CINTA TANPA NODA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

CINTA TANPA NODA



ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
4 Ogos 2011
CINTA TANPA NODA Reviewed by Fatimah Syarha on 16:10:00 Rating: 5 ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA... Tak mampu kudustai rasa ini, Cukuplah dengan pertautan hati, Belu...

23 comments:

  1. Subhanallah...saya pun nak jd mcm ustazah, sudah 2kali saya tersilap langkah memberi cinta & kepercayaan kpd yg bukan halal bg saya sehingga akhirnya sy yg kecewa & merana & sakit...sempena Ramadhan kali ni, saya pohon Allah bg cahaya baru dlm hidup saya.Ingin bangkit semula...menebus segala kesilapan lalu..tidak lagi mengejar cinta manusia yg menipu...mohon hati dirawat dgn kalam Allah...mohon diistiqamahkan hati dlm menginfakkan diri ke jalan Allah. Mohon Ustazah doakan...

    ReplyDelete
  2. :) suka :) harap dapat berubah menjadi lebih baik walaupun lepas Ramadhan ni berakhir

    ReplyDelete
  3. tiada kata seindah bahasa...
    tiada cinta seindah cinta pada-NYA..
    namun sukarnya menjaga hati..
    mujahadah benteng diri..

    syukran kak ha atas post yg menarik ini..

    suke..

    ^__^

    ReplyDelete
  4. Buat anda semua yang sudi menghargai,
    kalianlah inspirasi diri ini,
    kumenulis kerana menyayangimu,
    agar kita semua disayangi Ilahi.

    ReplyDelete
  5. syukran ya ustazah..
    mohon share bleh ustazah?^_^

    ReplyDelete
  6. syukran jazilan..
    sm0ga dpat pewh yg d"redhai 0lehny...
    shre bleyh kn ustazah???

    ReplyDelete
  7. Menarik. Mohon share yer.

    Maaf, ana ada kemusykilan.. Apakah yg di maksudkan pergaulan bebas antara bukan mahram? Sebagai cth,
    1) kawan kawan yg berlainan jantina mengunjungi rumah sempena hari raya.
    2) berjumpa dan berbual2 dengan alasan sudah lama tidak berjumpa.

    ReplyDelete
  8. mohon share, ustazah. sentiasa tertarik dgn penulisan ustazah =)

    ReplyDelete
  9. indah sungguh bait2 kata ini..moga kita sama2 dpt menjaga diri...syukran ustazah

    ReplyDelete
  10. terima kasih akak..
    yna suka sangat baca hasil nukilan akak..
    tambah lagi kisah ceritera d UIAM...
    terubat sedikit rindu yna pada UIAM..
    mungkin takdir tidak mengizinkan yna menghabiskan pengajian persediaan di CFS IIUM PJ..
    Juga tidak dapat melangkahkan kaki menuntut ilmu di UIA Gombak..
    tapi hati ini masih terpaut rasa cinta di sana..
    kerana terlalu banyak ilmu yang diterima walau hanya 2 bulan berada di UIA...

    ReplyDelete
  11. Salam, kak fatimah syarha indah sungguh nukilan akak buat kami yg masih remaja dan tercari2 cinta tanpa noda ini.. Doakan kami supaya tidak tersilap dr mencari cinta manusia yg dipinjamkan dr Allah..Mohon doa dari akak untuk kami..ye agar kite semua disayangi.terima kasih akak.

    ReplyDelete
  12. :) menarik! thanks ustazah...:)

    ReplyDelete
  13. subhanallah.. sungguh mendalam nasihat mu ya ukhti.. moge diberkati Allah selalu.. amin.. :)

    ReplyDelete
  14. tiada yg lebih indah daripada mendapat keredhaan ILAHI .. :'>

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kak fatimah..nak tye kenape ibu bapa kita x stuju jika perkahwinan sewaktu belajar?lagi satu, saya ade nyatakan hasrat nak kwin time blaja (hbis diploma,skunk nak smbung ijazah), tp keluarga menentang. niat saya cume nak menghalalkan hubungan saya dan pasangan yang dah berkawan lama.(family lelaki pun dah setuju)tapi ibu bapa saya xbagi..minta pendapat akk kalu x keberatan.terima kasih ye..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaykum,kak syarha..ana cme nk tny,mnta sedikit kekuatan..
    Mcm mne nk hilangkn seseorg itu dr fikiran kita?sbb ana tkut 'dia' bkn jodoh ana,dn ana akn kecewa bila menerima hakikat ni...tolonglah kalau sudi,,:)
    Apa2 pn,syukran kak syarha krn sudi mengongsikan/postkn ilmu2 yg akak ada...semuanya bernas dn berguna even tough sy bdk skolah menengah...
    Assalamualaykum....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum warahmatullah,

    Syukran atas nasihat ini, semoga Allah jauhi ana dari perkara2 sedemikian, ameen :)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Terima kasih ustazah atas puisi yang cukup indah ini. Di saat hati mula tertanya pemilikan hati ini, di saat keinginan menerjah sanubari, di saat diri menanti-nanti pelengkap hidup ini. Puisi ini menyudahkan cara dengan baik sekali agar membentengkan diri daripada desakan nafsu yang menghantui.
    Tarikh puisi ini dtulis memberi makna buat saya kerana tarikh kelahiran saya. Saya sungguh mengkagumi ustazah.

    ReplyDelete