5 Tips Memilih Teman Baik - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

5 Tips Memilih Teman Baik






            "Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ye? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
              Maka, 
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
              Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari. 
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
              Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. 
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
              Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:

1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
5 Tips Memilih Teman Baik Reviewed by Fatimah Syarha on 09:04:00 Rating: 5              "Seseorang berada di atas agama kawannya." Demikian pesan Nabi kita.  Kenapa ye?  Kita sangat terk...

17 comments:

  1. assalamualaikum ustazah..
    saya nak tanya ustazah..apa hukumnya kalau prempuan (A) meletakkan sesuatu syarat kpd lelaki(B) yang akan dinikahinya itu ?

    contohnya , B tak boleh nikah dgn wanita lain selagi A masih hdup dan slagi A masih mampu menjalankan tanggungjwbnya sbg isteri .

    atau lain2 syarat yg tidak melanggar syariat .

    mohon penjelasan dari ustazah ,
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ustazah..
    saya nak tanya ustazah..apa hukumnya kalau prempuan (A) meletakkan sesuatu syarat kpd lelaki(B) yang akan dinikahinya itu ?

    contohnya , B tak boleh nikah dgn wanita lain selagi A masih hdup dan slagi A masih mampu menjalankan tanggungjwbnya sbg isteri .

    atau lain2 syarat yg tidak melanggar syariat .

    mohon penjelasan dari ustazah ,
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam, saya mintak share di blog n fb ye ustazah, tq...

    ReplyDelete
  4. salam.mohon dshare.syukran :-)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbt.
    Buat makhlukmarikh, hukumnya harus dan keharusan ini dipakai oleh jumhur ulama' sejak zaman sahabat lagi.

    Jika ada pihak yang mempertikaikannya, katakan saja bahawa puteri-puteri Rasulullah SAW juga mempunyai syarat sebegini.Rujuk hadis sahih Bukhari Muslim.

    Jika ingin penerangan lanjut, baca entry ISLAM MEMAHAMIMU DUHAI PENGANTIN MUSLIMAH. Terdapat juga dalam novel Sebarkan Cinta-Mu.

    ReplyDelete
  6. terima kasih ustazah fatimah .
    ermm , tapi saya pernah terbaca bahawa syarat taqliq hanya akan sah lepas pasangan dinikahkan . kalau buat taqliq sbelum nikah , maknanya syarat itu tak sah . mohon penjelasan ustazah yea :)

    ReplyDelete
  7. Masa bertunang, kita berbincang tentang apa yang akan dijadikan syarat ta'liq ketika akad nikah. Perkara yang dijadikan syarat itu adalah sesuatu yang melibatkan alam selepas pasangan dinikahkan.
    selepas akad nikah, boleh juga ada syarat ta'liq tapi biasanya di pihak suami, bukan lagi di pihak perempuan, sebab syarat ta'liq selepas nikah memerlukan persetujuan suami.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,mohon share artikel di atas dalam blog ana..terima kasih :-)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,,mohon share ye ustzh,,terima ksh,,:)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..mohon share ye ustazah..trime kasih..=)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt... Mohon share artikel ya... Syukran ya ukhti...

    ReplyDelete
  12. Salam....mohon share artikel ini buat para sahabiah saya...^^

    ReplyDelete
  13. assalam ustazah, ana nak bertnya, apa beza diantra duusta dan tipu..??? dan apa mksud ustazah,'Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.'

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ustazah..kalo kwn yg tidak baik takkanlah kita nk tinggalkan mereka terkontang-kanting tanpa ada sesiapa yg membimbing mereka??mohon pendapat.. :)

    ReplyDelete
  15. mohon share ilmu sahabat yerp..

    ReplyDelete