Pinangan Lelaki Teragung Ditolak - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Pinangan Lelaki Teragung Ditolak



Ummu Hani': Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak

Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi ­pendapat dan berakhlak mulia. Pada zaman jahiliyah, Rasulul­lah pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani’ turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain. Rasulullah memisahkan Ummu Hani’ dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku mes­kipun ia sudah dikurniai empat orang anak.
Setelah Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua. Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasulallah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijun­jung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya. Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”
Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, “Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami.”
Pinangan Lelaki Teragung Ditolak Reviewed by Fatimah Syarha on 00:57:00 Rating: 5 Ummu Hani': Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak Ummu...

9 comments:

  1. Assalamulaikum WBT,

    Akak, kenapa cerita Ummu Hani' ni tak banyak ya? Saya tak pernah dengar sebelum ni dan ni first time baca. Ada info lain?

    Jazakillah, akak banyak menambah ilmu kami. Moga Allah redha.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt. Kisah-kisah sebegini boleh ditemui dalam buku-buku sirah Rasulullah SAW yang detail. Ada satu buku tentang kisah Muhammad yang menjadi best seller peringkat international. Ada terjemahan Bahasa Melayu. Ia berdasarkan sumber-sumber muktabar dan sumber-sumber klasik. Tajuknya MUHAMMAD.

    Dalam kitab-kitab fiqh yang terkenal seluruh dunia seperti Fiqhussunnah, karangan Syed Sabiq pun ada cerita pasal sorang lagi wanita yang pernah menolak pinangan Nabi. Cuba rujuk.

    Baca buku karangan ulama' muktabar memang best. Mereka amanah dan jernih dalam menyampaikan ilmu. Tiada ilmu yang disorok demi kepentingan diri.

    Ana suka buku-buku karangan Ibnul Qayyim, Yusuf al-Qaradhawi, Abdul Karim Zaidan, Wahbah Zuhaili, Syed Sabiq dll.

    ReplyDelete
  3. Info lain yang terkenal tentang Ummu Hani ini ialah sebelum peristiwa Isra' mi'raj, Rasulullah SAW ke rumah sepupunya itu (Ummu Hani'). Cuba rujuk balik sirah itu dan lihatlah kepintaran Ummu Hani' dalam kata-katanya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, ustazah, Taqabbalallahu minna wa minkum..

    Saya nak tanya pendapat ustazah, mana yang lebih afdhal/lebih baik, menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada si perempuan atau kepada si ibunya?

    Semalam saya ada bermimpi (x tau la ilham dr allah atau bisikan dr syaitan), ade org kata, jodoh baik bg kita ditententukan dgn ketenangan di hati..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbt.
    Berkenaan soalan ganu87, boleh rujuk artikel ustazah bertajuk Peminangan.

    Menyatakan hasrat boleh dilakukan secara langsung atau melalui perantaraan. Namun, perlaksanaan hukum yang terbaik ialah dengan menjagab adab dan meraikan adat yang tidak bertentangan dengan syariat.

    Contohnya, hukum aurat bagi seorang lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Namun, cuba bayangkan jika seorang imam bersolat di masjid tanpa memakai baju dan berseluar pendek paras bawah lutut sahaja.Solatnya sah. Tapi, beradab ke pak imam ni? Adakah ia meninggalkan kesan terhadap kepercayaan dan kesiqahan makmum kepadanya nanti? meskipun solatnya sah.

    Begitu juga dalam hukum nikah kahwin, khitbah dan seumpamanya. Jagalah adab-adabnya agar beroleh barakah dan rahmah.

    Rasulullah SAW menunjukkan contoh meminang dengan menggunakan perantaraan dan memuliakan wali.Baginda pernah meminang secara langsung kepada janda namun pinangan baginda ditolak.

    Bagi meminang gadis, tiada contoh baginda meminang gadis secara langsung kerana satu-satunya gadis yang dinikahi baginda ialah Aisyah. Baginda tetap menghantar perantaraan meskipun Aisyah itu anak sahabat baik baginda sendiri. Demikianlah indahnya adab dan sifat malu Rasulullah SAW.

    Berkenaan mimpi, rujuk artikel ustazah bertajuk Istikharahku membisikkan sesuatu.
    Moga Allah memudahkan urusanmu. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Kak fatimah,siapa penulis buku tajuk MUHAMMAD tu?

    ReplyDelete
  7. Abu Bakar Sirajuddin (Martin Lings), Muhammad, Kisah Hidup Nabi Berdasarkan Sumber Klasik.

    ReplyDelete
  8. Kisah ummu hani' di mukasurat 460, novel Sebarkan Cinta Mu. Banyak perkongsian ilmu yang auni dapat dalam novel tu kak.

    dari tak tau, jadi tau. Auni mula minat baca islamik novel since baca Tautan Hati. Best ! Tertaut abis hati ni untuk ditarbiah lagi. :)

    ReplyDelete
  9. kisah ini Tidak Shahih, tidak dapat dipertanggung jawabkan. tidak terdapat didalam kitab2 hadits shahih. berhati-hatilah didalam menyebar kisah.

    ReplyDelete