KREATIVITI UBAH KAJIAN TESIS JADI NOVEL - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

KREATIVITI UBAH KAJIAN TESIS JADI NOVEL




Daripada Link PTS:
KREATIVITI UBAH KAJIAN TESIS JADI NOVEL

Kebiasaannya, pengarang gemar menghasilkan novel menggunakan kreativiti dan pengalaman dalam mewujudkan perjalanan cerita yang menarik dan menghiburkan pembaca. Berbeza dengan penulis yang sudah dikenali namanya dalam bidang penulisan novel ini.

Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang terkenal dengan penghasilan novel tauhid serta mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri terutamanya remaja membawa kelainan dalam penghasilan novel dengan menghasilkan karya berasaskan fakta dan kajian sebenar.

Sebagai penulis, beliau berpegang teguh dengan mendidik masyarakat dan berdakwah melalui penghasilan karya yang dapat membina keperibadian muslim.

"Novel bukan sekadar wadah hiburan semata-mata. Novel ini mampu menjadi wadah kefahaman Islam supaya dapat dilihat dan difahami oleh masyarakat secara keseluruhannya. Melalui novel, kefahaman Islam dapat disampaikan dalam bentuk cerita yang lebih mudah difahami serta lebih jelas dan tepat," jelas beliau lanjut.

Lebih menarik, beliau sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang dikenali.

Terbaru, Fatimah Syarha menggabungkan ilmu feqah dan psikologi bagi menghasilkan novel tauhid pertama beliau bersama PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Lebih menarik, beliau dengan kreatif mengadaptasi kajian tesis beliau dalam bentuk novel.

"Kali ini saya menyentuh pelbagai persoalan mengenai pengurusan psikologi remaja, hati isteri, isu-isu gender, pergaulan, kekeluargaan serta isu-isu kemasyarakatan. Kisah realiti masyarakat diadunkan dengan fakta supata pembaca tidak hanya mengetahui realiti masyarakat yang berlaku malahan mengetahui hukum daripada segala yang berlaku dalam masyarakat," ujar beliau kepada wakil media PTS.

Novel tauhid yang dihasilkan Fatimah Syarha menampilkan kelainan dengan menerapkan fakta serta menyelitkan nota kaki supaya pembaca dapat mengetahui sumber yang sahih.

Novel yang akan menemui pembaca penghujung bulan ini membawakan kisah seorang wanita yang merantau ke negara ini sebagai pekerja kebersihan di sebuah kolej swasta mendapat kedudukan istimewa daripada pelajar, pensyarah dan rakan sekerja kerana ilmu dan akhlaknya yang baik. Novel yang diberi tajuk Sebarkan Cinta-Mu ini membawa pembaca mengenali kehidupan Ibu Dhiya, hasil gilapan pasantren di Indonesia namun terpaksa berhijrah ke Malaysia kerana satu peristiwa. Beliau yang bijak dalam ilmu agama sering menjadi rujukan pelajar, pensyarah dan pekerja di kolej berkenaan.

Nantikan novel terbaru Fatimah Syarha bersama PTS Litera Utama Sdn. bhd yang menampilkan keunikan hasil kajian tesis beliau yang akan diterbitkan penghujung Ramadan ini.
Layari www.pts.com.my/ramadan bagi mendapatkan maklumat buku-buku promosi baca@ramadan PTS yang menarik dan memberi manfaat sepanjang Ramadan ini.
KREATIVITI UBAH KAJIAN TESIS JADI NOVEL Reviewed by Fatimah Syarha on 13:28:00 Rating: 5 Daripada Link PTS: KREATIVITI UBAH KAJIAN TESIS JADI NOVEL Kebiasaannya, pengarang gemar ...

10 comments:

  1. salam...novel 'Sebarkan Cinta-Mu' ni dah dterbitkn ke???

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt.Jazakallah atas perhatian. Menurut pts, Ogos ni. tak pasti tarikh yang tepat. boleh tanya Encik Rohidzir Rais dalam facebook beliau.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ukhti fatimah, barangkali ini soalan yg tiada kaitan dgn tajuk di atas..izin bertanya di mana ukhti fatimah membeli tudung labuh seperti yg dipakai (berwarna kuning )..kadangkala sukar temui selalunya ana beli zaman belajar di kelantan..di k.l dimana ye, ana lihat teksturnya tidak terlalu tebal, ini mungkin menarik minat ibu mertua ana juga(kalau benar-benar mudah didapati)beliau ada migrain dan selalu panas badan kesan menghampiri usia menaupaus yg menyebabkan tidak boleh pakai pakaian terlalu tebal...tapi beliau sukakan tudung labuh...t.kasih krn menyebarkan bahagia..ana suka sekiranya muslim apparel begini diketengahkan

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt ukhtiku sayang...
    Masyallah, bertuahnya mertua ukhti punya menantu sebegini.
    Tudung yang ana pakai di atas memang ana rasa banyak keistimewaannya. Antaranya:

    1. agak praktikal dan selesa untuk golongan ibu yang anak-anak kecil suka tarik tudung. Jadi, tudung sebegini menjadikan si ibu tetap tampil kemas sepanjang masa, dalam masa yang sama anak-anak kecil bebas berdukung dan menarik tudung ibunya untuk mereka belajar:)

    2.Jimat masa, tidak perlu iron sangat. Waktu bergelar isteri dan ibu ni, ana suka memilih jubah dan tudung yang tidak perlu iron, mencontohi suami yang suka beli baju dan seluar yang fabriknya tidak mudah berkedut. Katanya, nak jimatkan masa isteri daripada kena iron bajunya agar masa berharga itu dapat dinikmati oleh anak-anak dan juga suami;)

    3.Tidak tebal dan tidak panas. sesuai dengan cuaca di Malaysia.

    Tudung ni jenama NUR dari jenis Jasmine kalau tak silap. Yang kosong pun ada.Kedainya di Gombak, tak jauh dari rumah ana. Kalau nak kirim, boleh saja.atau boleh membeli terus dari internet.

    ReplyDelete
  5. syukran jazilan ukhti fatimah...sekali lagi t.kasih krn menyebarkan bahagia...tentu Rasulullah SAW bangga punya muslimah sesantun ukhti dlm melebarkan kalimah Allah di Malaysia khususnya..ana juga sayang ukhti kerana Allah SWT..nanti ana cuba cari dulu tudung itu,TQ Allah

    ReplyDelete
  6. Assalammua'alaikum kak Fatimah.

    Kedainya di mana? Boleh ana tahu.Berminat juga ^^

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbt. Kedainya berdektan dengan Taman Melewar di Gombak. Kena masuk dari Greenwood.

    ReplyDelete
  8. assalamu'alaikum wbt ukhti fatimah...saya amat mengagumi ukhti..walaupun ukhti jauh lebih muda dari saya, dan walaupun saya seorang guru, saya selalu menjadikan hasil2 karya ukhti sebagai penenang jiwa bila saja ada masa terluang...saya suka sangat dgn tudung yang ukhti pakai dlm blogpost ni...teringin nak bertudung labuh, selama ni saya cuma memakai tudung yg sedang2 saja labuhnya...bagaimana dan di mana harus saya mula?

    ReplyDelete
  9. salamualaikum..
    akak..boleh tak akak sent mail address akak pd saye..sy nak mntak pndpt akak tp personal..syukran ..

    ReplyDelete
  10. Novel sebarkan cinta-Mu amat menarik di hati.Teruskan berkrya dlm bntuk dakwah.

    ReplyDelete