WANITA-WANITA YANG LANTANG MENYUARAKAN HAK - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

WANITA-WANITA YANG LANTANG MENYUARAKAN HAK


Menuntut hak tanpa menunaikan tanggungjawab adalah sesuatu yang dipandang tidak terpuji.
Memikirkan tentang tanggung jawab lebih utama daripada memikirkan soal hak.
Namun, itu tidak bermakna mereka yang mempunyai hak tidak berhak menyuarakan haknya.
Tunaikanlah  tanggung jawab dan nikmati hak anda.


WANITA-WANITA YANG LANTANG MENYUARAKAN HAK
1)      Asma’ binti Yazid
Riwayat Sahih Muslim menceritakan kisah keberanian Asma’ binti Yazid menyurakan hak kaum wanita. Pada suatu hari Asma’ binti Yazid al-An­shariyah datang menghadap Rasulullah. Ketika itu baginda sedang dikelilingi para sahabat.
Asma’ langsung berkata, “Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, ya Rasulullah. Saya adalah utusan kaum wanita untuk menghadap kepadamu. Sesungguhnya Allah azza wajalla mengutuskanmu kepada kaum lelaki dan wanita. Engkau bukan semata-mata milik kaum lelaki. Tapi, milik kita semua. Kerananya kami mempercayai dan membenarkanmu.”
Asma’ berkata lagi, “Kami kaum wanita terbatas dan terkurung, duduk di dalam rumah dan mengan­dungkan anak-anakmu. Sedangkan kaum lelaki dilebihkan atas kami dengan solat Jumaat dan jamaah, serta menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazah, melakukan ibadah haji beru­lang kali. Lebih utama daripada itu, adalah berjihad di jalan Allah.”
Asma’ menyambung bicara,  “Bila seseorang dari kalangan kaum lelaki pergi menunaikan ibadah haji atau umrah dan berjihad, maka kami kaum wanita yang memelihara hartanya. Kami pintal bajunya dan kami didik anak- anaknya. Maka apakah kami mendapatkan kebaikan dan pahala seperti mereka?”
Mendengar  pernyataan Asma’ yang berani dan bertubi-tubi, Rasulullah SAW merasa kagum dan gembira. Baginda lalu menoleh kepada para sahabat dan bertanya kepada mereka sebelum memberikan jawapan kepada Asma’, “Adakah kalian pernah mendengar pertanyaan seorang wanita yang lebih baik daripada pertan­yaan wanita tadi tentang urusan agamanya?”
Para sahabat menjawab, “Ya Rasulullah, kami tidak menyangka ada wa­nita yang bertanya seperti itu.”
Kemudian Rasulullah me­noleh kepada Asma’ dan menjawab pertanyaan yang mengesankan itu, “Ketahuilah wahai wanita, dan beritahukan­lah kepada kaum wanita lain yang saat ini tidak hadir, bahawa perlakuan baik seorang wanita terhadap suami dan pen­carian keredhaan dari suami serta kepatuhan kepada ke­inginan suami, pahalanya menyamai semua yang telah engkau sebutkan tadi.”
Tuntutan Asma’ binti Yazid al-Anshariyah kepada Rasulullah yang disampaikan dengan tutur kata manis dan menawan, timbul dari akal dan jiwa emosional wanita yang kuat dan menarik. Jawapan Rasulullah pun cukup menarik juga. Dengan gaya bahasa yang memukau dan indah menjelaskan bahawa keutamaan kaum wanita dalam berbakti kepada suami serta mendidik anak-anaknya tidak kalah pahalanya dengan tugas kaum lelaki dalam berjihad di jalan Allah[1].


2)      Saudah binti Amarah al-Hamadaniyah
Beliau menun­tut hak kepada Mu’awiyah. Bukan hanya hak kaum wanita yang dia perjuangkan, tapi juga hak keluarga dan hak kaum lelaki. Keberanian Saudah menuntut hak menempatkan di­rinya sebagai bayangan Asma’ binti Yazid.
Saudah termasuk pembela Ali bin Abi Thalib ketika terjadinya zaman fitnah yang mengakibatkan pertikaian Ali dengan Mu’awiyah. Saudah datang kepada Mu’awiyah dan menyampaikan kritik langsung dengan bahasa sastera yang indah dan memukau.
Katanya, “Ya Amiral Mukminin, Ibnu Arthah telah datang ke negeriku dengan membunuh kaum lelaki dan mengambil hartanya. Kalau bukan kerana rasa taat, tentu kami memiliki kemuliaan dan kekuatan (untuk menghukumnya). Jika engkau memecatnya, kami akan berterima kasih kepada­mu. Jika Ibnu Arthah tidak engkau pecat, maka kami akan mengetahui siapa sebenarnya dirimu.”


3)      Salamah, ibu susuan Ibrahim putera Rasulullah SAW
Suatu hadis riwayat Anas bin Malik menceritakan perihal Salamah, ibu susuan Ibrahim, putera Rasulullah SAW dengan Mariah al-Qibtiah, dia bertanya Rasulullah SAW,   “Wahai Rasulullah, engkau telah memberi khabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki tetapi tidak untuk kaum wanita.”
Rasulullah SAW bersabda, “Adakah rakan-rakanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?”
Jawabnya, “Benar, mereka menyuruhku.”
Lalu baginda bersabda, “Tidakkah seseorang di antara kamu merasa redha jika dia hamil dari benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya itu. Wanita tersebut mendapat pahala sama dengan seorang yang berpuasa dan berdiri malam di jalan Allah dan bila wanita itu menderita sakit sewaktu melahirkan, maka betapa kegembiraan yang dirasakan dengan lahir permata hatinya yang tidak diketahui penghuni langit dan bumi[2].”


[1] Rujuk Namadzijul Mar-atil Muslimah, Prof.DR.Ahmad Muhammad Jamal
[2] Al-Mu’jam Al-Awsat lil Al-Tabrani.
WANITA-WANITA YANG LANTANG MENYUARAKAN HAK Reviewed by Fatimah Syarha on 14:55:00 Rating: 5 Menuntut hak tanpa menunaikan tanggungjawab adalah sesuatu yang dipandang tidak terpuji. Memikirkan tentang tanggung jawab lebih...

3 comments:

  1. Entri yang menjentik naluri..

    kepada wanita di luar sana..apa persepsi dan pandangan kaum Adam terhadap anda ye?jom intai entri ini..Dialog IMAN dan NAFSU tentang WANITA..

    http://zombieinsaf.blogspot.com/2011/07/dialog-iman-dan-nafsu-tentang-wanita.html

    ReplyDelete
  2. harap2..dengan entri kak syarha nih..gadis pingitan diluar sana dapat menilai bagaimana nilai mereka disisi islam=)

    ReplyDelete

  3. ولذا قالت عائشة رضي الله عنها : نعم النساء نساء الأنصار لم يكن يمنعهن الحياء أن يتفقهن في الدين . رواه مسلم .
    وهذا بخلاف بعض النساء في زماننا هذا ، يخجلن أن يسألن عما أهمّهن من أمور دينهن ، ولكنهن لا يخجلن من محادثة بائع أو سائق ونحوهم !

    ReplyDelete