AURATMU, AIB YANG WAJIB DITUTUP - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

AURATMU, AIB YANG WAJIB DITUTUP


Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :               
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian ‘takwa’ seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma’ Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma’ r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.
AURATMU, AIB YANG WAJIB DITUTUP Reviewed by Fatimah Syarha on 11:26:00 Rating: 5 Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama....

27 comments:

  1. assalamualaikum,
    ustzah bleh x nk mintak izin untk share artikel nie dlm blog?

    ReplyDelete
  2. saya nak share gak ustazah..boleh kan?=)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. syukron kathir ustazah.
    barakallahu fik. :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, mohon copy untuk kongsi dgn rakan-rakan...sngt bermanfaat, InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ustazah.. saya masih keliru tentang pemakaian purdah.. adakah ia hanya untuk org yg difitnah sahaja?? dan mcm mana pula jika situasi zaman ini.. penuh dgn islamphobia?? jika yg difitnah brada dlm situasi itu bagaimana??? maaf jika mengangu.. :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam ustazah, alhamdulillah sy habis membaca papran ilmu dari ustazah...boleh beri huraian berkaitan perhiasan yang disembunyikan dikaki, dan dilarang ntok menghentak kaki agar diketahui(al-Nur:31), adakah perhiasan itu berbntuk gelang kaki y berloncing dan adakah ia jg penerangn dilarang dipakai ditangan????mhon beri pnjelasan

    ReplyDelete
  9. nak share,mintak izin,ye..terima kasih.. =)

    ReplyDelete
  10. Salam buat Bara Sinar, insyallah nanti ustazah pos tentang tabarruj.doakan ye.

    ReplyDelete
  11. insyaallah..doa sesame muslim e2 pasti, sy sentiasa menunggu karya2 baru ustazah...syukran jiddan..

    ReplyDelete
  12. ustazah,saya mahu tanya ap yg dmaksudkn aurat pada ayat 13 Al-Ahzab?adakah ad signifikan aurat ataupun hanya maksud sesuatu yang terbuka.mohon pencerahan daripada Allah melalui yang ahli agama.insyaallah.

    ReplyDelete
  13. Aurat dalam surat al-Ahzab ayat 13 bukanlah termasuk ayat hukum yang menyentuh tentang hukum aurat.Ia merujuk kepada rumah yang terbuka (aurat) dan tiada penjaga. Ia cumalah sama dari sudut bahasa kerana Bahasa Arab merupakan bahasa yang sangat kaya dengan maksud dalam sesuatu istilah.

    Renungi tafsir berikut:
    Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: `Hai penduduk Yatsrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu`. Dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: `Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)`. Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari.(QS. 33:13)

    Di antara mereka seperti Abdullah bin Ubay dan kawan-kawannya, ada pula yang mengatakan: "Hai penduduk kota Madinah, tempat ini bukanlah tempat yang harus kita tempati, maka kembalilah ke rumahmu masing-masing, agar kamu tidak ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta tidak mati terbunuh oleh musuh-musuh yang sedang mengepung itu.
    Sebagian ahli tafsir ada yang menafsirkan: "Hai penduduk Madinah, tidak ada tempat bagi kamu sekalian, untuk tetap menganut agama Muhammad, kembalilah kamu kepada agamamu dahulu, dan serahkanlah Muhammad dan pengikut-pengikutnya kepada musuh-musuhnya yang sedang mengepung itu, sehingga keselamatan kamu semua terjamin".
    Karena perkataan dan ajakan-ajakan pemimpin-pemimpin munafik dan Yahudi itu maka sebagian dari mereka ada yang terpengaruh dan mereka meminta kepada Nabi saw agar dapat meninggalkan medan perang dan kembali ke rumah mereka. Di antara yang meminta itu ialah Bani Harisah. Alasan yang mereka kemukakan ialah rumah-rumah mereka berada di tempat yang berdekatan dengan pangkalan-pangkalan pasukan musuh sedang dindingnya tidak kuat, mereka khawatir musuh akan mengambil harta benda mereka".
    Pada akhir ayat ini Allah SWT menerangkan bahwa semua alasan-alasan yang dikemukakan oleh orang-orang munafik dan Yahudi adalah alasan-alasan yang dibuat-buat saja. Alasan-alasan itu mereka kemukakan semata-mata untuk menghindarkan diri dari ikut berperang beserta Nabi dan kaum Muslimin, karena mereka tidak melihat suatu keuntungan yang akan mereka peroleh.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah ustzh berjaya mympaikan entri sbgini..persoalan aurat ckup menarik minat sy dlm mnelusuri kaifiat& hkmahnye..moge Allah mberikan kekuatan kpd sy utk kembali berada dlm kecantikan hakiki dgn aurat perhiasan t'tutup rapi demi mncari redha ilahi.doakan sy utk terus istiqqamah bercita2 mnjadi spt dirimu mndekati diri dgn dakwah ilahi.

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum ustazah mintak izin share dlm blog sy ya..^_^

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..mohon share kt blog sy ye... ^_^

    ReplyDelete
  17. salam..mohon share untuk blog saya...syukran jazilan..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, Ustazah. Saya musykil mengenai had aurat wanita. Wanita kan wajib tutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Persoalannya, bila dikatakan muka, adakah bwh dagu tu dikira aurat sbb dia bukan sebahagian drpd muka. Kalau TAPAK tangan sahaja yg bukan, bagaimana dgn belakang tangan? Mohon ustazah jelaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. menutup aurat adalah perkara yang DISEPAKATI. tapi setakat mana HAD AURAT WANITA adalah sesuatu yang khilaf (banyak pendapat).

      Kita buka belakang tangan kerana 'rukhsah' (keringanan kerana terlalu sukar menutupnya).

      Imam Hanafi berpendapat, kaki jauh lebih perlukan 'rukhsah' kerana menutupnya sangat menyulitkan.

      Bawah dagu juga dikira 'rukhsah'kerana menutupnya menyulitkan ramai wanita.

      Dalam solat, kita menutupnya sebagai mengambil 'ihtiyat' (langkah berhati-hati).

      Wallahua'lam.

      Delete
  19. Assalammualaikum ustazah..mohon share artikel ini dalam fb?

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum ustazah..merujuk gmbr cara berpakaian di ats, apa yg sy faham jilbab yg menutup aurat tidaklah menampakkan hiasan wanita dan tidak menampakkan bentuk tubuh. nak tanya adakah fesyen seperti manik2 hiasan pd tudung dikatakan sebagai perhiasan wanita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. hiasan yang dimaksudkan untuk wanita menutupnya ialah hiasan semulajadi seperti lekuk-lekuk tubuh, bentuk buah dada dsb. adapun hiasan seperti celak, gelang, cincin, manik, bunga pada baju...tiada larangan baginya.

      Delete
  21. senyum itu indah12 August 2014 at 21:09

    assalammualaikum ustaz... sy ingin menanyakn satu soalan .kalu seseorg perempuan tidak menutup aurat di bahagia kaki adakah dosanya sama seperti tidak menutupi aurat2 lain sprti tidak pakai tudung ataupun pakai tudung tapi lengan baju pendek

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum ustazah, kalu kita lihat sekarang pemakaian shawl yg belakang tidak tutup, pemakaian tdung yg menutupi dada tapi dipinkan ditepi(tdung singkat tepi) adakah boleh? Bagaimana jika mereka yang memakai sweater? Mohon leraikan persoalan saya,terima kasih ustazah

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum ustzh, apa hukum kalau saya menyertai pertandingan taekwondo yg tak membenarkan para peserta pakai stokin. jadi bahagian kaki tak tertutup semasa berlawan. apa hukum dn bolehkah sy menyertainya?

    ReplyDelete