FIQH PRIORITI: BERKAHWIN SATU LEBIH UTAMA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

FIQH PRIORITI: BERKAHWIN SATU LEBIH UTAMA







Indahnya suasana aman, bebas dari keributan dan bebas dari pedihnya perasaan

Berikut ialah nota ringkas tentang Fiqh Prioriti dalam masalah poligami dipetik daripada
buku Kursus Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam, karya Prof. Datuk Paduka Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pakar Fiqh dan Usul Al-Fiqh Malaysia. 

  1. Berkahwin satu adalah lebih utama (Lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya, moga kamu bertaqwa). Manakala, berpoligami lebih utama daripada menikahi anak yatim di bawah umur. Penafsiran ini (Surah al-Nisa' ayat 3) disokong oleh jumhur ulama’ berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW, amalan para sahabat, dan latar belakang sejarah.
  2. Poligami diharuskan berdasarkan syarat-syarat dan sebab-sebab tertentu. Ia terbukti di sepanjang sejarah perkembangan Islam.
  3. Poligami bukanlah amalan afdhal dan digalakkan.
  4. Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, amalan berpoligami dilarang kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.
  5. Di sesetengah negara Islam seperti Tunisia, poligami telah diharamkan melalui undang-undang.
  6. Terdapat ramai ulama dan cerdik pandai Islam yang telah bersetuju dengan sekatan undang-undang (mengetatkan syarat poligami). Bagi mereka, apa yang ditegaskan oleh Al-Quran hanyalah supaya berlaku adil dari segi keperluan fizikal dan material sahaja, sedangkan soal sejauh mana perlu atau tidak poligami itu dilakukan tidak berbangkit langsung (di dalam Al-Quran).
  7. Dalam Islam, perkahwinan pada asasnya berkonsepkan monogomi iaitu berkahwin dengan seorang sahaja isteri pada satu-satu masa.
  8. Poligami hanya dibenarkan sebagai satu bentuk bukan pilihan utama tetapi atas sebab-sebab dan keperluan tertentu. Contohnya, keperluan sosial, meningkatnya nisbah perempuan berbanding lelaki dalam satu-satu masa. Contoh keperluan individu pula ialah apabila isteri sakit dan tidak bernafsu.
  9. Keperluan berubah mengikut perubahan masyarakat dan keadaan malah berubah antara seorang individu dengan individu yang lain.
  10. Keperluan poligami pada zaman ini bagi merawat  risiko pergaulan bebas dan gagalnya pembinaan sesebuah rumahtangga. Ia untuk menggantikan amalan perhubungan di luar nikah.
  11. Walau bagaimanapun, amalan berpoligami yang berlaku dalam masyarakat sekarang agak berbeza dengan pandangan murni Islam.
a)      Berlaku di kalangan orang-orang yang kurang dihormati. Akibatnya, poligami menjadi dorongan gejala seks mewah. Sekaligus memberi pengertian buruk kepada pengertian poligami itu sendiri.
b)      Golongan terhormat yang mengamalkan poligami secara tidak terhormat. Contohnya, menyembunyikan hal itu daripada isteri pertama dan masyarakat umum. Akibatnya, masyarakat memandang serong kepada perkahwinan itu kerana menyangka perkara tidak baik telah berlaku. Kesannya, amalan itu mencemarkan amalan poligami.
  1. Hanya mereka yang tidak sensitif dengan kecaman masyarakat sanggup melakukan poligami pada masa kini.
  2. Sekiranya pihak suami tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya, maka pihak isteri yang tidak mendapat keadilan itu boleh memohon agar mahkamah mengambil tindakan terhadap suami atau meminta mahkamah memutuskan perkahwinan itu.
  3. Hidup berpoligami tidak semudah yang disangka Suami harus bijak melayan isteri-isterinya dengan adil. Sekiranya suami tidak berlaku adil terhadap para isteri, suami akan menanggung segala dosa dan azab sengsara atas segala perbuatannya di akhirat nanti.


[1][1] Rujuk lebih lanjut buku Kursus Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam, karya Prof. Datuk Paduka Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pakar Fiqh dan Usul Al-Fiqh Malaysia.
FIQH PRIORITI: BERKAHWIN SATU LEBIH UTAMA Reviewed by Fatimah Syarha on 22:36:00 Rating: 5 Indahnya suasana aman, bebas dari keributan dan bebas dari pedihnya perasaan Beriku...

12 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Bukankah asas perkahwinan dlm Islam bersandarkan pada dalil Dzonn dari Qot`ie Tsubut dlm Usul AlFiqh dlm Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗSekirannya kedua2 (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya `berat sangka` Kami bahawa kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah `.
    Walaupun lafaz khususnya ayat ini mengenai masalah `ruju` semula` utk pernikahan kali ke 2, namun itulah `istidlal` yang menjadi perbahasan Imam Mazhab dlm masalah pernikahan. Sesuatu dalil yang baik adalah pendek tetapi bertepatan dgn hak`. Dalil tersebut jugalah, maka ada sesetengah ulama` tidak berkahwin termasuklah Imam Syafie dan Imam Nawawi rah. alaihuma. kerana mereka tahu batas2 Hududallah` jika terus berkahwin. Begitu juga, para sahabat seperti Saidina Umar r.a. mengahwini anak Saidina Ali r.a., Saidina Ali r.a. pula menhawini balu setelah wafatnya Saidina Abu Bakar r.a. dsb. Pernikahan tidak mengenal batas usia, pangkat, keturunan, poligami atau tidak tetapi yang penting setelah berkahwin kedua2nya MESTI dapat menegakkan hukum Allah SWT. Tafsiran حُدُودَ اللَّـهِ dapat dlm Tafsiran Imam AlQurthubi. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Penerangan anda ini tidak bercanggah dengan harusnya para ulama untuk mengadakan fiqh prioriti. Kita berhukum dengan yang zahir dan Allah berkuasa pada yang batin.Apa yang anda faham dengan fiqh keutamaan?

    ReplyDelete
  3. Apa yang ana siarkan adalah tulisan ulama dalam bentuk umum dan merujuk asal hukum. Manakala bagi setiap individu hukumnya boleh berubah mengikut kondisi masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Dalami maksud penerangan ini: -Keperluan berubah mengikut perubahan masyarakat dan keadaan malah berubah antara seorang individu dengan individu yang lain.

    ReplyDelete
  5. Suatu perkara menarik yang ingin sangat ana tahu dan masih tercari-cari fakta mengenainya ialah tentang para sahabat utama, adakah mereka berpoligami atau berkahwin satu setelah wafatnya isteri pertama. Tahap kesihatan wanita pada zaman itu tidaklah sebaik tahap kesihatan wanita pada masa kini. ramai wanita yang meninggal cepat.Saja-saja nak tahu. Kalau siapa-siapa di sini ada fakta sejarah mengenainya, bolehlah berkongsi.

    ReplyDelete
  6. Berkenaan Saidina Umar yang mengahwini anak Saidina Ali, berdasarkan fakta yang pernah ana baca, beliau jelaskan bahawa beliau ingin mempunyai kerabat dengan ahli bait keturunan Fatimah yang diberkati itu, bagi meraih kedudukan akhirat. Semuanya kerana kepentingan akhirat beliau, bukan nafsu.

    cantiknya fiqh Islam melentur mengikut zaman dan keperluan. cuba fikirkan, apa hikmahnya pada zaman ini, menikahi anak2 di bawah umur diketatkan undang2nya dan boleh dikatakan dilarang? itu tidak bermakna kita tidak mencontohi sahabat seperti Saidina Umar kerana kita telah mencontohi mereka secara manhajnya, berhukum dengan meraikan zaman dan keperluan.

    ReplyDelete
  7. Zaman sekarang, terdapat golongan yang MENGGALAKKAN(saya gunakan perkataan menggalakkan,sebab poligami perlu sebagai rukhsah dalam kes-kes tertentu) sekadar menggunakan hujah akal mereka dalam menilai poligami. Mereka berkali2 menyebut ayat 3 Surah Annisa tetapi tidak memaklum langsung atau mengesampingkan ayat 129.

    Hakikatnya poligami adalah perkongsian MASA. Bagi saya lelaki yg benar-benar bertanggungjawab & mementingkn pendidikan awal anak-anak tidak akan berpoligami kerana fokus masa mereka bersama anak-anak yang akan terpecah. Apalagi jika seorang ayah itu sudah sedia sibuk dengan pekerjaan harian.

    Teringat satu ayat dari Nota Hati Seorang Lelaki karya ust pahrol,bahawa hadiah terbaik yang boleh diberi seorang ayah kepada anaknya adalah dengan menyayangi ibu si anak dengan sebaiknya. Sebagai seorang anak, saya tidak dapat menyangkal kenyataan ini yang banyak memberi sumber inspirasi kepada saya untuk merasai 'baiti jannati'.

    ReplyDelete
  8. Terima-kasih atas respon Rabiatul Adawiyah. Memang dalam masalah poligami ada 3 golongan:
    1.Menggalakkan.
    2.Menganggapnya cuma rukhsah dan tidak digalakkan.
    3.Mengharamkan.

    Ana lebih tenang dengan pendapat jumhur ulama' iaitu di kelompok pertengahan. Fikrah mereka jernih dan lebih memberi ketenangan kepada semua pihak.

    Berkaitan KEADILAN dalam MASA, seorang kawan akak, PEGUAM SYARIAH, mengatakan, di mahkamah Syariah, Hakim akan turut menilai kemampuan suami dari segi MASA untuk menetapkan samada dia mampu berlaku adil atau tidak. Suami yang biasa sangat sibuk,hingga amat sikit masa dengan keluarga, dan anak-anak kurang perhatian, dianggap TIDAK AKAN MAMPU BERLAKU ADIL.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ustazah atas penerangan..:)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ustazah.
    xthu saye nk mulakan dari mane ustazah.dah lame saye bace entry2 ustazah berkenaan poligami,saye tercari2 ape sbnrnya yg ada dlm poligami..maaf andai kehadiran luahan ini menganggu ustzah,bukan ingin membuka aib,tetapi pandangan dri yg lbh arif sgt diperlukan.ibu saye dimadukan tanpa rela.tanpa pengetahuannya hampir selame sebulan(kuasa Allah,ibu sye mimpi bapa sye nikah lain).bukan ingin membuka aib.tidak.hati anak mane yg rela melihat ibunya berendam air mate kerana dimadukan..ibu saye pernah cuba utk menfailkan kes ke mahkamah.tp bapa sye xpernah menghadirkn diri.xpernah memberi kerjasame..perkahwinan kedua bapa saye tdk didftrkan(klu kat selangor kne mntk izin isteri pertame),sye thu harus ade pendamai dlm kes ibu bapa sye.sye pernah beri tahu ibu sye utk pergi pejabat agama(kaunseling) ttpi sye xthu knpe keegoaan lelaki trllu tggi ustzah..ayh meng'expect' utk ibu terima saja apa yg sudah berlaku..xmudah itu saye rase ibu sye nk terima(perkahwinan yg dibina selame 20thun)
    sukar utk diluah segale rase yg ade dlm diri ini sebagi seorg anak.tp 1 perkara yg sye xpernah lupa DOA utk mereka.semoga masing2 diberi petunjuk.

    usatzah,ape sebnrnya yg saye boleh buat sbgi seorg anak..? sye sellu berfikir ape sbnrnya hikmah dri Allah ats semua ini berlaku..bile masalah ini akan selesai.

    mohon pandangan ustazah yg dikasihi,
    azlina,22thun,(studenet)
    klu tidak keberatan bole ustazah reply mealui email sye(maaf ustzah andai menyusahkan ustzah)

    azlinaishak90@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Wahai suami. Ingatlah bahawa syurgamu d bawah tapak kaki ibu. Ibu tidak bole d ganti. Maka bolehkah anakmu mengantikan ibu kandung dengan ibu tiri sedangkan ibu kandungnya masih bernyawa.

    ReplyDelete