Di Balik Mahligai Kasih al-Qaradhawi - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Di Balik Mahligai Kasih al-Qaradhawi



Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.


                Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, kehebatannya tidak perlu diperkenalkan lagi. Harum di mana-mana, seantero dunia. Baik kawan ataupun lawan, takjub dengan jihadnya. Mari sama-sama kita berkenalan dengan wanita hebat d belakang tokoh terkemuka dunia ini. Begitu juga kehebatan anugerah cinta yang lahir daripada mereka.

BIDADARI AL-QARADHAWI…satu-satunya.

                Satu-satunya isteri Syeikh ini ialah Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, keturunan Rasulullah SAW. Beliau adalah nikmat yang lebih besar daripada dunia dan seisinya buat Al-Qaradhawi.
Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu.  Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.

PUTERI-PUTERI KESAYANGAN AL-QARADHAWI

                Dari didikan seorang ibu yang amanah, lahirlah anak-anak yang hebat. Pasangan bahagia ini dianugerahi 7 orang anak. 4 perempuan diikuti 3 lelaki. Masyallah! Macam angka anak Rasulullah.
                Semua anak-anak ini sering menduduki nombor satu di kelas pengajian sejak tadika sehinggalah habis Ph.D. Semua puteri Al-Qaradhawi pakar dalam bidang eksak (Matematik, Fizik, Kimia). Kesemuanya merupakan alumni Universiti Qatar.
                Puteri sulungnya, Ilham, meraih ‘first class’ di Universiti Qatar. Dengan kelayakannya yang tinggi, pemerintah Qatar menaja hingga dia menggapai ijazah kedoktoran dalam bidang Fizik, pengkhususan Nuklear di Universiti London.
                Puteri keduanya, Siham, alumni Universiti Qatar, meraih ‘first class’ dalam jurusan Kimia. Kemudian menggenggam ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Inggeris dalam bidang Biologi pengkhususan Organ Tubuh. Dia juga ditaja oleh pemerintah Qatar.
                Manakal puterinya yang ketiga, A’la, mendapat ‘first class’ dari Fakulti Biologi, pengkhususan Haiwan. Memperoleh Master di Universiti Texas, Amerika dalam bidang Genetik.
                Puteri keempatnya pula, Asma’, memperoleh Master di Universiti Khalij di Bahrain. Kemudian mengambil program kedoktoran di Universiti Nottingham di Inggeris bersama-sama suaminya.
                Mereka semua telah menikah dengan lelaki-lelaki hebat yang sekufu’.

PUTERA-PUTERA KEBANGGAAN AL-QARADHAWI

                Puteranya Muhammad, alumni Fakulti Teknik Jurusan Mesin dari Universiti Qatar. Memperoleh Master dari Universiti Denver di Colorado. Mengambil program kedoktoran di Universiti Orlando, Florida, Amerika.
                Puteranya, Abdur Rahman, mengambil jurusan keagamaan di Universiti Qatar, jurusan Syariah dan Fikih. Kemudian menyambung Master ke Universiti Darul Ulum di Mesir dalam bidang Usul Fiqh. Terkenal sebagai seorang sasterawan dan penyair. Antara karya puisinya ialah Nazf al-Huruf.
                Putera bongsunya iaitu Usamah, alumni Fakulti Teknik Jurusan Elektro. Kini, dalam proses melanjutkan lagi pelajaran.

PERIBADI ANAK-ANAK AL-QARADHAWI

                Mereka bukan hanya terkenal dengan kepintaran luar biasa. Malah, dikagumi kerana berpegang teguh kepada agama dan menjunjung tinggi akhlak yang terpuji. Dalam setiap posisi yang mereka duduki, mereka sering menjadi contoh ikutan yang terbaik. Siapa jua yang pernah berinteraksi dengan mereka, akan menjadi saksi kepada kebaikan mereka. Cara bergaul mereka selalu diwarnai dengan kerendahan hati yang tidak dibuat-buat.

(Rujukan: Ishom Talimah, Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi)
Di Balik Mahligai Kasih al-Qaradhawi Reviewed by Fatimah Syarha on 14:49:00 Rating: 5 Dr. Ilham Al-Qaradhawi, Profesor Fizik di Universiti  Qatar.                 Prof...

5 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim..
    kini rasulullah telah tiada..namun ajaran risalah dan qudwah baginda kekal subur di hati mukmin spt al-qaradhawi..
    andai dapat bertemu ummu muhammad mahu sahaja menanya pengalaman hidupnya mengutip kata-kata hikmah darinya...
    tentu wanita sehebat ini punya banyak fikiran positif yg hebat sehingga lahir mujahid mujahidah yg hebat...kurniakan kami zuriat yg soleh solehah mukmin mukminah sepertinya..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    beruntungnya dapat keluarga seperti ni. tak sangka isteri beliau seorang Prof Fizik memberi saya semangat nak mendalami ilmu fizik diperingkat master dan insyaallah Ph.D.. =)

    ReplyDelete
  3. Anak sulungnya yg merupakan Prof.Fizik :)

    ReplyDelete
  4. mohon copy ustazah.very inspiring.subhanallah.AllahuAkbar.

    ReplyDelete
  5. serikandi al fateh9 July 2015 at 13:26

    asssalamualaikum saya telah menjadi kan dr. ilham al qaradhawi sebagai idola saya kerana saya amat berminat dgn bidanag fizik. oleh ustazah sertakan biodata beliau. tq

    ReplyDelete