KEM PERSONALITI REMAJA PERCUMA. - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

KEM PERSONALITI REMAJA PERCUMA.

Istimewa buat adik-adik remaja puteri berusia 13-16 tahun, jom jumpa Kak Ha di sini. Tiada Yuran. Free aje.




MASA- 2 Disember, 8.00 pagi hingga 4 Disember, 3.30 petang.
TEMPAT- Masjid Putra, Putrajaya.
YURAN- Percuma. Ditaja penuh oleh pihak masjid.
TEMA:- 'BERCINTALAH......'

Pembentukan dan perkembangan diri anak remaja seharusnya dicanai mengikut acuan yang telah diajarkan melalui Al Quran dan ditunjukkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW. Dengan itu akan lahirlah generasi yang tinggi nilainya disisi Allah SWT. Remaja adalah bakal pemimpin dan pendidik di masa akan datang. Oleh itu kita harus menyiapkan mereka dengan keimanan dan ilmu yang bermanafaat agar dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti dimasa hadapan. Anak-anak remaja khususnya anak-anak perempuan yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dibentuk minda dan personaliti mereka agar menjadi insan yang soleh dan musleh. Anak-anak diperingkat umur remaja mempunyai tenaga serta keinginan yang besar untuk meningkat dan menjadi manusia yang terbaik. Oleh itu sudah sewajarnya HALUAN membantu dan membimbing mereka agar potensi yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada mereka dapat membangunkan ummah yang cemerlang dan terbilang. Begitu juga mereka adalah aset keluarga, masyarakat dan ummah yang perlu diambil perhatian oleh kita.

Perkembangan dunia yang begitu pesat serta suasana masyarakat dan persekitaran sekarang banyak mendedahkan anak-anak remaja kearah gejala yang tidak sihat dan tidak membantu mereka kepada kebaikan. Disamping itu cabaran dan masalah remaja masa kini serta gejala sosial dikalangan remaja yang semakin membimbangkan telah berlaku. Atas rasa tanggung jawab membaiki suasana tersebut, HALUAN sebagai badan NGO yang perihatin terhadap masalah remaja telah mengaturkan satu program peningkatan pesonaliti remaja yang akan membantu remaja-remaja puteri khususnya menghadapi cabaran yang datang dari lunar dan dalam. Adalah menjadi harapan kita agar program ini dapat mencetuskan kesedaran dan memberi pemahaman kepada remaja puteri untuk terus membina kekuatan diri serta memberi bimbingan kepada rakan sebaya agar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat serta berguna agama dan masyarakatnya.

SIAPA YANG HARUS MENGIKUTI KEM INI:-

=> PELAJAR PUTERI SAHAJA (13-16 TAHUN)

MATLAMAT:-

Meningkatkan motivasi dan kesedaran kepada peserta untuk menjadi seorang insan yang cemerlang.

Membina keyakinan diri dan berkemampuan untuk berdikari dalam mengharungi cabaran masa kini.

Membina jati diri dan sahsiah sebagai seorang remaja muslimah yang unggul dan berbudi pekerti mulia

OBJEKTIF:-

1- Membentuk Matlamat hidup yang sebenarnya
2- Membangunkan kesedaran dan keinsafan untuk mengamalkan islam sebagai cara hidup
3- Meningkatkan dan membentuk akhlak serta jati diri seorang yang dikagumi oleh keluarga dan masyarakat
4-Terangsang untuk meningkatkan potensi diri untuk lebih cemerlang samada dalam akademik, ibadah khusus dan personaliti diri
5- Memberi dorongan berfikir serta mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani cabaran atau masalah remaja yang sangat kronik pada masa kini

Antara Penceramah yang akan bersama dengan anda ialah:- Fatimah Syarha Bt Mohd Noordin penulis Novel Islamik yang hebat "Tautan Hati"...

Anda boleh terus mendaftar online di alamat bawah:-

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDljQVRLTU0xR1hiZkZlcFhXWk1yQlE6MQ

CEPAT!!! JOM MENDAFTAR....:)
KEM PERSONALITI REMAJA PERCUMA. Reviewed by Fatimah Syarha on 11:36:00 Rating: 5 Istimewa buat adik-adik remaja puteri berusia 13-16 tahun, jom jumpa Kak Ha di sini. Tiada Yuran. Free aje. MASA- 2 Disember, 8.00 pagi...

22 comments:

  1. Assalamualaikum ustazah ~!^_^
    kalau yangg 19 tahun nak join jugak bule tak ? :)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum,ustazah..
    Mabruk alaik!Program yang dinanti-nanti oleh para remaja..Moga berjalan dgn lancar,insyaAllah. Seronoknya kalau ana dapat join.tapi ana dah 18thn..

    ReplyDelete
  3. ustazah, adik saya 12 tahun...boleh tak kalau saya nak antar juga

    ReplyDelete
  4. sebar-sebarkan :) sape yg dah "expired" umur tu boleh la cari manfaat dgn cara lain, cari pahala dengan menyebar luaskan info ni ^^ insyaAllah.."bergotong-royong" kutip kebaikan yg Allah beri.

    ReplyDelete
  5. 13-16 tahun sahaja yaa..huhu~

    ReplyDelete
  6. errm . kenapa perlu guru pembimbing ? kalaau letak je nama cikgu , tapi cikgu tak datang boleh tak ?

    ReplyDelete
  7. hmm..lau dftar dlu tp ta sure na pegi leh ta?

    ReplyDelete
  8. ustazah,bila program untuk adik-adik remaja putera akan diadakan pula? harap-harap ada program yang dapat mengisi masa lapang semasa cuti tahunan ini.

    ReplyDelete
  9. Subhanallah. Terharu remaja putera pun bersemangat pada tarbiyah(didikan). insyallah, akan dimaklumkan kemudian.

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam wbt. adik yang berusia lebih atau kurang dari 13-16 boleh runding dengan penganjur untuk kem itu:)

    ReplyDelete
  11. guru pembimbing maksudnya jika adik ada seseorang yang follow up perkembangan dakwah dan tarbiah hidup adik, maka boleh nyatakan namanya. Istilah lain ialah naqibah, murabbiah, masulah, dll. Jika tidak ada, tak mengapa.

    ReplyDelete
  12. Assalamualikum,akak kalau adik saya umur 12 tahun masuk bleh X?mak saya suruh dia pegi.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak Ha,tarikh akhir isi borang bila ya?

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbt. kalau tanya akak, memang akak suka siapupun nak pergi, usia berapapun. Tapi better tanya penganjur, bagi menghormati pengurusan mereka. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. assalamu'alaykumwarahmatullahiwabarakatuh .
    ustazah , kem nie bermalam kan ?
    3 hari 2 malam ?

    ReplyDelete
  16. assalam nak tny , guru pembimbing tu mmg kne ade ke?

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum .
    kem ni dah penuh ke?
    kenapa tak boleh pegi dkat link tuh?

    ReplyDelete
  18. kak,saya nk nombor penganjur tu sbb gambar tu kecik sangat x nmpk :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum...dah penuh ke kem ni sbb link tu tak boleh nak bukak....

    ReplyDelete
  20. kak ... saya x berkesempatan ... ade lagi x kem camni nanti dlm cuti ni... saye teringin sekali ... harap2nye ade ... kalo ade inform ye kak ... ^_^ syukran

    ReplyDelete