Tak Mengapa, Sayang... - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Tak Mengapa, Sayang...


Tak Mengapa, Sayang…
(Inspirasi pujukan suami terhadap isterinya)

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu cemburu,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Itu perasaan yang paling layak,
Daripada isteri yang besar cintanya,
Cemburumu bukan kekurangan,
Ia sifat orang beriman ,
Fitrah yang Allah berikan di dunia,
Dan bakal Allah hilangkan di syurga .

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tamak,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa dirimu dambakan kedudukan akhirat,
Menjaga agamamu daripada terfitnah ,
Dirimu sebenarnya sangat pemurah,
Sanggup menggadaikan keseluruhan milikmu,
Demi hidup tenang di samping Tuhanmu.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tidak sanggup berkongsi,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa dirimu terlalu banyak memberi,
Berkongsi suamimu dengan perjuangannya,
Hingga masa untukmu hanyalah bersisa senja,
Meredhai suamimu berkongsi kepakaran,
Kau didik anaknya dalam kepayahan,
Berkongsi suamimu dengan masyarakat,
Hingga tugas-tugas dakwah tidak tergugat,
Pengorbananmu mulia dan terhormat.

Ketika mereka mengatakanmu sensitif,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa terpujinya sensitivitimu,
Kecaknaan sifat orang beriman,
Itu lambang lembutnya perasaan,
Simbolik jiwamu yang penyayang,
Anugerah kewanitaan,
Yang menjadikanmu istimewa,
Sebagai isteri dan ibu.

Ketika mereka mengatakanmu tidak positif,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Betapa positifnya dirimu,
Ketika memilih MENCEGAH SEBELUM MERAWAT,
Itu tanda akalmu bijak membuat nilaian,
Itu tanda kau rasional membuat pilihan,
Lambang sifatmu yang berhati-hati,
Lahir dari kecelikan mata hati.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu menolak hukum Tuhan,
Tak mengapa, Sayang
Kerana Allah tahu,
Kau menjelaskan dan menegakkan hukum Tuhan,
Sebagaimana yang difahami oleh jumhur ulama,
Monogami adalah sunnah dan asal di sisi syarak,
Poligami itu cuma rukhsah,
Untuk merawat masalah-masalah tertentu,
Seperti isteri gila, sakit dan tidak bernafsu,
Rukhsah tidak diambil sewenang-wenangnya,
Apatah lagi sekadar menjamu nafsu,
Jelaskan sudut pandang,
Islam tidak menjadikan poligami pilihan utama,
Agar terbela Islam dari fitnah musuhnya.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu menolak sunnah,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Kau mencintai dan menegakkan sunnah,
Kau bersama fikrah jumhur ulama’,
Hukum asal poligami cuma harus dan bukannnya sunnah,
Islam mengawalnya dengan ketat dan payah,
Apabila mensyaratkan ‘adil’, syarat yang susah,
Agar keluargamu tenang dalam mawaddah warahmah.

Sayangku,
Ketika mereka mengatakanmu tidak menerima poligami,
Tak mengapa, Sayang,
Kerana Allah tahu,
Kau menerima poligami bukan sebagai perintah syariat,
Kau menerima poligami bukan sebagai galakan agama,
Kau menerima poligami sebagai keringanan bersyarat,
Itulah yang difahamkan oleh jumhur ulama',
Sebagaimana harusnya berburu selepas ihram,
Tiada paksaan dan tiada suruhan,
apatah lagi poligami melibatkan hak ramai orang,
Kutahu sayangku, bukan dirimu menakut-nakutkan,
Tapi kau berhak mencegah sebelum merawat,
itulah hikmahnya hak syarat ta'liq diberi Islam.

Sayangku,
Biarlah mereka asyik menjelikkan,
Kita balas dengan meraikan,
Biarlah mereka membuat pilihan,
Tenanglah dengan pilihan kita,
Apa yang penting,
Kita tidak menanggung pilihan mereka,
Dan kita bahagia dengan pilihan kita,
Hidup ini sekejap cuma,
Moga kita semua mudah ke syurga,
Bidadari dan pemuda kacak (wildan) menanti di sana,
Dirimu tetap teristimewa,
Teruskan sayangku…
Sebarkanlah bahagia.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN


Tak Mengapa, Sayang... Reviewed by Fatimah Syarha on 13:50:00 Rating: 5 Tak Mengapa, Sayang… (Inspirasi pujukan suami terhadap isterinya) Sayangku, Ketika mereka mengatakanmu cemburu, Tak mengapa, Sayang...

11 comments:

  1. silakan share seluas-luasnya. Biar terbela semua suara hati isteri pertama di dunia ini...

    ReplyDelete
  2. ''Biarlah mereka membuat pilihan,
    Tenanglah dengan pilihan kita''

    ''Kita tidak menanggung pilihan mereka,
    Dan kita bahagia dengan pilihan kita''

    Sukainya.. =)

    ReplyDelete
  3. membaca puisi ini, hati terasa sayu, rasa bersalah dan entah mengapa.. rasa pilu sekali..
    pada mulanya agak gusar untuk menaip sebarang kata, kerana diri ini pernah tersilap memilih dan menyusun bicara, maka hanya beberapa bait ayat yang mampu dilayangkan di sini buat ustazah tercinta:
    maaf dipinta,
    halalkan segala ilmu yang saya timba,
    sesungguhnya ia amat bermakna,
    sebarkan bahagia..

    كتبتُ كلاما
    ولستُ منتبها
    أنه كان سهاما
    يـجرح قلوبا
    فعفوا وعفوا وعفوا
    وإني أحبك يا أختي شرحا
    ^_^
    زادك الله إيمانا وتقوى
    وزادك الله علما وعملا
    اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا^_^

    ReplyDelete
  4. Ummu Nuh. I love you fillah. Kehadiranmu di sini amat dihargai. Jika Ummu Nuh tak menulis lagi pasti blog ni tak ceria tanpa Ummu Nuh. We all love you fillah.
    Tiada khilaf antara kita, semua yang ada hanya atas dasar CINTA kerana-Nya.Mari kita senyum:)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ustazah, alhamdulillah.. senyum ^_^

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum wbt..
    pilu hati ini saat mmbaca puisi di atas..
    sungguh,Fatimah Syarha mmpunyai bakat yg mendalam dalam berkarya..
    moga istiqamah..
    diriku juga sdg selangkah utk mnjadi sepertimu..
    insyaallah,mohon doanya juga yer..
    ^_*

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt..

    syukur sangat2..terima kasih ustazah,ummu nuh dan sahabat2 yang lain sekalian=)..senyum selalu=)=)=)

    ReplyDelete