MARHABAN BIDADARI KEDUA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

MARHABAN BIDADARI KEDUA

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Kalimah apa lagi yang lebih baik berbanding Alhamdulillah untuk melahirkan syukur kami atas anugerah kedua ini, lahirnya seorang bidadari.

Lahirnya pada hari Isnin, 06/06/2011, 12.38 malam, di Hospital Barakah, Klang. Disambut oleh pakar OnG yang solehah, Dr. Siti Mariam yang amanah dan berwibawa dalam kerjayanya hingga proses bersalin kali ini tidak sederita pengalaman pertama, biiznillah jua. Jom ramai-ramai bersalin di pusat bersalin yang Islamik. berkatnya rasa lain...;)

lebih istimewa, mendapat sentuhan dan sokongan moral yang cukup berharga daripada suami tercinta. beliau setia di sisi saat diri ini bertarung nyawa, mengusap dengan kata-kata motivasi, belaian dan ciuman. ia membantu meniupkan tenaga selepas segala pergantungan diserahkan kepada ALLAH SWT. Terima-kasih cik abang sayang, really love u fillah.

sekarang suami  yang jagakan berpantang.tak sangka beliau 1000 kali  jauh lebih mahir dari mak bidan. segala pilis, paran, beliau sediakan entah dari mana. menungku, menyediakan tilam kerikil panas, mengurut, membarut, menyapu minyak, menyuap makanan, menguruskan Haura', memandikan adiknya....semuanya beliau ingin lakukan. hmm, kalau beginilah layanan abang, rasa tak sabar nak bersalin 10 kali lagi. biar  derita sesaat, nikmat seabad ;) ya Allah, saksikanlah kebaikan suamiku.

Bidadari kedua diberikan nama....
opss, tunggu hari ke-7 nanti akan diisytiharkan, mengambil berkat sunnah.
namanya bermaksud, bidadari yang menundukkan pandangan mata. cuba teka....
masih mengambil inspirasi daripada surah ar-rahman. 

terima-kasih atas doa semua.

MARHABAN BIDADARI KEDUA Reviewed by Fatimah Syarha on 12:16:00 Rating: 5 Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Kalimah apa lagi yang lebih baik berbanding Alhamdu...

33 comments:

  1. salam...tahniah alhamdulillah
    sy kawan sekolah kpd suami fatimah, dr farhan..kalo tanya dia kenal x khadijah anak pak cik husain tukang gunting kat guchil tu..hehhee..dh lama cari blog fatimah baru jumpa..suka baca novel karya fatimah...nak jadi isteri solehah jugak..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk Ha dan suami atas kelahiran bidadri yang kedua :) erm, tengah mencari2 juga nama adik Haura tu hehe...tapi pastinya depan tu AL-HAURA' juga kan? Cuma yang belakang tu masih fikir lagi ni hehe...

    * Zinnirah ke?

    ReplyDelete
  3. mabruk...smga terus bahagia:)

    ReplyDelete
  4. mabruk..m0ga bahagia hingga ke syurgaNYA kelak..amin ya rabb~

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Tahniah kak ha dan suami..
    adakah Hurrun Ain??

    ReplyDelete
  6. hurrun maqsuroh.
    bidadari yg terpelihara :)
    enak sungguh nama tu, lagi enak maknanya.
    smoga Allah memberkati bidadari ini, memberkati keluarga ini, dan ummah yg bakal lahir dr keluarga ini.
    amin ya Rabb.
    smoga saya menjadi sorg isteri solehah.
    amin ya Rabb

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah,
    bila membacanya pun terasa bahagia ^^
    tahniah kak fatimah syarha dan suami
    moga kekal bahagia hingga ke syurga~
    insyaAllah amin :)

    ReplyDelete
  8. mabruk alaiki, kak fatimah dan suami tercinta..

    semoga menjadi anak2 yg solehah dan pejuang agama pada masa akn dtg..

    mungkin nama anak akak tu mcm nama blog saya ni kot..hehe

    ReplyDelete
  9. Hural Ain...hurmm, salah.teka lagi:)

    ReplyDelete
  10. mabruk kak fatimah syarha......
    alhamdulillah wa syukurlillah...
    sy mengetahui betapa sukarnya utk melahirkan seorg khalifah meskipun sy belum melaluinya lagi...
    segalanya jelas ketika praktikal tak lama dahulu... sememgnya tak dpt digmbrka dgn kata2....
    semoga bidadari2 ini bisa terus menyebarkan Islam seantero dunia sprti umi dan abinya juga..... salam sayang dari bintun siddique :)

    ReplyDelete
  11. Ketika melalui tempoh contraction yang memakan masa berjam-jam, akak sering terbayangkan derita saudara-saudara kita di Palestin yang terkena fosforus, serpihan peluru dan sebagainya.Bayangkan fosforus yang menembusi kulit akan membakar organ dalaman dengan dahsyatnya. Bagaimana seorang kanak-kanak kecil menghadapinya? Ya Allah!!!

    Derita orang nak bersalin cuma sekejap berbanding derita orang-orang Palestin.derita mereka setiap hari dan kekurangan peralatan perubatan di sana menyebabkan ramai yang mati secara perlahan-lahan dengan penuh kesakitan.Seperti kesakitan kanser tahap akhir.

    Saat contraction itu, akak terfikir lagi, kalaulah semua manusia merasai begini sakitnya di dunia, tentu manusia tidak sanggup berbuat dosa lagi kerana sakit akhirat jauh lebih sengsara.Malah, sifatnya kekal bukan sementara.Nau'zubillah.Takutnya!

    Err, jangan pula ada muslimah yang takut nak bersalin pula lepas ni:)Nikmatilah saat-saat indah dihapuskan segala dosa ketika jihad bersalin. Dengarkan irama tangisan bayi yang kau kandung selama 9 bulan, ia sangat membahagiakan.Marhaban duhai sayang...

    ReplyDelete
  12. ermm.. mungkinkah berdasarkan ayat 56 surah Ar-rahman yang kak fatimah syarha maksudkan...?

    ReplyDelete
  13. salam.
    tahniah kak ha (boleh sy pggl mcm ni jgk kan.tgk ada org pggl akak cmni)..hehe..
    tahniah kak.moga lahirnya seorang bidadari tersebut meneladani srikandi2 pilihan Allah.(^_^)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...bijaknya adik zakiah!ni mesti rajin tadabbur makna al-quran.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..
    Mabrook kak Haura, suami dan keluarga..
    smoge klahiran bidadari kedua akn mnmbahkan kebahagiaan dlm keluarga akk...

    saya kurg pasti dgn nama anak akk yg kedua sbb dlm surah Ar-Rahman ayat 56, sya rasa ia mggunakan plural, jd saya tak tahu mcm mana nak singular kan.. dah ada 3 Haura :-) ... Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Saya tak pasti. Al-Haura' Qasirah ke?

    Lahirnya seorang bidadari yang bakal menjadi pembela ummah di masa hadapan. Didik dia akak. Itu, tu, mutiara ummat yang mesti digilap untuk dihiaskan sebagai bidadari solehah yang sering tiada di bumi. Insyaallah bidadari yang saya jangka Alhaura' Qasirah ataupun Al-Haura Tharafah itu akan diturunkan ciri-ciri muslimah sejati dari umminya :)

    Al-Haura Maqsurah dah berapa tahun?

    -semoga bahagia-

    ReplyDelete
  17. Amin atas doa semua. Al-Haura' Maqsurah sekarang 1 tahun 6 bulan.

    ReplyDelete
  18. tahniah kak dpat bidadari ke2.....amat terasa bahagia bg pihak akak sebab dapat suami sebaik dr farhan. moga kami yang bujang ni pun akan dapat suami sebaik tu,hehehe..:P

    ReplyDelete
  19. moga Dr.Farhan dapat membawa mesej kepada kaum lelaki bahawa kaum isteri bukan tempat untuk melampias nafsu semata-mata. sebaliknya tempat untuk kaum suami mencurahkan cinta, tanggung jawab dan medan pahala bagi mereka menyahut seruan al-Quran dan as-sunnah agar berbuat baik kepada isteri. Isteri pula jangan terlalu mengharapkan 'bahagia' sebaliknya ciptakanlah bahagia dengan suami seadanya. Siapapun menjadi suami kita, ciptakanlah kreativiti untuknya hingga dia berasa menjadi suami paling bertuah di dunia ini.orang yang membahagiakan orang lain insyallah lebih bahagia.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbt adikku Fatimah Syarha kasih fillah..."Semoga Allah memberkatimu dalam anak yang diberikan kepadamu,kamu pun bersyukur kepada Allah, dan dia akan mencapai dewasa,serta kamu dikurniakn kebaikannya.."amin,insyaAllah(Lihat AlAzkar:Imam An Nawawi:hal.349)...

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah...puji pujian kembali pd Allah

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam wbt. Kak Aisyah, rindu sangat-sangat padamu wahai murabbiahku. Terharu atas hadirnya akak di sini, membawa bahagia. hajat bimbinganmu berterusan.

    ReplyDelete
  23. Adikku Syarha sayang Fillah...moga Allah senantiasa merahmati dan melindungi kita dalam payungan rahmat Kasih SayangNya...moga kita tetap utuh dan kukuh berpaut di atas landasan yang benar dalam menegakkan agama Allah berdasarkan AlQuran dan AsSunnah mengikut kefahaman Salafus Soleh.amin,insyaAllah...

    ReplyDelete
  24. Kak Ha yg d'sayangi, sy minta izin share komen kak ha yg ni ea..

    "moga Dr.Farhan dapat membawa mesej kepada kaum lelaki bahawa kaum isteri bukan tempat untuk melampias nafsu semata-mata. sebaliknya tempat untuk kaum suami mencurahkan cinta, tanggung jawab dan medan pahala bagi mereka menyahut seruan al-Quran dan as-sunnah agar berbuat baik kepada isteri. Isteri pula jangan terlalu mengharapkan 'bahagia' sebaliknya ciptakanlah bahagia dengan suami seadanya. Siapapun menjadi suami kita, ciptakanlah kreativiti untuknya hingga dia berasa menjadi suami paling bertuah di dunia ini.orang yang membahagiakan orang lain insyallah lebih bahagia."

    Jazakillah khayr. Marhaban haura'. Mg kesemua cahaya mata kak ha & dr farhan menjadi mata2 rantai perjuangan para Rasul & anbiya'. Bidadari dua dunia, serikandi akhir zaman. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love you too fillah...
      silakan.sebarkan bahagia...

      Delete
  25. Assalammualaikum Ustazah Fatimah Syarha...boleh tak saya nak tahu maksud nama Syarha????

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum ustazah, soalan saya sama seperti di atas..bolehkah ustazah beri tahu apakah maksud Syarha? saya ingin sangat tahu maksudnya..trima ksih..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum ustazah, soalan saya sama seperti di atas..bolehkah ustazah beri tahu apakah maksud Syarha? saya ingin sangat tahu maksudnya..trima ksih..

    ReplyDelete