Fitnah Wanita Adakah Wanita Jahat - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Fitnah Wanita Adakah Wanita Jahat



Buat pengetahuan semua, saya menulis kolum Sulam Rasa dalam Majalah Haluan. Kolum ini akan banyak saya kupas mengenai persoalan wanita kontemporari.

Seperti biasa, saya banyak merujuk fikrah ulama kontemporari dalam isu ini. Tak lupa pandangan imam-imam mazhab yang muktabar.

Lelaki yang baik dan memuliakan wanita pun akan mengambil berat persoalan ini, insya-Allah:)

Antara topik menarik bulan Januari ini ialah mengenai tajuk:


Fitnah Wanita: Adakah Wanita Itu Jahat?

Jom berkenalan dengan Majalah Haluan. 
Pasarannya belum cukup meluas. Namun ia sedang pesat mara menuju kemajuan. Demi fikrah Islam tersebar ke segenap lapisan masyarakat. 
Jika berminat, boleh hubungi 0132002941, wakil pengedar AMNANI ABDULLAH AKHILI, UIA.
Boleh juga cari facebooknya.
Iklannya ada juga di LangitIlahi.com.

Sedikit petikan daripada artikel saya...

Antara Hadis dan Tafsiran Hadis

“Fitnah wanita.”
Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.
“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)
Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah…
Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.
“Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…”
“Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…”
“Perempuan semuanya jahat…”

Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan
Hakikatnya...
Fitnah Wanita Adakah Wanita Jahat Reviewed by Fatimah Syarha on 10:57:00 Rating: 5 Buat pengetahuan semua, saya menulis kolum Sulam Rasa dalam Majalah Haluan. Kolum ini akan ba...

7 comments:

  1. alhamdulillah.. saya dari upsi.. baru sahaja selesai mengikuti forum bersama ustazah n suami ( warkah cinta berbau syurga ).. sungguh berkesan di hati mendengar setiap butir bicara yang keluar dari ustazah n dr. semoga ianya menjadi manfaat kepada saya..:) thanks ustazah...

    ReplyDelete
  2. Salaam kak Syarha,

    boleh terangkan maksud antara ajaran Islam dan tafsiran? macam mana nak differentiate? adakah dilihat apabila ia menepati manhaj Qur'an?

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam wbt.

    dalam Islam ada sesuatu yang disepakati dan ada sesuatu yang khilaf (dibenarkan berbeza-beza).

    ada sesuatu yang qati'yyat(tetap, hanya 1 makna) dan ada sesuatu yang zonniyyat (berubah, banyak makna).

    perkara yang disepakati dan qati'yyat itu tiada tafsiran yang banyak.

    manakala perkara yang khilaf dan zonniyyat itu ada banyak tafsiran.

    Dalam tafsiran-tafsiran ini, kita sepatutnya saling menghormati, bukan saling berpecah-belah. sebab kita tak boleh nak dakwa, inilah satu-satunya yang diajar oleh Islam, yang selain daripada ini, batil, bid'ah dan sesat. sepatutnya, kita kena jelaskan, ini cuma salah satu tafsiran daripada banyak tafsiran.

    ReplyDelete
  4. salam ukhti, ana rasa bersemangat kembali membaca artikel ini, t.kasih, selalu kita wanita disaran berdiam, taat tapi hati ternyata sukar terima bkan kerana mahu melawan tapi merasa Allah SWt begitu adil...dan tak mungkin melayan kita spt manusia biasa melayan fiitrah dan kemampuan wanita..

    ReplyDelete
  5. Info menarik..Bak kata seorang tokoh,
    "Jika anda mahu melihat keadaan sesuatu bangsa sekarang lihatlah pemudanya, jika anda mahu melihat keadaannya di masa depan lihatlah pemudinya". Lelaki atau perempuan kedua-duanya istimewa..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak ha. saya tertarik dgn isu fitnah wanita. fitnah wanita ni boleh jugak terjadi dekat alam maya spt fb. contohnya, kalau muslimah yg tampak alim, membuat status 'in relationship' di fb. adakah ia dikira fitnah muslimah apabila org lain menyangka dia couple. sedangkan pada pendapat dia, dia buat begitu kerana tidak mahu didekat. ada juga yang mengatakan 'tidak mahu didekat' bergantung pada bgmn muslimah tu menjaga diri. bukan status fb. harap akak dapat bagi penjelasan. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Adikku, 'apa orang cakap' itu penting tapi jika nak dipenuhi 'kepuasan' semua orang yang bercakap, sakit kita.

      Dalam masalah ni, senang saja...
      rujuk hukum asal 'letak status' in relationship, apa hukumnya?
      Tiada dalil yang mengharamkannya maka asal hukumnya adalah HARUS.
      Kaedah syarak, asal sesuatu adalah HARUS.

      Islam memberi kebebasan kepada kita memilih apa-apa yang harus yang kita rasakan baik selagi ia bukan dosa.
      Kita ada fatwa hati dan niat yang Allah ketahui. Tenanglah.

      Jika ada orang sangka negatif, ngumpat kita dalam hatinya, kita dapat pahala free. Nanti kat akhirat, kalau kita banyak dosa, orang nilah akan tolong pikul dosa-dosa kita dan kita boleh kerik pahalanya.

      Sama-samalah kita sentiasa sangka baik. Ia lebih membahagiakan...

      Delete