ISLAM MERAIKAN FITRAH WANITA DAN MERAIKAN RUKHSAH POLIGAMI - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

ISLAM MERAIKAN FITRAH WANITA DAN MERAIKAN RUKHSAH POLIGAMI



Dalam buku Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuhu, m/s 21, disebutkan bahawa tiada taklif (tanggung jawab) dalam perkara-perkara tabi’e dan fitrah yang di luar kuasa kita seperti cinta dan marah/cemburu.

Di dalam buku itu juga (m/s 22-24), Sub-topik Hikmah Poligami, disebutkan bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

Poligami tidak dilakukan kecuali mempunyai hajat tertentu dan syariat tidak mewajibkan ia ke atas sesiapapun, bahkan tidak digalakkan. Sesungguhnya ia diharuskan syarak untuk sebab umum dan khusus. (Kemudian dihuraikan lanjut contoh-contoh sebab umum dan khusus tersebut).

Kesimpulannya, keharusan berpoligami terikat kepada keadaan darurat, hajat atau uzur ataupun maslahah yang diterima di sisi syarak. (Ini juga pendapat jumhur ulama. Terdapat khilaf oleh sebahagian kecil ulama).

Dalam terjemahan buku yang sama bertajuk Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya (161/9) menyebut bahawa keharusan poligami ini suatu perkara yang terkecuali dan jarang berlaku, dan ia sedikitpun tidak membawa maksud semua Muslim mesti atau digalakkan berkahwin lagi.

Maha Suci Allah yang menurunkan Islam, suatu ajaran yang sangat cocok dengan fitrah. Tiada pemaksaan agama terhadap sesuatu yang bertentangan dengan fitrah bagi orang yang tidak mampu. Baik suami atau isteri, masing-masing diberikan hak yang wajar. Adilnya Allah SWT!

Fikrah jumhur ulama ini sungguh membahagiakan. Benarlah Islam itu tidak pernah mendiskriminasikan wanitanya. Malah Islamlah agama yang paling memahami wanita dan membela wanitanya. Terasa ingin berbisik kepada semua wanita bukan Islam di dunia ini, yang fobia dengan Islam atas dakwaan orientalis bahawa Islam agama poligami.... "Ketahuilah wanita-wanita yang kami sayangi, sungguh kami amat bahagia menjadi muslimah. Kalian semua bila lagi?" Ayuh, sebarkan bahagia!
ISLAM MERAIKAN FITRAH WANITA DAN MERAIKAN RUKHSAH POLIGAMI Reviewed by Fatimah Syarha on 18:39:00 Rating: 5 Dalam buku Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuhu, m/s 21, disebutkan bahawa tiada taklif (tanggung jawab) dalam perkara-perkara tabi’e d...

6 comments:

  1. BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHEEM..
    Poligami vs monogami, isu yg bagai tiada noktahnya
    Kaum muslımın dan muslımat yg budiman..SEMOGA ALLAH SWT BAHAGIAKAN KITA DGN KEREDHAAN-NYA.
    Ibadah adalah buah dari ilmu, faedah dari umur dan hasil dari usaha hamba-hamba Allah yg kuat.
    Namun kita perlu ber-awas, NAFSU seringkali menjadi penghalang kecemerlangan dlm beribadah lantaran ia adalah musuh dari dalam (melainkan bagi orang yg telah mencapai NAFSU MUTMAINNAH-MULHAMAH)..
    Ana yakin ukhti fatimah telah menulis dgn jelasnya hukum-hakam tentang ini, namun...
    Semoga Allah melapangkan dada-dada para pembacanya. Mari kita renungi, sedari dan memahami kebenaran keterangan ini DGN HATI YG MENTAKUTI ALLAH, agar kita pulang berjumpa dengan-NYA membawa RUH YG DIREDHAI-NYA

    ReplyDelete
  2. Mari sama-sama berdoa...
    Allahumma arinal haqqo haqqo warzuknat tiba'ah
    waarinal batila batila warzuknajtinabah
    "Ya Allah, tunjukkanlah yang benar itu benar dan kurniakan kami mengikutinya,
    tunjukkan yang batil itu batil dan jauhkanlah kami darinya." Amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ukhti fatimah..
    Salam perkenalan,
    Amat syukur pada-Nya krn menemui blog yg membahas ilmu-ilmu Islam,

    İzin bertanya, adakah keilmuan imam-imam kita dahulu seperti as-Syafi’i, al-Hanafi,al-Maliki,al-hambali berkait rapat dengan kesufian/jalan tarikat yg mereka tempuhi..
    Terdapat para pelajar bertanya, kemampuan salafus soleh boleh mengkhatam al-Quran dalam masa singkat..

    Mereka yang mengkhatamkan al-Quran :
    1) Sekali sehari semalam ialah Saidina Osman ra, Tamim al-Dari, Said bin Jubair, Mujahid,
    Imam al-Syafie dan selain mereka.
    2) Tiga kali sehari semalam ialah Sulaim bin 'Itr ra (Kadi Mesir di zaman pemerintahan
    Mu'awiyah ra). Diceritakan juga dia selalu mengkhatamkan al-Quran pada waktu malam
    sahaja tiga kali, dan kadang-kadang empat kali.
    3) Empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam ialah Ibnu al-Katib ra. Ini
    adalah peringkat yang paling tinggi setakat yang pernah diketahui. Waktunya di antara
    Zuhur dan Asar sekali khatam, Maghrib dan Isya' sekali khatam dan dua kali khatam pada
    bulan Ramadan.
    4) Mujahid dan Ali al-Azdi mengkhatamkan al-Quran pada setiap malam di bulan Ramadan di
    antara waktu Maghrib dan Isya'.
    5) Sekali khatam dalam satu rakaat sembahyang ialah Osman bin 'Affan ra dan Tamim al-Dari.

    -mohon perkongsian drpd enti melihatkan pada kemampuan luarbiasa yg diperolehi golongan yg mulia ini, semoga kita dikurnia Mardhatillah dari-Nya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, kita bertuah dan bersyukur kerana sejarah ummat ini telah dimuliakan dengan jasa insan-insan soleh seperti yang saudari sebutkan. Mereka menjadi kebanggaan hingga ke generasi hari ini. Ana menghargai cetusan saudari ini.
    Berkait dengan soalan saudari, adakah kemampuan luarbiasa mereka berkait dengan jalan tarikat atau kesufian…
    Apa yang perlu kita jelas terlebih dahulu ialah:
    Apa yang dimaksudkan dengan kesufian?
    Apa pula yang dimaksdukan dengan tariqat yang dalam Bahasa Arab disebut TARIQOH, dan dalam Bahasa Melayu disebut JALAN) itu?
    Siapa lagi orang yang paling sufi di sisi Allah kalau bukan Rasulullah SAW?
    Adakah tariqat lain yang lebih benar daripada tariqat SUNNAH seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW?
    Satu buku yang bagi ana menarik mengupas tentang persoalan ini ialah sebuah buku bertajuk TASAWUF KONTEMPORARI, karangan Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
    Ada sebahagian kecil kelompok akhir zaman yang menganggap sufi itu menjauh daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi. Tasawuf dianggap jalan keluar daripada tanggung jawab social dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit social.
    Sedangkan tasawuf Islam sebagaimana yang dilihat dalam kehidupan Rasulullah dan para sahabat itu sangat-sangatlah dinamik seperti menjaga hubungan dengan Allah dalam berkerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang. Baginda menunjukkan qudwah tentang hubungan dengan Allah, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan. Hidup Rasulullah dan para sahabat seimbang (wasatiah) Hinggakan dunia di jari, Allah tetap berkuasa di hati.
    Berbalik kepada pencapaian ulama-ulama sebagaimana yang saudari sebutkan, bagi ana, pencapaian yang dicapai oleh mereka itu tidaklah pelik bagi orang yang membudayakan al-Quran. Sambil berjalan, berdiri atau duduk pun boleh menghabiskan beberapa juzuk al-Quran. Zaman remaja mereka tidak disibukkan dengan budaya ‘coupling’, merokok, menonton wayang picisan seperti kebanyakan remaja kita hari ini sebaliknya sibuk dengan budaya ilmu dan budaya al-Quran. Inilah golongan yang meneladani sunnah Rasul. Moga kita dan generasi kita pula akan mengangkat mereka sebagai ikon untuk dicontohi, bukannya para artis yang tidak mengikut syariat. Wallahua’lam.

    ReplyDelete
  5. Bismillahirrahmanirrahim.
    Syukran jazilan, telah ternyata hanya jalan/toriqah Rasulullah SAW yg benar,
    Apa yg ana faham drpd penjelasan ukhti fatimah ialah setelah kesemua yg selaras dgn penjelasan sebelum ini,
    “Sedangkan tasawuf Islam sebagaimana yang dilihat dalam kehidupan Rasulullah dan para sahabat itu sangat-sangatlah dinamik seperti menjaga hubungan dengan Allah dalam berkerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang. Baginda menunjukkan qudwah tentang hubungan dengan Allah, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan. Hidup Rasulullah dan para sahabat seimbang (wasatiah) Hinggakan dunia di jari, Allah tetap berkuasa di hati.”
    ...maka baharulah Allah SWT mengilhamkan ilmu(nur)ke dalam dada mereka..hati mereka suci dari noda mazmumah, hanya menzikiri nama-Nya,maka layaklah mereka digelar ilmuwan, menerima ilmu hikmah dari-Nya,-zahirnya terlihat mereka tidak mengasingkan diri dari duniawi namun hati-hati mereka tidak langsung terpedaya dgn nikmat dan mihnah duniawi, hebatnya mereka dan terlalu hebattt YG MAHA MENCIPTAKAN MEREKA..syukran sekali lagi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...sy prnh tbaca byk pndpt di kalangn ustaz yg melarang isteri mmohon cerai skiranya suami hndk bpoligami. Adakah jika isteri tahu dgn pasti suami tdk mmpu blaku adil isteri ttp tdk layak mohon utk diceraikn scr baik? Cthnya..spjg pkhwnn isteri lbih byk mnanggung pblnjaan rmh..tdk prnh dberi nfkah zahir..isteri tdk mrungut krn tahu suami tdk mmpu. Jadi adakah isteri berdosa jika mohon dlpskn scara baik sekiranya suami ttp mahu bkhwn lg...hrp ustazah dpt mberi pcerahan...krn poligami mmg indah mngikut teori tp hakikat plaksanaannya amat mnyedihkn meskipun tdk semua begitu.

    ReplyDelete