3 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN HURAIAN AL-GHAZALI - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

3 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN HURAIAN AL-GHAZALI



Hendaklah suami isteri tenang dan berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Isteri mempunyai hak untuk tidak diduakan oleh suaminya (tanpa apa-apa darurat yang mendesak).Terima-kasih buat suami soleh yang membuatkan hati isterinya tenang. Terima-kasih jua buat isteri solehah yang membuatkan hati suaminya tenang. Hiduplah bahagia dalam ketenangan.

Imam Syeikh al-Ghazali mengatakan bahawa struktur asas bagi pembinaan rumah tangga bahagia ada tiga. Katanya: “Sesebuah rumah hendaklah dibina di atas tiga struktur asas, iaitu: ‘al-sakinah’ (ketenangan), ‘al-mawaddah’ (kemesraan) dan ‘al-tarahum’ (timbang rasa).”

Struktur yang digariskan oleh Imam Syeikh al-Ghazali ini berdasarkan Surah ar-Rum, ayat 21." Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa Dia jadikan kamu pasangan hidup agar kamu mendapat sakinah (ketenangan/ kebahagiaan)bersamanya.Dan Allah menjadikan antara kamu berdua mawaddah (kasih-sayang, kemesraan) dan rahmah (belas kasihan/ timbang rasa)." 

Asas pertama: Ketenangan.

Asas kedua: Kasih sayang/ Kemesraan.
Berkongsi suka dan duka secara bersama.

Asas ketiga: Belas kasihan/ Timbang rasa
Berakhlak mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.

Sesebuah rumah tangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, bahkan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup dan ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan. 

Hubungan antara suami isteri adalah dibuat melalui suatu ‘kontrak’ atau ikatan yang membabitkan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab secara timbal balas. Setiap tanggung jawab yang disempurnakan, sepatutnya dibayar dengan hak yang dinikmati. Dengan kata lain, suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak mengambil dan memberi. Tiada hak yang diambil dengan percuma tanpa tanggungjawab yang diberi.


3 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN HURAIAN AL-GHAZALI Reviewed by Fatimah Syarha on 11:28:00 Rating: 5 Hendaklah suami isteri tenang dan berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Isteri mempun...

18 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Dalam hubungan rumah-tangga ini, apa yang penting sekali adalah saling redha meredhai dgn cara paling baik. Surah AlBaqarah:232 أَن يَنكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَ‌اضَوْا بَيْنَهُم بِالْمَعْرُ‌وفِ Bahawasanya mrk nikah akan pasangan mrk apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak).
    W/pun lafaz ayat ini berkenaan pernikahan semula tetapi itulah istidlal mengenai hubungan suami isteri, sama2 menyelesaikan masalah hidup lebih2 lagi menghadapi situasi hidup yang sukar. Apa yg penting, sama2 dapat meluangkan masa hidup dlm petunjuk Allah SWT. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Struktur yang digariskan oleh Imam Syeikh al-Ghazali ini berdasarkan Surah ar-Rum, ayat 21." Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa Dia jadikan kamu pasangan hidup agar kamu mendapat sakinah (ketenangan/ kebahagiaan)bersamanya.Dan Allah menjadikan antara kamu berdua mawaddah (kasih-sayang, kemesraan) dan rahmah (belas kasihan/ timbang rasa)."

    ReplyDelete
  3. Jika 3 struktur asas di atas terbina, insyallah suami dan isteri akan hidup dengan saling redha meredhai:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Saya tertanya2 juga, dimana Imam Syeikh AlGhazali mengambil dalil pada asas Pertama: Ketenangan bahawa, `Isteri mempunyai hak untuk tidak diduakan oleh suaminya (tanpa apa-apa darurat yang mendesak)`.

    ReplyDelete
  5. Jika kita menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.(Tiada satu pun asbabnya untuk kepentingan nafsu, membuktikan lelaki yang bertanggungjawab dan memahami psikologi wanita tidak akan DENGAN MUDAH berpoligami)

    Bagi seorang lelaki bertaraf Nabi, yang banyak diberi kelebihan oleh Allah, sudah cukup payah untuk mengelola perasaan dan menghadapi isteri-isteri Baginda. Apalagi untuk lelaki biasa. (Sebagai manusia biasa, ada sunah yang boleh diikuti dan ada sunnah yang tidak boleh diikuti seperti bkahwin lebih dari 4isteri dalam satu masa)

    “Karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238-Bahagiakan Dirimu dengan Satu Istri).

    ”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’

    Mahu jadi seorang isteri solehah, biarlah dengan rasa hati yang ikhlas...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ustazah Fatimah,

    Semoga ustazah dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Saya nak bertanya kan pendapat dan cadangan ustazah. Kalau suami ada masalah di tempat kerjanya menyebabkan dia sedih, penat dsb, bagaimanakah kita sebagai isteri dapat memainkan peranan untuk menenangkan dan menggembirakan hati suami? kita memang tak dapat bantu untuk selesaikan masalah dia tapi kita nk bantu supaya dia dapat ketenangan dan kekuatan untuk menghadapi semua itu. Kalau boleh saya nk tau, apa yg suami inginkan atau harapkan daripada seorang isteri apabila dia sedang dirundung masalah. Terima kasih atas pandangan ustazah :)

    ReplyDelete
  7. Soalan Tajnur:
    `Isteri mempunyai hak untuk tidak diduakan oleh suaminya (tanpa apa-apa darurat yang mendesak)`.

    Dalil terhadap hak itu sebagaimana dalil harusnya meletakkan syarat ta'liq. Syarat ta'liq dalam masalah poligami, ialah agar diceraikan suami jika suami bernikah lagi. Itu hak wanita untuk meletakkan syarat ta'liq, disokong oleh para ulama' sejak generasi sahabat tentang sahnya dan diakui dalil-dalil ini amat kuat.

    dalam Undang-undang Keluarga Islam pula, wanita ada 3 hak jika suami ingin bernikah lagi:
    1.Merelakan suami berpoligami.
    2.Mempertahankan monogami sedia ada.
    3.Minta dibebaskan.

    ReplyDelete
  8. Terima-kasih untuk soalan Azuni. Soalan ini menggambarkan Azuni seorang isteri solehah yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat suaminya. Bertuah suami Azuni, moga dia tahu menghargai.

    Suami yang ada 'taqwa' mampu 'mengawal diri', proaktif dan tidak melepaskan kemarahan di pejabat kepada keluarga. Ana tak maksudkan suami Azuni begitu. Apapun, latihan 'taqwa' ke atas orang lain ini di luar kuasa kita. maka, kita lakukan apa yang berada di dalam batas kemampuan kita dahulu.

    Cadangan ana, jika suami balik kerja dan mukanya nampak lain,(penat, marah dll) maka:
    1.Jangan sesekali buka cerita tentang apa-apa masalah di rumah termasuk masalah anak-anak lagi. Simpan dahulu walaupun lumrah orang perempuan keinginan nak bercerita selalu menggebu.

    2.Hidangkan makanan. sebaik-baiknya sudah tersedia.

    3.Senyum aje memanjang biarpun senyuman itu tiada balasan.

    4.Cakap yang indah-indah sahaja seperti:

    - luahan perasaan rindu,"asyik teringat kat abang saja hari ni, sebelum bni pun macam ni juga."

    -puji dirinya, "abang tetap nampak smart walaupun nampak penat',

    -cerita apa-apa yang mebanggakannya

    dll.

    5.Jika suami marah-marah, peluk dia sekali kata "i Love you" kemudian pergi main dengan anak-anak.

    6. Lepas dia nampak cool, baru tanya, "Sibuk ke tadi kat ofis? Mari Ayang urutkan..."

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt
    Terima kasihlah mengenai penjelasan akhir tu, namun sebagai mereka yang pernah mempelajari qawa`id Usul AlFiqh, saya masih mengharapkan penjelasan dari dalil qot`ie dari qot`ie tsubut samaada usuliah atau furu`iah. Kalau sekadar Undang2 Kekeluargaan Islam dan syarat ta`lif masih tidak menepati ciri2 yang dikehendaki dlm Istinbat hukum seperti terdpat dalam Surah AnNisa:83 وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ .

    Walaumacamana pun terima kasih ttg penjelasan tersebut walaupun diterima pakai oleh kehendak sistem sekarang. Wallahualam

    ReplyDelete
  10. Bca ulasan lanjut tentang entry PERCERAIAN dalam kategori fiqh keluarga. ia berkaitan

    ReplyDelete
  11. Terima kasih ustazah.

    tapi suami saya takdela marah-marah bila balik kerja (malah memang xpernah marah pun, alhamdulillah :) ) cumanya saya tau dia sangat penat dengan kerja-kerja di pejabat. antara sebabnya ialah dia seorang yg sangat bertanggung jawab dan amanah dalam tugasnya. dia sentiasa berusaha menyelesaikan segala tugasnya sebaik mungkin. jadi kadang-kadang saya rasa sampai orang ambik kesempatan pulak, semua kerja serah kat dia. tu yg saya kesian tu. tapi dia xpernah mengungkit dsb. dan dia sedaya upaya tak nak mengadu dengan saya pasal masalah dia. dia kata apa2 pun biarlah dia mengadu dengan Allah je.
    jadi saya sebagai isteri rasa bertanggung jawab jugak untuk bagi ketenangan pada dia, nak meringankan beban dia, sbb saya yakin, itu lah juga tujuan Allah menciptakan isteri untuk seorang suami kan ustazah.
    apa2 pun terima kasih atas respon ustazah. semoga Allah sentiasa merahmati ustazah sekeluarga :)

    ReplyDelete
  12. salam 'alaik kak ha...

    Ada seorg sahabat sy bertanya. InsyaAllah, dia akan menikah dlm masa 4 bln dari skrg. Dipendekkan cerita telah 2 tahun lebih mereka melalui pelbagai ranjau dan duri untuk menikah. Sehingga shbt sy ini tidak sanggup diduakan jika telah menikah nnt krn pahitnya ranjau sbln pernikahan lagi.
    Jadi, dia ingin tahu bagaimana mahu mengaplikasikan hak untuk tidak diduakan dgn syarat taqliq? adakah semasa proses menikah atau bagaimana?

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbt.
    Perlaksanaan syarat ta'liq di Malaysia diperakui sah dan mengikat.

    Ada syarat ta'liq yang sudahpun ditentukan oleh pihak berautoriti sebagaimana yang terdapat di belakang sijil nikah. Contohnya:

    Jika suami meninggalkan isteri selama 4 bulan samada dengan sengaja atau terpaksa, maka jatuhlah talak ke atas isterinya.

    Jika ingin menambah lagi syarat ta'liq tambahan, maka berbincanglah dengan bakal suami dengan penuh hikmah. Minta janji daripadanya dengan bersaksikan Allah dan mana-mana saksi (tidak ada saksipun tidak mengapa, cuma nak lagi konkrit, datangkan saksi dan perjanjian bertulis (white and black)).

    Syarat ta'liq itu boleh ditulis di belakang sijil nikah selepas mendapat sijil nikah dan minta suami menandatanganinya.Dia mesti memenuhi janji ini termasuk janji untuk tandatangan syarat ta'liq ini. Jika tidak, pengantin perempuan boleh batalkan pernikahan itu.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Isteri solehah seperti Azuni memang layak memiliki suami soleh begitu. Moga kalian bahagia dalam redha-Nya. Teruskan membina kreatviti untuk membuatkan suami kita berasa menjadi 'dialah suami paling bertuah di dunia ini.'

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ustazah,

    saya nak minta huraian tentang surah ar rum ayat 21 di atas. Adakah maksudnya jenis itu pasangan yg sekufu atau jenis manusia berkahwin dgn manusia dan bukan berkehendak kepada selain manusia contoh nya jin atau binatang?

    di harap ustazah boleh membantu kekusutan yg ada.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  16. salam. jika merujuk Tafsir Sahih Ibnu Katsir, maksudnya ialah 'Wanita' sebagai pasangan hidup lelaki. (sama-sama manusia).

    Ia juga menjelaskan bahawa seandainya Allah menjadikan semua manusia adalah lelaki dan pasangannya adalah jin atau haiwan, sudah tentu tiada keserasian dan kesesuaian.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,ustzh ana nk tnya apa pndgn ustzh seorg lelaki yg hnya menjdi suri rumah dan dlm islm dibolehkn ke ustzh? mohon penerangan dr ustzh..

    ReplyDelete