Islam Mempersempitkan Yang Haram dan Meluaskan Yang Halal - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Islam Mempersempitkan Yang Haram dan Meluaskan Yang Halal



Soalan:

Assalamualaikum WBT,

Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya apabila singkat, ia sudah pasti salah. Apabila yang labuh, shawl ini bertujuan mengikut arus fesyen kini.

Seolah-olah, muslimah kita tidak pernah bebas dari rasa ingin bergaya. Tidak senang andai diri tidak sama dan tidak ikut fesyen semasa. Bagaikan, satu kewajipan untuk ikut serta bersaing antara satu sama lain.

Saya kurang setuju, kerana sekalipun menutup aurat, bersaing sebegini, bagaikan menuju ke arah tabarruj pula.

Sedangkan, mereka yang memakai tudung labuh, BEBAS dari semua ini. Tidak dinafikan juga bagi mereka yang bertudung menutup dada namun tidak bertabarruj.

Apa pandangan akak?

p.s: Sehingga ke hari ini, saya mempunyai halangan yang besar untuk bertudung labuh. Hanya boleh mengenakan selendang berkain tebal dan labuh menutupi dada. Doakan saya semoga halangan yang satu itu boleh dikendalikan sebaiknya :-(

Jawapan:

Adik yang disayangi fillah,
Mari kita teliti mana yang lebih hikmah dalam gaya dakwah berikut:

     a)  Tabarruj:
1.       Mengkritik muslimah yang berfesyen sebagai bertabarruj dan melabel dia sebagai orang yang berdosa atau membuat kesalahan.

 (Atau)

2.       Memahami bahawa tabarruj itu haram tapi ‘maksud’ tabarruj itu diperselisihkan oleh para ulama[1]. Tidak memaksakan orang lain mengikut ‘maksud’ yang kita faham kerana ‘maksud’ yang kita faham itu mungkin berat bagi orang lain. Menghargai perselisihan dalam masalah ini tetap dalam daerah pahala.

b) Fesyen:
1.  Memperleceh muslimah yang bergaya dengan shawl dan sebagainya sebagai mengikut-ngikut arus fesyen, berprasangka buruk bahawa niat hatinya untuk bersaing bukannya untuk Islam, dan menganggap industri fesyen itu haram.

(Atau)

3.       Memahami bahawa muslimah itu melakukan sesuatu yang harus kerana tiada dalil haram terhadap pilihannya itu. Menganggap asal hukum bagi dunia fesyen adalah harus. Daripada sekadar mengkritik keterukan fesyen yang dicipta pada hari ini, dia tampil memberikan alternatif bagaimana fesyen-fesyen muslimah yang masih melepasi syarat-syarat dan batasan-batasan sebagai gaya dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan).

Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?

Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat berkenaan masalah wanita selama ini kerana kebanyakan para ustaz yang baik yang sudi mengajar kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah perbandingan (fiqh muqaran) dan fiqah kontemporari (fiqh mua’shirah) . Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.

Akak lebih menemui ketenangan beragama, kemudahan beramal, keindahan toleransi , kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari dalam masalah-masalah wanita. Khususnya para ulama muktabar itu ialah dari kalangan mereka yang bermanhaj pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul Karim Zaidan, Syeikh Said Ramadhan al-Buthi dan seumpamanya. Kebanyakan mereka lahir dari tarbiyyah (didikan) Ikhwanul muslimin. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.

Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran Al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam. Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu kerana Allah bakal mempersolkan seseorang berdasarkan apa yang kita pegang.

Contohnya, bagi mereka yang berpegang dengan fatwa bahawa hukum asal purdah itu adalah wajib, maka wajiblah baginya menutup wajah.  Wajiblah baginya tidak meletak gambar ‘wajah’ di facebook meskipun untuk tujuan dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan). Wajiblah baginya makan nyorok-nyorok masa kenduri-kendara, bimbang nanti ternampak wajahnya.  Wajiblah baginya tidak mencari pekerjaan yang mewajibkannya membuka wajah. Dan banyak lagi implikasi ‘pegangan seseorang’ dalam praktikaliti hidupnya. Sebaliknya, bagi mereka yang berpegang hukum asal purdah cuma harus, maka dia mempunyai kebebasan untuk berpurdah atau tidak berpurdah mengikut keperluannya. Hatinya tenang dan tidak diburu rasa berdosa kerana dia cuma mengikut ijtihad jumhur ulama yang masih dalam daerah pahala, samada 1 atau 2 pahala.

Kaedah-kaedah Fiqih Khususnya Berkaitan Wanita

Kita kembali sejenak kepada manhaj fiqah dan kaedah-kaedahnya khusus dalam isu-isu wanita. Antaranya ialah:
1.       Menjadikan nas sharih (jelas) Al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan.
2.       Mengaitkan nas antara satu dengan yang lain.
3.       Menggabungkan antara fiqah dan hadis.
4.       Menghormati ijmak yang diyakini.
5.       Memilih mazhab dan mempelajari buku-bukunya.
6.       Memerhatikan keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa.
7.       Mempersempit yang haram dan yang wajib.
8.       Bersikap moderat (sederhana, pertengahan) dan berimbang.
9.       Memperhatikan kepentingan umum.
10.   Mempermudah (terutama ketika terjadi bencana).
11.   Berbicara kepada orang lain dalam bahasa zamannya.
12.   Berpaling daripada hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut baik hal-hal yang positif.
13.   Memperhatikan tujuan syariat Islam.
14.   Memperhatikan fakta (Fikih keseimbangan dan fikih prioriti).
15.   Mempersempit yang haram dan yang wajib.
16.   Mempersempit yang haram dan yang wajib.

Mempersempit yang Haram dan yang Wajib

Kaedah-kaedah di atas ada diterang secara terperinci dalam buku Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi. Kita ambil contoh satu kaedah, “Mempersempit yang haram dan yang wajib.” Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang shahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok) yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.
Para ulama salaf sangat berhati-hati dalam mengharamkan sesuatu atau mewajibkan sesuatu, kecuali apabila mereka memiliki dalil yang tidak diragukan sama sekali, sebagaimana yang dilakukan mazhab Hanafi, dan jika tidak, maka mereka menurunkan hukumnya  dari darjat fardhu kepada wajib, dan dari darjat haram kepada makruh. Sebab itu dalam perkataan mereka sering menyebut begini contohnya, “Saya tidak suka yang begini,” tetapi mereka tidak berterus terang mengatakan ianya haram, kecuali apabila mereka mengetahui ada dalil yang berterus-terang mengatakannya haram. Contoh, sebelum ayat haramnya arak diturunkan, sahabat menunjukkan sikap benci kepada arak tapi tidak berani mengatakannya haram meskipun banyak mudaratnya dalam masyarakat. Sehingga Allah secara bertahap menurunkan wahyu yang benar-benar mengharamkan arak. Barulah mereka berani mengatakan arak itu haram.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).
Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih).
Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (HR Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar).

        Asal Sesuatu adalah Mubah (Harus, dibolehkan).

Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam, bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda mahupun manfaat, adalah halal dan mubah, dan tidak haram kecuali ada nas sharih (jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih (jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus. Kata Imam Asy-Syatibi,
“Tidak ada perintah kecuali dengan dalil, apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka perintah itu gugur dengannya.” (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi).
Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh Allah menjadi sangat sempit dan justeru kawasan yang dihalakan semakin luas dan banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang dimaafkan oleh Allah swt.




[1] Erti tabarruj dalam fiqih al-Qaradhawi ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.

Islam Mempersempitkan Yang Haram dan Meluaskan Yang Halal Reviewed by Fatimah Syarha on 09:19:00 Rating: 5 Soalan: Assalamualaikum WBT, Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya a...

77 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Asallammualaikum kak..
    Berkaitan dengan purdah,maknanya disini , bolehlah ya kak kalau seseorang itu berpurdah mengikut keperluan?contohnya,bila bekerja dia tidak memakai purdah tapi selain dr waktu bekerja,dia berpurdah.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt. Purdah adalah isu khilaf terhadap hukum asalnya. Jika dia berpegang bahawa hukum asalnya wajib, maka sehabis daya dia cuba pertahankan dulu purdahnya walau di mana sahaja. Jika tidak berdaya, darurat membenarkan dia membukanya.

    Jika dia berpegang bahawa hukum asalnya harus, maka dia bebas memilih untuk berpurdah dalam situasi tertentu atau memilih tidak berpurdah dalam situasi yang lain.

    Ianya sama sahaja dengan lelaki yang menganggap kopiah serban itu harus atau sunnah. Bila ke masjid atau di rumah, dia memakai kopiah atau serban. Insyallah, dia mendapat pahala sunnah jika meniatkan pakai untuk ikut sunnah. Bila di tempat kerja pula (contohnya dia anggota polis), maka dia membuka kopiah atau serbannya dan memakai topi seragam polis. Ikut keperluan. Di sini ada fiqh keutamaan. Perlu bertoleransi pada keadaan2 yang lebih besar maslahahnya kerana dari sudut manhaj, dia telahpun mengikut sunnah menutup aurat. wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...isu niqob rasanya ustazah mungkin blh dgr ulasan mufti mesir. sangat menarik ulasan beliau berkenaan isu ini.

      http://www.youtube.com/watch?v=OjcCXAQ1jQA&feature=g-all-a&list=PL774D3A3B64099D80&context=G2f6c9acFAAAAAAAAGAA

      Delete
  5. assalamualaikum ustazah,
    setahu saya, kerja2 yg berkaitan dengan minuman keras(tuang,jual,buat)adalah haram.
    saya ingin bertanya, dahulu saya bekerja di pasaraya yg menjual barang2 keperluan sebagai juruwang. minuman keras juga dijual di sini. jadi, ada pelanggan yang membayar minuman keras di kaunter yang saya jaga. adakah duit gaji saya dikira haram kerana minuman keras itu?

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam wbt.
    bekerja di pasaraya harus hukumnya meskipun paaraya itu menjual arak. Namun, terlibat dengan apa jua proses yang berkaitan dengan arak di pasaraya itu adalah haram dan berdosa.

    Hadith Nabi SAW :-

    عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

    "Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

    Cashier termasuk "Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)"

    Dalam hadith lain

    عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

    Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

    ReplyDelete
  7. Jika telah terlanjur terlibat dengan arak sebelum ini maka sucikanlah harta dengan banyakkan bersedekah hingga diberi ketenangan hati.

    Bagi mereka yang ingin berkerja di pasaraya yang menjual arak, pilihlah pasaraya yang mengasingkan kaunter jualan yang haram dan yang halal.

    Atau minta pembeli ke kaunter lain yang cashiernya non Muslim untuk membayar arak. Terang dengan hikmah (gunakan cross-cultural psychology skill), "sebagai Muslim saya tidak boleh terlibat dengan arak. Kita hidup berbilang agama, saling menghormati pendirian, harap tuan dapat memahami."

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustazah.

    saya ada 2 soalan.

    1. sy bekerja di sebuah syrt kecil yg pekerjanya hanya sy dan seorang lagi teman.sebelum ini syrt pengurusan itu mengenakan denda pada penduduk jika lewat dari tarikh pembayaran,setelah diselidik ianya adlh riba.Jd sy telah menganjurkan hal tersebut kpda majikan sy dan dia bersetuju untuk memansuhkan hal tersebut.Alhamdulillah.Tapi bagaimana dgn posisi gaji saya sebelum ini, adakah dikira haram dan bagaimana cara memperbaikinya.

    2. masalah lainnya ialah teman sekerja sy terlalu kerap tidak masuk ke ofis dan banyak kerja yang tertangguh dan sy telah adukan hal tersebut kpda majikan tapi mereka hanya memberi surat amaran dan tidak mengambil apa2 tindakan.Perkara itu telah berlanjutan lebih kurang 2 tahun tnpa tindakan.Saya pernah menasihati teman itu tapi dia sekadar sambil lewa.Setiap bulan dia akan terima gaji seperti biasa namun boleh dikira hanya beberapa hari dia datang ke ofis.Saya bingung adakah saya juga menanggung sama dosa teman itu kerana saya tidak menegur dengan bersungguh2.

    Terima kasih ustazah.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbt.
    1.Tahniah atas usaha baik saudari. Islam menganjurkan zakat dan sedekah, antara lain untuk menyucikan apa-apa harta yang bercampur antara yang halal dan haram. Setiap bulan daripada duit gaji, mungkin saudari boleh peruntukkan sedikit untuk sedekah sehingga diberi ketenangan hati.

    2.Kita tidak menanggung dosa orang lain.Kita mungkin dipersoalkan dari sudut usaha dan peranan kita terhadap seseorang apatah lagi sesiapa yang berada di bawah amanah kita. Nasihat telah saudari berikan.Teruskan sekadar termampu. Tinggal lagi, berikan juga DOA untuknya. Kasihan dia.Moga Allah memberi kemampuan untuknya berubah sikap.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ustazah.
    Moga hidup ustazah sentiasa dilimpahi rahmat ALLAH. :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih ustazah, atas penerangan.:)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak..
    izinkan ana biasakan dri akak dengan kak fatimah ye..=),,,kak..nak tanye macam mana kite nak hindari sifat yg suka merungut dan mudah putus asa ini...ana akui hampir stiap kali terlibat dgn pe2 program persatuan ana akn mudah merungut dan putus asa..ana sedih akn sikap ini..bagaiman ye kak??

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbt. Adik Hakimah yang disayangi fillah, rungutan adik itu mungkin lahir dari sensitiviti adik terhadap sesuatu yang bagi adik kurang betul.

    Sensitiviti itu bagus. Cuma, adik akan lebih berbahagia jika menguruskan 'sensitiviti' itu dengan tip berikut:
    "Usah merintih pada masalah tapi selesaikanlah masalah."

    Insyallah, tiada tempat untuk 'putus asa' sekiranya masalah dijadikan medium mengerah kreativiti untuk menyelesaikannya, bukan untuk dirungut-rungutkan.

    Katakan pada masalah, "Hey masalah! Walaupun kamu besar tapi saya ada Allah yang Maha Besar:)"

    Kerah minda, kongsi idea. Rakan-rakan yang lain pun mungkin ingin seperti apa yang adik inginkan tapi belum datang idea untuk mengatasinya. Maka, perlu lengkap-melengkapi, tolong-menolong dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

    Ceria-ceriakan diri. Program persatuan itu sangat bagus untuk menggilap kepimpinan.Jangan berhenti. Teruskan dengan 'sudut pandang' baru terhadap 'masalah'.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak fatimah..izinkan saya untuk bertanyakan kepada kak fatimah...boleh kah seorang ayah itu membandingkan2 anaknya dgn anaknya dgn isteri lain?sebaigai contoh anak isteri pertama dengan anak isteri kedua...dan selalu si ayah menyakiti hati anak perempuannya tanpa dia sedari.mohon penjelasan kak fatimah..
    (yang sangat mengharapkan jawapan) :(

    ReplyDelete
  15. salam sayang. Adikku sayang, membanding-bandingkan bukan hanya menyakitkan si anak malah akan menyakitkan si ayah itu juga.

    Membandingkan tidak akan menambahkan kegembiraan. Ia hanya menambahkan derita dan kecewa.

    Positif dengan ujian dan terus memasang harapan, itu yang akan membahagiakan. Dalam hidup ini kita akan berhadapan dengan ramai orang yang tidak seperti kita harapkan.Ayah kecewa dengan anaknya. Anak kecewa dengan ayahnya.dll.

    Anggaplah ujian ini supaya kita belajar erti memahami, erti mendoakan, erti menyelesaikan, erti meningkatkan diri kita dan diri orang lain. Hanya ada satu kuasa cinta yang dapat memujuk dan memahami kita saat menghadapi ujian ini, tidak lain dan tidak bukan, Allah SWT.

    Sayangi ayah dan doakan ayah;)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..kak fatimah terima kasih kerana telah menjawab persoalan yg telah saya ke utarakan kepada kakak. sesungguhnya sedikit sebayak dapat membantu saya dalam mencari jalan penyelesaian dalam hal ini.moga2 saya terus mendapat nasihat dari akak insyaAllah..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Assalam kak. Soalan drpd anak saya. sy ingin mengemukakan persoalan.Bagaimana jika rkn berpurdah tetapi kadangkala bergincu/bersolek (membuka purdah dlm mjlis tertentu?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...
    saya keliru.....neyh kwn sya post kt fb..

    Larangan Bertabarruj.....

    Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [An Nur:60]

    Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah, “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [Al Ahzab:33]

    Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.

    Abul A’la al Maududi berkata, “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

    (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

    (ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]...

    ReplyDelete
  20. Salam buat Gunnersky.
    Sebenarnya, kita jadi keliru sebab kita mengharapkan tafsiran isu-isu ini SATU sahaja, sedangkan isu-isu di atas ini mempunyai tafsiran yang BANYAK.

    Inilah namanya khilaf. Khilaf itu pada tafsiran bukan pada dalil. Dalilnya sama, tafsirannya berbeza.

    Ada ulama yang mentafsirkannya secara zahir hadis (tektual).
    Ada ulama yang mentafsirkannya secara maksud tersirat di sebalik hadis (kontektual.

    ReplyDelete
  21. Tiada masalah jika kita nak mengikut pendapat yang dipost oleh rakan di fb sebagaimana di atas.

    Dalam masa yang sama, kita hormatilah orang lain yang ingin mengikut pendapat ulama kontemporari seperti al-Qaradhawi, al-Ghazali, Abdul Halim Abu Syuqqah dan seangkatannya. Tafsiran mereka agak berbeza dengan tafsiran di atas.

    masing-masing berijtihad dan masing-masing dalam daerah pahala.

    ReplyDelete
  22. Ustazah berikan satu contoh adab ulama ketika mereka berbeza.

    Yusuf Al-Qaradhawi sangat cintakan Hassan al-Banna. Beliau menguasai dengan mendalam semua penulisan Hassan al-Banna. Beliau menghafaz kata-kata Hassan al-Banna dengan fasih dan lancar. Kecintaan beliau terhadap Hassan al-Banna terserlah apabila beliau merincikan buku Usul Isyrin oleh Hassan al-Banna.

    ReplyDelete
  23. Lebih jauh dari itu, Syeikh al-Qaradhawi pernah memuji Hassan al-Banna dalam untaian syair yang indah.

    Namun begitu, al-Qaradhawi tidak menyebabkan rasa cintanya kepada Hassan al-Banna menjadikannya tidak memiliki ‘rasa berdikari’ dalam pendapat dan pandangan, atau tidak mampu berbeza dengan yang dicintainya dalam beberapa pandangan.

    Contoh perbezaan mereka ialah:
    1. Hassan al-Banna menolak berdiri banyaknya parti-parti Islam dalam sebuah negara Islam kerana ia mencabik kesatuan.
    2. Al-Qaradhawi membolehkan beberapa parti Islam dalam sebuah negara Islam namun dengan syarat-syarat yang beliau rincikan antaranya ialah perlu saling menghormati bukan saling bertelagah.
    Al-Qaradhawi membahas pandangan Hassan al-Banna dengan penuh hormat serta menyatakan penghargaan yang besar terhadap pandangan Hassan al-Banna.

    ReplyDelete
  24. Demikian juga dalam isu-isu WANITA.
    Imam Hassan al-Banna begitu keras pendapatnya dalam masalah wanita. Sementara al-Qaradhawi bersikap moderat.
    Sebab perbezaan keduanya bukan pada masalah hujah atau dalil. Perbezaan yang ada muncul kerana perbezaan zaman di mana kedua-duanya hidup.
    Imam Hassan al-Banna hidup di sebuah zaman di mana parti-parti dan kelompok-kelompok telah memecah-belahkan kaum muslimin, bukan menyatukan mereka. Saling menghancur bukan membangun. Pada saat itu, kaum wanita belum terjun ke medan kerja, maka pendapat yang beliau keluarkan adalah sebagai tindakan preventif.
    Ini menunjukkan gerakan ikhwanul muslimin adalah gerakan dinamik dan pembaharu (tajdid) dan bukan gerakan yang berdiri di atas status quo dalam pemikiran dan pendapat-pendapatnya.
    Bagi para imam itu, tiada halangan bagi mereka untuk berbeza ijtihad dengan imam mereka sebab imam mereka itu sendiri tidak menutup pintu ijtihad bagi sesiapa sahaja yang datang setelahnya. Khususnya jika kondisi, pemikiran dan lingkungan berubah.
    Mungkin saja jika Hassan al-Banna hidup hingga kini dan melihat apa yang Yusuf al-Qaradhawi lihat, beliau mungkin akan mengubah fatwanya sebab fatwa itu selalu akan berubah sesuai dengan perubahan tempat, waktu dan kondisi.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum akak sy nak tanya,
    1) tudung itu perlu tutup dada ke?
    2) perlu ke mengata perempuan2 yg bertudung ikut fesyen seperti tudung paderi lah, apa lah, sedangkan ia lebih baik bertudung daripada tidak bertudung bahkan sekiranya mereka bertudung kerana ikut fesyen dan terpaksa itu juga akhirnya akan membawa rasa ikhlas untuk bertudung dan memenuhi tuntutan agama... biarlah terpaksa daripada tidak menutup aurat...

    em.. apa pendapat akak?

    ReplyDelete
  26. waalaikumussalam wbt.
    1)Kita wajib tutup dada, samada dengan tudung atau dengan pakaian yang betul-betul longgar. Ayat tentang tudung (khimar) dalam al-Quran hanya menyebut tutup hingga (juyub)iaitu belahan leher baju pada bahagian dada.

    2)Hmm, memang lebih baik kita banyak berbaik sangka daripada cepat menghukum terhadap sesuatu yang kita tidak pasti. Tersalah tidak menghukum lebih baik daripada tersalah menghukum.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum wbt k.fatimah syarha saya keliru bagaimana pasangan yang berkahwin ketika masih belajar menjana kewangan rumahtangga walhal mereka masih belajar dan terhad untuk melakukan pekerjaan?

    ReplyDelete
  28. sesungguhnya Islam bukanlah datang untuk menyekat, tetapi sebaliknya memperluaskan dengan cara yang terpimpin...

    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum ustazah.
    Saya sangat meminati karya ustazah.
    Karya yang sangat menarik dan penuh dengan informasi.
    Alhamdulillah karya2 ustzah membuka minda saya.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ustazah. =)

    ReplyDelete
  30. assalmualaikum..tq ustazah karya ustzh sudah membuka hati saya....
    teruslah berjuang di jalan-Nya... moga llah memberkatimu n keluarga.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum ustazah.

    Saya berbesar hati dengan penerangan ustazah tentang tabarruj ini. Saya dibesarkan dengan didikan bahawa memakai purdah ini adalah untuk mengelak fitnah bagi orang yang cantik sahaja. Tetapi saya mempunyai persoalan, bagaimana cara kita perlu menghadapi keadaan di mana ramai orang berpurdah tetapi on-off semasa keadaan tertentu. Buat orang yang tidak tahu / tidak faham tentang isu / hukum berpurdah dan tidak berpeluang untuk membaca entri ustazah ini, mereka hanya ingin mengikut-ikut tanpa ada ilmu. Dan mereka rasa boleh on-off sebab mereka tengok ada orang berbuat begitu. Dan mereka rasa berpurdah itu cantik. (Tengok mata pun dah tahu mesti cantik. Pakai purdah ni mesti cantik.) Mulalah menjadi fenomena meletakkan gambar berpurdah di facebook. Mungkin akan datang, kita akan menyaksikan fenomena dimana ramai orang memakai purdah tetapi pakaian mengikut bentuk badan.Baru-baru ini, ada satu babak dalam drama, seorang wanita memakai kain menutup muka dengan selendang yang dipakai untuk menutup masalah kulit pada mukanya. Padahal bajunya melekat pada tubuh dan menampakkan bentuk buah dada (selendang pendek). Fenomena ramai telah bertudung tetapi tidak menutup aurat (mengikut fesyen) telah berlaku dan mungkin fenomena ramai wanita memakai purdah juga akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hormat.
      Hormatilah pilihannya. Mari kita berbaik sangka.

      1)Dia on/off pakai purdah mungkin sebab ada keperluan. Islam tak wajibkan dia tetap berpurdah jika dia memegang hukum asalnya bukan wajib.

      Samalah macam lelaki on/off pakai kopiah atau serban. Masa berjoging, main bola atau kerja jadi askar, dah tentu ada keperluan buka kopiah masa tu kan...

      2)Berpurdah salah satu pakaian menutup aurat. Jika ia rasa berpurdah itu cantik,dan dia rasa nak pakai purdah, biarkanlah. Fitrah manusia sukakan benda cantik. Tak salah kan? Islam tak mengongkong pilihan seseorang. Islam cuma mengawalnya dengan syarat 'menutup aurat'.

      3)Fenomena gambar berpurdah di facebook tidak bercanggah dengan syariat:) bahkan memeberi dakwah bil hal yang baik,jika kena tutup aurat dan adabnya, bagi saya.

      4)pakaian ikut bentuk badan, itu tabarruj, haram. ia haram samada kepada yang pakai purdah atau tidak.

      5)"Fenomena ramai telah bertudung tetapi tidak menutup aurat (mengikut fesyen) telah berlaku...." Ini barulah isu yang 'tepat' untuk dirisaukan...:)

      6)Isu ramai wanita akan pakai purdah...jika ianya menutup aurat, apa salahnya. Tak perlu dirisaukan. Kita hormatilah apa-apa saja pilihan yang 'menutup aurat'. Kata al-Qaradhawi, kata 'ya' kepada silang budaya (purdah adalah budaya Arab), katakan tidak kepada serangan budaya.

      7)Siapa nak ikut saranan al-Qaradhawi pula agar muslimah yang terlibat dalam dakwah tidak memakai purdah, mereka berhak memilih pilihan yang tidak bercanggah dengan syariah ini.

      Indah hidup ini bila kita banyak berlapang dada:)

      Delete
    2. Klo nak letak gambar berpurdah kat fb bleh..tap kena amek joh2..atau amek gambar ngan family,etc..baru lah xda org nak komen nk usha bagai....bukannya letak...habes kamera penuh muka....golongan yg berpurdah tap suka letak gambar kat fb..tayang..tap nak tayang semua ni ibarat golongan xnak-dilihat-nak dilihat_(xnak org nmpk muka dia tapi nak org nampak dia berpurdah kat fb)purdah tu bagus untuk ketakwaan..but at the same time jaga gak bende2 gitu...P/S:ISLAM ITU MUDAH..TAPI JANGANLAH DIMUDAHKAN

      Delete
  32. assalamualaikum..sy ckp kagum dgn karya yg di nukilkn oleh ustazah..smoga karya2 ni mndpt tmpt di hati org2 yg sntiasa dahagakn ilmu..:)

    ReplyDelete
  33. Salam. Kak, boleh sy tahu tudung akak ni boleh dibeli di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. Mak akak hadiahkan dari Terengganu. :)

      Delete
    2. Jika adik nak, kedai tudung yang berdekatan rumah akakpun ada jual.

      Delete
  34. Salam, kak.. saya masih lagi keliru dengan issue solekan wajah. saya ingin bertanya, apa hukumnya kalo kita bermekap sekadar menampakkan seri wajah? contohnya jika seseorang itu mempunyai wajah yg sedikit kusam dan tidak bermaya ( pucat lesi) ? selalunya sektor2 pekerjaan seperti mengajar di sekolah2 atau mana2 institusi yang mewajibkan pekerjanya ber 'grooming' yakni termasuk mengenakan solekan asalkan muka nmpak segar. boleh tak kakak tlong huraikan bersama hadis2 dan dalil yg tepat berkenaan isu ini. sy akui saya memg suka bersolek dan rasa agak terkilan apabila abang saya menegking dan marah dengan mengatakan ini adalah haram. padahal, saya cuma mahu kelihatan kemas dan segar. selain itu, adakah maksud tabarruj ini mengenakan pakaian yang berwarna terang??? bukankah warna pakaina yg terang boleh menjadi motivasi serta menyerlahkan penampilan yang ceria dan tidak lusuh serta kusam? maaf, jika apa yang sy tanyakan ini tapi sy masih lagi belum bertemu pendapat yang tepat dan adil dlm isu ini. rata2nya mengatakan ianya haram semata2. saya harap kakak dapat menolong merungkai permasalahan ini. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang adikku.

      mereka yang mengikut fatwa dari susur galur manhaj tertentu memang mempunyai fatwa 'berat' lagi 'payah' terhadap wanita. kita hormati fatwa-fatwa itu.

      tenangkan hatimu dengan merujuk fatwa pertengahan selagi ianya bukan dosa. Rujuk buku wanita dalam fiqah al-Qaradhawi, Islam tidak mempunyai warna yang dilarang untuk pakaian wanita. Islam meraikan uruf dan adat. warna-warni adalah adat pakaian di malaysia.

      solekan d wajah, tiada dalil haram mengenainya. ulama pertengahan cuma berkata, saya tak memuji wanita yang meletakkan pelbagai warna pada wajahnya. jika adik yakin, solekannya tidak berlebih-lebihan, hanya menutup pucat lesi....yakinlah, itu satu keperluan.

      Biarlah lelaki nak berburuk sangka, adik nak goda dia, Allah akan soal balik buruk sangkanya itu. mintalah fatwa dari hatimu, sekalipun orang memberi fatwa kepadamu, pesan Nabi.

      Delete
    2. salam ustazah... maaf ilmu agama saya kerdil shj. tp berkenaan isu warna ni.. zaman skrang ni mmg banyak betul warna2 memukau! ... hehe maksud saya warna2 terang benderang lagi menarik perhatian.mcm highlighter.. ^_^ sudahlah seluar pon menampakkan bentuk kaki ditambah pula dengan warna kuning menyelar... ini kerana pada saya warna tersebut terlalu menjolok mata dan mmg obvious sgt menarik perhatian orang...baik lelaki baik perempuan pon tertarik. ditambah pulak fesyennya fesyen seluar... terjelas jelas bentuk kaki tu... adakah saya salah dalam hal ini? mohon beri kefahaman

      Delete
  35. salam kak, saya ada perkara yang ingin ditanyakan. tapi boleh kah saya bertanya secara private? dan bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum ... kak fatimah... mcm mne plak nk bicarakan tentang aurat kaki?? aurat kaki ni pon ade khilafnyer..... ade yg berpendapat kaki itu aurat.. dan saya hormati... tpi mcm mna plak klau nk beri pnjelasan pada muslimah yg terus mghukum kita yg x tutup aurat kaki ni??

    ReplyDelete
  37. Ustazah, boleh ust terangkan hukum dagu perempuan. dagu itu dikira aurat ke?

    ReplyDelete
  38. assalammualaikum kak,,, baru2 ni sya suka dengan seseorang tu.. tapi sya pendam kan je.. yang sya takut sya nak simpankan perasaan sya ni untuk suami sya je.. tapi sya dah terlanjur meminati hamba Allah ni.. macam mana ni kak?? adakah sya berdosa menyukai dia??

    ReplyDelete
  39. Assalamu'alaikum. Satu soalan tentang wudhuk wanita. Perlukah tarik rambut di bahagian atas anak telinga semasa membasuh muka.

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum.

    apa..tidak ada sumber lain melainkan yusuf al qaradhawi sahaja yang ada?

    bagaimana pula ulama2 lain?

    sangat kecil skopnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Yusuf al-Qaradhawi berpesan, "Jadilah murid kepada pemikiran bukan hamba kepada pemikiran."

      Jika kita berguru dengan seseorang tak kira samada bertalaqqi atau melalui manhaj atau tulisannya, kita perlu muliakan guru kita.Ini suatu adab. Memetik tulisannya sudah tentu perlu menulis siapa pengkajinya.

      Misalnya anda berguru dengan Syeikh Nuruddin atau sesiapa, sudah tentu menjadi adab seorang anak murid untuk muliakan gurunya.

      Keilmuan al-Qaradhawi diiktiraf seluruh dunia. Beliau tidak mengajar taasub. Beliau menghargai dan berlapang dada dengan pendapat ulama berbeza. Fikrah beliau menyatukan. Tidak hairanlah kewibawan itu menyebabkan jumhur ulama kontemporari pada hari ini menjadikan beliau sebegai pengerusi ikatan ulama sedunia.

      Pesan Hassan al-Banna, jangan pertikai orang lain. Binalah diri kamu. Baru orang cari kamu.

      Delete
  41. fatimatussyarha amir10 October 2012 at 16:19

    aslkm ukhti,,rasa sgt gembira nama kita sama...subhanallah..ukhti,,ana ada soalan kat sini,,
    seorang syabab tlh mengkhitbah ana melalui 2 org tuanya,,diusulkan kpd keluarga ana,,mereka smua tlh mlakukan stikharah,,alhamdulillah kata mereka,,istikharah ana pn alhamdulillah kptusannya,tp hati ana selalu meragui syabab itu krn ana x knl siapa dia.ana bimbang kalau sesuatu yang buruk akn blaku dn ana akn menyesal kemudian hari,,hati kecil ana sll ckp:engkau kna yakin,,pilihan Allah yang terbaik untuk diri engkau,,"
    adakah ini semua bisikan syaitan untuk meragui syabab itu kerana pada pandangan semua org,,syabab itu adlh soleh?? ana cukup keliru skrg,,mohon ukhti fatimah jelaskn,, syukran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. istikharah saja tak cukup tanpa istisyarah, bincang. termasuklah istisyarah ini ialah dengan merisik sendiri apa-apa yang merisaukan diri. tanya orang yang kenal dia. selongkar fb dia. minta abang musafir sekali dengan dia. dll. inilah cara untuk KENAL. tak perlu couple boleh kenal.

      Delete
    2. Bukanke cara bongkar fb org seakan-akan nk cari keburukan org len...?

      Delete
  42. Assalamualaikum,
    ukhti, macam mane nak wujudkan biah solehah di sekolah saye??
    Organisasi kerohanian telah mengusulkan peraturan tudung labuh di sekolah dan telah diterima oleh pengetua..
    Namun, masih ade pelajar yang memberontak terhadap peraturan tersebut..
    Adakah patut kami pATUT berlonggar terhadap peraturan tersebut??

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum kak fatimah..moga dalam lindungan Allah selalu..adakah jatuh berdosa seseorang anak itu,apabila mengguris hati orang tuanya walaupun sebenarnya dia cuba menegakkan syariat,sedangkan dia telah sehabis boleh berlaku lemah lembut terhadap keduanya

    ReplyDelete
  44. salam ustazah syarha...sy btul2 mohon ustazah boleh bg panduan pd saya bgaimana mahu mnjaga hati..saya batul2 x mahu bercinta..kecuali dgn ALLAH...bantulah sy...~~sy betul2 mngharap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ap yg saya tau anda kena banyakkan baca kisah para sahabat..dan kecintaan mereka kepada Allah n Rasul..lambat laun cinta pada yg haram akan hilang

      Delete
  45. salam kak.. sy ade satu kemusyilan..saya merupakan pelajar IPTS dan sy sgt mencintai rakan kelas sy tapi kami xcouple.. sy bercadang nak nikah gantung atas sebab xnk ade sebarang dosa bila sy mencintai dia tanpa ikatan yg sah. bagaimana sy hendak meluahkan pendapat sy ni kat belah perempuan?

    ReplyDelete
  46. Pabila ulama' amal ikut takwa,rakyat akan amal ikut fatwa
    Pabila ulama' amal ikut fatwa,rakyat akan amal ikut nafsu
    Pabila ulama' amal ikut nafsu,rakyat akan keluar agama...

    sama2 kita renungkan..terutama diri sya yg hina-dina ini

    ReplyDelete
  47. Wrong, wrong and wrong..this is the problem when people don't read the Quran for what it is..no mention at all in the Holy Book about covering your HAIR..you've been punked!It says to dress modestly and cover your breasts.NO mention of hair.You're all just wasting your time.

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum ustazah..
    sye lepasan spm dan sye telah pun bekerja di 7eleven sebagai cashier..7e sememangnya menjual arak...kalau sye x silap kalau orang melayu beli arak dan sye yang scan arak tu dikira sye berdosa jugak kan?tetapi kalau orang bukan islam yang beli cam newr pulak ea??berdosa jugak ke sye..tq

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum ustazah,
    Saya ada masalah yang agak besar. Saya pernah putus tunang setahun lepas dan baru-baru ini kami telah berhubung semula dan beliau telah menceritakan punca nape dia memutuskan pertunangan kami. Kami berjanji akan menjaga hubungan dengan baik. Tetapi, keluarga kami menentang dan tidak boleh menerima hubungan kami, terutamanya keluarga saya. Keluarga saya akan membuang saya kalau saya tetap dengan pendirian untuk berkahwin dengan bekas tunang. Sedangkan saya dan bekas tunang ingin berkahwin memandangkan tahap kewangan kami agak stabil dan tiada masalah untuk berkahwin. Kami pernah bercadang untuk berkahwin lari, tetapi saya takut kesannya akan datang. Tetapi dalam masa yang sama kami takut jika tidak berkahwin, kami gagal untuk mengawal nafsu apabila berjumpa. Mintak pendapat ustazah. Terima kasih. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  50. salam ustazah , saya nak tanya apa hukum kita pakai tudung labuh tapi saya seorang yg pakai colour lens , adakah ia termasuk dalam tabarruj ? terima kasih :')

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum , saya mahu bertanya . apakah makananya jika seorang perempuan itu menangis ketika setiap kali mendengar ceramah seorang lelaki . adakah ada wujudnya perasaan cinta di situ ?

    ReplyDelete
  52. kak fatimah syarha..assalamualaikum..nak tnya pndgn kak Ha sat...seorg pempuan yg pakai tutup aurat yg sempurna..btudug labuh,bstokin dll..tp baju nya memancarkan warna yg menarik phatian laki...wane cerah la..atau kainnya cantik menyerlah menarik phatian org laki...cmne?

    ReplyDelete
  53. salam,

    boleh saya dapatkan contact number uztazah. important untuk berurusan secara personal dengan uztazah. tk

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum ukhti, sy ad kmusykilan, bgaimana pula dengan muslimat yg bekerja dan yg terlibat dgn pasukn beruniform? adakah ia dikira sbg tabarruj? sy pernah dgr stu ulasan dri Ustaz Azhar Idrus mngatakn y muslimat yg bpkaian uniform tu hukum nya haram.. mohon ulasan dan pencerahan ye ukhti...Jzkkk..

    ReplyDelete
  55. AS SALAM SIS..ingin bertanya bout erti tabarruj itu.sy bekerja memerlukan berinteraksi with lelaki,tetapi alhamdulillah sy dapat menutup aurat walaupun tidak bertudung labuh like sis,sy cuma bertudung bawal tetapi menutup dada,adakah tergolong dlm erti tabarruj jika sy bebual wit rakan lelaki,sy sndiri berasa xselesa,n seboleh2 nye mnjga pandangan,cra pergaulan ttpi still ade gnguan,sgt risau n takut.ape lg care dpt sy protect dr as wanita..hpe sis giv me some solution..selamat berkenalan,doakn sy bertudung labuh like sis..tqsm

    ReplyDelete
  56. assalam sis ha,sy nk cp ye..

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum ustazah...

    Saya nak bertanya,adakah hukum pelaburan asb? ada sesetengah yang mengatakan ianya haram...

    ReplyDelete
  58. As Salam..ingin bertanya, jika sesorang itu menceritakan sesuatu tentang sahabat rumahnya kepada orang lain tanpa usul periksa dan memberitahu tidak sepatutnya, apakah hukumnya. (cth: lepas sahaja pulang dari kerja dan ketika itu hampir waktu maghrib, saya telah tunai solat dan terlanjur dengar kuliah maghrib hingga isyak dan tiap2 hari begitu juga. Tetapi sahabat dekat rumah tidak tahu menahu ke mana saya telah pergi mana kerana kerja tempat sama tetapi pulang lain2 mgikut kerja. dia jarang bercakap dan bertanya, dan tahu2 dia telah bercerita ttg saya bahawa saya pergi datting, kerana saya balik awal tetapi tidak sampai kat rumah lagi..adakah patut dia buat begitu? minta penjelasan dan pendapt..

    ReplyDelete
  59. Assalamu'alaikum Ustazah..terima kasih atas pencerahan..sesungguhnya Islam adalah agama yg luas, penuh hikmah dan kasih sayang. Saya ingin mohon maaf krn sbelum ini mgkin sy agak kurang jelas dan kurang setuju dgn beberapa tulisan ustazah. Tapi setelah belajar memahami perbezaan dgn ilmu dan berlapang dada, Alhamdulillah sy mulai faham mksud ustazah. Afwan ustazah (mohon dimaafkan apa yg terbit di fikiran & hati krn kekhilafan sy)..dan syukran jazilan ats segalanya.

    ReplyDelete
  60. assalamualaikum ustazah. Mira nak tanya. salah tak kita ada kawan baik lelaki?
    salah tak kita text dan kongsi cerita dengan dia?
    tolong kait kan dgn ikhtilat ustzah? terima kasih..
    *hidup dengan perasaan remaja kadang2 boleh keliru yg baik dgn yang buruk *

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum ustzah..Saya ingin bertanya sedikit tentang fesyen tudung muslimah, bagaimana pendapat ustazah, bilamana kita melihat seseorang muslimah itu memakai tudung labuh(yang saya maksudkan di sini tudung yang kainnya lembut dan tidak memanaskan dan sering di gunakan muslimah masa kini) tetapi tudungnya itu melekat dan menampakkan bentuk telinga dan sebagainya, adakah dia dikira menutup aurat? ataupun sekadar membalut kepala?

    ReplyDelete
  62. Assalamu'alaikum. Akak, ada xmedium lain utk sy tnya kat akak? Sy nak tnya privately mslh ni.

    ReplyDelete
  63. Assalamu'alaikum, saya widi dari Indonesia. ^^ Ingin bertanya ustadzah seputar wajib atau tidaknya muslimah memakai kaos kaki? Dan sebenarnya apakah kaki aurat?

    ReplyDelete
  64. http://azhambafaqir.blogspot.com/ - jom follow blog sye. bru nak bertatih. semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  65. assalammualaikum ustazah...saya nak tanya,,,saya insyallah akan melanjutkan pelajaran tak lama lagi....dan keinginan saya untuk berpurdah atau pun berniqab makin membuak-buak....Mak dan kakak saya tak bagi saya pakai....saya dah terangkan pada mak saya ttg pemakaian purdah ni tapi mak saya still x bg...so ustazah boleh tak saya pakai secara senyap2 ketika saya di kampus nanti???

    Saya memegang hukum berpurdah adalah harus.. tujuan saya nak pakai tu adalah untuk keselamatan dan sunnah

    ReplyDelete