Bancian Terkini (2010): Lelaki di Malaysia Lebih Ramai Daripada Wanita. - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bancian Terkini (2010): Lelaki di Malaysia Lebih Ramai Daripada Wanita.




Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak :
14,562,638 orang adalah lelaki manakala

13,771,497 adalah perempuan.

Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang 

Oleh AU YEONG HOW

PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.

Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak :
14,562,638 orang adalah lelaki manakala

13,771,497 adalah perempuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.

Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.
"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).
"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Ketua Perangkawan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof selaku Pesuruhjaya Banci wanita pertama diberi penghormatan oleh Nor Mohamed untuk membentangkan laporan tersebut.

Banci 2010 merupakan banci kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada 1963. Ia dilaksanakan dari 6 Julai hingga 22 Ogos tahun lalu.
Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Banci merupakan projek statistik besar yang dijalankan bagi menghasilkan data berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan  negara.
Menurut Wan Ramlah, dari segi taburan penduduk mengikut negeri, Selangor mempunyai penduduk paling ramai iaitu sebanyak 5.46 juta orang, diikuti oleh Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta).

"Sumbangan negeri tersebut kepada jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus.
"Negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (72, 413 orang) dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908 orang)," katanya.

Sementara itu, Wan Ramlah memberitahu, kepadatan penduduk ialah 86 orang bagi setiap kilometer persegi pada 2010 berbanding 71 orang pada 2000.
Antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi ialah Kuala Lumpur (6,891 orang), Pulau Pinang (1,490 orang) dan Putrajaya (1,478 orang).

Mengenai komposisi etnik, Wan Ramlah berkata, jumlah penduduk seramai 28.3 juta orang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Warganegara katanya, terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera sebanyak 67.4 peratus, Cina (24.6 peratus), India (7.3 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus).
Banci tersebut antara lain merangkumi taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama pada peringkat nasional dan negeri.

Bancian Terkini (2010): Lelaki di Malaysia Lebih Ramai Daripada Wanita. Reviewed by Fatimah Syarha on 15:23:00 Rating: 5 Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak : 14,562,638 orang adalah lelaki manakala 13,771,497 adalah perempuan. ...

No comments: