LUMRAH CINTA:YANG PALING DICINTAI TIADA DUA-IBNUL QAYYIM- - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

LUMRAH CINTA:YANG PALING DICINTAI TIADA DUA-IBNUL QAYYIM-



INFO

Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin, Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli hukum dan psikologi yang pakar berkenaan cinta berkata, antara hukum cinta yang sejati ialah cinta menuntut penunggalan kekasih tanpa memadunya dengan yang lain. Bak kata pepatah Arab, “Di dalam hati tidak ada ramai kekasih dan di langit tidak ada ramai sembahan.”
Sekiranya cinta diagih ke beberapa tempat, tentu sahaja kekuatan cinta itu akan melemah. Dinukilkan sebuah syair,
Dusta orang yang mengaku memiliki dua cinta
Laksana kedustaan al-Manawiyah dalam dasar agama
Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati
Satu urusan tidak boleh dituntun dari dua sisi
Allah SWT sendiri berkata, Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya. (Surah al-Ahzab: 4).
LUMRAH CINTA:YANG PALING DICINTAI TIADA DUA-IBNUL QAYYIM- Reviewed by Fatimah Syarha on 11:41:00 Rating: 5 INFO Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin, Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli hukum dan psikol...

6 comments:

  1. Assalamualaikum...sy nak tanya satu soalan.Bila seorang wanita mengungkapkan kata-kata cinta untuk seorang lelaki seperti 'i love you','i miss you','i love you so much' dan macam-macam lagilah.Wanita ni dikategorikan sebagai apa,hakikat sebenarnya wanita ini menutup aurat sepenuhnya dari hujung kaki hingga hujung rambut,tapi sesenang hati aje mengungkapkan kata-kata cinta kepada yang bukan sepatutnya melalui sms,chat.Secara tak langsung ianya mengganggu-gugat ketenteraman di pihak lelaki,wanita ini yang berlebihan sedangkan di pihak lelaki sebaliknya...terima kasih.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt. Dugaan cinta sebelum nikah amat mudah membuat manusia tak berdaya. Daripada melabel-label dia sebagai apa, mari sama-sama berganding bahu mendoakan dia dan menjelaskan hakikat cinta.

    Kasihan dia jika 'sihir cinta' boleh mengheretnya lebih jauh. Menyahut seruan wala taqrabu az-zina,sampaikan padanya, mencegah itu lebih baik daripada merawat.Jika ingin bercinta, pilihlah saluran yang halal;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamulaikum ustazah, ana ada pertanyaan dari jawapan ustazah tadi, macam mane cara kita nak tarik mereka ye??
      hakikatnye seseorang bila kenalnye macam2 alasan timbul demi nak selamatkan cinta mereka..sedangkan mereka tahu, tak kan kawen dalam mase terdekat sebab masing2 masih belajar..

      Delete
  3. terima kasih byk-byk atas penjelasan yg diberikan..pihak lelaki dah beri penjelasan panjang lebar,bahasanya dia nak habiskan study dan bekerja,dia x nak fikirkan soal-soal cinta ni..tapi di pihak wanita itu masih sms kata-kata cinta dan akibat gangguan terus-menerus dalam keterpaksaan pihak lelaki masukkan status kat fb yang dia ada hubungan dgn seseorang padahal hakikat sebenarnya tiada sesiapapun.Ianya bertujuan untuk mengaburi pihak wanita itu aje..insyaALLAH harapan dan doa moga wanita itu berubah dan fikirkan kembali apa yg dia lakukan ini betul atau pun x...moga dia kembali pada fitrah sebenarnya bahawasanya jodoh dia telah pun ditetapkan di loh mahfuz,cuma dia perlu berdoa,berusaha dan bertawakkal..insyaALLAH wanita yg baik utk lelaki yg baik begitulah sebaliknya...terima kasih sekali lagi..maaf mengganggu.

    ReplyDelete
  4. ustaza ana nak bertanya kadang ada pasangan yang dah bercoupel ni susah tul nak ptskan hubungan...ustaza ada tips tak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ustazah, boleh saya bertanya satu soalan?.Apakah yang dimaksudkan dengan bercinta dalam diam?. :)

    ReplyDelete