Rukhsah Untuk Seorang Isteri Meminta Cerai Jika Ada Sebab - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Rukhsah Untuk Seorang Isteri Meminta Cerai Jika Ada Sebab



 KISAH TSABIT BIN QAIS DAN ISTERINYA
Dalilnya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Abbas, dia berkata, “Isteri Tsabit bin Qais datang menemui Rasulullah SAW, dia berkata, 'Ya Rasulullah! Tsabit bin Qais, saya tidak mencela akhlak dan agamanya, tetapi saya takut berbuat kekufuran. Rasulullah bertanya, 'Apakah engkau akan mengembalikan kebunnya (mahar yang telah diberikannya)? Dia (isteri Tsabit bin Qais) menjawab, 'Sanggup!' Rasulullah berkata (kepada Tsabit bin Qais), 'Ambillah kebunnya (maharnya) dan jatuhkanlah talak kepadanya'.”(HR Bukhari)



Kita hanya tahu kisah ini di permukaan. Allah lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka. Jika disemak kitab-kitab tafsir, para ulama menjelaskan isteri Tsabit bin Qais tidak 'tenang' lagi melihat suaminya. Ada juga sumber yang melaporkan Tsabit bin Qais ini mempunyai beberapa orang isteri. Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui masalah mereka.

Apa yang jelas, isteri Tsabit bin Qais ini risaukan akhiratnya, takutkan kekufuran. Hukum melonggarkan  baginya untuk minta cerai bagi menyelamatkan akhiratnya itu meskipun suaminya bukanlah calang-calang orang, seorang sahabat terkemuka, kesayangan Nabi. Isterinya pula seorang sahabiah yang solehah dan takut pada Allah SWT.

Terima-kasih Islam kerana memahami hak dan setiap permasalahan dengan adil dan saksama. Bukankah Islam sangat membela wanitanya? Memahami hati dan perasaannya?
Rukhsah Untuk Seorang Isteri Meminta Cerai Jika Ada Sebab Reviewed by Fatimah Syarha on 17:37:00 Rating: 5   KISAH TSABIT BIN QAIS DAN ISTERINYA Dalilnya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah...

No comments: