ISU WANITA DAN KHILAFNYA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

ISU WANITA DAN KHILAFNYA




Soalan:
assalamualaikum...
saya keliru.....neyh kwn sya post kt fb..

Larangan Bertabarruj.....

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [An Nur:60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah, “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [Al Ahzab:33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.

Abul A’la al Maududi berkata, “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]...

Jawapan:

Salam buat Gunnersky.
Sebenarnya, kita jadi keliru sebab kita mengharapkan tafsiran isu-isu ini SATU sahaja, sedangkan isu-isu di atas ini mempunyai tafsiran yang BANYAK.

Inilah namanya khilaf. Khilaf itu pada tafsiran bukan pada dalil. Dalilnya sama, tafsirannya berbeza.

Ada ulama yang mentafsirkannya secara zahir hadis (tektual).
Ada ulama yang mentafsirkannya secara maksud tersirat di sebalik hadis (kontektual).
Tiada masalah jika kita nak mengikut pendapat yang dipost oleh rakan di fb sebagaimana di atas.

Dalam masa yang sama, kita hormatilah orang lain yang ingin mengikut pendapat ulama kontemporari seperti al-Qaradhawi, al-Ghazali, Abdul Halim Abu Syuqqah dan seangkatannya. Tafsiran mereka ada yang sama dan ada yang agak berbeza dengan tafsiran di atas.

Sila rujuk lanjut buku:
1.Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi.
2.Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah, Abdul Halim Abu Syuqqah.

            Tenanglah nak ikut yang mana…hormatilah pendapat yang berbeza…
Masing-masing berijtihad dan masing-masing dalam daerah pahala.

Ustazah berikan satu contoh adab ulama ketika mereka berbeza.

Yusuf al-Qaradhawi loves Hassan al-Banna.

Yusuf Al-Qaradhawi sangat cintakan Hassan al-Banna. Beliau menguasai dengan mendalam semua penulisan Hassan al-Banna. Beliau menghafaz kata-kata Hassan al-Banna dengan fasih dan lancar. Kecintaan beliau terhadap Hassan al-Banna terserlah apabila beliau merincikan buku Usul Isyrin oleh Hassan al-Banna.
Lebih jauh dari itu, Syeikh al-Qaradhawi pernah memuji Hassan al-Banna dalam untaian syair yang indah.

Namun begitu, al-Qaradhawi tidak menyebabkan rasa cintanya kepada Hassan al-Banna menjadikannya tidak memiliki ‘rasa berdikari’ dalam pendapat dan pandangan, atau tidak mampu berbeza dengan yang dicintainya dalam beberapa pandangan.

Contoh perbezaan mereka ialah:
1.       Hassan al-Banna menolak berdiri banyaknya parti-parti Islam dalam sebuah negara Islam kerana ia mencabik kesatuan.
2.       Al-Qaradhawi membolehkan beberapa parti Islam dalam sebuah negara Islam namun dengan syarat-syarat yang beliau rincikan antaranya ialah perlu saling menghormati bukan saling bertelagah.

Al-Qaradhawi membahas pandangan Hassan al-Banna dengan penuh hormat serta menyatakan penghargaan yang besar terhadap pandangan Hassan al-Banna.

Demikian juga dalam isu-isu WANITA.
Imam Hassan al-Banna begitu keras pendapatnya dalam masalah wanita. 
Sementara al-Qaradhawi bersikap moderat.
Sebab perbezaan keduanya bukan pada masalah hujah atau dalil. Perbezaan yang ada muncul kerana perbezaan zaman di mana kedua-duanya hidup. 

Imam Hassan al-Banna hidup di sebuah zaman di mana parti-parti dan kelompok-kelompok telah memecah-belahkan kaum muslimin, bukan menyatukan mereka. Saling menghancur bukan membangun. Pada saat itu, kaum wanita belum terjun ke medan kerja, maka pendapat yang beliau keluarkan adalah sebagai tindakan preventif.

Ini menunjukkan gerakan ikhwanul muslimin adalah gerakan dinamik dan pembaharu (tajdid) dan bukan gerakan yang berdiri di atas status quo dalam pemikiran dan pendapat-pendapatnya.

Bagi para imam itu, tiada halangan bagi mereka untuk berbeza ijtihad dengan imam mereka sebab imam mereka itu sendiri tidak menutup pintu ijtihad bagi sesiapa sahaja yang datang setelahnya. Khususnya jika kondisi, pemikiran dan lingkungan berubah.
Mungkin saja jika Hassan al-Banna hidup hingga kini dan melihat apa yang Yusuf al-Qaradhawi lihat, beliau mungkin akan mengubah fatwanya sebab fatwa itu selalu akan berubah sesuai dengan perubahan tempat, waktu dan kondisi. 

Rujukan: Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi, Ishom Thalimah.

Wallahua'lam.
ISU WANITA DAN KHILAFNYA Reviewed by Fatimah Syarha on 20:35:00 Rating: 5 Soalan: assalamualaikum... saya keliru.....neyh kwn sya post kt fb.. Larangan Ber...

17 comments:

  1. waalaikum salam....
    terima kasih akak ats pnrgnnya, sy nk pggil akak sbb lebih mesra....sdikit sbnyk dpt meluaskan pndgn sya ttg konsep tabarruj....

    ReplyDelete
  2. panggil 'akakku sayang'pun boleh:)

    ReplyDelete
  3. :).. sy nak panggil macam tu juga..

    ReplyDelete
  4. salam sayang kak ha,
    sy ada jumpa novel2 kak ha dalam bentuk pdf kat internet..saya nak download dan baca tapi tak jadi sebab takut, saya ragu2 apa hukumnya kita download hasil kerja orang lain? sama ke macam mencuri? harap kak ha dapat jelaskan..jazakillah kak..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam wbt. Apa yang Allah diamkan itu bukan kerana Allah lupa tapi kerana Allah kasihankan kita. Ruang kelonggaran dan kemaafan dalam Islam sangat luas.

    Tiada cara khusus tentang ikatan dan jenis kain tudung dalam Islam. Bersyukurlah atas keringanan ini. maka,"mintalah fatwa dari hatimu..."

    ReplyDelete
  7. Novel dalam pdf tu belum edit. siapalah agaknya yang masukkan ye? tak mengapalah:)

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum warahmatullah;

    ustazah yg saya kasihi kerana Allah, nak minta emelnya boleh? :)

    dah habis baca novel Sebarkan Cinta-MU, alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah ! :) jazakillahu khairan kathira kerana menulisnya.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbt. salam sayang. jazakillah sudi baca novel yang tebal tu. fs_loveislam@yahoo.com.

    ReplyDelete
  10. sesuatu yang tebal penuh ilmiah dan hikmah sangat rugi jika tak dihadamkan ~ :)

    teruskan menulis lagi dan lagi...dan lagi....moga Allah terus pandu ustazah ! :)

    ReplyDelete
  11. Salam kak,ismi faiz.. bru shja mghabiskan "Syabab Musafir Kasih".. ^_~..Alhamdulillah,byk faiz dapat dr novel prjuangan 'syabab' ini..wlaupun kurang berstuju Nur Mumtazah itu dijodohkan dgn Syabab,(heheehe)..apa2 pun, terima kasih byk2.. jazakallah khairan ...truskan wahai Ansorullah,harap2 lpas nih dpt lagi faiz tatap novel yg berupa "Kerinduan Menjanji Syurga" ini..t8cre..wslm

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah. Komen Faiz ni sama dengan komen adik bongsu kak Ha, Asiah Yusra.

    Kak Ha tanya dia, adik nak Syabab nikah dengan siapa... katanya, dengan adik Nur Mumtazah tu. Kak Ha tersenyum sorang-sorang. Dah agak...
    Kalau kak ha buat ending macam tu tentu endingnya itu boleh ditebak.

    Pergi kepada realiti hidup. Hmm, begitulah hidup. Tak semua kita dapat apa yang kita inginkan. Tak mampu kita puaskan hasrat baik semua orang.

    Meskipun sekadar watak dalam novel, namun pilihan Syabab menunjukkan cara dia memilih mungkin tidak sama dengan kriteria pilihan kita. Inilah misteri sebuah pemilihan. senyum-senyum selalu;)

    ReplyDelete
  13. tq kak krn buat faiz,(ketawa kecil) petang2 ni..sebenarnya.. faiz bkan mengharap syabab itu dijodohkan dgn adik nur tu,tp dgn ketiga-tiga watak tersbut.. mgkin dapat menghiburkan hati2 para 'rijal' yg mEmbaca novel ini(penting diri sndiri)..huk3x... memang suatu ending yang tak di duga oleh sesiapa pom.. FAIZ SUKA ^_^

    ReplyDelete
  14. Faiz mungkin boleh baca Sebarkan Cinta-Mu, insyallah Faiz akan dapat mind-setting baru tentang isu nikah ramai ni berdasarkan fikrah jumhur ulama...itupun jika nak bersama fikrah jumhur ulama dalam isu ni:)

    ReplyDelete
  15. Dalam buku Al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuhu, m/s 21, disebutkan bahawa tiada taklif (tanggungjawab) dalam perkara-perkara tabi’e dan fitrah yang di luar kuasa kita seperti cinta, marah dan cemburu.

    Di dalam buku itu juga (m/s 22-24), Sub-topik Hikmah Poligami, disebutkan, sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

    Poligami tidak dilakukan kecuali mempunyai hajat tertentu dan syariat tidak mewajibkan ia ke atas sesiapapun, bahkan tidak digalakkan. Sesungguhnya ia diharuskan syarak bagi sebab umum dan khusus.

    ReplyDelete
  16. Ramai wanita mengimpikan pemuda setia seperti Syabab, moga Faiz menjadi salah seorang daripadanya.:)

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete