KISAH PENGHORMATAN ISLAM TERHADAP PILIHAN WANITA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

KISAH PENGHORMATAN ISLAM TERHADAP PILIHAN WANITA


Hanya cinta Allah satu-satunya cinta yang tidak mengenal kecewa.


Inilah kisah Barirah yang dibebaskan merdeka. Dia menolak Mughith untuk menjadi suaminya semula meskipun Mughith mengekori belakangnya sambil menangis dan air matanya mengalir membasahi janggut.
Bukhari dan selainnya meriwayatkan:

فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ رَاجَعْتِهِ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي قَالَ إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ قَالَتْ لاَ حَاجَةَ لِي فِيهِ
Maksudnya:
Maka Rasulullah SAW bersabda kepada Barirah: “Tidakkah engkau ingin kembali kepada suamimu?” Barirah menjawab: “Wahai Rasulullah, adakah engkau menyuruhku?” Rasulullah SAW bersabda: “Tidak, aku hanya merasa kasihan (memberi pilihan kepada kamu).” Barirah berkata: “Aku tidak berhajat kepadanya lagi.”
Inilah dia Barirah, seorang hamba wanita yang dimiliki dan telah merdeka dengan bantuan Aisyah, isteri Rasulullah. Rasulullah cuba membantunya kembali kepada suaminya namun dia enggan untuk kembali. Tegas pendirian wanita tersebut. Rasulullah menghormati dan tidak memaksanya. Jadi, bagaimana lagi kita mahu ragu tentang terbelanya hak-hak peribadi wanita dalam Islam berdasarkan kisah-kisah sebegini?
KISAH PENGHORMATAN ISLAM TERHADAP PILIHAN WANITA Reviewed by Fatimah Syarha on 11:51:00 Rating: 5 Hanya cinta Allah satu-satunya cinta yang tidak mengenal kecewa. Inilah kisah Barirah yang dibebaskan merdeka. Dia menolak Mugh...

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Rasulullah saw hidup dengan mentadabbur AlQuran. Sebagai seorang rasul dan pemimpin kaum muslimin, Rasulullah saw sangat menjaga perintah Allah SWT walaupun satu ayat berdasar Surah AlMa`idah:67 يَا أَيُّهَا الرَّ‌سُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّ‌بِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِ‌سَالَتَهُ ۚ وَاللَّـهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.
    Berdasarkan ayat Surah AlBaqarah:232 فَلَا تَعْضُلُوهُنَّ أَن يَنكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَ‌اضَوْا بَيْنَهُم بِالْمَعْرُ‌وفِ

    maka Rasulullah saw akur dan menghormati akan keputusan Barirah. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Terima-kasih buat Tajnur yang sudi merespon setiap entry ana. Ana sangat hargai.

    Sungguh mulia peribadi Rasul. Baginda sentiasa bermusyawarah dengan para sahabat dan isteri baginda.(Rujuk sirah tentang tawanan perang Badar dan peristiwa Hudaibiyah antara baginda dengan Ummu Salamah).

    Baginda meraikan kepelbagaian pendapat. Pendapat Umar selalunya tepat. Hingakan baginda bersabda, "Jika ada Nabi selepasku, Umarlah orangnya."

    Baginda tidak memimpin secara kuku besi, tidak memaksa-maksa, tidak menolak semua fungsi akal dan meraikan pilihan.Alangkah indahnya jika kau masih ada, ya Rasulullah.

    ReplyDelete
  3. Salam saya ucapkan untuk ustazah, artikel2 begini sebenarnya membantu wanita memahami betapa hak mereka terpelihara.

    ReplyDelete
  4. apakah diantara sebab penolakan barirah terhadap mughith ye ukhti?

    ReplyDelete