Islam adalah Agama Rahmah dan Keadilan - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Islam adalah Agama Rahmah dan Keadilan

Kalau Islam itu agama yang rahmah saja tanpa sesiapa ada hak menuntut keadilan, maka kezaliman akan terus berleluasa.

Apakah beza antara rahmah dan keadilan?
 Terdapat pada Islam suatu kelembutan (riqqah) yang menjadikan  seseorang melakukan ihsan .
·         Terdapat juga dalam Islam konsep keadilan : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Kadangkala ia berbentuk persamaan antara manusia di dalam setiap perkara yang perlu disamakan  
·         Islam  itu adil- menyamakan balasan antara kebaikan dengan kebaikan dan kejahatan dengan kejahatan .
                Contoh:
c       
              Jika ada orang potong telinga kita, kita maafkan, itu namanya rahmah atau berbuat    ihsan.
              Jika orang potong telinga kita, kita minta qisas agar telinganya dipotong balik, itu namanya keadilan.

Jika ada orang mengkhianati kita, kita maafkan, itu ihsan.
Jika ada orang mengkhianati kita, kita mencari pembelaan, itu keadilan.

Jika ada orang lempang kita sekali, kita maafkan, itu ihsan.
Jika ada orang lempang kita sekali, kitapun lempang dia sekali, itu keadilan

Kedua-duanya penting ditegakkan dalam Islam!
·         
Jika Islam itu rahmah sahaja tanpa keadilan menyebabkan:
·         Orang yang jahat terus tamak.
·         Orang yang baik menjadi pasif.
·         Kehidupan manusia tidak didasari dengan kemaslahatan hidup dunia akhirat.
Contoh Keadilan yang Dituntut dalam Generasi Awal
1. Saidina Ali menuntut baju besinya yang didakwa dicuri oleh seorang Yahudi di mahkamah. Pengadilan Hakim Syuraih al-Qadhi tidak berpihak kepada Saidina Ali kerana beliau tiada saksi melainkan anak dan bekas hambanya sahaja ( kerabat tidak boleh jadi saksi dalam hal ini). 
2. Fatimah Az-Zahra menuntut pewarisan sebidang tanah selepas pemergian Rasulullah SAW.
3. Rasulullah SAW tidak terus membiarkan kejahatan musyrikin dan Yahudi. Beliau membalas dengan 'jihad'.
Islam adalah Agama Rahmah dan Keadilan Reviewed by Fatimah Syarha on 10:20:00 Rating: 5 Kalau Islam itu agama yang rahmah saja tanpa sesiapa ada hak menuntut keadilan, maka kezaliman...

6 comments:

  1. Salam...syarhah boleh x uploadkan jadual program sebab ramai peminat nak attend jika berdekatan dan berkesempatan

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum warahmatullah. Ustazah, saya nak tumpang tanye, saya tahu Al-Quran adalah kalam Allah kepada manusia. Tetapi, ada seorang hamba Allah ni beritahu saya jika kita mahu mengetahui jawapan Allah kepada kita, lakukan istikharah, kemudian ambil Quran, tanyekan soalan tersebut di dalam hati, dan buka Al-Quran tersebut secara rawak. Kemudian, ambil baris yang kelapan dari 15 baris ayat Al-Quran, baca. Dan itulah jawapan Allah kepada kita. Seperti contoh, dalam soal jodoh, kita mahu tetapkan pilihan. Kemudian buat seperti yang dinyatakan di atas. Hamba Allah itu pernah mencuba dan dia kata dia mendapat ayat berkaitan dengan syaitan dan orang yang sesat. Kemudian, hamba Allah tersebut menginpretasi ayat tersebut dengan "jika dia menerima pemuda tersebut, dia adalah dalam golongan yang sesat dan mengikut syaitan". Secara personalnya, saya yakin akan kalam Allah tapi saya meragui 'kaedah' ini. Boleh ustazah terangkan sejauh mana kesahihan 'kaedah' ini? Jazak Allah khayran.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt.
    Ukhti Nabila, kaedah ini memang tiada asasnya dalam Islam untuk diajarkan kepada orang lain. Apatah lagi mempunyai angka yang spesifik seperti 15 baris ayat al-Quran dan sebagainya.

    Jika seseorang itu cuma membelek al-Quran secara rawak, dan tiba-tiba ada ayat al-Quran yang menyentuh hatinya dan terasa seperti memberi petunjuk kepadanya. Itu satu kebetulan. Tiada salahnya hal itu.

    Dalam Islam, ada ilham, khawatir (lintasan hati), kasyaf dan ru'yah(mimpi). Ia suatu yang wujud dan thabit serta tidak diingkari secara umum.

    Meskipun wujud,ia banyak berbaur dengan sangkaan, maka kita tidak bergantung dengannya. Ia hanya diterima jika ia tidak bercanggah dengan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Ia hanyalah sokongan tambahan kepada petunjuk yang telah tetap dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya. (Rujuk buku Syarah Risalah Taalim )

    ReplyDelete
  4. Begitu. Terima kasih ya ustazah untuk penerangan tersebut. Jadi, jika dalam soal jodoh, walaupun kita lakukan istikharah tetapi tidak mendapat petunjuk dalam mimpi, (tipikal kebiasaan orang menunggu petunjuk dari mimpi) mendapat ayat yang kurang baik dari 'kaedah' yang saya nyatakan di atas, dan sebagainya tetapi kita yakin akan agama dan akhlaknya melalui perantaraan orang tengah yang alim dan dipercayai, kita wajar menerima pemuda tersebut, bukan?

    ReplyDelete
  5. salam kepada akak Fatimah...

    apa khabar ya...dulu saya ingat lagi masa saya sekolah,buku akak Seindah mawar berduri adalah buku feveret saya....walaupun cuma dapat yang fotostat dari kawan pun jadi...siap usaha fotostat sendiri...sebab best sangat jalan ceritanya...sampaikan adik saya pun layann jugak...siap bawak tido lagi...hehe...

    jalan ceritanya banyak buka pemikiran saya...dan skrg saya ada buka blog sendiri...

    saya jemput khas akak ke blog saya...saya mesti gembira kalau akak sudi ziarah...

    _peminat lama_nurunnur...

    ReplyDelete
  6. maaf ya,saya dapat buku tu daripada kawan saya,dia punya pun fotostat jugak,dia kata buku tu dia dapat dari kakak dia...saya rasa mungkin buku tu dulu memang ada kuar versi yang fotostat kot...

    betul tak kak?

    ReplyDelete