PUISI BUAT WANITA YANG BERCERAI - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

PUISI BUAT WANITA YANG BERCERAI



Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.

Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja.


PUISI BUAT WANITA YANG BERCERAI Reviewed by Fatimah Syarha on 00:33:00 Rating: 5 Wanitaku sayang, Jangan sesekali berasa lemah, Perceraianmu terkandung hikmah, Ia bukan tanda kau bersalah, Mehnah hidup...

14 comments:

  1. Salam.. Bagus puisi ni ustazah. Saya teringat dulu, waktu ummi di ceraikan abah saya. dengan kehilangan anak. Macam mana dia tidak mampu berhadapan dengan masyarakat. Menangis saban waktu sebab di tinggalkan suami, dan kehilangan anak. Tapi sekarang, ummi saya dah pun temui kebahagian yang dia cari. Dia sangat tabah dan cekal.

    ReplyDelete
  2. Marilah kita belajar daripada kepahitan orang lain, bukan turut merasai kepahitan yang sama untuk belajar.

    ReplyDelete
  3. silakan share, sebarkan bahagia.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Sekadar renungan bersama.
    Jodoh pertemuan dan musibah manusia kesemuanya dibawah kekuasaan Allah SWT sejak sebelum kita dilahirkan. Surah AlHadid:22 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَ‌أَهَا ۚTidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
    Oleh itu, hendaklah kita terus bersabar dlm ketentuan Allah SWT. Apa yang penting, setiap takdir yang berlaku hendaklah kita terus bersabar. Rasulullah saw dan para sahabat r.anhum pernah menceraikan istei mereka tetapi masih berpegang pada kenyataan dlm Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَ‌اجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ .
    Namun begitu, pada zaman wujudnya kerajaan Islam, ketiga2 hak milik iaitu milik awam (Mulkiyyatul ammah), milik daulah (mulkiyyatul daulah) dan milik persendirian (mulkiyyatul fardhiah) dapat membela nasib setiap wanita yang diceraikan berbanding dgn zaman sekarang yang tidak byk membantu.
    Tetapi apa yang nak dikongsikan bersama iaitu penceraian sepatutnya sesuatu positif yang dibenarkan dalam Islam dimana selepas berlaku penceraian sepatutnya hubungan antara sesama Islam masih dijaga dan diteruskan dgn baik. Dari segi Usul AlFiqh, Surah AlBaqarah:229 فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُ‌وفٍ أَوْ تَسْرِ‌يحٌ بِإِحْسَانٍ . Maka memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang baik atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
    Ia merupakan dalil qot`ie dari qot`ie tsubut, jadi tidak timbul ada sesuatu yang dibenci oleh Allah SWT w/pun ada hadis sohih yang menyatakan demikian tetapi `priority` dlm istinbat hukum perlu diutamakan. Imam Syafi`e rh.a. sendiri dlm perbahasannya tidak menggunakan hadis ini dan tidak perlulah kita panjang lebarkan. Seperti mana kata Rasulullah saw, `Masih ada seseorang yang mengadakan syarat2 yang bukan syarat2 dari ketetapan Allah SWT. Walaupun ada 1000 syarat, ketetapan dari Allah (SWT) lebih diutamakan` Riwayat Bukhari.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Tajnur, terima-kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Berkait soal takdir, hikmah dijadikan takdir ialah agar manusia terpujuk dan redha dengan apa yang TELAH berlaku.

    tapi ramai manusia hari ini suka memperalatkan takdir untuk memaksa orang lain meredhai apa yang BELUM berlaku.Contohnya sesetengah penceramah suka berkata,
    "Ibu-ibu, tak perlu dihalang suami nak bernikah lagi. Jika sudah takdir, ia tetap akan berlaku." Ini bagaikan aqidah qadariah yang menghalang manusia berusaha.

    ada juga yang menyalahkan takdir untuk membela kejahatan yang TELAH dilakukan.
    "Saya ditangkap khalwat dengan dia sebab Allah sudah takdirkan begitu."
    Sebelum ia berlaku, perbuatan itu adalah PILIHAN, yang sudah pun ada dalam ILMU Allah (apa yang bakal kita pilih, Allah dah tahu.)Maka, menyalahkan takdir dalam sesuatu yang diberi PILIHAN terlebih dahulu adalah suatu bentuk pendustaan terhadap Allah. Mari belajar soal takdir dari Kisah Umar. (Rujuk kategori KISAH DAN HIKMAH)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt
    Memanglah takdir kerana takdir itu berkait-rapat dengan apa yang kita amalkan. Manusia diberi kuasa pemilihan dlm menentukan takdirnya dan sebarang keputusan takdirnya adalah berdasarkan dirinya sendiri. Dlm Surah AlBalad:10 وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
    Surah AlInsaan:3إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً‌ا وَإِمَّا كَفُورً‌ا sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
    Sebab itu, awal2 lagi Allah SWT telah mengingatkan manusia di alam ruh bahawa mereka tidak menyesal atas keputusan yang telah dibuat mengenai takdir ini. Surah Al`Araaf:172 أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
    Mereka boleh beri pelbagai alasan dan mendustakan terhadap Allah SWT tetapi mereka akan mengiktirafkan kesalahan / dosa itu setelah terlihat julangan neraka Sa`ir. Surah AlMulk:11 فَاعْتَرَ‌فُوا بِذَنبِهِمْ فَسُحْقًا لِّأَصْحَابِ السَّعِيرِ‌ Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
    Semoga belum terlambat mereka yang bersalah utk sedar atas kesilapan mereka. Walahualam

    ReplyDelete
  8. Beriman kepada qadak dan qadar adalah aqidah kita yang sesiapapun tidak mengingkarinya.

    isu yang ana bangkitkan ialah kesalahan memahami konsep dan hikmah takdir. inilah PUNCA utama wujudnya 3 pegangan aqidah iaitu:
    1.Jabariah (mempercayai pada usaha sendiri semata-mata dan mengenepikan takdir)

    2.Ahli sunnah wal jamaah (mempercayai adanya pilihan dan ketetapan, adanya yang al-mutaghoyyirat (berubah) dan al-tsawabit (tetap)yang mana semua bentuk pilihan dan ketetapan itu sudah ada dalam ilmu Allah).

    3.Qadariah (mempercayai kita tidak perlu berusaha apa-apa kerana semua amalan perbuatan sudah ada dalam ketetapan.)

    Fikrah kita berkenaan takdir di kelompok mana?

    ReplyDelete
  9. Ana cuba memahami apa yang ukhti maksudkan dengan memasukkan hadis ini.

    Seperti mana kata Rasulullah saw, `Masih ada seseorang yang mengadakan syarat2 yang bukan syarat2 dari ketetapan Allah SWT. Walaupun ada 1000 syarat, ketetapan dari Allah (SWT) lebih diutamakan` Riwayat Bukhari.

    Jika ia berkaitan syarat ta'liq dalam pos ISLAM MEMAHAMIMU DUHAI PENGANTIN MUSLIMAH, maka ana cadangkan ukhti merujuk perbincangan ulama' tentang hadis ini tidak bercanggah dengan harusnya mengadakan syarat ta'liq itu kerana hadis di atas bersifat UMUM dan hadis yang menyokong harusnya syarat ta'liq bersifat KHUSUS terhadap apa-apa syarat yang menghalalkan persetubuhan paling wajib dipenuhi.

    ReplyDelete
  10. Salam Fatimah...mohon izin share puisi ni, boleh?

    ReplyDelete
  11. Assalamu`alaiktm
    TQ Fatimah for such a lovely poem. Akak diceraikan tapi akak percaya inilah keputusan terbaik kerana akak, Alhamdulillah, bahagia kini

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ukhti fatimah syarha... syukran jazilan untuk Puisi indah buat wanita yg bercerai dan bergelar ibu tunggal... Barakallahufik ya ukhti..:) sesungguhnya setiap yg berlaku dalam kehidupan ini adalah ketetapan yg telah diizinkan oleh Allah swt...sy juga telah bercerai 4 thn yg lalu dan kini ibu tunggal kepada 2 org puteri. walaupun perceraian itu ujian yg amat besar tetapi sy selalu pujuk diri dgn janji2 Allah dlm surah An Nasyrah... "Maka sesungguhnya bersama-sama kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya bersama-sama kesusahan ada kesenangan.." Allah telah janijikan bahawa ianya bersama-sama dan bukan berasingan. insyaAllah setiap ketetapan yg berlaku ada hikmahnya...:)

    ReplyDelete