Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media


Fatimah Syarha berforum bersama Dr. Syarifah (medical doctor) dan Farah Adeeba (artis)

Surat Remaja Buat Ustazah

Salam mahabbah ustazah yang kusayangi kerana Allah...
Didoakan agar ustazah sentiasa dirahmati Allah...
Saya ada sedikit nak berkongsi dengan ustazah.
Saya pernah bertanya pensyarah saya tentang pendapat beliau bagi muslimah yang meletakkan gambar di dalam blog atau facebook.
Ada kawan-kawan yang mengatakan saya ni syadid bila saya tidak meletakkan gambar di ruang-ruang facebook atau di dalam blog. Jujurnya pada pendapat saya sendiri, saya tak ingin dikenali oleh muslimin. Bimbang fitnah itu datang dari hanya sekeping gambar, walaupun ganbar itu gambar yang sempurna dengan menutup aurat. Tambahan pula sebagai muslimah, bagi saya perlu menjaga rapi dirinya walau di alam maya.
Pensyarah saya melarang kami meletakkan gambar di dalam laman-laman sosial walau untuk tujuan berdakwah kerana bimbang bila ada yang berniat jahat cuba mengambil gambar tersebut untuk menyihir kita...

Balasan Ustazah

Salam sayang buat ukhti.
Terima-kasih atas perkongsian. Terasa perkongsian ini lahir dari hatimu yang tulus dan menyayangi diriku ini.
Setiap orang mempunyai pendapat. Ustazah hormati. Dan setiap orang tidak berhak memaksakan orang lain terhadap pendapatnya, selagi mana kedua-dua pendapat itu masih di atas garis hukum dan tidak melanggar syariat. Bersabarlah dengan dakwaan kawan-kawan ukhti itu kerana ustazah yakin ukhti mempunyai fatwa hati tersendiri. 
Pesan Nabi, “Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah. [H.R. Ahmad dan al-Dârimî]

Apakah hukum meletakkan gambar sopan dan menutup aurat di facebook?

Sesetengah orang menempelak muslimah yang berdakwah dengan gambar, drama, filem, buku, ceramah umum, video-video kreatif, facebook, blog  dan sebagainya dengan hujah matlamat tidak menghalalkan cara. Persoalannya, apa yang tidak halal dengan cara ini? Adakah ia sesuatu yang disepakati haram oleh semua ulama’?
Perbahasan tentang isu ini dikiaskan dengan perbahasan hukum muslimah membuka wajah. Ianya adalah soal khilaf. Jumhur ulama mengatakannya harus. Keharusan itu terpakai kepada semua bentuk samada muslimah berada dalam surat khabar, kulit buku, video, televisyen dan sebagainya.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.” Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku  pada zaman keemasan umat ini. (Rujuk buku Wanita Dalam Fiqh al-Qaradhawi)

              Hal ini bergantung juga kepada niat. Urusan niat seseorang adalah urusannya dengan Allah. Terpulanglah samada kita memilih untuk berbaik sangka dengan niatnya atau berburuk sangka dengan niatnya itu, semuanya bakal dihisab Allah. Kutukan-kutukan berupa sengaja ingin dipuji, sengaja nak tunjuk cantik dan sebagainya itu, semuanya akan diadili oleh Allah SWT samada benar atau tidak. Pesan Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.” (al-Hujurat : 12)

Sesuatu Yang Harus Ada Kebaikan dan Keburukan

Tabiat sesuatu yang hukum asalnya adalah harus, mempunyai kebaikan dan keburukan. Kita berhak mempertimbangkan mana yang lebih mendatangkan banyak kebaikan dan mana yang lebih banyak mendatangkan keburukan.
Contohnya, makan kek yang manis adalah harus. Kebaikan kek ialah ia boleh mengembirakan orang pada hari-hari istimewa kerana rasanya yang sedap. Keburukannya pula, ia boleh memberi risiko kegemukan, kencing manis dan sebagainya.
Maka, bolehkah kita melarang orang memakan kek? Ataupun, bukankah lebih hikmah jika kita tidak menghalang orang makan kek, sebaliknya, memberi panduan bagaimana berpada-pada makan kek dengan aturan dan caranya yang sesuai.

Luaskan yang Halal, Sempitkan Yang Haram

Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang sahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok) yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).
Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih).

Berdakwah Dengan Kemajuan Teknologi

Berbalik kepada isu meletakkan gambar muslimah di facebook, spesifiknya gambar sopan dan menutup aurat, ustazah hormati muslimah yang tidak melakukan hal ini. Begitu juga muslimah yang tidak mahu terlibat dengan dakwah melalui video, ceramah umum, televisyen dan sebagainya. Mereka berhak mempunyai hujah dan fatwa hati tersendiri.
Ustazah pula mempunyai hujah dan fatwa hati ustazah tersendiri. Ustazah tertarik dengan kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi apabila beliau membahaskan tentang harusnya muslimah membuka wajah, beliau berkata, " Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”
Risiko kemungkinan disihir bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah hidup dengan cara hidup Islam dan melazimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan as-Sunnah. Risiko difitnah pula bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah terus hidup dalam tarbiah (suasana mendidik) dan tetap berdakwah, insya-Allah sekalipun difitnah, akan dibela Allah SWT.

Zaman Berubah, Pemikiran Wanita juga Boleh Berubah Selagi Dalam Batas

Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
            Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita  yang memudahkan  wanita untuk  membentuk keperibadiannya.”

            Beliau berkata lagi, “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya  menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah.”

Bagaimana jika lelaki memandang dengan syahwat?

Antara risiko lain bagi wanita yang mendedahkan wajah ialah takut-takut lelaki fasik memandangnya dengan syahwat. Mari kita teliti perbahasan ulama berikut:
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya  dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan dalam konteks ini ditujukan kepada lelaki tersebut. (Wanitapun kena tundukkan pandangan tapi tidak wajib menutup wajah dan mukanya dalam konteks ini). Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
 Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
            Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja. Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat  tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Maslahah Kecil atau Maslahah Besar?

            Melihat cantiknya seorang pendakwah wanita dalam media cetak atau elektronik mungkin menyebabkan seorang lelaki terfitnah. Namun, mungkin kehadirannya di arena itu juga menjadi sebab 1000 orang wanita lain mendapat hidayah dengan izin Allah SWT. Mutiara ilmunya, pakaiannya, budi bahasanya dan apa-apa yang dia tonjolkan secara langsung menjadi ikutan, bukan sekadar mendengar teori tanpa gambaran yang jelas. Patutkah kita hanya memikirkan maslahah yang sedikit hingga mengabaikan maslahah yang lebih besar?

            Pengalaman hidup saya sendiri ketika di alam remaja, saya dahagakan idola. Saya sedar, idola paling utama ialah Rasulullah SAW. Selain itu, tokoh-tokoh wanita yang masih hidup turut mengesani peribadi saya. Seperti kebanyakan remaja lain, saya ingin melihat idola saya itu berkata-kata secara langsung, berperibadi di depan mata dan menunjukkan contoh dengan perbuatannya. Bukan itu sahaja, saya mahukan gambar idola saya itu disemat di dalam dompet agar saya dapat mencontohinya. Saya bersyukur apabila menemui gambar tokoh pejuang seperti Zainab al-Ghazali. Begitu juga gambar puteri sulung Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ilham dan sebagainya.

Muslimah yang tidak meletakkan gambar di facebook atau meletakkannya, masing-masing ada fatwa hati, dan ada niat suci tersendiri. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mempunyai tujuan. Masing-masing mengikut garis hukum dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.



Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media Reviewed by Fatimah Syarha on 13:45:00 Rating: 5 Fatimah Syarha berforum bersama Dr. Syarifah (medical doctor) dan Farah Adeeba (artis) Sur...

32 comments:

  1. assalamualaikum..ustazah,nak copy boleh x?

    ReplyDelete
  2. syukran..info yang bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  3. bismillahirrahmaanirrahim
    assalamualaikum ukhti fatimah...moga dlm pemeliharaanNya..
    selalu ana baca dlm kebanyakan penulisan ukhti ukhti menyebut "mintalah fatwa dari hatimu", bolehkah diperjelaskan maksud sebenar yg ukhti nukilkan ini...berdasar kriteria hati yg tertentu atau bagaimana ya?...terima kasih

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam wbt buat ukhti Aidyl...
    Minta fatwa hati...tidak boleh merubah yang wajib jadi tak wajib, yang haram jadi tak haram...

    apa yang ana faham, minta fatwa hati merujuk kepada perkara yang asal hukumnya harus namun hukum itu boleh berubah mengikut niat masing-masing...

    maka, jika kita lakukan perkara harus itu memberi ketenangan hati, itu tanda-tanda ia suatu kebaikan.

    jika kita lakukan perkara harus itu meresahkan jiwa, itu tanda-tanda ia lari dari niat asalnya.

    Bentangkan depan Allah, kalau kita yakin kita mampu jawab depan Allah, yakinlah dan teruskan.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. "Pengalaman hidup saya sendiri ketika di alam remaja, saya dahagakan idola."

      itu juga yang saya rasakan selama ini. benar-benar rindu dan dahagakan idola. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah menghadirkan.

      Delete
  6. Alhamdulillah, syukran kak fatimah :)

    ReplyDelete
  7. t.kasih ukhti fatimah, jawapan yg membahagiakan...juga t.kasih upload ceramah, terasa jurang dakwah dapat dikecilkan dgn bantuan internet dan aplikasi you tube utk mendengar ceramah ukhti...jika tak keberatan ana ingin tahu adakah ukhti mengambil apa-apa suplemen atau makanan sunnah selain makanan berkhasiat seharian? kerana ana yakin jadual ukhti yg padat tentu perlu tenaga dalaman yg luar biasa..ana lihat ukhti sihat-sihat sahaja alhamdulillah..ana yg bekerja ada masanya terlalu letih hingga terlelap dgn anak-anak semasa mereka bermain dikeliling kita :)mohon share pengalaman ya..

    ReplyDelete
  8. juga adakah zikir terpilih yg ukhti amalkan yg dpt mengelakkan diri drpd penyakit...t.ksh ukhti

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah :) seronok dapat melihat ustazah masa program solehah spouse di IIC ahad lalu ^_^ moga ade rzeki bertemu lagi :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , hujah yang amat bermanfaat .

    ReplyDelete
  11. salam.nice post.

    besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.

    moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.

    apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.

    sama2 dpt manfaat.

    boleh lawati saya di

    http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Salam..syukran ustazah..post yg sangat2 brmanfaat..ana yakin dan percaya,pemahaman para pembaca pun akan meningkat berkaitan hal ni bila sudah membacanya..cuma satu yg ana ingin kongsikan,ana baca berkali-kali utk memahamkannya,baru perasan akhirnya..trdapat kekurangan dlm terjemahan ayat surah al-maidah (101),di bawah tajuk kecil "Luaskan Yang Halal,Sempitkan Yang Haram",mksdnya yg lengkap ialah: "Wahai org2 yg beriman,janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu)hal-hal yang jika [diterangkan kepadamu (justeru) menyusahkan kamu.] Jika kamu menanyakan ketika Al-Quran itu sedang diturunkan (nescaya) akan diterangkan kepadamu,Allah telah memaafkan (kamu) tentang hal itu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun..
    *ustazah trtinggal potongan terjemahan yg berada antara simbol [ ].. :)

    ReplyDelete
  13. syukran ustazah..apa2 pun, ustazah tetap idola saya, hehe..insya Allah..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah... benar2 b'kesan ke dlm jiwa.
    syukran ustazah...
    moga kita snts dilindungi ALLAH s.w.t.

    ReplyDelete
  15. terima kasih ustazah.. sgt brmanfaat.. ^^
    semoga teruskn usaha dakwah ustazah yer.. :)

    ReplyDelete
  16. buleh tak cari dalil pendapat ulamak lain?

    saya nmpak anda cenderung kepada dr yusuf qordhowi shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. benar kate nahwanz.. :)

      Delete
    2. betul ni, saya pun setuju. kalau boleh ustazah ambillah juga pendapat ulamak lain :)

      Delete
  17. Saya berasa lega setelah setahun lalu saya memikirkannya, Allah juga yg Maha Memahami hamba-Nya.

    ReplyDelete
  18. Allah hadirkan kak ha menerangkan hal ini & menghadirkan seorang murrobbi kakak yg ana sayangi juga berpendapat seperti kak ha.

    ReplyDelete
  19. Stiap org ada pndpt yg berbeza, tp apa kita yakin kita dpt terhindar dgn zmn yg penuh fitnah ini? Sbb itu ada pihak yg melarang muslimah meletakkn gmbr di fb. Tjuan utk menjaga wanita itu sndiri.

    Zaman dahulu,nabi dan shbt bersusah payah menjaga martabat wanita. Apakah kita dgn sngnya 'menjual' wanita itu sndri? Kita nak ikut takwa atau fatwa? Terserah. Sbb itu syurga ada 7 tingkat. Makin dijaga makin tinggi nilai dan martabatnya..

    ReplyDelete
  20. Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus

    Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook

    http://www.youtube.com/watch?v=TXK_B-thLVc

    Hukum memakai purdah Mazhab Syafi'i

    http://www.youtube.com/watch?v=xwzapbvSQC8&feature=youtube_gdata_player

    ReplyDelete
  21. fatwa qardawi lg...-_-'
    yg tertutup itu indah...
    walaupun khilaf...ia tetap ada mu'tamad dalam pengamal mazhab...
    mana ada khilaf yg xde mu'tamad...
    ALLAHu!~ =_="

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum warahmatullah ustazah yang dihormati.

    Saya pernah terbaca bahawa Saidatina 'Aisyah pernah berpesan "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang." Saya kurang pasti kesahihannya. Tetapi saya mendapati statement ini selaras dengan firman Allah yang memerintahkan wanita yang beriman untuk menundukkan pandangan. (An-Nuur:31)

    Ya mungkin betul kita perlukan idola. Tapi meletakkan gambar sebagai syarat untuk menjadikan seseorang itu idola kita, bukanlah alasan yang kukuh. Jadi, terpaksalah kita mencari gambar rasulullah agar dapat kita jadikan baginda sbg idola. Mestilah ada gambar Khadijah, Umar, Abu Bakar dan sebagainya.

    Dan saya kurang senang dakwah dijadikan alasan untuk mempamerkan gambar. Tapi sekiranya dengan mempamerkan wajah dapat membuka ruang selebar-lebarnya pada dakwah anda tanpa mencalitkan dosa di hati-hati manusia, teruskanlah. Tapi sungguh jalan untuk menyentuh hati-hati manusia itu sangat banyak andai kita berusaha. Pilihlah jalan yang tiada syubhah dan tiada fitnah di dalamnya. Itu lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu`alaikum saudara/saudari.. maaf mencelah.. saya sedar message saudara/saudari menuju kepada ustazah Fatimah Syarha.. hanya saya ingin berkongsi hasil pendapat beberapa orang ulama` yang saya dapat hasil pembacaan saya.. pada pendapat saya dosa tercalit di hati2 yang rapuh itu bukanlah kerana insan yang mempamerkan gambar.. tetapi kerana mata mereka yang melihat.. arahan menundukkan pandangan bukan sahaja ditujukan kepada wanita tetapi juga kepada lelaki..

      membaca berkenaan hadith tersebut teringat saya akan hadith tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”

      saya berpendapat islam itu tidak menyukarkan umatnya.. jikalau begitu lelaki juga harus tutup wajahnya.. kerana teringat saya kisah nabi yusuf yang digoda oleh zulaikha kerana tertawan dengan paras rupanya begitu juga wanita2 lain yang terpotong jari mereka saat melihat wajahnya.. maka jelaslah kalam suci Allah itu bahawa perintah yang dikenakan ialah menundukkan pandangannya baik lelaki mahupun perempuan..


      dalam usul Fiqh ada perkara furu` (cabang) yang sering menimbulkan pertelegahan dan perbalahan.. bukan semua pertelegahan dan perbalahan perlu.. Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

      Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf dalam kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

      (Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

      Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama. (Ustaz Muhammad Rashidi bin Abdul Wahab)

      Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu. saya hanya berkongsikan apa yang saya tahu.. moga manfaat untuk kita semua.. sebab dahulu pun saya macam saudara/saudari tetapi apabila membuat banyak pembacaan alhamdulillah lebih jelas

      Delete