Sejernih Fikrah Al-Qaradhawi - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Sejernih Fikrah Al-Qaradhawi


Syeikh al-Qaradhawi melarang taksub kepada pemikirannya. Kata Syeikh yang berfikiran jernih ini agar menjadi "murid-murid' kepada pemikiran bukan "hamba" kepada pemikiran. Maka, sebagai murid, tiada masalah bagi memuliakan gurunya. Kami sayang Syeikh Al-Qaradhawi kerana Allah, lebiu.


“Ya” atau “Tidak”

Berkata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, "Ada pemahaman yang wajib kita jernihkan dengan sejernih-jernihnya dengan kata "ya" atau "tidak".

“Ya” untuk ilmiyah (keilmuan).
“Tidak” untuk ilmaniyah (sekularisme[1]).

“Ya” untuk interaksi budaya.
“Tidak” untuk serangan budaya.

“Ya” untuk negara Islam.
“Tidak” untuk negara teokrasi[2].

“Ya” untuk modernisasi.
“Tidak” untuk westernisasi.

Islam Yang Kami Serukan

Berkata Syeikh ini lagi,
"Islam yang kami serukan adalah:
Islam masa awal, iaitu Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah,
Islam yang membuka kemudahan[3] bukan memberatkan,
Islam yang memberi khabar gembira bukan membuatkan orang lari.

Islam yang kami perjuangkan adalah:

Islam yang mengedepankan kelembutan,
yang saling mengenal bukan saling mengingkari,
Islam yang toleransi dan tidak fanatik,
yang substantif[4] dan bukan formalistik[5],
yang mengedepankan kerja keras bukan perdebatan tanpa hujung,
yang kontributif (menyumbang) dan bukan sloganistik (sekadar melaung slogan),
yang mengedepankan ijtihad dan bukan taklid.
Islam yang kami serukan adalah yang menyeru kepada tajdid (pembaharuan) dan anti kejumudan,
yang kukuh dan tidak goyah,
yang moderat (pertengahan) dan tidak ekstrim."
Islam yang kami tolak ialah:
yang mengajak fatalisme[6] dalam akidah,
formalitas dalam ibadah,
negatif dalam moraliti,
parsial[7] dalam pemikiran,
tekstual[8] dalam penafsiran,
zohiriyah[9] atau harfiyah[10] dalam fikih dan
penampilan luar dalam kehidupan."
(apa yang ana faham, kata-kata Syeikh al-Qaradhawi daripada Islam yang kami tolak ini bersifat umum, ada pengecualian-pengecualian dan perbahasannya yang lebih panjang).
Dipetik daripada Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi oleh Isham Talimah.



[1] Memisahkan agama dan negara.
[2] Bagi penganut teokrasi, teokrasi adalah bentuk kerajaan yang mana suatu kuasa ketuhanan mentadbir negeri insani duniawi, sama ada dalam bentuk jelmaan manusia, atau selalunya, melalui wakil institusi keagamaan (seperti gereja) yang mengambil tempat atau mendominasi kerajaan awam
[3] “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya.” (HR Bukhari)
[4] Hak asasi manusia antarabanga
[5] Terlalu berpegang kepada bentuk (ketentuan dan sebagainya) yang telah ditetapkan
[6] untung malang (kemalangan) yang tidak dapat dielakkan.
[7] Cebisan dari keseluruhan
[8] Melihat kepada zahir teks al-quran dan hadis semata-mata dan tidak melihat kepada kontekstual iaitu isi tersirat di sebaliknya
[9] Melihat yang zahir sahaja
[10] Melihat huruf demi huruf sahaja
Sejernih Fikrah Al-Qaradhawi Reviewed by Fatimah Syarha on 15:49:00 Rating: 5 Syeikh al-Qaradhawi melarang taksub kepada pemikirannya. Kata Syeikh yang berfikiran jernih ...

10 comments:

  1. salam..

    sy amat dahagakan pengisian sbegini.
    kejelasan fikrah amat pnting bg muda mudi zmn kini yg majoritinya tggelam dlm budaya hedonisme.

    moga Allah menunjukkan kami jln yg benar~

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt.
    Ya, hidup kita lebih jelas terarah dengan 'kejelasan fikrah'. Oleh sebab itulah pentingnya institusi 'usrah' dan 'halaqah'. Jom sertai mana-mana organisasi Islam yang menghidupkan 'usrah' dan 'halaqah', di dalamnya kita difahamkan lagi tentang FIKRAH.

    Nak sertai organisasi mana? Banyak sangat yang bagus-bagus. Jangan tanya akak. Adik lebih berhak menilai, mengkaji dan membuat keputusan. Asalkan hati ikhlas di dalamnya. Moga generasi kita lebih memikirkan 'penyatuan' dan cara merapatkan sof sesama organisasi Islam agar kita lebih kuat, lebih berbaik sangka dan lebih menghormati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~ minta ustazah beri saranan / cadangan antara organisasi islam yg menghidupkan 'usrah' dan 'halaqah' krn pengetahuan saya sifar bkenaan organisasi2 ini..~

      Delete
  3. bismillahirrahmanirrahim.
    assalamualaikum ukhti ,moga ukhti fatimah sekeluarga sihat dlm pemeliharaan-Nya..
    ulama pewaris nabi..santun akhlaknya yg memukau, tuturnya yg lembut ,fikirnya sentiasa dlm istito'ah benar-benar menempiaskan keamanan dan bahagia buat kita seluruh alam,
    selalu ana baca pesanan ulama' yg mengatakan
    ("istita‘ah hati di dalam menegur kemungkaran itu ialah menghadirkan keikhlasan semata-mata kerana Allah. Apabila ada kekuatan istita‘ah itu, cegahlah kemungkaran semada dengan tangan atau lisan atau dengan hati. Keikhlasan yang berakar-umbi di hati itulah yang akan memancarkan keredaan Allah di dalam tindakan..")
    frasa ini menyebabkan sungguh ana mengagumi junjungan kita dan pewarisnya spt al-qaradawi dan para abqariy.. ikhlasnya mereka termasuk ukhti menyebarkan bahagia buat kita...kurniakan kami generasi begini, amin

    ReplyDelete
  4. “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya.” (HR Bukhari)

    Ustazah,apa yang dimaksudkan dengan 'agama akan mengalahkannya'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya, dia sendiri akan rasa berat dan 'down' dengan 'tafsiran' agama yang dipegangnya itu...(tafsiran agama yang mempersulitkan diri sendiri, namun ia masih dalam daerah pahala)

      peganglah tafsiran yang mudah lagi memudahkan seperti oleh para ulama bermanhaj (sistem) sederhana...

      Delete
  5. Ada orang mengambil fatwa yang berat lagi mempersulitkan diri sendiri. Kemudian, apabila dia tidak terdaya melakukannya, dia boleh berdosa kerana melanggarnya.


    Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran Al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam. Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu kerana Allah bakal mempersolkan seseorang berdasarkan apa yang kita pegang.

    ReplyDelete
  6. Bismillah,Assalamualaikum ustazah.nk tanya-yang mana perlu seorang pelajar utamakan antara meneruskan tugas sebagai seorang dai'e,menyertai haraki/organisasi dan persatuan, atau terus menuntut ilmu di samping menjadi dai'e?(dlm konteks di sekolah). 2}Andai salah satunya itu perlu diutamakan,munkinkah ana perlu meninggalkannya untuk seketika waktu? Jazakillah.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbt adikku syabab agama. semua yang adik sebutkan itu sangat penting, untuk dilengkapkan dalam hidup kita.

    Studi nombor 1 tapi tugas dae bukan nombor 2.

    Apa yanga adik perlukan ialah:

    CUBA MAHIRKAN DIRI DENGAN PENGURUSAN MASA.

    Pelan tindakan:
    Cuba ada diari atau planner. isi ruang untuk studi dan ruang untuk berpesatuan. ia amat berkesan. Insyallah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ustazah. Nk tanya-pada pendapat ustazah,apakah yang dimaksudkan dengan tarbiah? Sebab ana pernah membicarakan tentang tarbiah kpd pimpinan muslimin dlm sebuah program kepimpinan maka,jawapan ana ialah tarbiah ini adalah ujian,perlukan pengorbanan dan didikan drp Allah sbgaimana Dia mentarbiah KekasihNya.Jawapan tersebut berdasarkan sebuah nasyid yg dinyanyikan oleh kumpulan Inteam feat Nazri Raihan.Ana faham tetapi tak tahu macam mana nak terangkan(melainkan mereka kena merasakannya sendiri).Macam mana ustazah?

    ReplyDelete