Cintaku Kerana Agamamu - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Cintaku Kerana Agamamu



          Sambil mengedit novel terbaru suami bertajuk 'Cintaku Kerana Agamamu,' bibir ini tidak putus-putus tersenyum sendiri. Ia adalah sambungan kisah Dr. Muslih dan Qani'ah dalam Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul serta Denyut Kasih Medik. Insyallah, bakal menemui pembaca di Pesta Buku 2012. Dijangkakan penerbitnya ialah Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Nantikan sama-sama.

Sedikit Petikan  Isu Muslimah ke Masjid dalam novel ini
           “Its time to go to the masjid…”isteriku menyanyi.
            Aku ikut menyanyi. Puteri sulungku turut menyanyi. Aku mencapai kunci kereta lalu membawa keluargaku solat Subuh berjemaah di masjid berhampiran. Kami senang mendidik anak kecil cintakan masjid.
            Aku akui, pada hari-hari awal pernikahan, aku tidak begitu menggalakkan isteriku ke masjid. Aku menganggap kerana solat di rumah adalah yang terbaik untuknya. Itu yang aku fahami daripada maksud zahir sebuah hadis. Isteriku taat tanpa membantah.
Namun, isteriku sangat bijak. Suatu hari, dia menghadiahkan aku sebuah buku berkenaan wanita dalam fikih al-Qaradhawi. Aku menekuni satu hadis sahih yang mengingatkan suami agar tidak menghalang isteri daripada ke rumah Allah. Aku terpegun.
Di sana, wanita mempunyai kemaslahatan untuk menyegarkan ruh dan menuntut ilmu agama. Kini, aku memahami hadis berkenaan isu itu dengan maksudnya yang luas, daripada ulama yang berfikiran luas, bukan lagi secara maksud zahir semata-mata.
Tatkala membaca lebih dalam bersama isteriku, aku baru sedar, dalam Islam ada perkara yang tetap dan ada perkara yang boleh berubah. Perkara yang boleh berubah lebih merujuk kepada hukum-hakam fiqah. Realiti hari ini jauh berbeza daripada realiti pada zaman Nabi. Sempurnanya Islam apabila fleksibel mengikut zaman. Islam menyambut baik segala hal-hal baru yang memberi manfaat.
Aku tidak mahu lagi mentafsir dengan akalku sendiri yang kurang mampu sekritis ulama dalam menggabungkan antara fikih dan hadis. Bukan itu sahaja, ulama lebih mampu menggabungkan antara mengikuti nas dan memperhatikan maksud syariah. Bahkan mampu membezakan antara berubahnya zaman dan prinsip-prinsip Islam.
Wanita pada zaman Nabi diberikan tindakan preventif oleh para suami daripada gangguan jalanan ketika hendak pergi ke masjid. Realiti hari ini tidak sama. Wanita diberi kepercayaan oleh suami untuk ke pasar sendirian kerana amannya jalan dari fitnah. Maka, kenapa tidak wanita juga diberi kepercayaan untuk ke masjid? Bagiku, suami yang menghalang isterinya menuntut ilmu di masjid, samalah seperti isteri yang menghalang suaminya keluar berjihad.
Bermula hari itu, aku menanamkan kecintaan kepada masjid dalam keluargaku. Lebih seronok pergi bersama-sama. Sesekali menyanyi beramai-ramai di dalam kereta,
Ups the day,
Don’t be delay,
Its time to go to the masjid,
Help you mother,
And your brother,
Its time to go to the masjid…
Cintaku Kerana Agamamu Reviewed by Fatimah Syarha on 11:46:00 Rating: 5           Sambil mengedit novel terbaru suami bertajuk 'Cintaku Kerana Agamamu,' b...

28 comments:

  1. :) comel.. -mengharapkan yang serupa,, entah hanya mimpi di siang hari

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    tak sabarnya, moga ustazah dan keluarga sentiasa diberkati Allah. Buku2 ustazah buatkan hati terbuai2 sambil mengingati kebesaran Allah. :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah... tak sabar tunggu novel terbaru akak.. =)

    ReplyDelete
  4. Masya Allah, tak sabar nak membaca karya dari kak fatimah syarha sendiri :)

    ReplyDelete
  5. ya allah!! tak sabar nak beli...
    sebarkan cintamu pun tak beli lagi..
    semua kedai buku dah habis stok... (sedihnya)

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak baca buku K.Fatimah...

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang terlalu sukar untuk memahami hukum islam.terdapat perbezaan ulama yg keras mengenai hukum ahkam namun terdapat juga ulama yg memudahkan dalam hukum..moga dilindungi daripada hukum yg dikeluarkan daripada ulama sulk..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum buat Dr dan ustazah.
    moga dalam redha Allah selalu.
    setelah membaca update post ustazah kali ini, ana teringat akan sesuatu dan mahu bertanya. ana ada terbaca akan satu hadith yg diceritakan dan diterangkan sedikit dalam laman web seorang daie, serta ada sedikit penerangan daripada beliau selaku penulis.
    [Aisyah r.ha: Sekiranya Rasulullah s.a.w melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya baginda akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid. (H.R. Bukhari)
    p/s: Fitnah ikhtilath (bercampur gaul) amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam.]
    jadi, mohon pandangan ustazah dan dr pula. jika tidak keberatan, boleh emelkan pada saya ulasan ustazah.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbt. Jazakallah atas soalan yang sangat baik.Insyallah dari orang yang baik-baik.

    Kata-kata Aisyah itu, ia cuma suatu pendapat. Bukannya sesuatu yang boleh dijadikan dalil hukum yang kuat. Semua orang berhak menyatakan pendapat. Sepertimana pendapat Ibnu Abbas tentang masalah poligami. Ramai lagi sahabat-sahabat lain mempunyai pendapat tersendiri. Berbeza-beza.

    Kena bezakan mana Islam dan mana tafsiran. Sebab itu rujukan hukum yang disepakati telah diselaraskan oleh para ulama Usul al-Fiqh, iaitu al-Quran dan Sunnah. Selain al-Quran dan Sunnah, banyak khilaf di dalamnya yang semuanya dalam daerah pahala.

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya tentang kata-kata Saidina Ali yang mengatakan wanita itu jahat, maka beliau menjawab.
    Pertama: Yang mencerminkan pendapat Islam dalam apa jua perkara ialah firman Allah dan Sunnah Nabi. Al-quran dan Assunnah yang sahih sahaja merupakan sumber yang terpelihara dari sebarang pemesongan dan kecacatan. Kekeliruan hanya lahir dari salah faham terhadap kedua-duanya atau salah satu darinya.

    Kedua, perkara yang sememangnya diketahui dikalangan para pengkritik dan pengkaji bahawa menisbahkan setengah kata-kata yang terdapat dalam kitab ‘Nahjul Balaghah” kepada Saidina Ali Karramallahu Wajhah adalah tidak betul dan mereka mempunyai dalil serta bukti tentang perkara itu.

    ReplyDelete
  11. Salam Mujahid295.
    Jangan risau, ulama'2 muktabar masing-masing berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.

    Walaupun kadang kala kita nampak pendapat mereka bertentangan halal dan haramnya, ia tetap dalam daerah pahala sebagaimana hadis sahih bukhari mengatakan, "Jika ulama berijtihad, kalau betul 2 pahala, kalau salah 1 pahala."

    Islam jadi susah apabila kita mengharpkan ada 1 pendapat sahaja dalam masalah fiqah.

    Apapun, memang tak dinafikan adanya ulama' su'. siapa kita mampu menghukum? selagi jelas ilmu, manhaj, keikhlasan dan ijtihadnya, selagi itu kita boleh yakin dengan seseorang ulama itu.
    moga Allah pandu kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya benar, ulama' berijtihad degan ilmu masing-masing,walau bagaimanapun, seseorang yang tidak termasuk dalam golongan orang awam wajib mengambil pendapat yang lebih mendekati kebenaran jika jelas padanya dalil dan hujah-hujah yang mendekati kebeneran.Wallahua'lam

      Delete
  12. Satu perkara yang perlu kita faham tentang maksud FITNAH. Ianya sangat luas. Jika ada sesiapa yang ambik course Bahasa Arab, boleh berkongsi di sini. Hampir ada berbelas-belas pengertian merujuk kepada maksud fitnah.

    Fitnah itu bukan hanya merujuk kepada fitnah ikhtilat. Banyak maksudnya. Ia juga merujuk kepada fitnah dibunuh dan dirompak dengan sewenang-wenangnya. Seperti jemaah haji yang ingin pergi haji pada zaman dahulu, amat senang dirompak dan dibunuh meskipun mereka pergi dalam satu kelompok yang ramai.

    Namun, apabila Islam menjelaskan asas-asas yang hebat untuk menjaga darah manusia, maka zaman berganti zaman, institusi keselamatan menjadi semakin tersusun(munazzam. Adanya Polis, Askar, security, angkata rela dsb. Ini yang dimaksudkan amannya jalan dari fitnah.

    Insyallah, nanti jika berkesempatan, ana akan hurai tentang satu hadis sahih yang dijelaskan oleh Yusuf al-Qaradhawi bagaimana Rasulullah SAW menyatakan kekagumannya terhadap akan tibanya satu zaman, wanita bermusafir ke Iraq dalam keadaan aman fitnah.

    ReplyDelete
  13. xsabar rasenye nk bace novel terbaru ukhti & dr. nanti..smoge sukses & dirahmatiNYE slalu.

    ReplyDelete
  14. kalau sambungan novel 'Denyut Cinta Medik' dah diterbitkan,bagitau la dekt saya y? tkut saya ketinggalan..

    ReplyDelete
  15. salaam ka syarha, saya ada baca kat sebarkan cinta-MU tentang cara mengindikasi adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk kahwin atau belum (page 159). boleh kongsi tak cara indikasi bagi lelaki pula? syukran :)

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah~ tak sabar nak baca hehe ^_^

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum wrmt kak ha.. nak minta pandangan kak ha.. dikolej sy, surau ada 1 pintu je, then kalau lelaki dan perempuan, mst akan masuk melalui pintu yg sama..pasti akan berlaku pertembungan..dan kbykn muslimat, x pergi pun bersolat kat situ.. adakah fitnah jika saya dan shbt, (samada pergi sorang2 atau pergi dlm jumlah yg x ramai) bersolat di surau tersebut? dan mana yg lebih afdhal bg kami? samada hanya bersolat di bilik atau solat di surau tersebut?

    ReplyDelete
  18. Salam sayang. sebenarnya, peringkat awal islam, begitulah keadaan masjid pada zaman Rasulullah, punya satu pintu. muslimah tetap ke sana khususnya dalam solat subuh dan isyak.

    tak lama kemudiaan, Rasulullah minta diadakan babun nisa' (pintu untuk wanita).

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum
    bagaimana jika selama dua tahun mendirikan kasih dan cinta karna agamaya, dengan sekejap orang tua menginginkan pasangan kita menikah dengan yang lain.

    ReplyDelete
  20. waalaikmussalam wbt. saya tidak pasti apakah keperluan di sebalik keinginan orang tua itu.

    Jika keinginannya disebabkan 'kepercayaan agama' bahawa poligami itu sunnah dan lebih baik, eloklah saudari beli buku bertajuk karya Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KAMI IDAMKAN, bab POLIGAMI dan Perceraian. Hadiahkan kepada mertua tentang 'mind setting' sebenar kita terhadap poligami iaitu:

    " Poligami itu baik tapi Berkahwin satu jauh lebih baik. Poligami tidak digalakkan dalam Islam."

    Jika keinginan itu disebabkan saudari tidak dapat melahirkan zuriat, sibukkan suami mencuba sedaya upaya jalan-jalan ikhtiar dan doa. Lagi bagus jika dapat libatkan mertua berikhtiar sama seperti bertanya petua, pengalaman dll.

    Jika keinginan itu saja suka-suka, saudari perlu tahu bahawa saudari ada 3 pilihan:
    1) Merelakan.
    2)Mempertahankan monogami di mahkaah kerana Islam tidak pernah redha berlakunya risiko penganiayaan terhadap diri saudari atas prinsip hadis Nabi, La darar wa la diror (Tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh membalas kemudaratan).
    3)Bercerai samada dengan cara baik, khuluk atau fasakh (ikut keperluan).

    ReplyDelete
  21. sukanya !:)

    seronokkan ada ilmu lebih untuk buat novel dakwah camni. :) saya pun berangan sikit.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, ustazah...mintak ustazah postkan bgaimana cara terbaik untuk menegur dan memberi motivasi pada kawan yg telah bercouple dan terlanjur tetapi masih tidak mahu berubah..Sebagai kawan yg rapat dan selalu bersama dia, ape yg perlu dilakukan spy dalam masa yg same dye tidak merasa terganggu secara emosi dan beerdendam..Bgaimana strategi utk meyakinkan kawan tersebut agar bertaubat dan menyesal ats perbuatannya.. terima kasih

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum buat ustazah dan Dr.
    moga dalam redha Allah selalu. asif krn br shj mmbaca jwpn ustazah utk komentar ana sebelum ini. jazakillah khairal jaza atas penjelasan. ana setuju dgn penjelasan ustazah mengenai pendapat. harus bezakan antara sumber hukum (alquran dan assunnah)dan juga pendapat,yang mana pandangan Aisyah juga disandarkan pada Rasulullah SAW. oleh sbb kaedah usul fiqh digunakan dalam cara ulama-ulama mengistinbatkan hukum, secara jujur ana mengatakan ana tidak tahu bagaimana ulama-ulama mengeluarkan hukum berdasarkan pada hadith yg ana nyatakan sebelum ini (berkenaan pandangan Aisyah RA).
    ana bertanyakan kerana ana lihat, dan melalui pengalaman sendiri melihat ada dalam kalangan golongan agamawan yg menggunakan hujah hadith tersebut utk mengatakan keutamaan wanita itu berada di mana.
    kembali bersetuju dgn pendapat ustazah bahwasanya khilaf itu sememangnya suatu rahmat spt yg dikatakan baginda SAW.
    dan merujuk kepada kata-kata ustazah,
    ''Satu perkara yang perlu kita faham tentang maksud FITNAH. Ianya sangat luas. Jika ada sesiapa yang ambik course Bahasa Arab, boleh berkongsi di sini. Hampir ada berbelas-belas pengertian merujuk kepada maksud fitnah.''

    ya, ana faham akan istilah fitnah itu. dan ana belajar mengenai kalimah-kalimah arab, konsep pemahaman nya sangatlah luas, sptmana kalimah fitnah dalam quran itu sendiri. ramai yang tersalah faham akan konsep fitnah itu sendiri. bukanlah hanya merujuk kepada tuduhan, ujian, malah pelbagai lagi jika dipelajari secara meluas konsep kalimah fitnah.
    shukran atas penjelasan. inshaAllah yg baik itu dari Allah.
    wallahu3lam.

    ReplyDelete
  24. salam kak fatimah,penerangan yg sungguh bermanfaat. izinkan saya share,ye ^^ alhamdulillah, ps:saya nak mintak izin awal2 ni,kak. law ade mane2 tulisan akak,saya nak share ,bole ye? ^^ insya ALLAH.

    ReplyDelete