Punca Utama Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Di Malaysia - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Punca Utama Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Di Malaysia

Muhasabah: Adakah tempat kerja kita terjaga ikhtilatnya (pergaulan bebas)?


Laporan akhbar 2004, Unit Kaunseling Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat:
¾ daripada perceraian yang dilaporkan berpunca daripada orang ketiga. Iaitu sebanyak 75% daripada keseluruhan punca perceraian.
80% daripada orang ketiga itu pula ialah rakan sekerja.
Akibatnya, pasangan bertunang menjadi putus.
Pasangan suami isteri menjadi bercerai.
Pasangan bermonogami menjadi berpoligami.

Sumber: Dr. Harlina Halizah Siraj, Majalah Solusi.
Punca Utama Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Di Malaysia Reviewed by Fatimah Syarha on 14:37:00 Rating: 5 Muhasabah: Adakah tempat kerja kita terjaga ikhtilat nya (pergaulan bebas)? Laporan akhbar 2004, Unit Kaunseling Kementerian Pemban...

4 comments:

  1. assalamualaikum.. ya ukhti, ana ingin meminta pendapat tentang perkawinan. ana sudah berumah tangga. apakah sesuai utk remaja zaman sekarang berumah tangga?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt. Masuk ke alam perkahwinan ibarat masuk ke samudera luas. Ada masanya tenang, ada masanya bergelombang.

    Jika remaja yang ingin masuk ke alam perkahwinan dengan persiapannya cuma SAMPAN, masuklah. Tapi, jangan terkejut jika nanti karam dipukul badai yang menggila saat malam gelita.

    Jika remaja yang ingin masuk ke dalamnya dengan persiapannya KAPAL CANGGIH LAGI HEBAT, maka fokuskanlah pada persiapan fardu Muslim, ilmu, akhlak, mujahadahlah pada nafsu, tutup pintu2 fitnah dan kukuhkan sebenar-benarnya cinta kepada Allah.

    Beritahu pada remaja, pilihlah nak yang mana...

    ReplyDelete
  3. ana telah menasihatkan adik ipar ana yg baru berusia 19thn n si llki berusia 22thn. mereka masing2 tgh belajar n tidak mahu terus melakukan maksiat.. ana juga bru bernikah sistem kewangan tdk stabil maka, ana tidak mahu die mengalami nasib spt ana tp skunk ana n suami sudah bekerja n alhamdulillah dpt mengatasi mslh kami. ana tkt jika die mengalami mslh yg ana alami tkt akn selalu bergaduh n akan menyusahkan banyak pihak. tapi die tetap berdegil mahu berkahwin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, jazakillah atas sikap tanggung jawab ukhti Balqis menasihatkan si adik.
    Dalam masalah ini, manusia berada di tahap yang berbeza-beza.
    1.Ada yang masih mampu menerima nasihat dan bermotivasi tinggi untuk melakukan perubahan.Ia dapat dikesan apabila pendiriannya nak kahwin sekejap macam ni, sekejap lain pula.
    -Penyelesaian: Masih boleh terus dinasihatkan, diberi pertimbangan-pertimbangan yang wajar, disuluh tentang pengalaman kita dan masa depan dan terus-menerus berdoa untuknya.

    2.Ada yang sudah tidak mampu menerima nasihat, apatah lagi nak menjauhi jalan-jalan zina, setiap hari asyik berhubung dan berjumpa.Ia dapat dikesan apabila dia asyik membangkang apa orang kata, tak nak dengar apa-apa.
    -Penyelesaian: elok dikahwinkan sahaja. Ini tahap bahaya ni. Risiko akan bercerai nanti lebih ringan dibandingkan dengan risiko akan berzina. Nau'zubillah.Islam mempertimbangkan antara 2 mudarat, mana yang lebih kecil mudaratnya.

    ReplyDelete