ASAL PERKAHWINAN MUSLIM IALAH BERKAHWIN SATU - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

ASAL PERKAHWINAN MUSLIM IALAH BERKAHWIN SATU




Kata Ketua Majlis Ulama’ Sedunia Seperti Mana Pendapat Jumhur Ulama

قال الشيخ يوسف القرضاوي: "يتناول المبشرون والمستشرقون موضوع تعدد الزوجات وكأنه شعيرة من شعائر الإسلام، أو واجب من واجباته، أو على الأقل مستحب من مستحباته. وهذا ضلال أو تضليل، فالأصل الغالب في زواج المسلم: أن يتزوج الرجل بامرأة واحدة تكون سكن نفسه، وأنس قلبه، وربة بيته، وموضع سره، وبذلك ترفرف عليهما السكينة والمودة والرحمة، التي هي أركان الحياة الزوجية في نظر القرآن.[1]"
Maksudnya: Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan. Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim ialah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumah tangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran. (Markazul Mar’ah fil hayati Islamiyah, h.118).




[1] القرضاوي، مركز المرأة في الحياة الإسلامية ) بيروت: المكتب الإسلامي، ط3، 1997م(، ص 118.
ASAL PERKAHWINAN MUSLIM IALAH BERKAHWIN SATU Reviewed by Fatimah Syarha on 21:05:00 Rating: 5 Kata Ketua Majlis Ulama’ Sedunia Seperti Mana Pendapat Jumhur Ulama قال الشيخ يوسف القرضاوي: "يتناول المبشرون والمستشرقون ...

11 comments:

  1. owh...ana baru tahu...jazakAllah khairan ustazah:)

    ReplyDelete
  2. dah tahu, sama2 sebarkan fikrah bahagia ini:)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sya juga mohon nk copy artikel ini juga...

      Delete
  4. sangat-sangatlah dialu-alukan.. sebarkan bahagia..

    ReplyDelete
  5. suka yg ni!!!..huhu..betul tu~ lelaki..bernafsu je lebih..(sestghlah)...suka mcm mak ayah saya..:) ustazah mengingatkan pd mak ayah saya..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, bertuahnya Dr Sara. Terima-kasih buat ayah Dr Sara yang memuliakan isterinya dengan tidak menduakannya, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan Khadijah r.ha. Hinggakan ‘tidak dimadukan’ menjadi kelebihan dan keistimewaan Khadijah r.ha yang diperbincangkan oleh para ulama hadis dan tafsir. Pandai ayah Dr Sara menghargai insan yang telah melahirkan anak sesolehah Dr Sara untuknya, sebagaimana Rasulullah SAW tidak memadukan isterinya ketika anak-anak masih kecil.

    Terima-kasih jua buat semua ayah di dunia ini yang bersikap lembut terhadap ibu kami, menghormati hati dan perasaan ibu kami, berbincang dengannya dalam membuat sesuatu keputusan dan mewujudkan susana yang jauh dari keributan untuk kami membesar dengan aman. Kami ingin menjadi saksi kelak di hadapan Allah SWT atas kebaikan kalian, duhai para ayah yang penyayang.

    ReplyDelete
  7. assmlkm uztazah, tapi bagaimana pula seorang ayah yang kawin lebih dari satu dan telah menyebabkan anak2 nya berdendam dgn sikap ayah yg telah menduakan cinta ibunya? adakah perbuatan ayah tersebut dikira tidak menghormati hati dan perasaan si ibu tu? bagaimana untuk buat seorang anak itu tidak ada perasaan marah, dendam terhadap sikap ayahnya (ia mungkin psychology bagi anak2 yg menghadapinya)
    jazakAllah khairan ustazah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang. anggaplah hal ini suatu UJIAN. Kita tak dapat mengubah masa silam. Ia telah menjadi sebahagian takdir dalam hidup kita. Apa yang terdaya kita lakukan, ialah mengawal respon kita terhadap situasi hari ini. Hanya hari ini milik kita. esok belum tentu.

      memang payah mengubat kelukaan. Izinkan hati merasai apa yang patut ia rasa. namun, usahalah perlahan-lahan agar hati yang dendam diubat menjadi hati yang kasihan dan mendoakan orang lain.

      Apapun perbuatan ayah, dialah ayah kita di dunia dan di akhirat.selalu doakan ayah.

      Delete
    2. hmm terima kasih byk2 uztazah krn sudi bagi respon... inshaAllah cuba yang terbaik.. terima kasih sekali lagi atas nasihat uztazah... :)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete