MAJLIS AKIKAH BUATMU SAYANG - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

MAJLIS AKIKAH BUATMU SAYANG

MARHABAN DUHAI


AL-QOOSIRAH THORFINA
 lahir pada 06.06.2011, Isnin, 12.35mlm, Hospital Barakah, Klang

(Bermaksud: Bidadari yang sopan menundukkan pandangan kami, inspirasi Surah Ar-Rahman, ayat 56)

Majlis akikah 'bulan purnama' kami yang baru lahir, pada hari Ahad, 12 Jun 2011, 12tghri- 4ptg di rumah baru kami, di Gombak.

Keutamaan Aqiqah Hari ke-7

Imam Ibnul Qayyim dalam kitabnya “Tuhfatul Maudud” berkata: Imam Jauhari berkata: Aqiqah ialah “Menyembelih haiwan pada hari ketujuhnya dan mencukur rambutnya.”
Imam Ahmad dan jumhur ulama berpendapat aqiqah adalah menyembelih (an-nasikah). 

Para ulama sepakat bahawa waktu aqiqah yang paling utama adalah hari ketujuh dari hari kelahirannya. Sebahagian ulama berpendapat, jika tidak mampu melaksanakannya pada hari ketujuh maka boleh pada hari ke-14, jika tidak mampu, boleh dikerjakan pada hari ke-21. Berdalil dari riwayat Thabrani dalam kitab “As-Shagir” (1/256) dengan sanadnya shahih).

Hadis Tentang Menyembelih, Memberi Nama dan Mencukur Rambut

Dari Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Semua bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih haiwan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.” [Shahih, Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Nasa’I 7/166, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81, dan lain-lainnya]

Doa Untuk Bayi Baru Lahir

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, beliau berkata,“Ketika anakku lahir, aku membawanya kepada Nabi SAW. Beliau mentahniknya dengan kurma dan beliau mendoakan keberkahan baginya.” (HR. Bukhari)

- “Tahnik” adalah ‘mengunyahkan sesuatu yang manis, seperti kurma, kemudian di letakkan di mulut bayi.'

- Bentuk doa memohon keberkatan, boleh dengan lafaz, “Allahumma barik fih (Ya Allah, berkatilah kehidupannya).”

- Dianjurkan agar yang mentahnik bayi adalah orang soleh di lingkungannya, atau datuknya atau orang tuanya.


Terima-kasih daripada Dr. Farhan Hadi, Fatimah Syarha, Al-Haura' Maqsurah dan Al-Qoosirah Thorfina.
MAJLIS AKIKAH BUATMU SAYANG Reviewed by Fatimah Syarha on 08:14:00 Rating: 5 MARHABAN DUHAI AL-QOOSIRAH THORFINA   lahir pada 06.06.2011, Isnin, 12.35mlm, Hospital Barakah, ...

13 comments:

  1. ALhamdulillah kak... :)
    tahniah...
    gembira sgt tgk keluarga akak.. smg Ana juga ada kesempatan merasa kebehagian tersebut.. :)
    mohon perkongsian sepanjang perjalanan ini...

    ReplyDelete
  2. tahniah kak...moga kedua2 mujahidah kak bakal menjadi srikandi2 deen kelak.amin..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah berjumpa jugak cara utk contact kak Fatimah Syarha

    ReplyDelete
  4. mabruk alaiki ukht fatimah.. moga anak2 k.fatimah mnjd anak yg soleh, seterusnye mnjd pynumbg kpd islam.. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. :)
    sedap namanya :)
    Semoga Kak Ha & keluarga dilindungi ALLAH selalu..aaminn :)

    ReplyDelete
  6. mabruk3 ya ukhti...smoga Allah mengurniakan barakah dan melimpahkan rahmat yg tidak putus2 utk keluarga k.ftmh syrha. Dn smoga mrk juga mnjadi serikandi yg hebat, yg trs mmperjuangkan deen Islam pd ms hdpn nnti..amin.! =)

    ReplyDelete
  7. sangat terharu dan menghargai doa semua. bidadari-bidadari kecil kami patut diterapkan dengan akhlak suka mendoakan orang lain seperti kalian semua.thank's.

    ReplyDelete
  8. Tahniah sekali lagi..
    nama yg unik:)
    ana rasa baby akak adalah org pertama yg memiliki nama itu..:)

    ReplyDelete
  9. semoga menjadi ulama muktabar yang menjadi penyambung rantai perjuangan islam yang paling unggul :)

    tahniah buat sekeluarga...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ukhti...
    mabruk atas kelahiran bidadari kedua..cantik nama 2 :) sy doakan keluarga ukhti bahagia ke syurga..

    ReplyDelete