BERNIQAB ATAU TIDAK BERNIQAB? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

BERNIQAB ATAU TIDAK BERNIQAB?

Bahagia berniqab di negeri Arab

Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak?

            Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian  yang baik. Ianya istimewa.
Tidak memakai niqab atau purdah juga suatu pakaian yang baik. Ia juga istimewa.
Selagi kedua-duanya menutup  aurat  dan dipakai dengan rasa taqwa,  pilihan untuk memakai atau tidak memakainya adalah suatu pilihan yang baik. Kedua-dua pilihan ini patut dimuliakan sebagai muslimah.
            Mana yang patut dipilih? Pakai niqab atau tidak?
            Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada cabaran fitnah individu, tuntutan budaya, tempat, tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan  merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya.
Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama dipilih, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama dipilih.
Niqab menjadi utama dipilih oleh wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. (Khususnya dalam sebuah masyarakat yang memang membudayakan niqab). Tidak berniqab pula menjadi utama dipilih oleh wanita yang menekuni fiqh dakwah pada zaman ini.
Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh  keutamannya yang tersendiri.  Sama-samalah menghormati sebuah pilihan. Kedua-duanya istimewa dan patut dimuliakan. Orang yang lebih bertaqwa itu pastinya lebih baik di sisi Allah SWT.

Antara 3 Kelompok

            Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya  berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi menulis, ada 3 kelompok besar yang berbicara tentang pakaian wanita iaitu:
1.       Kelompok yang inginkan kebebasan mutlak bagi wanita dalam berpakaian.
2.      Kelompok yang inginkan penutupan mutlak bagi wanita dalam berpakaian termasuk menutup muka dan tapak tangan.
3.      Kelompok pertengahan yang menganggap Islam tidak mewajibkan model pakaian tertentu  atau warna tertentu bagi pakaian wanita.  Adapun model dan warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan tradisi (adat) yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang mesti dikenakan ketika  keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).
Bolehnya Menampakkan Wajah

            Boleh atau tidak boleh  menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang wajar dihormati. Bagi meringkaskan perbincangan agar tidak memberatkan pembaca, berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan wajah yang menjadi pilihan penulis. Pembaca berhak mempunyai pilihan yang berbeza daripada penulis selagi mana pilihan itu berdasarkan hujah.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”
Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku  pada zaman keemasan umat ini.
Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:

Dalil  1
           
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair, Atha’,  Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu Abbas dan lain-lain.


Dalil 2

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Al-Bani  menilai hadis  ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah, meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.

Dalil 3

Pada waktu-waktu tertentu (bukan semua waktu), mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya.  Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais  bin Syimas r.a. berkata, “Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya,
“Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”
Ummu Khalad berkata,
“Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”
Jika memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.
Kalau memang penutup  wajah wajib secara  syariat, tentu  dia tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,
“Kenapa kamu solat?”

Dalil 4

Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).
Jika wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka wajah), pada asalnya adalah haram pula? 
Ulama sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?

Dalil 5

            Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya  perintah ini?

Dalil 6

            Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini.

Dalil 7

            Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan  seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?

Dalil 8

Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan  niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup  wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada  waktu-waktu tertentu sahaja.

Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat

As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya  dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
 Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
            Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.
Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat  tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan

            Wanita dan lelaki harus berkomunikasi  dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya.
            Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim,saksi dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak siapakah dia.

Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama

            Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
            Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita  yang memudahkan  wanita untuk  membentuk keperibadiannya.”
            “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya  menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

Jangan Bergaduh Soal Niqab

            Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
            “Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang  mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”

Pada Kesulitan Ada Kemudahan

            Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
            Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan.
            Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan.

Yang berniqab teruskan berniqab. Yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mengikut contoh para sahabiah. Masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.
BERNIQAB ATAU TIDAK BERNIQAB? Reviewed by Fatimah Syarha on 01:03:00 Rating: 5 Bahagia berniqab di negeri Arab Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak?             Memakai niqab atau purdah adalah suatu pak...

129 comments:

  1. moga post ni dapat memberikan penjelasan yang memuaskan hati mereka yang masih keliru dan ragu-ragu.

    ReplyDelete
  2. Wanita dan polemik pakaian bagai tak pernah berkesudahan!

    Saya bersetuju dengan Ukhtie Fatimah. Sikap saling menghormati terhadap pegangan masing-masing hendaklah diterapkan sentiasa agar Islam tetap kukuh dan tinggi di mata dunia.

    Berusaha bersama-sama pada menegakkan perkara prinsip dan saling berlapang dada pada perkara yang diperselisihkan.

    ALLAH SWT memerintahkan kita agar mempertingkat ketaatan dan berusaha melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk mencapai yang terbaik. Walaupun begitu, di akhirnya, tetap TAQWA juga yang menjadi nilai pembeza di sisi Yang Maha Esa. Firman-NYA :

    يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىَ ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

    Maksudnya : “Wahai anak Adam, sesungguhnya KAMI telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” ( Surah al A’raaf ayat 26 )

    Sesungguhnya kita semua adalah wanita akhir zaman !

    Justeru, usahlah kita terlalu keras dalam perkara yang padanya berlaku khilaf di kalangan ulama’ sendiri sehingga boleh menyukarkan dan menjauhkan orang lain dari mengamalkan syari’at-NYA terutama kepada individu-individu yang masih lemah pegangan agama mereka.

    Sebagaimana hadis Rasulullah SAW :

    (إن الدين يسر ولم يشاد الدين أحد إلا غلبه، فسددوا وقاربوا وأبشروا)

    Maksudnya : “Sesungguhnya agama itu adalah mudah, dan tidaklah seseorang itu mempersulit agama kecuali ia akan dikalahkannya ( menjadi sukar kerananya), maka berbuatlah sesuai dengan sunnah, dan dekatilah serta bergembiralah”. (Hadis riwayat al-Bukhari, 39, 6463).

    Jadilah golongan mutawassithin ( yang pertengahan ), tetapi tidaklah sampai menjadi golongan mutasahhilin ( yang mempermudah-mudahkan ).

    Sesungguhnya Islam itu sukakan kesederhanaan.

    Terima kasih ukhtie atas perkongsian. Sangat bermanfaat. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Istimewanya niqabis kerana dapat memilih siapa yang boleh melihat wajahnya, namun tidak perlu menayang gambar dan mata sebarangan supaya tiada yang terpesona dengan aura misteri itu...
    syukran ustazah! :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah atas keistimewaan niqabis itu. tuntutan fiqh dakwah buat yang bukan niqabis pula, ramai wanita muslimah di luar sana yang tercari-cari model pakaian yang ingin ditiru sebagai identiti diri. apatah lagi mereka sangat ingin mengenali dengan mata kepala tentang susuk peribadi yang solehah, bukan sekadar teori dangambaran. tiada salahnya memanfaatkan apa jua perkara harus, kreativiti dan teknologi terkini untuk menyalurkan dakwah kepada mereka. Karya kreatif, filem tarbawi, gambar, kartun, atau apa-apa jua medium perlu kita kuasai dalam pagaran syariat.siiru a'la barokatillah.

    ReplyDelete
  5. Kak Noraslina Jusin, hajat nasihat dan bimbingan akak berterusan. syukran.

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  7. isi yg amat manfaat....jelas sekali jawapannya!!..jazakillahukhairan kathira ustazah!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    Semoga menjadi mujadalah yg ihsan..

    Kata saudari: Mana lebih utama? Pakai niqab atau tidak?

    Jawapan bagi soalan ini bergantung kepada tuntutan hidup, tuntutan zaman, kemajuan segala bidang kehidupan, tingkat pendidikan wanita yang tinggi dan merata pada hampir semua wanita, perubahan umum dari diam kepada bergerak, dari duduk rumah kepada berkerja dalam pelbagai bidang, maka hukum boleh berubah sesuai dengan perubahan penyebabnya.
    Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama.

    Kataku:
    Utama @ tidak memakai niqab adalah pendapat siapa? Pengamalan agama kalaulah diukur menurut zaman dan tempat maka banyaklah amalan agama terpaksa digugurkan dan ditawaqufkan kerana tidak sesuai. SIS tentu suka dgn alasan peredaran zaman ni..
    Kata saudari : Kadang-kadang memakai niqab menjadi lebih utama, Kadang-kadang tidak memakai niqab pula menjadi lebih utama.
    Kataku: Pendapat ulamak mana ni?
    Saudari kata:
    Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain?
    Kataku:
    Benar, tiada siapa berani kata bhw dialah lebih baik drp orang lain. Tapi siapa pula yg kata bhw memakai niqab adalah ‘kurang digalakkan zaman skrg’? Bukankah ini juga bermakna bhw orang memakai purdah kurang baik berbanding yg tidak memakainya?

    Kata saudari:
    Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh keutamannya yang tersendiri. Sama-samalah menghormati sebuah pilihan.

    Kataku:
    kalau demikian mengapa saudari tidak hentikan saja polemik "purdah kurang digalakkan zaman sekarang" dan sama2 menghormati pandangan orang lain dengan menahan mulut dan mendiamkan diri dalam soal ini. Kalau tidak masakan saya membuangkan masa saya mengomen di blog saudari..

    Dalil 1:
    Saudari menaqalkan:
    “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

    Jawabku: Ayat ini bukan dalil diperintahkan menampakkan muka dan tangan. Ini untuk menunjukkan batas (hudud) dibolehkan buka. Nak bukak lebih lagi dah haram..

    Dalil 2:
    Saudari kata:
    Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
    Al-Bani menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah, meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.

    Kataku:
    Ini juga bukan dalil supaya sunat dinampakkan muka dan pergelangan tangan. Kalau boleh mengapa nabi SAW berpaling ke arah lain? Hadis ini juga tidak mengatakan Asma r.a tidak memakai purdah. Statement nabi "tidak dibolehkan menampakkan" menunjukkan batas haram membuka lebih daripada itu. Tak dinyatakan Asma memakai tudung kepala. Adakah boleh kita katakan bahawa Asma r.a tidak memakai tudung kepala ketika berhadapan nabi ?

    ReplyDelete
  9. Dalil 3:

    Mengapa tidak dinyatakan hukum hadis ini. Tidak semua hadis yang dimuatkan dalam sunan Abu Dawud semuanya sahih..



    Kata saudari:

    mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya..



    Kataku :

    Sebenarnya inilah sebuah pandangan yg aneh pernah saya dengar.Kalau ucapan drp SIS tidaklah pelik tapi kalau ucapan drp ustazah amatlah aneh. Mungkin saudari pernah mendengar hadis di bawah..

    Rasulullah SAW bersabda:



    “Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”

    - Hadith Riwayat Muslim



    Saudari kata: Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.



    Kataku:

    Pernahkah saudari mendengar? "



    عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مَرَّ عَلَى رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ وَهُوَ يَعِظُ أَخَاهُ فِى الْحَيَاءِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - دَعْهُ فَإِنَّ الْحَيَاءَ مِنَ الإِيمَانِ



    Dari Salim bin Abdullah, dari ayahnya, ia berkata, "Rasulullah SAW lewat di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya karena saudaranya pemalu. Maka Rasulullah SAW bersabda, 'Biarkan dia! Sesungguhnya malu itu sebagian dari IMAN.' HR Bukhari



    Dalil 4:

    Saudari menaqalkan:

    Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).



    Ini dalam ihram la.. Jangan nak gunakan hadis ini untuk semua tempat dan masa. Kalau begitu kenapa tidak kita masukkan sekali larangan persetubuhan bagi suami isteri dalam ihram? Barulah adil.. Kalau persetubuhan halal bagi suami isteri takkanlah dilarang ketika ihram? mmm..heran kan?



    Dalil 5:

    Memang betul purdah bukanlah wajib. Sebab itulah lelaki diperintahkan tundukkan pandangan kerana akan tetap ada orang yang lemah imannnya untuk menuruti sunnah ummu mukminin dan akan beramal dgn dalil keharusan menampakkan muka dan tangan sahaja. . Tapi kena ingat purdah adalah sunnah ummu mukminin dan solehah di zaman itu.

    ReplyDelete
  10. Dalil 6:

    Kata saudari :

    surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah.



    Sister In Islam juga sependapat dgn saudari cuma mereka memasukkan kepala sekali. Mereka gunakan ayat ini untuk menghalalkan perbuatan "free hair". Dada je kena tutup kepala tak wajib kata mereka..



    Dalil 7:

    Kata saudari: Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?





    Kataku:Memang akan ada sentiasa orang yg tidak mampu mengamalkan ajaran agama dgn sebaik2nya. Jadi janganlah gunakan ayat ini dan mengaitnya sebagai amalan ummu mukminin dan sahabiah di kala itu. Lagi pun para hamba wanita je yang tak diwajibkan pakai tudung. Ingatkan wanita berpurdah tak mampu tarik perhatian lelaki ke? Realiti,adalah sebaliknya ..wanita solehah umpama bunga yg harum yg menjadi idaman dan perhatian pandangan "kumbang2".



    Dalil 8:

    Kata saudari: Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja.



    Kataku:

    Boleh saudari nyatakan siapa yg nyatakan begitu dan siapa yang 'beberapa orang itu'?



    Kesimpulan saya:



    Kesemua hujah di atas hanya menafikan kewajipan purdah bukannya dalil" kurang digalakkan memakai purdah". Saudari seolah2 tidak berapa menggemari wanita yang memakai purdah dan timbul satu perasaan semacam terhadap mereka. Saya juga tidaklah bermaksud menafikan keharusan menampakkan wajah dan tangan. Tapi tindakan kurang senang dgn pemakaian ummu mukminin dan majoriti sahabiah adalah tidak sepatutnya berlaku kepada muslimah lebih2 lagi terhadap seorang yang bergelar ustazah.



    Mungkin saudari tak berpuas hati terhadap seorang dua pemakai purdah tapi janganlah menghukum kesemuanya. dan janganlah sunnah ummu mukminin pula menjadi mangsa. Berhati2 lah ketika berfatwa..

    ReplyDelete
  11. Ana tidaklah suka berdebat mengenangkan gentar pada ingatan Nabi.

    “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

    “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud).

    Ana lebih suka menggunakan uslub menerangkan bukan berdebat balik. Apapun, ana memandangnya dengan positif bahawa ia suatu perbincangan ilmiah.

    Bak kata pepatah Arab, ‘Kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil dapat dicapai.’Lumrah manusia berbeza pendapat. Ada yang beradab dan ada yang kurang beradab dalam menghadapi perbezaan pendapat. Tidak kurang ada yang bersikap ilmiah dan ada pula yang senang menyerang dengan bahasa menghukum, emosi dan logik. Ana meneguhkan diri bahawa langkah jihad ini tidak maju dek puji, tidak mundur dek keji tetapi akan tetap melangkah memburu janji Ilahi. Moga Allah swt yang sayangkan kita semua memelihara akhlak kita dalam perbincangan ilmiah ini.

    ReplyDelete
  12. Ana jelaskan sebagaimana berikut:

    1. Semua dalil dan hujah di atas dikutip daripada pendapat Dr.Yusuf al-Qaradhawi, yang dikumpulkan dan direkodkan oleh Dr.Amru Abdul Karim Sa'dawi dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi.

    ReplyDelete
  13. 2.Kenapa lahirnya SIS, fahaman femnisme, cabang daripada pemikiran liberal?

    Berikut ialah hasil kajian Mohammad Kamil bin Abd. Majid, Fauzi Deraman, Mohd. Asri Zainal Abidin, Admin Armas. (2006). Islam Liberal: Tafsiran Agama yang Kian Terpesong. Selangor: Karya Bestari.

    PUAK GHULU ( MELAMPAU) MENGAKIBATKAN LAHIRNYA PUAK LIBERAL
    Kesan buruk ghulu iaitu sifat melampau dan tidak mengambil yang pertengahan ini adalah, munculnya puak yang bertindak balas terhadapnya dengan cara cuba melepaskan diri daripada tanggungjawab agama. Ini kerana, mereka tersalah faham terhadap Islam, lalu menganggap Islam ini mengongkong, dan berpegang kuat dengan Islam adalah sesuatu yang membebankan dan menakutkan.
    Puak yang ghulu menyebabkan munculnya umat Islam yang fobia dengan agama dan umat Islam iaitu puak Liberal! Mereka akan cuba mentafsirkan nas-nas Islam sehingga menjadi begitu longgar dan hilang prinsipnya. Mereka seakan muak melihat sikap yang berlebihan atau ghulu itu, lalu melakukan tindak balas yang melampau terhadapnya.

    ReplyDelete
  14. 3. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika berkata begini,
    “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”

    Beliau menganjurkan wanita yang terlibat dalam gerakan dakwah agar tidak berniqab. Ini tidak menunjukkan beliau menghukum wanita tidak berniqab adalah lebih baik daripada yang berniqab kerana persoalan 'lebih baik' adalah soal siapa lebih 'bertaqwa' yang menjadi rahsia Allah SWT.

    Beliau cuma menerangkan fiqh keutamaan menurut pandangan beliau. ringkas kata, menurut beliau, dari segi zahir, tidak berniqab adalah tuntutan fiqh dakwah pada zaman ini. dari segi lebih baik pula, siapa yang lebih rasa taqwanya ketika berpakaian samada berniqab atau tidak berniqab, merekalah yang lebih baik di sisi Allah.

    Takutlah kita ketika berfatwa, wanita berniqab itulah lebih bertaqwa. Pakaiannya memang baik namun taqwanya hanya Allah lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  15. 4.Satu kaedah syarak yang disepakati oleh para alim ulama berbunyi, perubahan hukum boleh berlaku mengikut perubahan waktu dan tempat. Perbezaannya hanya pada adat perlaksanaan bukan pada syariat. Ia mengikut situasi, peristiwa dan suasana yang berbeza.

    Contohnya, sistem perhambaan adalah adat masyarakat jahiliah sebelum Islam lagi. Ketika Islam datang, Islam meraikan adat yang berlaku ini sebagaimana direkod dalam al-quran dan hadis tentang harusnya perhambaan. Oleh kerana ia hanya adat, bukan syariat, maka hukum asal harus boleh berubah menjadi samada wajib, sunnah, makruh atau haram mengikut perubahan zaman.zaman sekarang ini, hukum perhambaan atau pemerdagangan orang telah menjadi haram.

    Jadi, perlu dikaji daripada para ulama muktabar, mana adat dan mana syariat sebelum membuat kenyataan ini. "Pengamalan agama kalaulah diukur menurut zaman dan tempat maka banyaklah amalan agama terpaksa digugurkan dan ditawaqufkan kerana tidak sesuai. SIS tentu suka dgn alasan peredaran zaman ni.."

    ReplyDelete
  16. 5.Janganlah kita menisbahkan kepada orang lain apa yang tidak dikatakan olehnya.Tiada satu kenyataanpun yang ana tulis tentang diperintahkan menampakkan muka. Tajuknya besar terpampang

    Bolehnya Menampakkan Wajah. ia soal boleh atau tidak boleh.

    ReplyDelete
  17. 6.ini suatu contoh ayat menghukum

    "Saudari seolah2 tidak berapa menggemari wanita yang memakai purdah dan timbul satu perasaan semacam terhadap mereka."

    Sama-sama kita doakan agar tidak menjadi golongan yang cepat menghukum orang lain kerana ia boleh mengheret kepada fitnah. Moga Allah sayangkan kita semua.

    samada wanita itu berpurdah, tidak berpurdah atau tidak menutup aurat, atau wanita kafir, sama-samalah kita semua wahai para muslimah memandang mereka dari kaca mata dakwah. pandangan dakwah penuh kasih sayang, untuk disebarkan bahagia iaitu kemanisan Iman dan Islam.

    ReplyDelete
  18. 7. kenapa SIS tidak diharamkan saja di Malaysia? dalam satu seminar wanita yang ana hadiri di IKIM, ahli Majlis Fatwa Kebangsaan menerangkan sendiri bahawa kita lebih mengambil pendekatan mendidik bukan menghukum.
    Jika diambil sikap ilmiah yang adil, objektif dan tidak prejudis, pada kata-kata musuh pun kadang-kadang ada kebenaran dan selari dengan pendapat para ulama muktabar.oleh sebab itu,perincikan satu-satu kenapa sesuatu hujah itu ditolak dengan ilmiah, bukannya ia ditolak semata-mata kerana ia keluar dari mulut orang yang kita tidak sukai.

    ReplyDelete
  19. 8.Perlu diingatkan bahawa warisan Islam ini tidak dapat lari daripada tafsiran Ibnu Mas'ud yang bersifat syadaid (tegas) dan tafsiran Ibnu Abbas yang bersifat rokhois (toleransi, mudah, ringan). Kedua-dua mereka dalam daerah pahala.

    Rasulullah SAW memujuk:

    اذا اجتهد الحاكم واصاب فله اجران واذا اجتهد فأخطأ فله اجرا واحد
    (رواه البخارى ومسلم)

    “Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati apa yang ia ijtihadkan itu benar, maka ia mendapatkan dua pahala, sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah maka ia mendapat satu pahala sahaja.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Tafsiran para ulama pula,ada yang lebih melihat zahir nas (textual) dan ada yang lebih melihat isi tersirat di sebalik nas (kontektual).

    A'la kulli hal, terima kasih buat saudara Raja Khalid atas cetusan ini. Sama-sama berdoa, agar Allah meredhai kita semua. Ampun maaf. wassalam.

    ReplyDelete
  20. Jazakillahukhairan kerana memberi respon kepada komentar ana,

    Ana pun tak suka jidal. Tapi apabila timbul isu maka jidal dibolehkan, betul tak? Bagaimana pendapat Yusuf Al-Qardawi dalam menanggapi jidal. Sebab enti suka gunakan kaedah feqah maka ana pun cuba menanganinya dgn fekah juga.

    Menurut feqah jidal adalah harus. Bagaimana quran menyebut berkenaan jidal.
    " وجادلهم بالتي هي أحسن"

    Bagaimana kalau seseorang sedang mencari kekuatan untuk beramal memakai purdah membaca tulisan enti? Apakah faedah yg akan diperolehinya?

    Banyak perkara yg dilarang Allah tetap juga berlaku. Begitu juga berapa banyak suruhan Allah yg tdak dilaksanakan. kalau ramai wanita berpurdah adakah umat Islam akan rugi? Habis, kalau Allah wajibkan berpurdah adakah semua wanita akan mentaatinya?

    Orang yg bijak tidak akan membincangkan masalah yg sensitif ke tengah masyarakat. Tambahan pula umat Islam sedang dilanda masalah iman, ilmu dan amal.

    Rasulullah SAW pernah mengutus Abu Hurairah untuk memberikan kegembiraan kepada masyarakat bahwa barang siapa yang mengatakan "Laa ilaaha illallah" maka ia akan masuk syurga. Maka Umar khawatir kalau masyarakat memahaminya dengan pemahaman yang salah dan memisahkan antara kata-katanya dengan pelaksanaannya. Oleh karena itu Umar sempat menyuruh Abu Hurairah berhenti sejenak dan menjelaskan kepada Rasulullah SAW akan kekhawatirannya kalau-kalau manusia itu berpegang pada ucapannya saja sambil mengatakan, "BIARKAN MEREKA BERAMAL," maka Rasulullah SAW bersabda, "BIARKAN MEREKA BERAMAL" (HR. Muslim)

    Enti ialah novelis terkenal.Ucapan enti akan jadi ikutan masyarakat @ pengikut enti. Walau pun nampak agak keras komentar ana tapi sesuai dgn pengaruh enti di dalam masyarakat. Pemakai purdah akan jadi lemah dgn ulasan yg enti buat. Ini tiada faedah. Sepatutnya zaman ini kita galakkan mereka dgn keyakinan berpegang kepada agama.

    "Rasulullah sahallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah khulafaur rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu, dan hati - hatilah kamu terhadap perkara yang baru karena sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat. (HSR. Ahmad 4/126; At-Tirmidzy 2676; Al-Hakim 1/96, Al-Baghawy 1/205 no. 102)



    Ana tidak persoalkan ijtihad ulama. Sesiapa pun dibenarkan berijtihad. Enti menaqalkan pendapat ulamak kemudian mensyarahnya(menyimpulkan ) secara sendiri. Kita bukan mufti yang layak berfatwa. Ana tiada masalah dalam menerima ijtihad ulamak tersebut. Ana cuma bermasalah dengan ulasan enti sahaja. Sebagai contoh,

    1. " Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan"

    Ini ulasan enti @ ulamak?

    2. " wanita kurang digalakkan memakai purdah pada zaman ini"

    Ini pendapat ulamak @ enti?

    3. "niqab atau purdah adalah suatu adat, bukan syariat, maka hukumnya harus"

    Ini pendapat ulamak @ enti?

    No. 3 tidak didasari fakta yg benar. Enti menyebut purdah sudah diamalkan sejak zaman jahiliyah lagi. Boleh buktinya?

    Biarkan ulamak dgn tugasnya..Kita dengan tugas kita.. Pemimpin dgn tugasnya..Penulis dgn penulisannya..Jangan lebih dari itu..

    Mohon maaf.. hanya mencari redha Allah..

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  21. beristighfarlah kita daripada suka menisbahkan orang lain dengan apa yang tidak dikatakannnya. akhi rujuklah buku-buku karangan ulama dahulu sebelum tergesa-gesa merespon artikel ini. buku yang ana cadangkan ialah TAHRIRUL MAR'AH FI ASRI AR-RISALAH, karangan Abdul Halim Abu Syuqqah yang terkenal.dan buku Dr amru abdul Karim sa'dawi bertajuk wanita dalam fiqih al qhardawi.

    ReplyDelete
  22. Jazakillahu khairan ..
    saranan enti akan ana terima kerana kita sentiasa berdosa kpd Allah..

    Apabila berdakwah kita akan diuji. Tentu enti bersetuju dgn ana dalam masalah ini. Cuma , apabila ada sebarang keraguan dari pihak audiens enti kenalah jawab. Agama adalah didasari fakta yang jelas.

    Enti pula menuduh ana "menisbahkan orang lain dengan apa yang tidak dikatakannnya". ini adalah tidak benar kerana semua petikan kata2 di atas samada dari catatan ini dan AURAT WANITA (BEZA ANTARA JILBAB, KHIMAR DAN HIJAB.

    Mungkin enti dah lupa kot..

    Saranan ikhlas ana, enti hendaklah menaqalkan kesemua pendapat mereka keseluruhannya tanpa dicampur adukkan dgn ulasan enti. Kalau nak tulis juga hendaklah dinyatakan sebagai ulasan enti supaya pembaca @ peminat tidak terkeliru antara pendapat ulamak dgn enti..

    Anggaplah ana peminat blog enti yg keliru. Mohon sangat dijawab soalan2 yg pernah ana tanya enti. Bukan senang nak dakwah dan perlukan kesabaran yang tinggi lebih2 lagi apabila berhadapan pembaca macam ana..:-)

    Tanggungjawab menyampaikan ilmu adalah amat berat..

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Akhi sudah merujuk buku yang ana sebutkan? Semua persoalan akhi ada dalam buku itu. Jika ana menjawabnya, akhi mengatakan ia ulasan ana. Maka,adalah lebih baik akhi merujuknya sendiri dari sumber yang ana katakan supaya jelas apa kata ulama' berkenaan hal ini. Boleh dibeli di Jalan Masjid India. Jom wahai para muslimah semua, dekatkan diri dengan buku-buku yang dikarang oleh para ulama. Fikrah mereka sangat jernih dan menyatukan. Moga Allah memberi kejernihan faham kepada kita semua. Amin.

    ReplyDelete
  25. "ulasan enti @ ulamak?" , maaf, cuma saya terlalu banyak mendengarnya. Cuma untuk menerima sesuatu pendapat, kita perlu menggunakan dua hujah iaitu : hujah naqli dan hujah aqli :)

    *maaf kerana menyampuk :s

    ReplyDelete
  26. Sebenarnya kitab yang membicarakan keutamaaan memakai purdah begitu banyak. Kalau ana nak sebutkan di sini nescaya makin panjanglah polemik ini. Ini baru komentar ttg entry enti. Lagipun tiada faedahnya jika masing-masing pun dah ada pegangan tersendiri.

    Cuma jawab soalan yg pernah ana utarakan kepada enti. Minta tolong sangat jawab, ini dah kali ke berapa permintaan ana supaya jawab. Ana tulis semula.

    1.Bagaimana dgn isteri2 Rasulullah dan Sahababiah2,adakah mereka tidak memakai purdah?

    2.Maksud saudari wanita arab jahiliyyah sudah memakai purdah?

    3. " Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan"
    Ulamak mana yg kata ni?

    4. " wanita kurang digalakkan memakai purdah pada zaman ini".Ini pendapat siapa?

    ana dah cakap bukan senang nak dakwah..

    ReplyDelete
  27. Sama-samalah kita membaca dengan kejernihan hati dan bebas prasangka. Alhamdulillah kita sepakat pada tujuan mencari redha Allah SWT.

    Merujuk soalan akhi terdahulu.

    1." Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan"

    Ini ulasan enti @ ulamak?

    Menulis Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi tentang pendapat Al-Qaradhawi di dalam bukunya berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi, halaman 306, “Keempat: Mewajibkan para wanita pada zaman sekarang untuk mengenakan niqab, menutup wajah dan kedua tangannya, akan melahirkan banyak kesulitan.”

    Sudahkah terjawab soalan 1?


    2. " wanita kurang digalakkan memakai purdah pada zaman ini"

    Ini pendapat ulamak @ enti?

    Kenapa soalan akhi ini menisbakah ana dengan suatu kenyataan yang telah akhi ubah menjadi berbentuk umum sedangkan ana membuat kenyataan berbentuk spesifik?
    Ana menulis secara spesifik berkaitan dengan tuntutan fiqh dakwah sebagaimana yang ana faham dalam huraian buku Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi dan tidak mengumumkannya pada semua keadaan.

    Sila baca sekali lagi tulisan ana:

    Tidak berniqab pula menjadi utama dalam fiqh dakwah pada zaman ini.

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya. Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah.Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.” (Rujuk buku Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi tentang pendapat Al-Qaradhawi di dalam bukunya berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi, halaman 304 dan 305.)

    Kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang ana tulis dalam artikel ana ini belum menjawab soalan akhikah?

    3. "niqab atau purdah adalah suatu adat, bukan syariat, maka hukumnya harus"

    Ini pendapat ulamak @ enti?

    “Islam tidak mewajibkan model pakaian tertentu atau warna tertentu bagi pakaian wanita. Adapun model dan warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan tradisi (adat) yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang mesti dikenakan ketika keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).

    Menurut kaedah syarak, “Al-aslu fil asya’ al-ibahah” bermaksud asal setiap sesuatu adalah harus. Selagimana sesuatu tradisi atau adat itu tidak bertentangan dengan syarak maka ia adalah harus. Perkara harus yang bertepatan dengan sunnah boleh mendapat pahala sunnah jika diniatkan mengikut sunnah.

    Dalami tentang cara mengikut sunnah pada:
    1. manhaj (sistem) dan
    2. kaifiah (cara)nya sekali
    dalam situasi tertentu
    Dan cara mengikut sunnah dengan:
    1. (manhaj)
    2. dan ada toleransi pada kaifiah (cara)
    pada situasi yang lain.
    Contoh cara mengikut sunnah dengan (manhaj) dan ada toleransi pada kaifiah (cara) ialah, Rasulullah berkenderaan dengan unta. Kita juga berkenderaan seperti Rasulullah tapi dengan kereta.

    ReplyDelete
  28. 4. No. 3 tidak didasari fakta yg benar. Enti menyebut purdah sudah diamalkan sejak zaman jahiliyah lagi. Boleh buktinya?

    Sila baca balik tulisan ana:

    Satu kaedah syarak yang disepakati oleh para alim ulama berbunyi, perubahan hukum boleh berlaku mengikut perubahan waktu dan tempat. Perbezaannya hanya pada adat perlaksanaan bukan pada syariat. Ia mengikut situasi, peristiwa dan suasana yang berbeza.

    Contohnya, sistem perhambaan adalah adat masyarakat jahiliah sebelum Islam lagi. Ketika Islam datang, Islam meraikan adat yang berlaku ini sebagaimana direkod dalam al-quran dan hadis tentang harusnya perhambaan. Oleh kerana ia hanya adat, bukan syariat, maka hukum asal harus boleh berubah menjadi samada wajib, sunnah, makruh atau haram mengikut perubahan zaman.zaman sekarang ini, hukum perhambaan atau pemerdagangan orang telah menjadi haram.

    Jadi, perlu dikaji daripada para ulama muktabar, mana adat dan mana syariat sebelum membuat kenyataan ini. "Pengamalan agama kalaulah diukur menurut zaman dan tempat maka banyaklah amalan agama terpaksa digugurkan dan ditawaqufkan kerana tidak sesuai. SIS tentu suka dgn alasan peredaran zaman ni.."

    Akhi menisbahkan ana menyebut bahawa, “purdah sudah diamalkan sejak zaman jahiliyah lagi.”

    Boleh ana bertanya, ini kenyataan ana atau tafsiran akhi sendiri? Sila copy and paste tulisan ana yang menyebut tentang hal ini jika ada. Jika tiada, inilah yang ana maksudkan sebagai menisbahkan orang lain dengan apa yang tidak dikatakan.

    Ana memberi contoh suatu adat masyarakat jahiliah sebelum Islam iaitu perhambaan dan bukannya purdah. Ianya bagi menghurai contoh kaedah perubahan hukum boleh berlaku mengikut perubahan waktu dan tempat yang akhi nafikan kewujudannya dengan berkata:

    "Pengamalan agama kalaulah diukur menurut zaman dan tempat maka banyaklah amalan agama terpaksa digugurkan dan ditawaqufkan kerana tidak sesuai. SIS tentu suka dgn alasan peredaran zaman ni.."


    “Biarkan ulamak dgn tugasnya..Kita dengan tugas kita.. Pemimpin dgn tugasnya..Penulis dgn penulisannya..Jangan lebih dari itu..”

    Ana kurang faham dengan maksud akhi daripada kenyataan ini.
    Tugas kita semua menjadi hamba dan khalifah Allah.
    Seterusnya,
    Firman Allah SWT, “Serulah kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah, dan peringatan yang baik dan berbantahlah dengan cara yang paling baik…”(An-Nahl)
    Maka, jangan mudah terhalang dengan tugas menyeru kepada kebaikan dengan sehikmah-hikmah cara.Ia tugas kita semua.

    Sama-sama doakan kita semua agar dimuliakan Allah dengan kejernihan faham.

    ReplyDelete
  29. Izinkan pula ana bertanya beberapa soalan.

    1.Kata akhi:
    “kalau kita rasa lemah iman untuk memakai purdah,jadi tak perlulah memaksa diri sambil itu kena beristighfar kerana tidak mampu menuruti kehendak Allah.”

    Adakah akhi berpendapat purdah itu wajib?
    Jika ya, adakah akhi meraikan perbezaan pendapat yang wujud dalam hal ini tentang wajib atau tidak wajibnya purdah?
    Jika tidak, apa yang akhi maksudkan sebagai ‘kehendak Allah’?

    2.Apa yang akhi faham tentang fiqh dakwah?

    3. Kata akhi:

    “….menghormati pandangan orang lain dengan menahan mulut dan mendiamkan diri dalam soal ini.”

    Adakah cara menghormati pandangan orang lain itu dengan cara mengajak orang berjidal (debat) dengan pendapat kita?
    Adakah cara menghormati pandangan orang lain itu dengan mendiamkan diri?
    Atau…
    Adakah cara menghormati pandangan orang lain itu dengan menjelaskan wujudnya perbezaan pendapat dalam sesuatu isu, kemudian menjelaskan pilihan kita berserta sebab tanpa memaksakan sesiapapun mengikut pilihan kita itu..?

    4. Kata akhi:
    “Orang yg bijak tidak akan membincangkan masalah yg sensitif ke tengah masyarakat.”

    Penerangan tentang niqab ini lahir kerana banyaknya soalan yang diajukan kepada ana mengenainya. Ana sudah cuba sedaya upaya menjawabnya dengan meraikan adab berbeza pendapat.

    Kata akhi lagi:
    “Mohon sangat dijawab soalan2 yg pernah ana tanya enti. Bukan senang nak dakwah dan perlukan kesabaran yang tinggi lebih2 lagi apabila berhadapan pembaca macam ana..:-)”

    Apabila akhi kemudiannya berkata begini, apa sebenarnya yang akhi mahukan?
    1.Membincangkan masalah ini
    2.Atau tidak membincangkannya?

    Apa yang ana faham, Islam itu datang untuk menjelaskan setiap persoalan kecil dan besar.


    5. Kata akhi:
    “Pemakai purdah akan jadi lemah dgn ulasan yg enti buat. Ini tiada faedah. Sepatutnya zaman ini kita galakkan mereka dgn keyakinan berpegang kepada agama.”

    Adakah pemakai purdah tidak berhak mengkaji, menilai dan berfikir sendiri dari banyak sumber?

    Apakah faktor yang akan menjadikan mereka lemah daripada kenyataan ana ?sedangkan ana sangatlah memuliakan mereka.
    malah, ana juga berpurdah ketika berada di negara Arab kerana faktor iklim, geografi, suasana mempengaruhi pilihan ana.

    sama-sama bersihkan hati dalam membaca dan menjawabnya.

    ReplyDelete
  30. Hmm...rehat sebentar.
    terima-kasih buat suami dan anak-anakku sayang..
    menjawab persoalan2 dalam blog ini mengorbankan sedikit masa bersama mereka.mujurlah suami meredhai. Ya Allah, jauhi masaku banyak habis kerana 'jidal'. Jadikan semua perbincangan berlaku dengan penuh hikmah, peringatan yang baik dan mujadalah yang paling baik serta dapat mendekatkan kami semua pada-Mu.amin.

    ReplyDelete
  31. Disebabkan keterbatasan masa saya sertakan web yang boleh mengimbangi artikel saudari Fatimah.
    Sekurang-kurangnya muslimah yg kebingungan @ mencari kepastian boleh membuat pilihan mereka.

    Sepatutnya untuk memberikan penjelasan berkenaan sesuatu isu khilafiyyah kpd umum adalah lebih baik kita sertakan qaul2 yg pro dan kontra. Lepas tu bergantung kpd taqwa dan iman masing2 akan membuat pilihan sendiri mana yg lebih sesuai dgn (Isti'dad)kemampuan iman masing2.

    Untuk soalan2 saudari Fatimah akan saya jawab kemudian.
    Mohon maaf ...

    http://al-muqorrobun.blogspot.com/2010/05/dalil-dalil-yang-mewajibkan-pemakaian.html

    http://al-muqorrobun.blogspot.com/2010/05/dalil-yang-mewajibkan-purdahniqab-bhg-2.html

    ReplyDelete
  32. Ini dalil tidak mewajibkan purdah

    http://al-muqorrobun.blogspot.com/2010/06/dalil-dalil-yang-tidak-mewajibkan.html

    ReplyDelete
  33. Apabila wujud org yg suka menyusah-nyusahkan agama dan 'jidal'... Pembaca menjadi mangsa pening...

    ana suka cara Kak Fatimah hadapi hal 'jidal' ini...

    ReplyDelete
  34. ana raikan pendapat kedua2nya.. <3 senang mendengarnya.. tiada perdebatan luar biasa yang membataskan kotak fikir menjadi sempit, tapi ana lihat sebagai satu langkah perbincangan yang penting.. Alhamdulillah.. usaha dakwah yang baik dari keduanya.. mohon ilmu dihalalkan..

    ReplyDelete
  35. bagi saya yg sekarang memakai niqab..sebelum ni saya baca penerangan fatimah syarha,saya lemah semangat... Alhamdulillah sekarang saya yakin bahawa setiap apa yg nabi buat itu kejayaan... dan disitu ada kejayaan... Allah perintah isteri2nabi mesti ada sebabnya... dengan niqab hidup saya lebih tenang.. sebelum ni banyak gangguan dari pihak lelaki walaupun bertudung labuh,tp bile berniqab Allah lindungi.. dan banyak lagi kelebihannya... mmg berniqab melindungi kesucian hati lelaki dan wanita..

    ReplyDelete
  36. yang berniqab teruskan berniqab. yang tidak berniqab, jangan rasa berdosa kerana tidak berniqab. masing-masing ada peranan. masing-masing mengikut contoh para sahabiah. masing-masing mengikut sunnah secara manhajnya, menutup aurat. apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas penjelasan dan buku2 yg direkemenkan:-)

    ReplyDelete
  38. assalamua'laikum...

    walaupun ana belum BERNIQAB, ana tetap yakin bahawa BERNIQAB lebih aula bagi wanita dalam menelusuri akhir zaman yg penuh fitnah ini.

    “Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”

    - Hadith Riwayat Muslim

    ReplyDelete
  39. @Raudhatul Mardhiah: Alhamdulillah...ana juga punya cita-cita yg sama. Namun perlu diperhalusi artikel di atas berkisar fiqh dakwah..dan perkara2 yg disepakati ulama'. Mereka yg berpurdah tetap istimewa. Jagalah diri sebaiknya kerana semakin tinggi taqwa semakin tinggi ujian. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  40. Kita berhak mempunyai pendapat. Tapi kita tidak berhak memaksakan pendapat kita pada semua orang.

    Selagi mana perbezaan pendapat itu dalam batas-batas yang dibenarkan, maka lumrahnya ia akan selalu berbeza dan kedua-duanya dalam daerah pahala. Yang penting, kita semua sentiasa menjaga akhlak dalam melontarkan perbezaan pendapat dengan uslub hikmah bukan bertikam lidah dan perdebatan sengit.

    Ya, Islam kembali dagang. Islam menjadi dagang apabila manusia mengambil sistem selain sitem Allah sebagai cara hidup.

    Islam juga menjadi dagang apabila ummatnya sendiri berpecah dan bertelagah pada perkara-perkara yang Rasulullah SAW izinkan untuk berbeza pendapat mengenainya. Perbezaan pendapat dalam fiqh wujud sejak zaman Rasulullah lagi dan makin ketara pada zaman sahabat dan zaman tabiin.Perbezaan dalam batasan yang dibenarkan ini sepatutnya masih menyatukan umat Islam tapi ummat hari ini lebih suka untuk berpecah-belah dalam perkara khilaf. Dagangnya Islam.

    Ayuh, kita semua tautkan hati-hati kita.Berkasih-sayang dan bersatu demi Islam. Mantapkan tarbiyah, gempurkan dakwah.

    ReplyDelete
  41. sy pernah ada keinginan utk berpurdah tp x digalakkan oleh fmily...krna pd kbykn keadaan pd zmn skrg,berpurdah lbh mendtgkn fitnah brbnding kebaikan...ape yg sy nmpk d fb,rmai yg berpurdah tp msh ltk gmbr mereka yg kbyknnye gmbr lirikan mata dan matanya memakai celak...wlupn berpurdah,tp ttp ada pujian dr lelaki ajnabi...bkn kah pujian itu blh menimbulkan riak dan fitnah kpda mereka?juga boleh mengganggu ht lelaki berkenaan...stkt yg sy prnh dgr "sebaik2 wanita adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang"...apakah benar berpurdah adalah cara utk mengelakkan dr dipandang sdgkn byk gmbr d ltk d fb..?berpurdah bkn penentu seseorg wanita tidak memandang atau dipandang...tp kekuatan ht n ketaqwaan pd ALLAH adalah penentunya...wallahua'lam...maaf andai tersilap bicara..skdr pndpt peribadi berdsrkn pemerhatian sy sdri..

    ReplyDelete
  42. Terima-kasih kepada Cahaya Pembukaan kerana sudi berkongsi pendapat. Izinkan ana merespon sedikit.

    1. Wanita berpurdah yang menganggap menutup muka tidak wajib, harus hukumnya meletakkan gambar di fb. hukum harus boleh berubah-ubah bergantung pada niat masing-masing.Ana menghormati wanita2 berpurdah ini yang telah menghadirkan inspirasi tentang salah satu cara berpakaian yang sopan dan menyejukkan kepada ramai muslimat di luar sana yang masih mencari-cari identiti diri terutama adik-adik remaja.bagi ana ini sebahagian strategi fiqh dakwah kerana fb amat dekat dalam hidup masyarakat pada hari ini.

    ReplyDelete
  43. 2. Memakai celak adalah perhiasan diri yang harus bagi lelaki dan wanita. Hukum harus boleh berubah bergantung pada niat.Niat itu rahsia seseorang dengan Allah. Maka, kita hormatilah zahirnya yang melakukan perkara harus. Lirikan mata, berbaik sangkalah.

    ReplyDelete
  44. 3. Menjaga diri dari fitnah lelaki adalah baik. Pelbagai manifestasi boleh dilakukan untuk menjaga diri dari fitnah lelaki dan salah satunya (bukan satu-satunya) ialah dengan memakai purdah. Ia suatu pilihan yang baik.

    Apapun, menurut Yusuf al-Qaradhawi, menjaga dakwah adalah lebih utama daripada apa yang mereka berjaga-jaga kerananya.

    Bagaimana menjaga dakwah? banyak strateginya. Antara strategi fiqh dakwah pada masa ini ialah menguasai media. Kenapa? Kerana media sedang 'berhalaqah' dalam rumah-rumah hampir semua manusia pada hari ini. Maka, wanita muslimah dalam batasan harusnya, wajar berperanan dalam media juga. Bukan saja media malah di pentas politik, aktiviti kemasyarakatan dsb. (Rujuk lebih lanjut dalam buku Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah (Zaman Wahyu), karangan Abdul Halim Abu Syuqqah.

    Jika purdah menghalang penglibatannya untuk membantu dakwah ini, maka wajar disimpan dahulu pilihan mulianya berpurdah itu. Jika ada waqi' yang sesuai, bolehlah berpurdah semula.

    Apapun, perlu diingatkan, sebagai muslimah, kita muliakanlah sesama muslimah yang menutup aurat tidak kira berpurdah atau tidak. jangan sesekali kita menganggap memakai purdah itu suatu perbuatan yang berlebih-lebihan. Itu haknya yang patut diraikan dan dihormati. Biar mereka tahu, we love you fillah!

    ReplyDelete
  45. Last but not least, ana percaya, keinginan Cahaya Pembukaan untuk berpurdah suatu ketika dahulu menggambarkan dia seseorang yang suka mempunyai keinginan-keinginan yang baik.Wallahua'lam. Jom baik sangka sesama kita kaum muslimah. Mari sama-sama saling membela dan menghormati.

    ReplyDelete
  46. syukran kak fatimah syarha krna menyedarkan sy utk brbaik sgka...sesungguhnya sy msh dlm proses utk memperbaiki dri...trlalu byk prkra yg harus di jaga n trnyta persoaln ht plg ssh nk jaga...jth bgn dlm usaha mendekatkn dri kpda ALLAH sntiasa ada...

    ReplyDelete
  47. setelah pelbagai ujian yg dtg,sy sedar bermujahadah trhdp sgla prkara negatif yg ada pd dri sdri sgt2 la skt...namun,sy yakin kemanisannya akn terasa jua nti..trus trg sy katakan,sy slalu trfkir bhwa x mgkin sy akn smpai kpda tahap kak fatimah syarha skrg...truskan prjuangan kak...!

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum wbt.

    Saya menasihati diri ini dan kita semua agar beradab dalam berbeza pendapat.

    Akh Raja Khalid, ana hairan dengan cara saudara berjidal, saudara menyerang Kak Fatimah seolah-olah beliau sedang menghalalkan perkara yang telah ijma' haram.

    Sedangkan khilaf wajah aurat atau tidak, telah muncul sejak zaman sahabi.

    Kita sepatut belajar untuk diskusi ilmu secara tawadhu' dan tenang.

    ReplyDelete
  49. raja khalid cuma nak ckp bahawa x perlu lah nak memandai2 menentukan ada masa aula n ada masa x aula... sebab jumhur ulama syafiiyah n hanabilah berpendapat niqab is a mandatory... so, kalau mcm 2, there is no choice bg diorg selain tutup muka... tu ja

    ReplyDelete
  50. Alangkah indanya akhlak para ulama' muktabar yang selalu menghormati perbezaan. moga kita semua dapat mencontohi mereka.

    ReplyDelete
  51. “Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” Hadith Riwayat Muslim

    xboleh seseorg bpurdah mnegur yg xbpurdah dan bgitu jg sbaliknya.

    artikel ilmiah yg baik utk pdpt, soal khilaf xprlu dperbesarkan.

    allahua'lam

    ReplyDelete
  52. Saya suka meraikan pendapat orang lain. Jujurnya, perbezaan pendapat itu indah apabila kita berjaya menghormati mereka yang berbeza pandangan tersebut.

    ReplyDelete
  53. salam akak, apa pendapat akak(islam)seandainya seorang muslimah itu berhasrat untuk berniqab setelah beliau berkahwin? di samping beliau juga ingn berjuang sebagai seorang da'ie? mohon perkongsian
    ~~~la haula wala quwwata illa billah~~~

    ReplyDelete
  54. waalaikumussalam wbt. Tiada masalah samada ingin berniqab atau tidak berniqab. Boleh berbincang dengan suami atau pimpinan jemaah yang disertai.

    Kondisi setiap orang berbeza-beza. Apa yang Dr. Yusuf al-Qaradhawi katakan ini cuma suatu pendapat setelah beliau meneliti fiqh waqi' dengan ilmu beliau, ia bukannya wahyu. Maka,MINTALAH FATWA DARI HATIMU...MESKIPUN ORANG MEMBERI FATWA KEPADAMU, sebagaimana pesan Nabi dalam hadis riwayat Ahmad. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  55. Salam alaik..

    Ana bersetuju soal yang mahu berniqob pakai, yang tidak pula usah dipaksa dan usah bertelingkah dalam perkara khilaf..Tentang yang berniqob dan mempamerkan gambar di khalayak juga satu masalah sekarang bagi golongan berniqob..Cuma niqob tidak pernah akan menjadi satu penghalang, lebih-lebih lagi soal dakwah..Sekadar pendapat..

    ReplyDelete
  56. Salam

    Saya bersetuju dgn pandgn kak fatimah syarha ttg topik ini..ttg yg bergaduh pasal perlu x pakai niqab.Ni benda baru saya sbagai orng awam baru dgr..Pelik..ada juga yang bergaduh ttg hal niqab..tudung labuh without niqab VS tudung labuh with niqab'..oh macm agak rugi la kalu berbalah..kalau berbalah utk benar2 cari redha n sedia lapang dada,xpe la..tapi bape ramai yng mampu..(saya sendiri kadg2 jd luar kawaln kalu berdebt)..

    Apa yang saya lihat sebagai orng awam dlm isu niqab ni kita cuba jadi manusia yng 'nonjudgemental'la..kalau ulama' dah bahas kate boleh samaada nk pakai niqab or x..silakan la sape2 nak pakai pun niqab n sape2pn x nk..jgn la orng yng pakai niqab rasa diri lebih bek dari orng yng x paki niqab dan orng yang x pakai niqab lebih baik komunikasi dari yg pakai niqab..ni da ujub da..lagi bahaya utk 'kesihatan' iman..

    Pendapat saya sbagia orng awam,Seharusnya kita memndang orng yang pakai niqab juga boleh berinteraksi dan bekerja dgn baik dam hal2 dakwah begitu juga dgn yang tidak memakai niqab juga harus dilihat mereka juga telah menepati 'basic' syariat yang insyaAllah jika kedua2nya ikhlas,maka diredhai Allah swt..dari kita sibuk bahas wat orng macam saya makin pening,baik kita bincng bagaimana nak pertingkatkan komunikasi dakwah kedua2 golongn(niqb& without niqb) dan juga mutu amal kedua-dua golongn...Wallahulam

    ReplyDelete
  57. Waalaikumussalam wbt. Terima-kasih saudara Hafiz atas pandangan bernas. Akak berpandangan maksud Dr. Yusuf al-Qaradhawi terhadap 'penghalang komunikasi' itu dalam konteks yang luas, bukan konteks yang sempit.

    Secara jelasnya,dunia hari ini dikuasai oleh kuasa kuffar. Penangannya sampai ke semua negara-negara Islam di dunia. Banyak tekanan. Banyak kekangan. Wanita berniqab yang rata-ratanya baik, solehah dan berkualiti terhalang daripada banyak perkara seperti menguasai media, menjawat jawatan-jawatan penting dan sebagainya. Sedangkan, semua perkara itu adalah aset komunikasi dakwah yang penting dalam realiti hari ini.

    Maka, rasionalnya pendapat al-Qaradhawi ini sebagaimana rasionalnya kebanyakan ustaz-ustaz kita terpaksa korbankan kecintaannya untuk memakai kopiah, serban dan seumpamanya untuk mencelah masuk ke dalam media dan sebagainya. Itu strategi agar dakwah terus dapat tersebar. Kecintaan masyarakat kepada agama semakin melata.

    ReplyDelete
  58. Terima kasih atas respon dan penjelasan kak fatimah ttg 'penghalang komunikasi' tu..alhamdulillah dapat mencerahkan kefahaman saya ttg isu ini..terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  59. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini,,

    ReplyDelete
  60. saya berniqob dan telah di perhalusi dari pelbagai segi...

    alhamdulillah setakat ini, saya tidak pernah memaksa mereka yg berniqob untuk berniqob...

    tetapi keadaan selalu menjadi sebaliknya apabila kami di paksa...

    saya setuju dengan pendapat keduanya... sejujurnya.. lebih baik kita meraikan pendapat masing2...

    khilaf itu adalah rahmat..

    jiwa saya tenang dengan niqob .. dengan pemakaian saja ianya juga satu bentuk dakwah..


    saya kongsikan disini, kisah saya,
    saya seorang physiotherapist.. kesukaran untuk mencari perkerjaan di Malaysia pada awalnya agak mengamit hati saya.. padahal pada masa itu sy belum berniqob, hanya bertudung labuh dari dada...

    penolakkan dari pelbagai hospital dan syarikat...

    akhirnya , saya di "offer" untuk bekerja di sebuah international school di kuala lumpur , yang owner nya.. serta pekerja2 nya Non Muslim ... kecuali cleaner yang ada di situ...


    SubhanAllah.. maha kuasa Allah.. saya di tolak satu-satu dari company2 muslim...

    tetapi diterima oleh compony Non Muslim... saya tidak perlu menanggalkan niqob saya .. malahan saya di benarkan untuk mengajar Al-Quran dan fardhu ain kepada sesiapa yang mahu selepas waktu sekolah di dalam class .


    Untuk makluman , pelajar sekolah saya dari serata dunia... dan beberapa parent dary egypt , meminta saya untuk mengajar anak mereka Al-Quran sedari anak mereka berusia 6 bulan...


    Alhamdulillah, selama saya ada di sana...

    4 keluarga telah convert to Islam ,

    mereka datang dari : uk , us , new zealand dan australia ..

    dan mereka juga mengambil langkah drastik dengan memakai niqob ( ini agak mengejutkan saya kerana mereka banyak membaca .. dan begitu yakin dengan segala yg mereka lakukan .. saya hanya bantu sedikit2 )



    Alhamdulillah ....

    selain itu , murid saya dari Japan ... ada yang memang beragama islam.. dan ibu nya juga memakai niqob ... ( pertama kali sy mengetahui bahawa wujudnya muslim di japan sekian lama dari dahulu )



    perkara begini... rasanya tidak pernah menghalang saya untuk mendekatu parent student saya.....mereka langsung tidak "pelik" atau memandang remeh kepada saya kerana pemakaian saya...

    dan mereka sgt menghormati saya..

    contohnya jika mereka adakan jamuan dan etc.. mereka akan surfing.. apa makanan yg muslim makan... bagaimana cara nya... sampai ada yg tempah semata2 untuk saya yg muslim...


    i'm proud to be muslimah in this world.. and i'm happy with this sunnah Alhamdulillah....


    tapi saya setuju dengan kak fatimah...

    sama ada pakai / tidak pakai.. tak perlu untuk memaksa satu sama lain...

    dan pakaian terbaik adalah pakaian taqwa...

    makanya walau apa pun pakaian anda sekalipun... ianya menutup aurat.. sama ada berniqob @ tidak... tawadhuk.... dan janganlah merasa riak @ ujub .. atau kite lebih ...

    sedangkan nasib kita pun tidak tahu akhirnya...

    beramal.. dan berusia setiap saat untun menjadi lebih balik dan baik dalam mencari keredhaan Illahi .....


    Husnuzon =)

    ReplyDelete
  61. Subhanallah! Pengalaman yang sungguh hebat. Jazakillah sudi berkongsi di sini.

    ReplyDelete
  62. SubhanAllah.. saya yg patut ucapkan Jazakillah khairan kepada Kak Fatimah.. kupasan akak sungguh menarik...

    Sebagai niqobi.. saya tidak merasakan penulisan akak ini akan mempengaruhi pertimbangan muslimah lain untuk berniqob...

    Rasanya .. better kita kaji dalam2 dari pelbagai aspek... berilmu dan beramal ...

    Syukran yer kak fatimah ..

    ReplyDelete
  63. errr.. error bg ayat diatas :

    Sebagai niqobi.. saya tidak merasakan penulisan akak ini akan mempengaruhi pertimbangan "penolakkan" muslimah lain untuk berniqob...

    ReplyDelete
  64. berbincanagn yang berbau wahabi.
    dalam fahami hadith lihat apa ulamk syarah tentang hadith2 tersebut.dan kna lihat apa yang sahabat nabi lakukan.

    Dalil yang mngatakan perlunya menutup muka, Ahzab 59 boleh lihat tafsir Ibn kathir. setelah trun ayat ini wanita knakan pakyan hitam sehinga nampak seoalh ada sarang burung atas kepala mereka yang mana mereka gunakan untuk menutup muka.

    dalam Bukhari bila turun An-Nur ayat ke 31 sayadatina Aisyah beritahu
    moga Allah merahmati wanita2 muhajirin yang mana bila turun ayat ini merka ambli kain potong dan gunakan untuk ttp wajah mereka.

    Hadith Asma Daif. x boleh kemukakan hujjah gunakan Hadith yang daif yang bercanggah dengan hadith Soheh. dan ada ulamak ertikan hadith ini di depan Abg Ipar boleh buka wajah. Asama adalah sadara permpuan Aisyah yang mana beliau njadi ipr bagi Nabi s.a.w

    Hadith yg wanita dtg dengan keadaan wajah bila anaknya Syahid maka. itu mnjukan kekaguman wanita tersebut mngamalkan agama. bukan sprti dakwaan kamu.

    x di nafikan ada pndapat mngatakan kecuali yang nampak darinya bererti muka dan tapak tangan. ada juga pndapat di cn yang di maksudkan perhiasan adalah Baju rumah yang nampak melaui pakyan luar jilbab.

    Bila lihat pula hukum Fiqh. maka Jumhur mngatakan Muka itu termasuk Aurat termasuk Mazhab syafie yang beda mazhab hanafi. x di nafikan ada pndapat dalm sayfie sndir mngatakan muka bukan aurat tetapi muka perlu di ttb bagi ealak fitnah. pndapat hanafi muka dan tpk tagan perlu di ttb bagi ealak fitanh.

    Fitanh wanita mmng cenderung timbulkan fitnah. sbb itu setiap pndapat yang mngatakan muka bukan aurat ada skli kana tutub bagi elak fitnah.

    cn berlaku salah faham. ramai ingat tmbulkan fitnah ini wanita yang terlalu cantik, persoalan apa kayu ukr untuk naka tau wanita itu cantik atau tidak?

    wanitu itu mmg akan timbulkan fitnah. maka wajib ke atas semua wanita ttp bagi penadapt semua ulamak salafusolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mengundi dah dekat. Mari kita mengundi fikrah ini dahulu...

      Antara 2 golongan ini, manakah yang lebih menyatukan ummah?

      A) Golongan yang melabel orang yang tidak sependapat dengannya dengan label-label tertentu seperti wahabi dan sebagainya.

      B) Golongan yang menghormati pendapat yang sama dan tidak sama dengannya. Meraikan bahawa kedua-duanya ada hujah. Menganggap kedua-duannya dalam daerah pahala samada 1 atau 2 pahala sepertimana hadis Nabi, riwayat Bukhari, "Jika berijtihad seseorang hakim, kalau betul 2 pahala, kalau salah 1 pahala."

      Saya undi B. dan saya akan bawa fikrah adab berbeza pendapat ini ke dalam masyarakat. Inilah antara keindahan dan keunikan fiqh Islam, ada 2 benda berbeza yang berada dalam daerah pahala dalam satu masa!

      Delete
  65. Agama datang asaing kemabli asing. maka untunglah orang yang asing. mksd Hadith.

    saya katakan wahabi sbb ambli rjukan2 Ulamk2 wahabi yusuf Qardawi dan Albani.

    satu cara Hujjah yang mana tafsirkan Hadith dengan pandangan sendiri. tampa mngambil kira pandangan yang ada apa ulamak salaf. dalam ambli pndapat untuk di bincangankan hanya mgemukakan Hujjah yang mngatakan x perlu pakai. sedang Hujjah2 yang wajibkan langsung tidak di kemukakan. sepatunya hormat pndangan yang telah ada. hadith2 tentang kewajiban pemakayan niqab langusng x di kemukakan. Jadi berat sebelah. saudari nak pakai Niqab itu antar saudari dan Allah. tapi artikal di atas seolah2 suruh org yang dah pakai tanggal kan niqab.

    sedang tajuk Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak? orang yang memakai niqab lebih utama. sbb amalkan amalan yang ada pada Isteri2 nabi. sbb amal dengan ayat Quran Ahzab 59. sbb amalkan amalan yg mnjadi amalan penduduk Madinah pada zaman Nabi. JIka niqab itu snnatpun maka org yang istiqamah dalam amalkan sunnah itu lebih utama dari org yang x amalakn amalan sunnah bukan sahaja x amal menghalang satu amalan agama.

    yang paling hairankan Negara Arab saudipun kluarkan Fatwa Wajibkan menutup muka. pndabat2 ulamak2 wahabi yang fatwakan Wajib x ambil pulak.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua boleh menilai...

      Mana lebih membawa kita kepada penyatuan ummah?

      1) memaksakan semua orang mengikut pendapat kita?
      atau
      2) menyatakan pendapat kita, tidak memaksakan sesiapa mengikut pendapat kita malah meraikan pendapat yang berbeza dengan kita?
      :)

      Delete
    2. Prof. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah Ketua Majlis ulama sedunia tika ini, global mufti.
      Tak salah kan saya merujuk pendapat beliau? sebab saya 1000000 kali lebih jahil jika nak dibandingkan dengan keluasan ilmu beliau.

      Saya ingin memelihara diri saya daripada melabel-label sesiapa sebagai wahabi dan sebagainya. Lebih baik tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum orang.

      Beliau lahir daripada tarbiyah ikhawanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan al-Banna. Tiada pula gerakan ini mendakwa mereka ini wahabi. min aina laka hadza?

      Delete
    3. Ya, Islam kembali dagang. Islam menjadi dagang apabila manusia mengambil sistem selain sistem Allah sebagai cara hidup.

      Islam juga menjadi dagang apabila ummatnya sendiri berpecah dan bertelagah pada perkara-perkara yang Rasulullah SAW izinkan untuk berbeza pendapat mengenainya.

      Perbezaan pendapat dalam fiqh wujud sejak zaman Rasulullah lagi dan makin ketara pada zaman sahabat dan zaman tabiin.Perbezaan dalam batasan yang dibenarkan ini sepatutnya masih menyatukan umat Islam tapi ummat hari ini lebih suka untuk berpecah-belah dalam perkara khilaf. Dagangnya Islam.

      Ayuh, kita semua tautkan hati-hati kita.Berkasih-sayang dan bersatu demi Islam. Mantapkan tarbiyah, gempurkan dakwah.

      Delete
  66. klu macam 2.. org x solat x yahlah yea nak tegor sbb nk kesatuan Ummat.? majaroti x solat amacam?? saudari pun x utamakan perbezan pendapat?

    ini pukan paksa nasihat. ramai wanita2 tertnya2 nak Niqab atau x nak di luar sana. tp apa yang saudari buat. seolah knyataan x yah la nak niqab buat apa nak niqab? sedang niqab ni adalah amalan semua wanita Ahlul Madinah. (bleh rujuk Saoheh Bukhary bab tafsir bagi surah Ah-Nur) dan dalam taubat 100 Allah jamin syurga bagi siapa yang ikot Muhajirin dan ansar. sedang ada hadith dari Asma ketika haji pun mereka ttp wajah mereka ketika ada lelaki ajnabi lalu di depan mereka muawatta imam Malik. ada hadith mngaatakan Aisyah r.a tawaf dalam kedaaan berniqab. ini ketika Haji... waktu lain.?

    mana datag perintah ini?

    adakah ia amalan jahiliayah? seperti dakwaan setengan pihak?

    Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

    bila lihat pada tfsir ibn kathir.

    tafsir:
    Allah Ta`ala menyuruh Rasulullah agar dia menyuruh wanita-wanita mukimin,terutama istri-istri dan anak-anak perempuan beliau karena keterpandangan mereka,agar mengulurkan jilbab keseluruh tubuh mereka.Sebab cara berpakaian demikian membedakan mereka dari kaum jahiliah dan budak-budak perempuan.Jilbab berarti selendang yang lebih lebar daripada kerudung.Demikianlah menurut Ibnu mas`ud,Ubaidah,Qatadah,dan sebagainya.Kalau sekarang,jilbab itu seperti kain panjang.Al-Jauhari berkata,"Jilbab ialah kain yang dapat di lipatkan."

    Ali Bin Abi Thalhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas,dia berkata,"Allah menuyruh kaum wanita mukmin,jika mereka hendak keluar rumah untuk suatu kepentingan,agar menutup wajah mereka mulai dari atas kepala dengan jilbab.Yang boleh tampak hanyalah kedua matanya saja."
    Muhammad Bin Sirrin berkata,"Aku bertanya kepada Ubaidah as Salmani mengenai firman Allah,"hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuhnya.dia berkata"yaitu menutup wajah,kepala dan hanya boleh menampakkan mata kirinya".
    Ikrimah berkata,"Berarti wanita harus menutup lehernya dengan jilbab yang dilipatkan kedadanya."


    Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Ummu salamah,dia berkata,"Setelah ayat di atas turun,maka kaum wanita anshar keluar rumah dan seolah-olah di kepala mereka terdapat sarang burung gagak.Merekapun mengenakan baju hitam."

    Az-Zuhri ditanya tentang anak perempuan yang masih kecil.beliau menjawab,"Anak yang demikian cukup mengenakan kerudung,bukan jilbab".

    Firman Allah Ta`ala,"Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal,karena itu mereka tidak di ganggu."Mujahid menafsirkan,"Jika mereka mengenakan jilbab,maka diketahuilah bahwa mereka merupakan wanita-wanita merdeka sehingga tidak diganggu oleh orang fasik dengan sesuatu gangguan atau ejekan."

    Firman Allah Ta`ala,"Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."Maha Pengampun atas perbuatan yang dilakukan pada masa jahiliah,pada saat mereka belum mengenakan jilbab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cetusan saudara ini penting diambil perhatian oleh semua pendakwah, betapa banyak lagi masalah 'FAHAM' yang belum selesai dalam minda masyarakat.

      1.Mengerjakan solat adalah isu yang disepakati, bukan isu khilaf. Wajib kita berusaha keras memastikan semua orang Islam mengerjakannya. Berikan kefahaman dengan hikmah. Buat kreativiti dakwah. Orang akan rasa lebih seronok dengan solat.

      2. Wanita yang ingin berniqab dan tidak ingin berniqab, ini isu khilaf. Setiap pilihan adalah baik, mulia, menutup aurat dan wajar dihormati.

      3. Jika kita rasa kita ada hujah, kita nak hormat orang lain pun ada hujahnya. Inilah tabiat perkara khilaf.

      4. Wanita yang ingin berniqab atau tidak, mereka mempunyai akal dan kematangan untuk mengkaji dari banyak segi.Izinkan mereka membuat pilihan dalam perkara yang dibenarkan kita berbeza. Islam akan jadi susah jika kita mahukan mereka hanya mengikut pilihan kita. islam juga akan jadi susah apabila kita mengharapkan semua ulama seia-sekata sahaja dalam perkara yang tabiatnya selama-lamanya akan berbeza.

      Delete
  67. tafsir ibn kathir.

    dan paling penting dalam perbezaan pndapat ada yang kata wajib atau sunnat tapi apa yang saudari nak sampaikan seolah2 xde nilai dalam kenakan niqab.

    mentang2 ada ramai pmbaca..

    Boleh cari akidah dia dia sendiri nyatakan. saya buka tuduh. aik Al Bani x komen pulak. ramai pulak wahabi x nak mngaku wahabi pun ada takiyah apa?
    jadi pendpat Syiah pun akan di pakai juga la yea? sbb dia ulamak??

    so amiklah Fatwa yusuf Qardawi lelaki boleh salam dengan wanita. ada bnyak lagi fatwah yusuf Qardawi yang contarversy. bukan nak kecilkan Ulamak. Al Bani pun fatwakan wajib wanita memakai Niqab.

    ramai pendokongn Ikhawanul Muslimin wahabi berselindung. kat malysia pun org2 tertinggi Dalam pas berfahaman wahabi.

    Islam jadi asing sbb amalan yang ada pada permulana Islam dikatakan bukan amalan Islam. Janggut Niqab kopiyah dan sebagainya dengan mngatakan ia semua halang dari berdakwah. yg mana sudah bertahun2 semua org kafir atau islam melihatnya sebagai perkara yang jadi identiti Islam.

    muncul golongan yg mutakhir ini mngatakan ini bukan amalan islam... dan kelirukan Ummat. Ajak org pada agama bukan sesuatu yang bercanggah dengan kasih sayang ayah pun kdg rotan anak sbb benci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syeikh Al-Bani....meskipun ada beberapa pendapat beliau yang kita tidak berkenan, kita tidak boleh melupakan lautan jasanya dalam ilmu hadis.

      Ramai pimpinan PAS Wahabi? Lebih baik kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum. Apa yang akhi FAHAM tentang Wahabi?

      Fatwa Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkenaan boleh salam dengan wanita suatu isu khilaf. Boleh diterima dan ditolak. Kedua-duanya dalam daerah pahala.Elok kita berbaik sangka dahulu dengan keluasan ilmu ulama barulah senang menghadam ilmu.

      Jika diperhalusi, syeikh menyatakan dengan syarat tiada hasrat seksual dan sebatas urusan. Ia tentang batas minima berdasarkan ilmu beliau. Dari segi pelaksanaannya, beliau memilih taqwa. Beliau menyatakan, "Saya sarankan kepada lelaki dan perempuan yang beragama agar tidak memulakan berjabat tangan." (Rujuk Wanita dalam Fiqah al-Qaradhawi).

      Janggut, niqab dan kopiyah adalah sesuatu yang baik. Ada orang yang ingin tetap dengannya, itu pilihannya dan ia suatu pilihan yang baik.

      Janggut, niqab dan kopiah...Ada orang yang tidak memilihnya, ia suatu pilihan yang baik juga selagi dia juga ada hujah.
      Apa hujahnya?

      Dia mengikut sunnah dari sudut manhaj (kena tutup aurat) dan bertoleransi pada perkara kaifiah (perlaksanaan). Contohnya, mengikut sunnah Rasul dengan berkenderaan ketika musafir, tapi dari sudut perlaksanaan dia memilih kereta berbanding unta. Inilah fleksibelnya fiqh al-islamiyy.

      Jika kita rajin membuka buku-buku karangan ulama muktabar kontemporari, dimensi kefahaman kita terhadap fiqah dan khilafnya insya-Allah akan menjadi bertambah luas. JOM!

      Delete
  68. beberapa Contoh ucapan pemimpin. Pas. Allah itu duduk atas arash.
    ada yg mngomen Akidah Asaary dan membahas sifat 20.(xde knyataan dari mulut tetapi percakap lebih kepada Wahabi dari segi Akidah)

    Anehnya Khliaf dalam perkara itu x ujud di kalangan ulamak salaf. ataupun ulamak Mujtahid mazahab yg 4.. jadi saudari pun akan salam dengan ajnabi?? nmpk sedikit ketaksuban. dalam perkara Khilaf saya akan pilih pndapat Ulamak salafusolah yang lihat kehidupan sahabat. dari ulamak2 yang mngenal sahabat nabi hnya dari tulisan yang di tinggalkan...

    Anehnya hukum Agama boleh berubah?? mngikut peredaran masa? atau keadan semasa. sbb itu ujud benerapa fatwa yang aneh. jadi pada zaman ini kerana x nak bagi islam di lihat janggal oleh org2 barat maka perkara yang nabi larang pun di bolehkan?? sbb x sesui dgn zaman ini?

    dalam hal kenderan nabi pakai unta sama2 knderan. dalam hal kopiyah apa yg nabi pakai dengan ada skrg mungkin berubah dari segi bntuk.tapi anehnya kopiayh yang nabi pakai trs di tinggalkn dngan alasan x lagi sesuai. klu hanya perlu ttp aurat lelaki semua x yahlah nak pakai baju? jika semua amal itu sunnat sahaj boelh sahaja di tinggalakan maka knapa dalam wudhu nak basuh pergelangan tngan kumuh dan sbagainya tinggalkanlah yg wajibkan Basuh muka msh tgn rmpt dan kaki sahaja? mungkin jga saudari lakukan. x hairanpun jika di lakukan.


    dan amalkan nya mnjadi sunnat mngikut semua ulamak slafusolah. tp amalan agama ini pada hari ini pada pndangan sestngan org perkara yang x ada faedah. Janggut yg Nabi bagi tahu Fitrah Islam jadi perkara yg harus berjangut pun xde apa janggut pun xde apa. (sedang pndapat dalam 4 mazhab semua katakan wajib hnya ada satu pndapat dalam safie itupun pndangan lemah kata sunnat berjanggut). Al-Bani pun cakap Wajib ibn taymiyah pun cakap Wajib Muhammad bin Abd wahhab pun ckp wajib. tp anehnya hnya kerana ada satu ulamak kata inya harus lebih baik x berjanggut mudah berdakwah maka anda akan pegang dngan pndapat itu (taksub)

    jadinya x lama masa yg nabi kata Agama kmbali Asing. suda ada dpn mata. bila ada lelaki memlihara janggut atau wanita memakai niqab maka akan dilihat knpa di org susahkan diri amalkan perkara yg x dpat pahala mngikut ketepan sesetngh pihak.

    "Ikotlah Sunnah aku dan khulafah Ar-Rashidin aku" hadith
    "sesunguhnya kurun yang terbaik adalah kurun aku"
    "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besa" taubah ayat seratus.

    “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku telah reda bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (QS. Al–Maidah: 3)

    Contoh yang terbaik ada pada Nabi Sahabat Tabien dan taba tabien. glongn ini bila dengar mereka terus beramal. mereka lihat apa yg nabi buat trs mereka buat mereka tau apa yg nabi suka trs mereka buat.

    Nabi benci org yg cukur Janggut. boleh rujuk Fiqhus sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu-isu yang akhi timbulkan di atas kebanyakannya isu khilaf. Terlalu panjang jika ana huraikan di sini satu-persatu. Isu yang mana kedua-dua pihak mempunyai hujah yang mungkin saling bertentangan tapi hakikatnya kedua-dua pihak dalam kebaikan dan pahala.

      Rujuklah pendapat kedua-dua pihak dengan sudut pandang positif kepada niat mereka masing-masing dan temui keajaiban rasa berbeza dalam naungan rasa mahabbah.

      Bukankah fikrah adab perbezaan pendapat ini lebih membahagiakan?

      Sesiapa yang belum membaca hebatnya buku Risalah Taalim, Hassan al-Banna, syarah usul 20 mungkin akan berterus-terusan tersepit dalam masalah ini. Masalah-masalah yang sepatutnya tidak memecahkan ummah tapi ummah menjadi berpecah sebab gagal memahaminya secara luas.

      Ana rasa akhi akan lebih bahagia jika akhi merujuk sendiri buku tentang manhaj-manhaj ulama yang akhi sebutkan. Akhi akan nampak sendiri betapa mereka jauh lebih beradab dengan golongan salafussoleh. berbanding kita semua.

      Delete
    2. Jika akhi memilih sebagai pendapat yang kuat untuk tetap berserban atau berkopiah, tiada masalah. Pilihlah. Perkara harus ini boleh bertukar menjadi sunnah jika diniatkan mengikut sunnah. Akhi akan dapat pahala dan akhi akan dapat kebaikan, insya-Allah.

      Tapi jangan dilupa juga pada sunnah yang jauh lebih besar....
      Iaitu sunnah bersatu menegakkan khilafah Islam, sunnah dakwah dan tarbiah, sunnah beradab dan berakhlak mulia sesama saudara se-Islam, sunnah berbaik sangka, sunnah tidak berpecah belah, sunnah berhikmah dan sebagainya...

      Kadangkala, untuk mencapai perkara besar, kita dibolehkan bertoleransi dalam perkara kecil sebagai strategi, selagi ianya masih dalam batasan syarak dan berlegar sebagai perkara khulaf, bukan perkara yang disepakati.

      Delete
  69. x smstinya sy kna tepikan pendapat umalak salaf hnya krana ulamak yg keluarkan fatwa bertentangan hormat mereka?

    nmpaknya pndakwah yang kenakan balzer dan cukur janggut kurang dapat sambutan dari pendakwah yang memilih penampilan Rasulullah.

    org akan jadi jauh dari agama jika pnmpilan kita mcm Ahli agama? ini pendapat saudari. sendri. Allah perintahkan nabi untuk tidak tru apa yang yahudi dan nasrani buat. dari segi pnampilan. Sahabat Nabi yg berjanggut dan berseraban
    dapat menarik minat ratusan ribu untuk masuk Islam?

    masyarakat hari ini akan dengar cakap org yg ada penampilan agama dari org yg xde pnampilan agama. satu org pakai t sirt cukur janggut pakai jins dnga org yang berjubah berserban memelihara janggut sudah tentu org akan pandan pada org ke-2..

    x terbukti dengan berjanggut org x akan degar cakap ini hnya teory saudari semata2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum senyum selalu. Ceriakan diri. Ana rasa banyak yang akhi telah salah faham. Sebab itu terlalu banyak tuduhan. Tak mengapa , ana tak kisah.

      Tips buat kita semua, mari kita berfikiran positif dan banyak berbaik sangka dengan orang lain. Insyallah, akan keluar lebih banyak hormon positif dan hidup akan bertambah bahagia. Baru susah kena sakit jantung nanti, biiznillah

      Ulama kontemporari tiada sorangpun yang benci pada janggut, serban dan kopiah. Malah mereka menyukai dan mencintainya. Bezanya, mereka tidak memaksakan semua orang mesti berpakaian seragam begitu. Mereka hormat keperluan masing-masing dalam dunia yang tiadanya pembela, khilafah islamiyyah pada hari ini. (Lelaki berjanggut memang hensem!)

      Kenapa?

      Bukan kerana pakaian itu memberi masalah. Tetapi dunia yang diperintah kuffar (tiadanya khilafah Islamiyyah) pada hari ini memberi tekanan dan masalah kepada orang yang berpakaian begitu.

      Orang kafir ramai yang prejudis. Orang Islam sejati menunjukkan sikap yang jauh lebih menghormati apabila memuliakan apa jua bentuk pakaian yang menutup aurat tak kisahlah daripada budaya apa sekalipun. Islam lebih nampak a’lamiah, sesuai menjadi agama dunia yang memahami setiap adat dan budaya yang tidak bercanggah dengan prinsipnya.

      Dengan kebijakan siasah syariyyah, dengan kebijakan strategi dakwah, apa salahnya ada segolongan orang yang bertoleransi dalam perkara seumpama ini. Tak melanggar hukum pun. Buat apa kita nak gaduh2? Kesannya, ramai pendakwah boleh masuk kepada media, institusi-institusi tempatan dan international dan seumpamanya.

      Toleransi ini juga diaplikasi dalam dunia yang luas… contohnya:

      Delete
  70. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu.

    Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.

      Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):

      “Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan.

      Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan)

      Delete
  71. Bukan kerana pakaian itu memberi masalah. Tetapi dunia yang diperintah kuffar (tiadanya khilafah Islamiyyah) pada hari ini memberi tekanan dan masalah kepada orang yang berpakaian begitu?? anda pasti x di nafikan ada sebahagian. Satau org pelajar di US. maka dia dengan smngat dakwah yang ada pada dia maka dia telah dakwah satu org kulit hitam bersunguh2 sehingga habis modal. maka org kulit hitam tadi bagi tauhu pada dia. its ok. kemudian datang satu org Pakistan yang janggut panjang pakai kopiyah dan berkurta. maka org melayu yang dakwah org kulit hitam rasa x sedap bagi apa yang dia fikir baru sahaj saya dakwah dai cerita pasal kebaikan agama. tp org ini berpakian yang kolt telah ddk sebalah dia mungkin org kulit hitam ini akan rasakan perkara yang x baik tentang islam. apa yang berlaku. org pakistan telah ddk sebelah dia dan usap janggut Dia dan lihat pada org kulit hitam dngan penuh risau. suatu keajaipan telah terjadi. org kulit hitam menolah kearah org pakistan dan kata
    i Want to be Muslim. kisah ini saya dengar dari org Melayu yang dakwah itu. inilah reality.

    Dalam kelas saya ada 40 org Islam. selbihnya cina. org bukan Islam yg satu kelas x pernah tnyakan tentang Islam pada 39 org tp mereka tnya pada saya. kenapa? sbb penampilan saya.

    org bukan Islam tertarik dengan Islam bukan pada tulisan hujjah org Islam. tapi mereka tertarik dengan Amal org Islam. penampilan org Islam.

    Ada 2 org yang pakai jubah telah kluar dari maydin maka ada satu pasangan Cina telah tarik tngan mereka. mereka tnya pada 2 org pemuda tadi "explain me abaut Islam" bila tnya balik siapa mereka mereka pelancung dari singapore dkt singapore xde org Islam ke? kenapa antar ribu2 org Islam di Mydin hnya pilih lelaki yang berjubah untuk tnya akan Islam? kenapa bila lihat mereka baru ada keinginan untuk tau pasal Islam?

    jawapan dia penampilan.

    satu peristiwa ada rakan seumah kawan sy yang bukan Islam telah masuk rumah dan tanya saya nmpak ada org pakai baju labuh ada janggut pakai kopiah siapa mereka maka budak melayu telah cakap itu org Islam budak cina tadi jawab bukan dia bukan macam kamu dia lain. maka bila saya telah masuk kerumah maka budak cina tadi cakap mcm inilah mereka budak itu begitu teruja bila lihat penampilan org Islam.



    Baju Seprauh x pernah pulak jumpa apa yang ada dalam syamial tarmizi Nabi pakai selendang berwarna hijau untuk selimut badan waktu musim sejuk.

    nabi telah tiru Ahli kitab dalam menyikat rambut semuanya kebelakang. bila Allah larang tiru perbuatan maka nabi telah ubah mnyikat dengan belah tngah. boleh rujuk Syamail tarmizi. perkara yang sepatunya di gunakan adalah apa yang lazimnya di amalkan oleh org kafir. sya x bincangakan hukum pakaian. mmng xde larangan bagi pakaian yang menjadi adat masyrakat. tp nabi juga bersabda

    "baransiapa yang mnyerupai satu kaum akan bngkitkan bersama mereka."

    org2 terdahulu di kalangan Muhajirin dan ansar dan org2 yang ikot jejak langkah mereka dngan teliti Allah redho akan mereka dan mereka pun redho pada Allah At-Taubah ayat 100.

    maka pendakwah yang amalkan sunnah dari segi Penampilan,perbuatan dan akhlak. beri lebih kesan pada org yang mndengar kadang x perlu nak cakap pun org datang pada org2 yang amlakan sunnah ini dan beritahu kami nak masuk Islam.

    pada Awwal Islam. ramai org masuk Islam sbb lihat Kehidupan Para Sahabat. Sahabat nabi pergi mana2 mereka kan kata jadilah macam kami. maka org2 yang hidup akan masuk islam dan tiru sahabat.

    Jadi penmpilan Islam bukan sesuatu yang halang Hidayat mcmana dlm fikiran Logikal sesetngah pihak. ada pun sestngah pihak fikir dngan amal kan Sunnah maka ssh nak jumpa msyarakat dan Dakwah mereka x de sbarang bukti. malah Terbukti golongan dakwah yang titik beratkan penampilan Islam inilah telah berjaya Islahakan lebih 15% dari jumlah ummat Islam. Dan bukan kita yang berikan Hidayah Hidayah ini kerja Allah. nabipun x leh bagi Hidayah pada bapak saudranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang mungkin banyak 'bersangka-sangka' dengan para ulama'. Gagasan pemikiran mereka jauh lebih luas. Akhlak mereka berhikmah. Tidak pernahpun memburukkan pakaian antum. mari baik sangka dengan ulama'.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. tenanglah dengan pendapat akhi,saya hormati.

      Saya juga tenang dengan pendapat ulama muktabar biarpun ada pihak yang tidak mahu menghormati.

      subhanallah, betapa para ulama kontemporari mencontohi Rasulullah dan salafussoleh dengan hadis ini...

      Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.

      Hidupnya sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini apabila seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan)

      "Bagi kalian agama kalian dan bagi kami agama kami"
      "Bagi kamu pendapat kamu, dan bagi saya pendapat saya."
      Jadi, tiada apa lagi yang perlu diperdebatkan.

      Delete
    4. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

      Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

      Delete
  72. saudarai berhujjah pakaian sunnah jauhkan dari Hidayah saya kemukakan bukti depan mata apa yg berlaku sebaliknya.

    Baju rom 2. kita lihat pada sunnahnya ia adalah baju yang labuh. jadi bagaimana bentuknya x jadi masalah apa yang nabi suka adalah baju gamis. baju yg labuh ada dalam syamail tarmizi. maka Jubah itu bagaimana design x jadi masalah. Nabi juga bnci pakian mcm Jahilaiah. baju yang labuh lebihi buku lali. maka apa yang Nabi dan sahabat nabi amal adalah baju yang labuh sehingga paras setengah betis. atau atas pada bukulali. amat janggal seandainya ia di serupakan dngan t sirt zaman skarang??

    dan pakian itu baju yang berasal dari Rom. bukan jadi amlan Rakyat rom yang beragama Cristien mcmana dakwaan anda jauh dari sifat nabi tru rakyat Rom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "saudarai berhujjah pakaian sunnah jauhkan dari Hidayah"

      Allah knows better...
      saya yang berhujah begini?
      atau saya sedang 'difitnah' berhujah begini?

      Biasalah akhir zaman ini zaman fitnah.
      Jika ia satu fitnah, tak mengapa, saya maafkan.
      Saya doakan kita semua masuk syurga Allah sama-sama.

      atau mungkin juga akhi masih tersilap faham dengan hujah al-Qaradhawi.
      maka, akhi ada 2 pilihan:
      1) Tidak mahu keluar dari silap faham itu dan terus berburuk sangka
      2) Keluar dari silap faham itu dan berbaik sangka. Memahami dari ufuk berfikir yang luas, global dan berbeza dari ufuk berfikir yang ada sekarang.

      Pilihan di tangan anda. Pilihlah...

      Delete
  73. Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama

    Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
    Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”
    “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”
    .............................................................................

    nak kata saya fitnah?? itulah maksud saudari.
    1 fiqh boleh berubah dngan berubahnya masa. sedang nabi perintahkan ikut Sahabat nabi? Allah redho dengan siapa ikut golongan terdahulu.
    2 susah berdakwah. jawpan ada di atas.

    siapa yang fitnah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah sama-sama beri kita kefahaman...
      Jika akhi boleh ambil sijil syariah atau Fiqh dan Usul al-Fiqh di mana-mana universiti tempatan atau luar negara, insyallah, ana rasa orang bijak macam akhi akan lebih mudah untuk faham.

      Cuba hayati dengan lapang dada...

      Syariat Islam dengan nas-nas yang bersifat muhakkam dan kaedah-kaedah globalnya, serta hukum-hukumnya yang qat'ie sentiasa tetap dan tidak berubah.

      Sebaliknya fikih, yang menurut pemahaman kita sebagai manusia merupakan 'proses pengeluaran' (istimbath) hukum dan dalil rinci, senantiasa berubah sesuai dengan perubahan yang terjadi di setiap waktu, tempat, dan keadaan. Dan perubahan ini dinampakkan dalam bentuk tulisan, fatwa atau keputusan.

      Di sinilah ada perbezaan antara syariat dan fikih.
      Syariat adalah wahyu Allah.
      Fikih pula adalah karya akal umat Islam berdasarkan kefahamannya terhadap wahyu, sekalipun syariat terdapat dalam fikih secara keseluruhan.

      Kefahaman ini diambil daripada Rasulullah SAW dan golongan salafussoleh....

      Sebab itu kita tengok banyak perubahan hukum fikih pada zaman Rasulullah dan pada setiap zaman sahabat, apatah lagi tabiin dan sebagainya.

      Antara faktor yang berpengaruh dalam tarjih (memilih yang kuat) sesuatu pendapat fikih atas pendapat yang lain ialah kerana kemajuan ilmu pengetahuan seperti sains, kedoktoran dan pengetahuan alam yang ada pada hari ini, tiada pada zaman lampau.

      Delete
    2. "Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah."

      Mari kita lihat, apa jadi pada tafsiran jika kita membaca pernyataan syeikh ini secara positif atau negatif. What you see is what you get.

      Tafsir secara negatif:
      1. Syeikh kata pakaian serban, kopiah, niqab menyekat hidayah Allah.
      2. Syeikh kutuk orang berpakaian serban, kopiah dan niqab.
      3. Syeikh tak ikut sunnah.
      4. Syeikh ketepikan golongan salafussoleh.

      Secara positif:
      1. Tiadapun yang syeikh maksudkan pakaian serban, niqab dan kopiah menyekat hidayah Allah. Bahkan syeikh pun pakai kopiah.

      2.Tiadapun ayat ini mengutuk sesiapa.

      3. Syeikh mengajar ummah mengikut sunnah secara manhaj dan kaifiah dalam keadaan-keadaan tertentu. Juga mengikut sunnah secara manhaj (contoh: naik kenderaan/ berpakaian)dan bertoleransi secara kaifiah (contoh: naik kapal terbang bukan unta/ pakai tutup aurat apa yang mudah) dalam keadaan-keadaan tertentu. Inilah kaedah mengikut sunnah yang diajar Rasul dan salafussoleh.

      4. Syeikh malah memberi tunjuk ajar bagaimana kita mahu berstrategi dalam dakwah.

      Huraiannya:
      Orang yang berpakaian serban, niqab dan kopiah kebanyakannya orang-orang baik. Orang-orang baik ini lazimnya (tidak semuanya) disekat daripada menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan,peringkat antarabangsa, ketenteraan, pensyarah di IPT,guru sekolah awam, dan sebagainya.

      Apabila mereka disekat, sukarlah masyarakat menemui orang-orang baik secara lebih luas dan global. Alangkah bagusnya jika mereka memberi sedikit toleransi, agar sistem tidak mampu menyekat mereka daripada masyarakat, agar dakwah mereka lebih tersebar.

      Hmm, ada perbezaan tak pada dua tafsiran ini?
      Pilihan di tangan anda.

      Delete
  74. Da'ie itu harus kreatif dan fleksibel dalam m'hadapi mad'u.. tidak kira lah niqobi au bukan. Alhamdulillah, setakat ni xde masalah nk berdakwah dan bergerak dlm gerakan walaupun dlm keadaan berniqob. malah mungkin lebih berkesan.

    ana ingat kata-kata remaja perempuan yang agak nakal sewaktu ana mengendalikan sebuah kem;
    "dengan hanya melihat akak,kami rasa dapat byk sgt ilmu. penampilan y baik itu menjadi inspirasi kpd org lain. dan dia juga m'dpt saham kebaikan."
    terkedu saat mendgr ucapan itu,. betapa mereka ign berubah jd lg baik. cuma xde p'gerak.

    semua mainkan peranan. jangan bina gap antara niqobi dan bukan niqobi.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. saya tiada masalah dengan orang berniqab kerana ia suatu pakaian menutup aurat.

      yang membina gap itu 'minda' sesetengah orang yang mentafsir secara negatif.

      cuba rujuk artikel saya berniqab atau tidak berniqab.:)

      Delete
  75. Benarkah Ustazah, ada yg mengatakan sebenarnya Aisyah dan isteri2 baginda yg lain berniqab kerana ingin melindungi diri dari dikenali musuh-musuh Islam sebagai isteri Rasulullah. Itulah, asal usul tujuan niqab. Benarkah ustazah?

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum wbt..

    Buku sebarkan cintaMu banyak buka aib keluarga Nabi saw, banyak cerita tentang pergaduhan isteri2 Nabi, kecemburuan mereka..saya minta maaf, tapi saya rasa sakit bila Fatimah Syarha banyak sangat kupas pasal kelemahan mereka..bukan tak boleh bincang kelemahan kuarge Nabi, tapi tak manis le..Fatimah kumpulkan kisah2 kecemburuan dan perselisihan mereka dan kupas pula dengan bagi dalil2 dari ulama pertengahan..aduss, rasa mcm sakit je bace..sy ingat sy sorang rasa mcm tu..so sy bacekan novel tu kepada sorang kawan, dia trus rasa meluat bila banyak aib kuarge Nabi dibuka dlm novel ni..

    Cadangan sy, cuba Fatimah bace novel Rindu Andalusia..sy rasa insaf dan berharganya ilmu , hebatnya Islam, kuatnya iman para sahabat..novel tulisan penulis ni sangat mendalam dan hidup penceritaannya..kita akan rasa nak baca dan nak baca dan tak boring..

    Jujur cakap, sy dari seorang yg jahil berubah bila mendapat hidayat Allah, dan seterusnya sgt berminat dgn agama apabila berkawan dgn orang2 berniqab..mereka tak banyak cakap pun, tp diri diorang snediri membuatkan sy jadi lebih suka agama..jadi dengan tulusnya saya nak bagitau, berniqab sangat2 digalakkan pada masa sekarang..

    dan pengajaran sy dapat lepas baca novel Sebarkan CintaMu ni, lebih baik sy baca kitab2 Fadhilat Amal, Muntakab Ahadith, Riyadus Solihin,Wasiat Imam Ghazali..dan kitab2 lain yg menceritakan kisah Nabi saw dan para sahabat..sebab hati tenang dgn membaca kitab2 ni berbanding novel2 dan tulisan2 org biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.

      Alhamdulillah, setiap pembaca berhak mempunyai penilaian tersendiri.
      what you see is what you get. kesimpulan kita banyak ditentukan oleh warna minda kita yang menilai.

      Syukurlah kita mempunyai seorang Nabi yang tidak menyembunyikan kebenaran. baginda mempunyai para isteri yang tidak menyembunyikan kebenaran. hingga masyarakat melihat antara ajaran baginda dan realiti hidup manusia sangat akrab, bukannya jauh melangit.

      Tatkala Nabi bermuka masam kepada Abdullah Ummi Makhtum, Allah menegurnya dalam surah A'BASA. Nabi tetap menyampaikan ayat itu kerana baginda bersifat TABLIGH, tidak menyembunyikan mana-mana ilmu yang berhak diketahui umum.

      Jika kita tidak membudayakan mengkaji, maka kita mudah ditipu dan diperlatakan oleh dalil sesetengah orang yang berkepentingan diri. contohnya:

      1. Lelaki nak nikah lagi tanpa keperluan mendesak, menghukum fitrah isterinya yang tak merelakan sebagai KAFIR, MENENTANG HUKUM ALLAH dan JAHAT. Padahal, puteri Rasulullah SAW sendiri mempunyai fitrah yang sama. Maka, fakta ini perlu didedahkan.

      2.Lelaki berpoligami dan serabut melayan karenah kecemburuan isterinya, menghukum isteri-isterinya yang cemburu sebagai NUSYUZ dan JAHAT. Padahal, Rasulullah SAW sangat berlaku lembut dalam melayani karenah kecemburuan para isteri baginda. Maka, fakta para isteri Rasulullah SAW juga manusia biasa yang ada sifat cemburu dan baiknya suami mereka melayani mereka perlu didedahkan.

      3.Masyarakat suka bergaduh dan serang menyerang sesama sendiri. mereka berhujah bahawa Sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga berperang sesama sendiri.Maka, fakta tentang adanya campurtangan Yahudi, Abdullah bin Saba' dan mulianya akhlak para sahabat dalam menangani konflik ini perlu didedahkan.

      4.Sesetengah lelaki (tidak semua) nak nikah lagi dalam konteks hari ini sesuka hati mereka-reka fakta wanita lebih ramai daripada lelaki. Realitinya, bancian terkini menunjukkan setiap 100 orang wanita yang belum bernikah, ada 130 orang lelaki yang belum bernikah. Lelaki lebih ramai daripada wanita berjuta-juta lebihnya. Kasihan nasib lelaki-lelaki ini. mereka sepatutnya dibantu oleh kaum lelaki juga agar layak menikah. Wanita yang tak mengkaji senang tertipu. sebab itu budaya merujuk sumber asal sangat penting.

      Kehidupan di dunia ini tidak akan lari daripada masalah, konflik perselisihan dan sebagainya. Bukan semuanya indah belaka. maka, keindahan dan konflik kedua-duanya perlu rujukan yang benar daripada al-quran dan sirah mereka-mereka yang agung di sisi Allah.

      Islam agama syumul, bukan serpihan. Setiap apa yang berlaku dalam sirah mempunyai nilai bermutu tinggi untuk diambil pengajaran. amat rugi jika kita hanya ingin mengetahui fakta-fakta serpihan tentang yang indah-indah sahaja dan tidak mahu mengetahui bagaimana bijaknya para generasi awal menguruskan konflik.

      salam sayang. moga bahagia selalu:)

      Delete
  77. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  78. saya bagi komen bukan untuk menjatuhkan tapi untuk membina..cuma dapat terima/tidak itu Allah yang memegang hati Fatimah.sebab yg sy nampak Fatimah tulis novel ni pointnya berat kepada 1)monogami 2)tidak berniqab 3)kecemburuan isteri Nabi saw akibat berpoligami.

    masalah umat kita sekarang ni bukan masalah nak berpoligami, sebab mereka tetap akan kahwin juga walau ditentang. tapi masalah sesudah poligami. jadi sy rasa kupasan lebih bagus jika lebih meluas..jangan menampakkan pendirian Fatimah, tetapi lebih kepada macammana masalah umat, dan macammana cara penyelesaiannya..dan beri juga baik buruk setiap situasi.. sebab bila kita menulis tentang pendirian kita, kita akan biased kepada pihak yang mempunyai pendirian bertentangan dengan kita.

    saya kurang membaca novel tapi sy suka menulis.jadi sy memerhati dari pelbagai sudut..macam penulis novel kita kat Malaysia kebanyakan menulis based on cinta, senario masyarakat,dan yang menulis pasal agama pun ada tapi tidak ramai..tapi nak cari penulis novel agama yang berkualiti agak sukar sebab ramai yang menulis berdasarkan pendirian dia, berdasarkan tahap ilmu yang dia ada, dan berdasarkan pemerhatian dia..sy rasa antara penulis yg sy agak suka Pahrol Md Juoi. tulisannya matang, tajam dan padat..sy tak dapat 'scan' dia punya pendirian sebab dia menulis berdasarkan general dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

    macam contoh novel2 Radwa Ashour-The Granada Trilogy - kalau dibaca tulisannya, saya rasa mcm membaca satu hasil seni yang halus, cantik dan berharga..dia menceritakan kisah kehidupan juga, tetapi cara dia mengolah cerita tu kita tak rasa bosan dan rasa seperti gambaran yang diberi tu hidup. bagi sy ini lah kualiti sebuah penulisan..kalau dia tulis 10 siri novel pun once orang dah baca, orang akan kumpul novel2 dia.

    jika kita menulis dengan memberatkan pendirian kita, sedangkan ilmu kita belum banyak dan kita masih mengkaji, hasilnya nampak lacking..orang yang baru nak dalami ilmu agama akan condong kepada pendirian Fatimah sedangkan masyarakat kita kurang mengkaji dan ramai suka ikut orang.

    saya faham fatimah cuba tunjukkan masalah dan penyelesaian mengikut cara Nabi.tapi bila diselitkan unsur pendirian fatimah berdasarkan 1cabang ilmu fiqh ulama zaman pertengahan yg fatimah belajar, ia mula nampak kurang adil bagi beberapa pihak lain..jika isteri pertama membaca novel ni akan tuntut fasakh dari suami (memang boleh tapi bercerai itu Allah tak suka), jika isteri ke2/3/4 membaca pula akan rasa makin terpinggir..jika orang berniqab baca akan rasa keliru..jika orang tidak berniqab baca akan rasa cemuh melihat org berniqab..jika orang kurang kenal pasal Nabi&para isteri akan nampak kelemahan Nabi&isteri2 je.

    tak percaya, cuba awak baca semula tulisan awak..dari awal buku sampai separuh je pun watak makcik cleaner tu bagus,sy pun suka...tapi isi yg disampaikan agak negatif dan memihak kepada sebelah pihak sahaja, dan berkisarkan perselisihan faham isteri2 Nabi..

    jika konsep dakwah, setiap jiwa itu perlu diselamatkan. dan tugas kita juga cuma menyampaikan, tapi menghukum itu Allah.

    jadi pada pandangan saya, niat menulis utk dakwah tu sangat bagus, keep it up with your spirit and hardwork..cuma kena lebih banyakkan pergaulan dengan golongan-golongan yang tidak bernasib baik ,supaya bila kita menulis, kita akan menulis dari hati & kasih-sayang, menulis berdasarkan ilmu, pengalaman dan kematangan hidup..bukan berdasarkan pendirian&ilmu semata-mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima-kasih atas pandangan.

      Setiap orang mencari 'mindsetting' terhadap sesuatu isu dengan sumber yang dia ada.

      apa yang kita rasakan tidak memberi manfaat kepada kita boleh jadi memberi manfaat kepada 1000 yang lain.

      apa yang kita rasakan memberi manfaat kepada kita boleh jadi tidak memberi manfaat kepada 1000 yang lain.

      Itu lumrah.

      kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil untuk dicapai.

      sekali lagi, bagi saya tafsiran-tafsiran negatif lahir daripada warna minda yang menilai secara negatif. semua penulis tidak akan dapat lari daripada masalah ini.

      bahkan para ulama muktabar seluruh dunia sering dikritik dan dicerca.

      ia sebahagian dari kehidupan:)

      saya lebih suka mendapatkan 'mindsetting'daripada para ulama pewaris nabi terhadap apa jua isu untuk dibumikan kpd masyarakat, kerana mereka lebih faham al-quran dan assunnah berbanding saya.

      Delete
  79. Dalam Islam adanya konsep Fiqh Keutamaan. Ini yang sering kabur di minda masyarakat kerana hukum seringkali boleh berubah dengan berubahnya zaman.

    Saya akan sampaikan ilmu fiqh keutamaan secara umum ini dalam bentuk karya kreatif. Pilihan di tangan masing-masing kerana kadangkala fiqh keutamaan individu tidak sama lantaran kondisinya yang berbeza-beza.

    saya akan tetap menghormati pilihan orang yang berpurdah dan berpoligami secara terhormat (bukan secara membelakangkan undang-undang) meskipun ada sesetengah mereka (tidak semua) tidak mahu menghormati pilihan FIQH KEUTAMAAN secara umum yang digariskan oleh para ulama muktabar.

    kondisi individu berbeza-beza. Kita akan saling memahami apabila kita saling menjelaskan. Terpulanglah kepada 'minda' masing-masing untuk mentafsirkan penjelasan itu secara positif atau negatif.

    Apa yang saya percaya, siapa yang lebih BERBAIK SANGKA, dialah yang LEBIH BAHAGIA. :) No worry. Smile always. I love you all...

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum ustazah, ada sebahagian sahabat mengatakan wanita yg lebih baik dan solehah adalah wanita yang berpurdah. Lebih bertakwa. Mungkin semua wanita berpurdah ada yang tidak baik, tp sudah semestinya sebaik-baik wanita adalah mereka yang berpurdah. Bermakna haruslah kami yang tidak berpurdah ni berpurdah untuk menjadi wanita solehah yg sebaik-baiknya, tinggi di sisi ALLAH?

    ReplyDelete
  81. waalaikumussalam wbt. manusia hanya mampu 'berusaha' mencapai taqwa. taqwa atau tidak taqwanya kita adalah rahsia Allah SWT.

    jangan sesekali kita niat berpakaian kerana mengharap diberi 'pangkat' taqwa oleh manusia.tidak juga untuk mendapat pujian 'cantik' dan 'pangkat' serasi fesyen terkini.

    Islam adalah agama yang mempunyai 'prinsip' dan menerima 'tajdid'. Kata Nabi, setiap 100 tahun akan ada orang yang melakukan tajdid ke atas agama kamu.

    Disinilah cantiknya Islam, kukuh pada perkara dasar, fleksibel pada perkara cabang. sesuai sepanjang zaman.

    Islam meletakkan prinsip menutup aurat.
    cara menutup aurat itu fleksible dan meraikan tajdid, meraikan zaman.

    demikianlah kepintaran para ulama muktabar yang luas ilmunya memberikan pandangan. Kita nak ikut ke tak nak ikut, tanyalah fatwa hati masing-masing.

    jangan risau, berpurdah atau tak berpurdah, kedua-duanya masih dalam batasan menutup aurat.

    ReplyDelete
  82. mana asal Usul batasan Aurat dan kewajipan Niqab?
    mana dtngan je muka dan tapak tngan bukan auart??

    dalam tafsir bagi surah An-Nur ayat ke 31..

    pndapat Ibn Mas'ud perhiasan yg nmpak adalah pakian
    pndapat Ibn Abbas perhiasan nmpak adalah wajah dan tpak tngan..

    maka di cn dalam menetapkan Aurat jadi 2 pndapat.
    1 seluruh tubuh termasuk wajah dan tapak tngan
    2 seluruh badan melainkan wajah dan tapak tngan

    tp Ibn Abbas yg sama dalam tafsirkan Ayat Ahzab 59 mngatakan

    "Allah perintahkan wanita beriman bila kluar rumah sebb satu keprluan hndaklah mereka mentup seluruh badan dan mnampkan mata untuk lihat jalan."

    maka pndapat Ibn Abbas r.a adalah muka dan tapak tnagn bukan aurat tapi tetap wajip tutub bagi elak fitnah perhatikan ayatnya Allah perintahkan perintah jadi wajib.

    Jika ambil pndapat Allah wajibkan Hijab sebab fitnah maka ia hnya mnerangkan knapa ia jadi wajib bukan nak pertikaikn ianya jadi waijb kejap klu x de fitnah jadi x wajib balik. xde nasakh dan mansukh setelah wafatnya Nabi..

    perintah ini dari Allah. siapa yg amak selamat amalkan perintah Allah. siapa yg x amal tinggalkan perintah Allah.

    ke 2 2 pndapat yg mngatkan wajib sebab aurat atau wajib sebab fitnah ke 2 2nya adalah wajib.

    secara logik

    jika sebab fitnah maza zaman Nabi hidup sblm turnya perintah hijab telah berlaku fitnah ketas wanita apa tah lagi zaman skrg yg dunia penuh dngan org2 fasik dan munafik???.

    Jika tapak kaki itu wajib tutp jika lngan tngan wajp tutp knapa muka x wajip tutup? org yg lihat wajah dan tapak kaki apa lagi akan menarik minat lelaki??

    bila kita pertikaikan apa yg sahabat nabi dan para ulamak salaf kata seolah kita nk cakap mereka tersalah faham Nas Adakah nk kata org di zaman ini yg x pernah jumpa dngan Nabi yg belajar hadith dari tulisan lebih faham dari org yg bergurukan Nabi org yg di anggab ulamak dikalangan Sahabt nabi?

    ReplyDelete
  83. Apakah hukum berpurdah bagi muslimat & keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.

    .................................................. ...............

    Jawapan:

    Wa'alaikum salam.

    Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

    Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

    Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

    Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

    Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

    Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

    Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

    Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

    walahua'lam
    - ustaz azhar idrus

    ReplyDelete
  84. Salam Ustazah, sebut purdah selalunya mesti dikaitkan dengan isteri2 Rasulullah terutama aisyah.. tp tak pernah dengar bagaimana dgn 4 wanita terbaik (fatimah, khadijah, asiah dan maryam)? berpurdah juga ke tidak? sehingga skrg tertanya2.. ada sesiape tahu? Kemudian benarkah ianya sunnah?

    ReplyDelete
  85. salam... kak.. saya rasa jawap yang perlu sahaja... mereka ini akan mengelirukan kami yang masih baru sahaja.. saya faham segala maksud akak...
    saya juga faham segala maksud blogger raja... tapi bagi yang tak paham.. dia tglkan terus dari mahu memperbaiki diri...

    ReplyDelete
  86. assalamualaikum kak fatimah syarha =)

    1st time tegerak hati nak baca komen komen yang sgt panjang ni. subhanallah! 1st time saya baca perdebatan dari orang2 yg tinggi ilmunya pada saya. hihi. sangat berhemah. walaupun tak semua saya baca.

    kak,

    we are not live to impress others or get approval from others. betol ckp akak yang setiap pembaca berbeza pendapat. but, I really love your book 'Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul'!! Sangat2 memberi kesan.. thanx to Allah and you.

    Yelah kan. Umat akhir zaman sekarang ni (termasuk saya) kan sibuk mencari cinta duniawi sampai lupa Allah and kehidupan selepas mati.

    Teruskanlah buat apa yang Allah suka. Orang tak suka takpe kak. Semoga kita semua mendapat keredhaan Illahi.

    Wassalam =)

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum.. Alhamdulilah... apa2pun saya suka buku2 ustazah.. semoga ustazah berada di baeah rahmatNya. Aamiin..

    ReplyDelete
  88. Assalamu'alaikum...kepada BeautyMuslimWoman.. perasaan sakit hati itu sendiri dah menunjukkan hati saudari tidak sebersih zahir saudari... Kata2 yg saudari lemparkan ada kak Fatimah sangat kasar pada pembacaan sy...sebaiknye saudari sucikan hati,lembutkan bahasa, berfikiran positif...

    Wallahu Ta'ala A'lam... ^_^

    ReplyDelete
  89. assalamualaikm...akak sy mntak share ilmu ni tuk prkongsian di blog..sgt brguna n brmanfaat..mge prkgsian ni mbwa sribu stu kbaikn buat muslimah..
    sykran.. =)

    ReplyDelete
  90. COPY PASTE SEBAHAGIAN SAHAJA...ad tambah cket..from..http://karkun-muda.blogspot.com/2011/12/antara-fatwa-dan-takwa.html..tap dia pun copy paste gak....

    Kita lebih tahu mana yang terbaik dan apa yang terbaik utk diri kita, tapi kita sering ketepikan hanya kerana nak puaskan nafsu yang tak menentu hala..Macam contoh yang diberi oleh Maulana berkenaan 3 bulatan tu..Kita beramal dgn fatwa tak salah tapi jaraknya dgn yang haram amat dekat kalau kita terkeluar dari landasan fatwa tu sendiri..Jadi, apa kita mula beramal dgn takwa..Supaya kita tak dekat pada garisan yang haram dan kita semakin dekat dgn garisan bulatan yg bertulis Allah..Wallahu a'lam..Saya berpesan untuk diri saya sendiri yang utamanya..Kat bawah ni saya sertakan sekali gambar bulatan yang aku buat..



    cuba amek kertas dan buat bulatan kcil bsar syiling 50sen,kmudian di luar bltan tu buat stu lg bulatan bsar...luar bltan bsar tu buat lg stu bulatan,jd akn ada 3 bulatan...phm?bltan pling kcil tu tulis allah.....bulatan kdua tulis takwa,bulatan ktiga,di atas garisan tu tulis ftwa.....dan di luar 3 bulatan tu tlis haram besar2...jd insyallah akn phm..


    Cthnya ftwa suruh ttup ltut smpai pusat...


    Tp takwa plak kta ikut yg tbaik iaitu bjubah,bserban ,kain plikat,wangian....


    Jd solat 5 wktu adalah fatwa....klu x buat,mka dia tkluar dari garisan ke 3 dan msuk dlm kwsn diharamkan allah...


    Solat bjmaah plak adalah takwa dan ia brada dlm bulatan takwa...so ia jauh dari garis fatwa dan garis haram tp dekat dgn allah......phm?

    samalah gak mcm purdah...ketakwaan....

    ReplyDelete
  91. Saya selitkan juga entry ini di blog saya. Moga bermanfaat --> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/02/tips-berpurdah-berniqab.html :)

    ReplyDelete
  92. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  93. Assalamualaikum...

    Saya masih budak yang baru belajar tetapi membaca artikel Ustazah Fatimah Syarha membuatkan saya tidak keruan. Banyak sangat kesalahan dan kesilapannya.

    Selama berpuluh hari saya memilih untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh ustazah dalam sebuah buku. Akhirnya, pada akhir Syawal ini (1), saya berjaya menyudahkannya. Lebih 150 buah rujukan saya tilik demi membela kebenaran.

    Jawapan Terbuka dalam Polemik Hukum Wanita Menutup Muka
    Sebuah Kritikan ke atas Artikel 'Berniqab atau Tidak Berniqab?' oleh Fatimah Syarha. Muat turun melalui: https://archive.org/details/JawapanTerbuka020913

    Saya mohon usaha saya diberikan perhatian yang sewajarnya. Sungguh, ustazah telah berada di puncak yang tinggi. Tapi, moga-moga suara bawahan tetap didengari.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  94. Assalamualaikum, Maafkan saya. Saya hormati perbincangan tentang percanggahan pendapat dn khilaf ulama di atas. Saya tidaklah menyokong Fatimah Syarha atau sesiapa pun. Tapi ingin saya menegur di sini. Perbincangan tentang percanggahan pendapat ulama ni bagus, berilmiah, tetapi kadang2 ada komen-komen yang kasar. Niat anda bagus, murni, tetapi bukankah lebih elok sekiranya dibincangkan dengan lebih berlemah lembut dan menjaga hati masing-masing agar tidak terasa? Teguran itu penting, ya, tapi ada beberapa teguran yang seakan-akan mengaibkan penulis (maafkan saya).

    Saya pun ada rasa pelik membaca artikel akak Fatimah Syarha, tetapi semua orang ada pendapat sendiri. Selagi kita masih berpegang kepada akidah yang satu yakni Allah, tidak mengapa setiap orang beramal mengikut apa yang dia percaya dan apa yang dia kaji. Saya agak sedih melihat senario segilintir umat Islam kita (maaf). Ada yang terlalu menekan konsep hukum sehingga mengeluarkan kata2 yang menyinggung perasaan, sehingga berlaku perbalahan dan salah faham. Ini membuatkan ada orang yang sedang cuba mendekati mereka2 yang berilmu tinggi ni pandang serong kpd mereka. Inikah Islam? Sedangkan ulama2 dulu pun ada percanggahan pendapat tetapi meraikan pendapat ulama lain. Imam Syafie pun meraikan pendapat ulama2 lain. Saya ada pun bergaul dengan mereka2 yang punya hasrat murni untuk berubah. Dan jujur mereka katakan, mereka amat kesal dengan sikap muslim yg berilmu tetapi asyik berbahas tentang hukum.
    Dulu saya pun ada kaji tentang purdah ni. Saya pun pernah berpurdah tetapi meninggalkannya atas sebab keluarga (saya punya alasan yang kukuh). Beramallah seseorang mengikut apa yg dia percaya dn apa yg dia kaji selagi masih berpegang kepada ajaran Islam dan syariat yg satu.

    Janganlah kita terlalu berbahas dengan hukum, nanti membuatkan muslimin muslimat yg lain jadi takut dgn Islam. Hukum bukan segala-galanya dlm Islam. Sampaikan Islam melalui keindahannya, insyaAllah ini membuatkan mereka di luar sana lebih dekat dengan Islam nanti. insyaAllah

    ps- mungkin ada kesalahan sikit dalam penulisan akak Fatimah, tapi tidak mengapalah. Pendapat akak masih berpegang kpd akidah yg sama. Alhamdulillah..

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum sekali lagi.

    Saya memohon tulisan saya dipertimbangkan sewajarnya. Jikalau kita ingin orang lain mendengar dakwah kita, mengapa terlalu sukar kita menerima dakwah dan teguran orang lain?

    Saya masih menanti komentar Ustazah Fatimah Syarha tentang topik yang dibincangkan. Wallhualam.

    ReplyDelete
  96. Kenapa letak pendpat DR YUSUF shj? knapa pendapat imam mazhad tidak diletak?

    ReplyDelete
  97. Salam saya baca pon pelik... mmmm...ustaz kazim ada cakap... orang sekarang mudah menerima pandangan dan hukuman yang di keluarkan oleh ustaz dan ustazah... jangan ikut @ dengar kata kata ustaz @ ustazah kalau dia tidak mengikut Alquran dan hadis Nabi SAW...walaupun dia ustaz ...Wallahualam...

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum... ustazah.. ana dah baca semua komen2 ustazah... semoga Allah menjaga kita dalam berdakwah.. sesunggungnya dalam dakwah ni xsepi dari di caci dan dihina
    ana cuma nak bawak satu kata pujangga seorang ulama'
    "من لا ادب فلا علما له ولو كان عالماً"

    ▶barang siapa yg tak beradab maka tiada ilmu baginya walaupun dia seorang yg berilmu... ana lebih suka ambil ibrah dari sesuatu yg di keji kerana setiap sesutu itu terjadi disebabkan Allah... so ana bagi cadangn kat ustazah tinggal lah mereka yg menggugatkan kesabaran kita.. Allah.. jazakillahu khairan jaza'.

    ReplyDelete
  99. Pjg komen2..betul...napa terlalu taksub pada yusof qardawi.sikit2 yusof qardawi. Kenapa tidak diberikan penekanan kepada mazhab dan hukum asal dari imam shafie.

    ReplyDelete
  100. Subhanallah.....

    ReplyDelete
  101. Assalamualaikum,,
    Saya ingin bertanya dengan ustazah tentang hukum berniqab,,
    Sebagaimana yg kita sedia maklum,, ramai perempuan@wanita sekarang yang berniqab hanya di laman sosial dn tidak pula di luar laman sosial (dunia nyata),,
    Oleh itu,, apakah hukum baginya memakai niqab,,??
    Syukran,,

    ReplyDelete
  102. Qardawi tu mazhab apa?
    Ke takde mazhab...?

    Geng wahabbi jer suka pakai pendapat dia
    Ayat berlapang dada sinonim dgn wahabbi..

    Sheikh Ramli Sheikh ibnu Hajar letak mana pendapat mereka?

    Hanya yg terpengaruh yg tk kenal ulamak2 muktabar dan syarat jadi ulamak

    ReplyDelete
  103. Setuju dengan raja khaled, ana baru je nk cari kekuatan utk terus berniqab (kerana cabaran kritikan dr org) , tapi bile baca entri ni, seolah2 melemahkn niat muslimah yg ingin berniqab...bagi sya berniqab ni bkn kerana rase diri lebih baik dr org lain, atau hebat dr org lain...sejujurnya, ana sudah sebulan berniqab, bagi ana berniqab ni memberi sesuatu perasaan yg sgt berbeza sebelum x berniqab, dimana perasaan ingin mendapat pujian manusia dan cintakan dunia sedikit sebanyak terhakis d dlm diri ana...kalo xsetuju dgn pemakaian niqab d zaman ini, at least hentikan lah coretan2 yg melemahkn niat muslimah yg ingin berniqab.....setiap muslimah, ada alasan tersendiri kenapa mereka ingin berniqab, seperti ana, demi Allah ana berniqab dengan niat utk menutup keinginan terhadap pujian2 manusia dan persaan cintakan dunia melebihi akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, totally agree with you, sister... may Allah grants us the understanding, steadfastness and forgive us all.

      Delete
  104. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete