"Sayang, dulu sebelum kahwin, Sayang tak ada pun ajak abang keluar makan sama-sama ke, 'dating' ke, Sayang takut Allah ye?"
"Mestilah cik abang sayang. Sayang nak bagi cinta kita 'meletup' selepas kahwin. Orang yang tidak biasa berpuasa syahwat tak akan menikmati debaran saat berbuka dan bertemu dengan-Nya. Best kan bang, ada kenangan cinta yang terpelihara? :)"
Assalamualakum wbt semua...
Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.
Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan.
Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan.
Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah!
Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda.
Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah:)
Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).
Anda sudah setiap hari berdoa?
Anda sudah cuba-cuba merisik?
Anda tetap juga belum mempunyai calon?
Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami.
Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :)
Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...
"Berita apa? Tak sabar dah ni..."
Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.
Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email:
fs_loveislam@yahoo.com.
Prosesnya mudah.
1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak."
6.7.8....Proses seterusnya anda lebih arif.
Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.
Salam sayang.
Sila rujuk SAMPAIKAN AKU PADANYA 2...
assalamualaikum ustazah..
ReplyDeleteterima kasih atas 'pertolongan' ini..
sy dah email..
:)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteMohon share di facebook ya ustazah. Syukran.
Moga lebih banyak jiwa akan terpelihara. :)
Wah, dah jadi Unit Baitul Muslim online.... :)
ReplyDeletesaya tak berapa faham... boleh jelaskan lagi...
ReplyDeleteSatu lagi Sumbangan kepada masyarakat islam.
ReplyDeletesemoga terus berjaya ustazah.
dan satu lagi ustazah, harap boleh mencerahkan tentang persoalan cara/teknik/taktik untuk menegur mereka yang berpacaran ini.
banyak persoalan dilontarkan.
mungkin boleh singgah di http://khalifah1412h.blogspot.com/2011/09/itu-pakwe-saya.html
semoga ustazah dapat membantu mereka.
Alfun Syukran
salam. mohon share d facebook ya
ReplyDeletesesungguhnya lelaki memerlukan byk info sebenarnya ttg menuju gerbang perkahwinan ni. Sebab kahwin ini bkn semata-mata u menjalankn sunnah Nabi tetapi ad sebab2 lain sperti kelangsungn tarbiah Islam yg sebenar. Namun pendedahan2 & ilmu2 spt dlm blog ustazah amat jarang u diperoleh...teruskn membloging dan memberi kefahaman kpd ummah terutama yg msh lagi takut, ragu2 menuju alam perkahwinan...syukran, jazakallah, barakallah ustazah
ReplyDeleteSemoga lelaki berkedaran tinggi seperti Abdul Fatah akan bangkit membimbing ramai lelaki yang dahagakan murobbi. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?;)
ReplyDelete:) kak, akak ada mesej saya kat no. mana ye? nanti saya hantar no.fon sya kat email yg ada katt sbelah nie. boleh ke? atau itu untuk bisnes shaja?
ReplyDeleteAllah, syukran kak fatimah sbb sudi share tentang ini :)
ReplyDeletesaya suka membaca blog ustazah ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah, ana mohon boleh ana minta email ustazah? ada yg perlu ana tanyakan soal peribadi, InsyAllah.
ReplyDeleteSyukran ustazah...
Barokallahu feik.
Waalaikumussalam wbt. fs_loveislam@yahoo.com
ReplyDeleteBgusnya pertolongan begini.,p
ReplyDeleteAssalammualaikum Ustazah..adkah ia masih dibuka waktu sekarang ini?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak fatimah..boleh tak klu saya nak minta email akak...saya nak tya soal peribadi...boleh ye....:)
ReplyDeletewah dah macam dalam cerita ketika cinta bertasbih tu haha,risau jadi macam watak lelaki dalam cerita tu je yang mana masa dia nak mengkhitbah perempuan tu pastu ustaz tu cakap kononya dia tak layak..aduh sedih gitu haha xD
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak fatimah.. saya da hantar melalui emel :) syukran kak.. :)
ReplyDeletesalam ustazah..
ReplyDeletemcm mana kalau ada org merisik..
dengan tidak tahu siapa
melalui usrah..
tapi dalam keadaan muslimat tu x bersedia lg..
apa perlu buat
salam ustazah..saya ada bg ustazah email... pelase check it out.... ASAP... i really need ur advice actually.... thanks ustazah.... :D
ReplyDeleteassalamualaikum...sy dah emailkan...tq kak.....moga dirahmati Allah.
ReplyDeleteslm...mintak copy entry ni..jazakillahu khair..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ustazah..
ReplyDeleteSaya pun masih solo lagi, tapi umur dah makin meningkat.. saya ingin bertanya, apa yang ustazah inginkan maklumat daripada pencari jodoh ini?
Waalaikumussalam wbt. Terpulanglah. "Permudahkanlah jangan disusahkan."
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam akak...
ReplyDeleteakak..sy ada sent email kat akak.. akak baca ek.. nak mntak motivasi ckt.. ok..syukran akak :)
alhamdulillah..bagus cara yang dibuat ni..
ReplyDeletesemoga Allah meredhai...
hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...
Salam..ana nak tnya.Klu keluarga kita tak prnh terdedah dan xpercaya dgn cara ini,macam mn? ana xbrani mencuba sbb tkt nt keluarga akn membantah..apa perlu ana lakukan?:/
ReplyDeleteSalam. sebaik-baiknya gunakan orang tengah yang telah mengenali orang yang ingin diperkenalkan kepada saudari.
ReplyDeletecara di internet ini sangat terhad kerana soal jodoh sangat misteri. jika ada 1000 permohonan, mungkin 5 permohonan sahaja yang berjaya disatukan. Alhamdulillah, lebih baik daripada tiada usaha langsung..
Kepada mereka yang belum mendapat respon, harap gunakan 1001 lagi doa dan usaha lain kerana belum ada yang sesuai untuk anda di sini.
Bagi yang sudah dalam proses, moga Allah bantu memudahkan segala yang terbaik. Amin.
avaible lagi ker sekarang ni?
ReplyDeletehahahahah skeru cari jodoh ke?
Deleteassalamualaikum w.b.t ustazah..
ReplyDeletesaya sudah pun mghantar emel...
tp masih bole lg ke? salam...
Salam..sukaaaaa sgt bca lembaran blog kak fatimah syarha.. :)
ReplyDelete^jatuh hati pd akak kerana Allah^
salam.. blog akak sgt berguna pada saya:)
ReplyDeletesyukran akak..
salam.....alhamdullilah,dgn kaedah sbgni insyaallah akn dpt mbantu para muslimin dan muslimah.... barakallah ukhti :)
ReplyDeletesalam kak......
ReplyDeleteblh lg ke skrg nie????
syukran jazilan...
assalamualaikum akak... syukran sebab dtg uitm jengka hari tu.... sunggguh best ceramah yang disampaikn....
ReplyDeleteassalamu'alaikum ustazah, nk mintk kebenaran copy maklumat ni ke blog saya... halalkan yea...
ReplyDeleteassalamu'alaikum ustazah,saya nk tanya ni kalau x rapat sblum kawin mcm mane nk knl hati budi masing2..???pastu saya nk tanya adakah jodoh ni kite kene cari ataupun die datang bergolek..???
ReplyDeletemabruk ukhti fatimah...syukran atas info ini....alhamdulillah ni la cara yang dituntut....insyaAllah saya juga akan gunakan cara ni...barakallah ya ukhti.....doakan saya juga dapat jodoh yang baik dan mampu membimbing saya...saya akui amalan saya x banyak tetapi mendpatkan imam yang mampu membimbing saya dan mujahid mujahidah saya kelak..insyaAllah iman tu akan bertambah lebih lagi...semoga bertemu di syurga Allah...syukran ukhti fatimah....ukhuwah fillah abadan abada
ReplyDeletesuka dgn usaha yg murni ini :)
ReplyDeleteassalamualikum kak fatimah syarha ...
ReplyDeletesaya nak tanya, ada seorang laki kata nya serius dgn saya n dia pun saya nmpak baik agama dan akhlaknya n then dia pernah sekali dtg rumah sy sebab saya nk dia kenal dgn parents saya..sebelum saya terima dia , saya ada buat solat istikharah , hati saya tenang sangat walaupun saya tak kenal dia dngn lebih rapat ,
adakah dia diciptakan untuk saya ??
Assalamualaikum Ustazah FS,
ReplyDeleteSaya baru dapat tahu melalui twitter tentang Ustazah, dan bilamana saya melihat video Fitrah Wanita Anggun, saya tertarik dan menitiskan airmata kesyukuran kerana Allah dorong hati saya untuk melihat & mendengar ceramah Ustazah. Saya rasa sebagai isteri terpanggil untuk buat yang lebih baik kepada suami dan keluarga. Kerana itu saya ucapkan syukur kepada Allah kerana dipertemukan dgn cara begini, malah saya tidak pernah mengenali siapa ustazah dan tidak pernah tahu yg ustazah berkarya menghasilkan novel untuk berkongsi hasil karya ustazah. Syukran jazakillahhukhairan!
assalamualaikum...saye bekerja Di qatar, Doha....saye selalu mendengar ceramah ustazah dari U tube...saye ingin sekali jadi seorang isteri n seorang ibu... tapi bukan senang nak cari seorang lelaki yang betul2 bertanggungjawab....dan saye ingin sekali bercinta selepas kawen....tapi tak salah kan saye dah pikir pasal kawen pada usia 21 tahun? sebab ramai orang kate saye masih mude...tak perlu pikir lagi..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. saya ingin bertanya bolehkah saya berkongsikan segala karya penulisan saudari di blog saya?.. saya sangat tertarik dengan hasil penulisan saudari yang dapat membawa kebaikan kepada orang lain.. kalau boleh tolong emelkan kepada saya kerana saya tidak selalu online.. terima kasih..
ReplyDeleteemel saya di shahrulizuan92@gmail.com
assalamulaikum..subahanaAllah ana sgt mengemari karya dan ceramah -ceramah daripada ustazah dan ustaz . Ana doakan semoga ustazah dan ustaz diberikan kesihatan tubuh badan untuk meneruskan dakwah ini..bersama memperjuangkan islam ..
ReplyDeletesalam ustazah masih dibuka tawaran ini? saya benar2 mencari jodoh..
ReplyDeletesalam ustazah masih dibuka lagi ke tawaran ini? saya benar2 mencari jodoh..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy pun benar2 mencari jodoh. Email saya hussinchemid@yahoo.com.my
Deleteassalamualaikum...ustazah,..sya nak tanya....tawaran di atas masih valid lagi atau tidak yer..
ReplyDeletesalam akak,saya ada memetik sdikit kata2 akak ke dalam blog sya,mntak dihalalkan juga ye :)
ReplyDeleteAs salam =) klu keja kerani boleh ke ustazah?
ReplyDeleteassalam ustazah..
ReplyDeleteadakah tawaran ini masih dibuka?
saya sedang mencari jodoh. jika tawaran ini masih dibuka, Alhamdulillah..
akak masih boleh hantar email ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustazah Boleh Sy dpatkn email ustazah? sy ingin brtnyakan ssuatu kpd ustazah...Terima kasih
ReplyDeletesyukran ustazah atas maklumat yg ustazah share.
ReplyDelete