Bolehkah Melarang Wanita ke Majlis Imu atau Menyampaikan Ilmu? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bolehkah Melarang Wanita ke Majlis Imu atau Menyampaikan Ilmu?

Wanita, jom cantikkan diri dengan ilmu...



            Adakah anda seorang wanita yang suka menuntut ilmu?
Adakah anda seorang wanita yang terpaut ke masjid ketika tiada kerja rumah atau anak-anak kecil yang lebih memerlukan komitmen anda?
Adakah anda seorang pendakwah wanita?
Adakah anda ingin menjadi pendakwah wanita?
Adakah anda sering dicerca sesetengah masyarakat kerana mencari ilmu dan menyampaikan ilmu, hanya kerana anda seorang wanita? 

Saya juga wanita. Saya rasa terbela dengan pencerahan al-Qaradhawi yang sangat jernih fikrahnya. Moga anda juga terpujuk sama. 

Terima-kasih suamiku kerana tergolong di kalangan lelaki yang memuliakan wanita, memahami wanita, menyayangi wanita dan memberikan hak-hak wanita. Cayang Abang:) Moga lebih ramai lelaki sepertimu, amin. Maka, buat kaum lelaki, anda juga sesuai membaca artikel ini.

                Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya; 

“Adakah suami berhak melarang isterinya ke pengajian agama?”

                Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjawab:

                “Banyak kerosakan yang dilakukan oleh kaum muslimin yang ke-Islamannya daripada warisan semata-mata. Di antara kerosakan itu ialah:
  • Mencampur adukkan pemikiran dan perasaan peribadi ke dalam ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati keras, kaku dalam berinteraksi sosial samada dalam keluarga atau masyarakat, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati sempit, suka mengata orang dan sukakan permusuhan, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  •  Pandangan sempit seorang lelaki terhadap wanita. Lalu menghasilkan sikap keras, anti toleransi, mudah berprasangka buruk dan merendah-rendahkan wanita. Lelaki itu juga memandang wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu dan pelayan kaum lelaki sahaja.

Ironinya…

  •  Sumber-sumber literatur Islam yang mereka baca belum mampu mengubah cara pandang mereka.
  • Pergaulan mereka dari satu lingkungan ke lingkungan yang lain, belum juga mampu membawa akal mereka kepada pencerahan.
  • Mereka mungkin telah menyelesaikan program ‘master ‘dan doktor falsafah dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi semua itu masih tidak mampu membawa mereka kepada kesedaran dan kemajuan.
  • Mereka masih tidak mengetahui betapa agama Islam sangat memuliakan wanita, sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan sebahagian dari anggota masyarakat.”

Allah SWT menjelaskan secara tersirat bahawa wanita bukan makhluk ‘double standard’, tetapi makhluk yang melengkapi kekurangan lelaki, sebagaimana lelaki diciptakan untuk melengkapi kekurangan wanita. Masing-masing unik dan istimewa.
·         فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (١٩٥)
195. Maka Tuhan (Allah SWT.) mereka mengabulkan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya aku (Allah SWT.) tidak menyia-nyiakan amal (perbuatan) orang-orang yang beramal di antara kamu sekalian, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain….”.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata lagi, “ Makna firman-Nya yang bermaksud “…sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lainadalah…
·         Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian dari lelaki.
·         Satu sama lainnya saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
·         Wanita tidak boleh hidup tanpa lelaki dan lelaki tidak boleh hidup tanpa wanita.
·         Kedua-duanya sama di mata syariat.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Rasulullah SAW bersabda, “Wanita itu adalah belahan kaum lelaki.” (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruquthni).

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian melarang wanita-wanita Allah dari masjid-masjid-Nya.” (HR Al-Bukhari).

Persoalan??? 
Berhakkah kita sebagai anggota masyarakat melarang wanita keluar rumah untuk belajar agama dengan mengumpat dan mencaci-maki mereka?
Berhakkah kita melarang pendakwah wanita  keluar rumah untuk mengajar agama?

Bersambung….

Bolehkah Melarang Wanita ke Majlis Imu atau Menyampaikan Ilmu? Reviewed by Fatimah Syarha on 12:19:00 Rating: 5 Wanita, jom cantikkan diri dengan ilmu...             Adakah anda seorang wanita yang suka menuntut ilmu? Adakah anda seorang...

8 comments:

  1. syukran ya ustazah..atas pengkongsian

    ReplyDelete
  2. syukran2...errm ustazah...bila nak keluar buku baru ni???hihii...

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak baca sambungan ustazah..=)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum.. Persoalan ini selalu sy fikirkan.. Terima kasih ats artikel ini ustazah..^^ Sy menanti sambungan seterusnya...

    ReplyDelete
  5. ustazah, bagaimana pula dgn suara wanita sewaktu membaca al-Quran di surau atau masjid yg didengari muslimin?

    ReplyDelete
  6. salam kak fatimah, harapnya sambungan artikel ni nanti akak selitkan juga berkenaan golongan wanita yang berani kehadapan untuk menjadi penceramah bebas, pakar motivasi, panel forum & sebagainya. contoh terdekat, penglibatan golongan wanita dalam rancangan realiti tv ustazah pilihan & solehah. Harap kakak dapat huraikan dengan lebih mendalam, kerana saya meminati bidang dakwah secara lisan ini, syukran :)

    ReplyDelete
  7. dan penambahan, apa hukum sebenar penglibatan wanita dalam pertandingan hafazan alquran @ tilawah. Kemudian, bagaimana pula hukumnya wanita menyanyi nasyid? Contoh terdekat kumpulan nasyid mawaddah.Jazakillah~

    ReplyDelete
  8. ana tunggu sambungannya ukht ^_^
    alfun syukran!

    ReplyDelete