Dari Kamar Mahkamah - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Dari Kamar Mahkamah



BICARA KES TENTANG PERMOHONAN BERPOLIGAMI

1)      Mendakwa Ingin Berpoligami Kerana Tuntutan Agama.

Jakarta – Dalam satu permohonan untuk berpoligami, M Insa, selaku pemohon, menganggap poligami sebahagian dari tuntutan Islam. Apabila permohonannya ditolak oleh mahkamah, dia mendakwa pihak mahkamah melarang dirinya beribadah kepada Allah melalui poligami.
Namun, ahl Quraish Shihab mematahkan hujahnya. Menilai poligami bukan ibadah murni. Poligami tidak ada bezanya dengan makan.
“Sama saja dengan doktor yang melarang makan demi kesihatan. Padahal kan makan itu juga hak asasi manusia, tapi tetap boleh dilakukan. Nah poligami sama dengan makan,” kata mantan Menang itu saat menjawab pertanyaan Majelis Hakim Haryono dalam sidang judicial review UU Perkahwinan di Gedung MK, Jalan Medan Merdeka Barat, Jakarta, Kamis (23/8/2007).
Dijelaskan Quraish, Al-Quran bukan hanya buku hukum, tapi juga sumber hukum. Soal poligami, hampir semua ulama sependapat, poligami diizinkan bagi yang memenuhi syarat-syarat tertentu sahaja.
Tujuan pernikahan, imbuh dia, membentuk keluarga sakinah, mawaddah, warohmah. Sakinah ertinya ketenangan yang didapatkan setelah seseorang mengalami suatu gejolak. Ketika orang sendirian, maka dia sering merasa asing.
“Nah perkawinan itu menemukan seseorang yang cocok, maka yang didapat adalah ketenangan. Ini bererti setiap usaha yang tidak menciptakan ketenangan, maka bertentangan dengan perkahwinan,” jelas dia.
Soal mawaddah yang bererti kosong, kata Quraish, maksudnya adalah kosongnya jiwa dari niat buruk kepada pasangan. Dan yang kedua,  tidak ingin ada yang lain selain pasangannya.
“Jadi jika masih ada perasaan ingin memiliki yang lain, maka itu tidak mawaddah,” ujarnya.
Keluarga yang sakinah, mawaddah, warohmah, kata dia, hanya bisa bertahan seandainya sang suami berpoligami, asalkan, sang isteri rela berkorban demi suaminya yang ingin berpoligami dengan alasan-alasan tertentu.
             Jika isteri tidak rela maka tindakan suaminya itu telah menghancurkan tujuan perkahwinan mereka dan isteri tidak boleh dipaksa untuk dimadukan.

2)      Gagal Membuktikan Permohonannya Untuk Berpoligami Adalah Patut

Dalam sebuah kes yang telah diputuskan Aishah bt. Abd. Rauf lwn Wan Mohd Yusuf bin Wan Othman[1], pemohon telah gagal  untuk membuktikan apakah perkahwinan poligaminya itu sesuatu yang patut dan perlu sebagaimana dalam syarat (a).
Pengakuan yang telah dibuat oleh pemohon dengan mengatakan bahawa isterinya yang sedia ada tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal yang boleh menghalang dari perhubungan kelamin serta tidak pernah ingkar terhadap keperluan batin suami isteri. Kerana itu pemohon tidak mempunyai suatu alasan yang munasabah kenapa harus berpoligami.
Pembuktian kepada syarat (c) dan (d) pula perlu kepada saksi-saksi yang akan memberi keterangan terhadap ketakwaan pemohon kepada Allah dan sesama manusia.
Syarat-syarat yang diperuntukan dalam Syeksyen 23(4) ini pada pendapat Jawatankuasa Rayuan adalah bertujuan agar keadilan bagi keluarga Islam dapat dicapai dan adil itu merupakan tuntutan wajib oleh al-Quran.



[1] Jurnal Hukum, 1991 (152).
Dari Kamar Mahkamah Reviewed by Fatimah Syarha on 04:23:00 Rating: 5 BICARA KES TENTANG PERMOHONAN BERPOLIGAMI 1)       Mendakwa Ingin Berpoligami Kerana Tun...

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Hm..ini baru mahkamah dunia..akhirat? Wallahua'lam.

    Saya secara peribadinya lebih jelas tentang kedudukan sunnah poligami dalam Islam..terima kasih kepada ustazah yang tidak menyembunyikan fakta dan pandangan jumhur ulamak dalam hal ini.

    Namun tak dinafikan masih ramai yang menggalakkannya, mungkin kekurangan sumber yang jernih dalam isu ini. Syukran.

    ReplyDelete