadang2 suami akan kawin senyap2 sbb dari awal lagi dia tahu istrinya akan minta cerai..antara cerai dgn ujian bermadu, adakah cerai yg lebih berkat di sisi Allah.

    terima kasih.minta maaf jika ada kekasaran bahasa..tiada niat sebegitu cuma tak brapa pandai mengayat, jadi sy tulis direct to the point..

    syukran

    ReplyDelete
  74. Waalaikumussalam wbt.
    Jazakillah atas perkongsian di sini.

    What you see is what you get. Mentafsir secara negatif akan mendapat kesimpulan yang negatif. Mentafsir secara positif akan mendapat kesimpulan yang positif.

    dalam isu-isu sebegini, fikrah dan pandangan kita banyak dipengaruhi oleh apa yang kita baca, lihat dan dengar.

    Dari mana sumber kita?
    kawan2?
    pengalaman sendiri?
    guru-guru kebanyakan?
    tv?

    Marilah kita semua buat sesuatu berasaskan iman, ilmu dan kajian.

    Jika kita banyak membaca sumber-sumber sahih, tiada ilmu yang disorok Nabi. Untuk memahaminya secara benar, kita perlu dekat dengan tulisan para ulama muktabar.

    Saya cadangkan, bacalah tulisan-tulisan ulama muktabar seperti al-Qaradhawi, Wahbah Zuhaili dan sebagainya yang hidup dan arif dalam realiti hari ini dan nimkati kejernihan ilmu mereka tentang isu-isu wanita daripada tulisan mereka sendiri.:)

    ReplyDelete
  75. akak..saya baru je bace novel tu.frust sbb ade bnyk missing pages.so,cerita tergantung. saya jatuh cinta dgn care penulisan akak.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tukar balik dengan pekedai. pekedai akan tukar dengan syarikat. itu hak pengguna:)

      Delete
  76. ASsalamualaikum ukhti fatimah syarha. saye nak tanya kalau kite belajar kat negara arab lepas kita megikuti cara pemakaian mereka seperti memakai jilbab adakah boleh kite memakai tudung seperti mereka?? adakah kite kene ikut kefahaman kite di malaysia???

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum

    syukran atas perkongsian
    Moga Allah merahmatimu kak :)

    Moga Allah menjadikan dirimu sebagai bidadari di syurga kelak dengan izinNya <3

    Moga kte semua diberkati Allah. Amiin ya Rabb :)

    ReplyDelete
  78. Assalamualaikum Kak Fatimah Syarha,

    saya Nur, pelajar dari UUM.. kak, saya bukanlah seorang yang bertudung labuh sebelum ini.. tapi sekarang saya sedang berusaha ke arah itu dan Alhamdulillah.. hati saya rasa lebih tenang dan saya merasakan diri lebih terjaga selepas menyarung tudung labuh.. Alhamdulillah hati ini makin tenang selepas berterusan mendapat bimbingan daripada Allah, sesungguhnya hidayah itu milik Allah..

    tapi kak, saya rasa tertanya-tanya dan adakalanya merasa bingung dengan seorang sahabat saya.. saya cukup menghormati beliau kerana beliau adalah bertudung labuh dan sangat menjaga auratnya.. namun begitu, ada 1 pekara yang bermain-main di minda saya..tapi saya tidak berani menyatakannya kpd sahabat saya itu.. sahabat saya itu bertudung labuh, namun gemar mengenakan solekan di wajahnya seperti pemerah pipi, eyeliner, dan gincu.. saya tidak tahu nak bertanya kepada siapa dan saya dengan rendah hati memohon pandangan kak Fatimah dengan situasi ini..

    semoga Allah merahmati kakak..

    ReplyDelete
  79. Assalammualaikum kak..sy ingin tnye ttg hukum pemakaian sarung tangan?..

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum...kak minta perkongsian ilmu ye?

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum, kak fatimah syarha ku yg dirahmati Allah.. (^_^)
    situasi saye begini, dlm hati saye ade rse nk bertudung cam obor2 (super kiut),saye ske tgk akak2 yg pki tdg camtu.. sweet je.. saye penah ckp kat mak saye yg saye nk pakai tdg labuh, tp die kate org islam x semestinya pakai tudung besar2 cenggitu (die mcm x brp stuju saye nk pakai tdg obor2)..

    soo, aritu saye ade bce stu belog ni, ckp langkah2 utk bertudung labuh.. mule2 start gne tdg bdg 50 atau gne pashmina.. Yup i have both of them, saye lg suke pakai pashmina sbb die jaoh lebey murah n lebey tebal, my mom pun ske saye pakai pashmin,.. saye pakai pashmina labuh, tutup dada btol2 but the problem is.. dpn tutup okey dah, belakang pulak yg jd masalahnye.. part belakang singkat skit, x selabuh yg dpn! Btol ke camni?? kalau akak dpt komen skit tntg situasi saye ni, saye akan rse sgt happy! Akak doakan saye dpt pakai tdg obor2 ye satu hari nti.. saye akan berusaha jgk utk ke arah itu.. MAy Allah bless you Kak Fatimah Syarha!! (^__^)

    ReplyDelete
  82. assalamualaikum ustazah>

    merujuk kepada kenyataan ustazah>Dalam isu-isu wanita, akak lebih senang merujuk buku-buku dengan manhaj pertengahan seperti Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Al-Ghazali, Wahbah Zuhail, Abdul Karim Zaidan, Ramadhan al-Buthi dan senagkatan mereka.


    APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MANHAJ PERTENGAHAN?

    jazaakillahu khayr.

    ReplyDelete
  83. assalaikumussalam wbt. rujuk artikel saya MANA ADA TAK ACI untuk meneliti hadis-hadis sahih sebagai sandaran ulama bermanhaj pertengahan.Memilih pendapat yang paling mudah selagi ia bukan dosa.

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum,

    Kak, apakah diharuskan memakai purdah atau niqab sewaktu sesi pembelajaran disekolah? Kerana sesetengah orang melarang, kerana ketika menuntut ilmu kita hendaklah menunjukkan muka kita kepada guru-guru.
    Mohon dijelaskan.

    ~...DC...

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum..sy nak tanya berkenaan pemakaian sarung kaki atau lebih tepat lagi aurat kaki dengan ipar duai jika ke rumah mertua.Adakah sy perlu memakai sarung kaki dirumah?

    ReplyDelete
  86. assalammualaikum akak. saya skrg sdg buat practical kat hotel (dip.hotel management) sy tahu kebanyakan hotel tidak mengalakkan staf mereka untuk mengenakan tudung, tapi tidak bagi yang kurang bertemu dgn customer. Alhamdulillah majikan saya tidak memaksa saya untuk melepaskan tudung saya, tetapi yg membuntukan fikiran saya, dia seringkali bertanyakan mengapa seorang muslimah harus mengenakan tudung tetapi seorang muslimat tidak pula dan sering mengunakan contoh org yg berpengaruh contohnya istri PM yg x mengenakan tudung tapi masih dia labelkan baik dan dia juga beranggapan yang memakai tudung dan menutup aurat ini hanya la rekaan semata guru pendidikan islam (ustaz/ustazah). Saya sukar untuk menjelaskan kepada majikan saya.mohon akak dapat bantu saya bagaimana cara untuk saya menjelaskan kepada majikan saya. terima kasih

    ReplyDelete
  87. Quran 24:31

    http://quransmessage.com/articles/hijaab%20FM3.htm

    Tiada kesalahan berhijab asalkan mereka tahu bahawa perintah/Firman Allah untuk tutup rambut /Kepala tidak ada di Quran.

    Tidak berhijab bukan bermakna tidak berpakaian sopan (mengikut Al Quran).

    Quran untuk semua tempat dan masa.

    Niat saya bukan nak cari kemarahan, tetapi jika anda marah pada keterangan saya adakah kerana ia satu kebenaran? Tolong selidik sendiri

    ReplyDelete