Mari Berbaik Sangka Dalam Masalah Khilaf - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Mari Berbaik Sangka Dalam Masalah Khilaf

 



salam kak fatimah.....
saya ada terbaca satu artikel ni....nak tahu apa pendapat akak,lau akak nk jwap umum dalam blog pom xpa...=)http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif

Salam sayang…
Akak sebenarnya tak berminat nak merespon hujah orang kerana akak bukanlah orang yang suka berdebat dan berhujah balas. Akak lebih suka kita semua berbaik sangka, berhikmah dan berakhlak sesame saudara se-Islam.
Akak jawablah ringkas-ringkas sekadar meraikan permintaan adik ni. Hmm, itupun jadi panjang juga jawapannya.

Hujah Balas Kepada Mereka Yang Menolak Poligami
by Pejuang Islam on Friday, 23 December 2011 at 20:40


Berikut ini adalah mengenai soal jawab antara yang pro-poligami dengan yang kontra-poligami yang saya dapatkan di al-fikrah.net.

1. Kenapa Ali ra tidak boleh menambah isteri ketika sudah menikah dengan Fatimah?

Ali bin Abi Thalib ra pada zaman Rasulullah SAW hidup dalam keadaan ekonomi yang serba minimum. Sangat miskinnya, ketika Fatimah meninggal, Fatimah dikebumikan pada malam hari kerana tidak cukup kain kafan yang sempurna.

Di antara kewajiban seorang lelaki untuk menikah atau seorang suami untuk menikah lagi adalah memiliki kemampuan memberi nafkah kepada isteri ataupun isteri-isteri. Jika tidak mampu, maka cukup dengan hanya seorang isteri. Jika masih tidak mampu lagi, maka janganlah menikah.

Apabila Allah swt meluaskan sedikit rezeki bagi Ali ra, beliau berniat untuk menikah lagi. Sayangnya beliau salah memilih calon, kerana puteri Rasul Allah tidak boleh dimadukan dengan puteri musuh Allah.

Ali ra melamar puteri Abu Jahal ketika Fathul Makkah. Setelah Fathul Makkah, Rasulullah saw sakit dan wafat. Enam bulan setelah itu Fatimah juga wafat.

Tidak lama kemudian Ali as berpoligami. Jadi beliau tidaklah menunggu lama untuk melamar muslimat yang lain pula.
Respon:
Saidina Utsman, usahawan kaya-raya namun beliau tidak memadukan puteri Rasulullah.
Suami Zainab binti Muhammad juga usahawan yang kaya-raya namun beliau tidak memadukan puteri Rasulullah.
Dalam Fathul Bari, syarah terhadap hadis berkenaan Fatimah menolak suaminya berpoligami bukan satu sahaja bahkan ada 3 iaitu:
1)      1) Faktor calon.
2)     2)  Semua menantu Rasulullah telah berjanji sejak awal tidak akan memadukan puteri baginda. (Ini antara dalil para ulama sejak zaman sahabat mengesahkan bolehnya meletakkan syarat ta’liq dalam ikatan nikah kerana meraikan hak semua pihak).
3)    3)   Meraikan hak Fatimah. Takut agamanya terfitnah daripada rosak kerana cemburu (Syarah Imam Nawawi).
  
Rasulullah SAW menghormati orang yang memilih untuk berpoligami atas dasar keperluan tertentu.
Rssulullah SAW juga menghormati orang yang memilih tidak mahu berpoligami.

Rasulullah SAW pernah menolak pinangan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang meminang puteri baginda. Bukankah mereka sangat soleh?Baginda menghormati pilihan puteri baginda tidak mahu bermadu.

Ummu Hani’ binti Abi Thalib pernah menolak pinangan Rasulullah kerana takut cemburu dan ramai anak.
Begitu juga seorang lagi wanita yang diceritakan dalam Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
Rasulullah SAW meraikan hak mereka untuk memilih.
Ummu Salamah juga pada awalnya beralasan takut cemburu dan mahu beri perhatian kepada anak, hampir saja menolak pinangan Nabi. Namun, dia berubah fikiran.

Inilah lumrah cinta, tidak sanggup hidup bermadu kecuali atas darurat yang memaksa.

2. Bererti Fatimah tidak pernah dimadu dengan siapapun sepanjang hidupnya bukan? Bererti benarkan hujah penentang poligami yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak mengizinkan siapapun menyakiti anaknya?

Hujah ini menghina Abu Bakar as-Shiddiq dan Umar al-Khattab, kerana seolah-olah mereka berdua merelakan puteri masing-masing untuk disakiti oleh Rasulullah yang berpoligami. Juga menghina Rasulullah sebagai double standard. Anak orang lain baginda sakiti dengan dimadukan, anak sendiri tidak boleh dimadukan.

Yang benar, boleh sahaja jika Ali bin Abi Thalib ingin memadukan Fatimah. Hanya calon pilihan Ali saat itu yang tidak bersesuaian dengan kedudukan Fatimah. Puteri Rasul Allah vs puteri musuh Allah.
Respon:
Sirah ini sungguh cantik menerangkan betapa sempurnanya fiqh Islam.
Meraikan hak dan maslahah semua pihak.
Meraikan kondisi individu yang berbeza-beza.
Poligami adalah satu sistem yang sangat berperikemanusiaan bagi sesiapa jua yang sanggup berlaku adil dan rela dirinya hidup bermadu.
Poligami cuma perkara harus yang tidak dipaksakan kepada sesiapa. Bagi orang yang tidak sanggup mempersulitkan hidupnya di dunia dan di akhirat dengan tuntutan berlaku adil, maka tiada kewajipan syariat atau galakan agama untuk dia berpoligami.
Bagi wanita yang takut agamanya terfitnah dengan cemburu dalam kehidupan berpoligami, Islam meraikan haknya untuk memilih hidup dengan lelaki yang sanggup berjanji tidak akan menduakannya atau dibebaskan sahaja.
Abu Bakr as-Shidiq dan Umar al-Khatab mengahwinkan puteri-puteri mereka secara terhormat. Di sinilah pentingnya ilmu tentang ‘kontekstual’ dalam ilmu fiqh dan usul al-fiqh. 
Fasa Madinah adalah fasa berlakunya banyak perang yang mengorbankan sekian banyak lelaki. Ramai janda dan anak-anak yatim mereka perlukan nafkah dan perlindungan. Belum maju saat ini badan sokongan sosial yang boleh membantu mereka mendapatkan pendapatan sendiri seperti berkerjaya dari rumah. 
Poligami adalah salah satu alternatif dan solusi dalam situasi ini. Lantaran itulah ada wanita yang meskipun rasa disakiti namun sanggup merelakan hidup bermadu. Itu haknya untuk merelakan. Kita hormati.
Perbuatan Rasulullah SAW ini bukan sikap ‘double standard’ tapi inilah sikap orang yang arif tentang fiqh keutamaan secara umum dan secara khusus. Inilah kebijakan fiqh dan usul al-fiqh yang dicontohkan baginda.
Rasulullah SAW sendiri pernah memberi jawapan yang berbeza terhadap soalan yang sama dalam banyak contoh-contoh peristiwa. Inilah kematangan fiqih baginda. Para ulama mu’tabar pewaris Nabi ketika berfatwa, mencontohi kematangan ini kerana luasnya ilmu mereka berbanding kita.
3. Kalau menurut saya, berpoligami yang sunnah itu adalah setelah kematian isteri pertama seperti dalam kasus Khadijah, dimana Rasulullah saw berpoligami setelah Khadijah meninggal. Lebih-lebih lagi, Rasulullah saw bermonogami selama 27 tahun, sebelum akhirnya berpoligami pada usia 52 tahun.

Yang dimaksud di atas itu bukanlah sunnah tasyri’ tetapi ghairi tasyri’. Ketika Rasulullah saw hidup bersama Khadijah, mereka berada di fasa Mekah. Sementara ayat poligami (anNisa 4:03) di turunkan di fasa Madinah.

Contoh:
Bolehkah si fulan menghalalkan arak untuk dirinya dengan hujah para sahabat pernah minum arak di fasa Mekah?
Bolehkah si fulanah enggan berpuasa di bulan Ramadan dengan hujah tidak berpuasa di bulan Ramadhan adalah sunnah Rasulullah di fasa Mekah?
Bolehkah kita meniru budaya Yahudi dengan hujah Rasulullah juga meniru budaya Yahudi di fasa Mekah?
Jika sebelum itu dikira sebagai sunnah juga, maka menyendiri dalam gua adalah sunnah
Sebelum menikahi Khadijah, baginda juga hidup membujang. Adakah dengan itu hidup bujang adalah juga sunnah? Justeru tempoh Rasulullah monogami hampir sama dengan tempoh baginda poligami.
Sunnah yang diakui sebagai syari’at adalah sejak Muhammad saw diangkat menjadi Rasul, bukannya sebelum itu.
Respon:
Dari segi ta’rif ahli hadis, semua perbuatan Nabi adalah sunnah.
Dari segi ta’rif ahli fiqh (tentang hukum-hakam), sunnah itu ialah perkara yang apabila dibuat mendapat pahala, apabila ditinggalkan tidak berdosa.
Maka, tidak semua perbuatan Nabi itu hukumnya sunnah bagi kita mengikut ahli fiqh.
Nabi berkahwin sampai 9 dalam satu masa, hukumnya haram bagi kita.
Nabi berkahwin tanpa mahar, akad atau wali, hukumnya haram bagi kita.
Nabi mempunyai hamba, keadaan zaman ini telah mengharamkannya bagi kita.
Nabi menceraikan isteri, hukumnya bukan sunnah bagi kita.
Ulama fiqh dan usul al-Fiqh mengenal pasti terlebih dahulu ‘hukum asal’ sesuatu amalan dengan kaedah –kaedah tertentu.
Antaranya:
1)      Menjadikan nas sarih (jelas) al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan.
2)      Mengaitkan nas antara satu dengan yang lain.
3)      Menggabung antara fiqh dan hadis.
4)      Menghormati ijma’ yang diyakini.
5)      Memilih mazhab dan mempelajari buku-bukunya.
6)      Memperhatikan keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa.
7)      Mempersempit yang haram dan yang wajib.
8)      Sikap pertengahan dan berimbang.
9)      Memperhatikan kepentingan umum.
10)   Mempermudah (terutamanya ketika terjadi bencana).
11)   Berbicara kepada orang lain dengan bahasa zamannya.
12)   Berpaling dari hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut baik hal-hal baru yang positif.
13)   Memperhatikan tujuan syariat (Maqasid as-Syariah).
14)   Memperhatikan fakta (Fikih keseimbangan dan Fikih Prioriti).
Hukum asal ‘berkahwin’ ialah sunnah dan hukum asal poligami ialah harus mengikut jumhur ulama sedunia. Kenapa? Mereka menilai dan mengkaji dengan cabang-cabang ilmu yang sangat luas.

4. Poligami adalah budaya Arab yang telah diizinkan di dalam al-Qur’an. Ketika Islam sampai ke tanah Melayu, poligami bukanlah budaya Melayu.

Poligami budaya atau syari’at Islam? Memakai tudung juga bukan budaya wanita melayu sebelum kedatangan Islam. Mengkafankan mayat juga bukan budaya melayu sebelum kadatangan Islam. Jadi hujah di atas sungguh mengada-ngada.
Respon:

Memakai tudung hukum asalnya wajib.
Berpoligami hukum asalnya harus (jumhur ulama) bukan wajib seperti tudung.
Kedua-duanya tidak sesuai dikiaskan.
Berpoligami boleh dikiaskan dengan perhambaan.
Kedua-duanya datang dalam budaya sebelum Islam lagi.
Bukan Islam yang memperkenalkannya terlebih dahulu.
Bukan juga mewajibkan atau menggalakkannya.
Namun,
Perhambaan sudah tidak praktikal pada zaman ini.
Tapi poligami masih praktikal pada zaman ini sebagai alternatif (bukan satu-satunya penyelesaian) terhadap masalah-masalah seperti isteri mandul, sakit dan tidak bernafsu.
Kita akan membantah sebarang usaha untuk mengharamkan terus poligami kerana menghormati fatwa jumhur ulama sedunia tika ini.

5. Yang sahih adalah poligami cara Nabi saw, Ali ra, atapun Uthman ra, kerana mereka tidak berpoligami ketika isteri pertama masih hidup. Maksudnya mereka adalah monogamis sehingga kematian isteri pertama mereka. Ketika isteri pertama wafat, mereka langsung memenuhi quota hingga maksimum. Ini menunjukkan, kedudukan isteri pertama sangat bernilai di mata mereka.

Itu adalah pandangan yang batil. Mereka tidak berpoligami kerana sebab-sebab yang lainnya seperti masih dalam masa pensyar’iratan poligami, keadaan ekonomi yang tidak menyokong, prioritas dakwah, dll. Jadi tidak ada hubungannya dengan kematian isteri pertama.
Respon:
Secara ta’rif ahli hadis, inilah sunnah  yang mereka tunjukkan. Bernikah satu sebagai asal perkahwinan dalam Islam. Ia lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Ia lebih senang mencapai tujuan mawaddah, rahmah dan sakinah buat suami dan juga isterinya. Apabila datangnya darurat seperti fasa perang di fasa Madinah, barulah Rasulullah SAW mengambil rukhsah berpoligami.


6. Hukum asal pernikahan adalah monogami. Dalil-dalilnya adalah sebagai berikut.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (al-Qur’an 36:36)

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (al-Qur’an 51:26)

Allah menciptakan semua secara berpasangan sebenarnya tidak bertentangan dengan syari’at poligami. Sebab yang dimaksud dengan berpasangan disini adalah berlainan jenis kelamin seperti lembu jantan dan lembu betina, lelaki dan wanita, dsb.

Berpoligami juga berpasangan, iaitu suami yang menjadikan wanita-wanita sebagai isteri. Jika suami menjadikan lelaki sebagai isteri, barulah berlawanan dengan erti berpasangan yang Allah swt kehendaki.

Sebenarnya hukum asal pernikahan adalah poligami. Setelah itu barulah monogami bagi mereka yang khuatir tidak dapat berlaku adil.

“Maka menikahlah dengan siapa saja yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu khuatir tidak akan bersikap adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (menikahlah dengan) seorang saja atau (pakailah) budak-budak perempuan yang kamu miliki.” (an-Nisa’ 4:3)

“Maka menikahlah…” adalah kata suruhan/perintah yang bererti poligami pada zahirnya adalah suruhan/anjuran, bukannya mubah/harus saja. Inilah hukum asal pernikahan.

“Kemudian…” diberi rukhsah kepada yang khuatir tidak dapat berlaku adil untuk monogami saja.

Hadis-hadis Rasulullah menganjurkan pernikahan dan menerangkan keutamaan menikah. Hadis-hadis ini bersifat umum, tidak terbatas kepada pernikahan pertama saja.
Respon:
Hukum asal sesuatu dikaji dan diistinbath (dikeluarkan) oleh para ulama dengan kajian yang sangat mendalam seperti yang telah diterangkan di atas. Bukan dengan logik yang sedikit.

7. Bukankan ayat itu diturunkan untuk melindungi anak-anak yatim perempuan yang tertindas pada zaman itu?

Setelah mengumpulkan beberapa tafsiran, Ibn Jarir at-Tabari membuat rumusan bahawa penafsiran yang benar adalah ayat 3 surah an-Nisa’ merujuk kepada semua wanita, baik anak yatim atau bukan, dan merujuk kepada semua lelaki, baik wali anak yatim atau bukan.

Hujah lain yang mudah, bukankah Rasulullah SAW juga berpoligami padahal baginda tidak memelihara anak yatim dan isteri-isterinya pula bukan anak yatim?
Jadi walaupun ayat tersebut merujuk kepada wali anak yatim, hukum yang diambil ialah keumuman ayat dan bukan kekhususan sebab.
Respon:
Melindungi anak-anak yatim perempuan yang tertindas pada zaman itu adalah salah satu bentuk ‘darurat’ yang membenarkan mereka mengambil rukhsah berpoligami.


8. Lelaki berpoligami adalah lelaki yang tidak lagi menyintai isteri pertamanya. Kecintaan yang paling unggul adalah lelaki Monogami. Lelaki Poligami mmg tidak menyintai isteri pertamanya. Kemungkinan dia silap pilih atau isteri pertama sudah membosankan hidupnya.

Reverse engineering: Lelaki yang monogami adalah lelaki yang dijajah oleh isterinya. Kecintaan paling unggul adalah mencintai Allah, Rasul-Nya dan syari’at-Nya. Lelaki monogami terpaksa mencintai isterinya melebihi Allah, Rasul-Nya dan syari’at-Nya. Kemungkinan lelaki itu jahil atau dia takut kepada isternya.

Respon:
Ini bergantung pada perlaksanaan.
Ada suami berpoligami yang sangat menyintai isteri pertamanya. Dia terpaksa mengambil rukhsah berpoligami atas sebab-sebab tertentu. Ini perlaksanaan poligami secara terhormat yang insyallah akan dihormati oleh isteri pertamanya  dan masyarakat.
Hmm, isteri kedua pasti tanya, siapa yang lebih abang sayang? Inilah lumrah cinta. Inilah yang pernah ditanya oleh Saidatina Aisyah kepada suaminya.
Yang penting, suami meredhai isteri dan isteri juga redha kepada suaminya.
Semoga Allah meredhai mereka semua. (Firman Allah: Allah meredhai mereka dan mereka juga redha kepada Allah)

9. Monogamilah yang betul, sebab nabi Adam as telah Allah ciptakan dengan seorang isteri saja.

Kita umat Nabi Muhammad atau umat Nabi Adam? Setiap umat ada syari’atnya yang tersendiri, maka kita ikut syari’at kita. Syari’at Nabi Adam, anak sesama anak sendiri boleh nikah, cucu dan cucu menikah sesama sendiri sehinggalah seterusnya. Mahu ikutkah syariat nabi Adam yang seperti itu?
Respon:
Nabi Adam dan Hawa antara contoh pasangan yang saling mencintai kerana Allah.

10. Poligami adalah rukhsah (kemudahan) bukannya azimah (hukum asal).

Dalam beberapa kitab fiqh tentang poligami, ada pengarang yang menyatakan bahawa monogami adalah azimah, sedangkan poligami adalah rukhsah. Pendapat seperti ini agak membingungkan, kerana dalam agama azimah bererti hukum asal, sedangkan rukhsah adalah keringanan yang diberikan. Ciri-ciri azimah adalah ia berat, manakala ciri rukhsah adalah ia dikurangkan atau diringankan dibandingkan azimah kerana sesuatu keuzuran.

Sebagai contoh:

Wudhu

Azimah: Menggunakan air.
Uzur: Tiada air.
Rukhsah: Tayamum.

Solat Zohor

Azimah: Empat rakaat.
Uzur: Musafir.
Rukhsah: Dua rakaat.
Puasa Ramadhan

Azimah: Berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan.
Uzur: Sakit.
Rukhsah: Tidak perlu berpuasa, ganti apabila sudah sihat.

Justeru rukhsah adalah satu kemudahan dan keringanan dibandingkan azimah. Azimah adalah dari Allah. Rukhsah juga dari Allah. Kita tidak dapat membuat rukhsah sendiri-sendiri, seperti apabila bermusafir maka solat zuhur menjadi satu rakaat.

Apabila poligami disebut sebagai rukhsah, maka ia tidak sesuai dengan ciri rukhsah yang meringankan dan memudahkan. Ini kerana poligami merupakan penambahan amanah dan tanggungjawab ke atas suami.

Sebaliknya apabila dikatakan monogami adalah rukhsah, maka ia lebih sesuai dengan ciri kemudahan dan keringanan.

Pernikahan

Azimah: Poligami.
Uzur: Khuatir tidak dapat berlaku adil.
Rukhsah: Monogami.

Respon:
Memahami azimah (perkara asal di sisi syarak) dan rukhsah (perkara yang asalnya tidak boleh tapi dibolehkan atas sebab-sebab tertentu) perlu dengan kajian mendalam terhadap hukum asal di sisi syarak.
Prinsip asasnya, Islam itu mudah dan memudahkan umatnya. “Mudahkan jangan disusahkan.” Ini prinsip daripada al-Quran dan sunnah.

Apabila para ulama fiqh dan usul fiqh meletakkan berkahwin satu adalah azimah (perkara asal di sisi syarak), mereka jelas bahawa ketentuan hukum itu lebih dekat dengan prinsip memudahkan umat. Tidak mempersulitkan umat dengan kesusahan berlaku adil di dunia. Demikian juga tidak mempersulit ummat dengan risiko berjalan tempang di akhirat.
Rukhsah itu pula biasa disebut keringanan. Secara lebih dalamnya, ia suatu perkara yang pada asalnya bercanggah dengan asal syarak, tapi diberi kelonggaran atas sebab-sebab tertentu.
Rukhsah dalam fiqh ibadah, fiqh munakahat, fiqh siyar (peperangan) dan lain-lain berbeza-beza. Tidak dapat diukur dengan logik fiqh ibadah itu semata-mata.
Contoh:
Fiqh Ibadah
Azimah: Zuhur 4 rakaat. Saja-saja nak solat 2 rakaat bercanggah dengan asal syarak.
Rukhsah: solat 2 rakaaat ketika keadaan membenarkan iaitu ketika ada masyaqqah atau musafir.
Fiqh Jihad
Azimah: Hidup dalam keadaan aman.
Rukhsah: Membunuh (perang) apabila terancam untuk kembali hidup dalam keadaan aman.
Fiqh Munakahat
Azimah: Isteri wajib taatkan suami.
Rukhsah: Isteri meminta cerai kerana zalimnya suami.

11. Dalam an-Nisaa’ ayat 129 dikatakan bahawa lelaki itu pasti tidak akan mampu berlaku adil. Ayat ini dengan jelas tidak menganjurkan poligami, kerana poligami hanya akan membawa kehancuran pada keluarga pertama.

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-Niisa’: 129)

Kesimpulan di atas serupa dengan apa yang disimpulkan oleh Muhamad Abduh dan ini sebenarnya adalah salah bentuk penyalahgunaan ayat.

Kalau diperhatikan baik-baik, ayat ini bukan kontra poligami tetapi pro-poligami dan memberi jalan penyelesaian.

Allah telah menerangkan mahu berbuat adil 100% itu memang susah. Jadi buatlah sekadar yang mampu saja, asalkan tidak berat sebelah sehingga ke ratio 95% – 5%. Jika suami terus mengadakan perbaikan, maka Allah akan mengampunkan kesalahannya tidak berbuat adil 100%.

Kalau seandainya poligami dilarang, tentu Allah akan berfirman seperti ini: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat bersikap adil di antara isteri-isteri(mu), oleh kerana itu cukupkanlah dirimu dengan seorang isteri.” Apa yang terjadi malah sebaliknya. Allah tetap menyuruh untuk meneruskan poligami dan tetap berusaha untuk yang terbaik.
Respon:
Jumhur ulama berpendapat poligami tidak dilarang tapi ia suatu perkara harus. Lebih spesifiknya, ia suatu rukhsah dengan syarat yang ketat.
Ada tiga golongan dalam soal ini:
1)      1) Mengharamkan poligami (Pendapat golongan Islam Liberal)
2)    2)  Mengatakan poligami cuma harus, tidak diwajibkan dan tidak digalakkan. (Pendapat pertengahan dan pendapat jumhur ulama sedunia).
3)      3) Menggalakkan poligami. Menganggapnya sunnah atau wajib. (Pendapat minoriti ulama).

12. Berapa banyakkah hadis fadhilat (kelebihan) poligami yang sohih?

Pada zaman al-Qur’an dan al-Sunnah masih hidup, tidak ada istilah monogami atau poligami.

POLIGAMI hanyalah sebuah terminologi yang didatangkan di kemudian hari. Ia diperkenalkan untuk memudahkan manusia membezakan antara lelaki yang ada seorang isteri dengan yang ada lebih.

Jadi kita tidak akan menemui hadis-hadis fadilat poligami mahu pun monogami. Yang ada adalah hadis-hadis anjuran bernikah dan ancaman bagi mereka yang sengaja enggan bernikah. Nikah yang dimaksud dalam hadis-hadis tersebut merangkumi monogami dan poligami. Boleh merujuk dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib.

Respon:
Tiada galakan al-Quran dan al-Sunnah terhadap poligami seperti payung emas dsb.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata dalam bukunya Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, “Adalah ditegah lelaki yang mampu menghalang dirinya dari perkara mungkar dengan satu isteri, untuk berkahwin lagi kerana ia hanya mendedahkannya kepada perkara haram (tidak adil).”

Peraturan berkahwin satu adalah peraturan asas yang dipakai oleh kebanyakan Mahkamah Syariah seluruh dunia. (Rujuk lanjut buku Fiqh al-Islamiyy wa adillatuhu karya Prof. Syeikh Wahbah Zuhaili).
Berpoligami dibenarkan dengan kebenaran mahkamah setelah membahas lanjut sejauh mana lelaki itu diyakini mampu berlaku adil. 

Undang-undang Fiqh Usrah ini dibuat atas dasar ‘maslahah’ (mengundang kebaikan, menolak kemudaratan). Ia juga atas prinsip hadis "Tidak boleh memudaratkan". Lelaki yang tidak mampu berlaku adil boleh memudaratkan isteri sedia ada dan bakal isterinya.


KESIMPULAN:
1)      Kepada individu yang berpoligami, kita raikan dan hormati. Kita tidak tahu kondisi mereka. Elok kita berbaik sangka. Mereka tentu ada keperluan untuk mengambil rukhsah berpoligami. Jangan dikorek-korek rahsia mereka. Sekalipun tahu, tutuplah aib mereka kerana kitapun ada aib yang kita mahu Allah menutupnya di dunia dan di akhirat.
 P/S: Antara contoh individu yang berpoligami secara terhormat yang saya kenal ialah Kapten Hafiz Firdaus dan isteri keduanya Nurul Adni. Mereka sangat menghormati dan meraikan isteri pertama sebelum berpoligami apabila melibatkan isteri pertama dalam urusan memilih dan meminang. Bagi mereka yang berhasrat untuk berpoligami, sesuai merujuk kebaikan mereka.


2)      Kepada yang belum berpoligami, elok mengkaji kedudukan sebenar poligami dalam Islam menurut fikrah pertengahan jumhur ulama. Ia lebih meraikan maslahah semua pihak, menyatukan, berlapang dada, berhikmah dan berakhlak mulia. Buku yang dicadangkan untuk dirujuk ialah buku karangan Ketua Majlis Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi,  CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN.

3) dari segi fiqh keutamaan, poligami itu baik tapi monogami adalah lebih baik. Dari sudut dalaman pula, siapa yang lebih bertaqwa kepada Allah itulah lebih baik tak kira bermonogami atau berpoligami. "Kita berhukum dengan luaran, Allah lebih tahu rahsia dalaman).


Mari bersatu! Jangan berpecah…


Mari Berbaik Sangka Dalam Masalah Khilaf Reviewed by Fatimah Syarha on 09:27:00 Rating: 5   salam kak fatimah..... saya ada terbaca satu artikel ni....nak tahu apa pendapat akak,lau aka...

37 comments:

  1. banyaknye ...rase pening nak bace ._.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn ustazah....terima kasih sbb memperjelaskan dgn panjang lebar :)

    ReplyDelete
  3. stuju2.. rmai org dah salh fhm pasal poligami.

    ReplyDelete
  4. Ukhti Majieha...boleh baca kesimpulan saja:)

    ReplyDelete
  5. saya hormati hujah kedua-dua belah pihak.

    tapi saya sering tersenyum membaca kenyataan pn fatimah tentang 'tidak suka berdebat dan berhujah balas', 'perlu menghormati setiap pandangan', 'mari bersatu dan jangan berpecah.'

    kerana, ia tidak selari dgn tindakan puan. jika tidak disertakan kata2 diatas, mungkin lebih baik dari hanya mengaburi pembaca.

    apapun, syabas.

    ReplyDelete
  6. Ukhti Munibah boleh merujuk Fiqh Perbandingan. Kita boleh mencontohi akhlak para ulama Fiqh dan Usul Fiqh dalam masalah 'berhujah' dalam perkara khilaf.

    Mereka bukanlah golongan suka berdebat. Mereka contoh kepada ummah. Namun, 'keperluan' kepada berhujah apabila timbulnya kekeliruan dan pertanyaan membawa mereka kepada 'perlunya' menjawab dengan ilmu bukan sekadar mendiamkan diri.Ia datang bersama 'keperluan'.

    Alhamdulillah, mujurlah ummah tetap berbaik sangka kepada para ulama ini bahawa mereka bukannya sesuka-hati mahukan perdebatan sengit dalam Fiqh Perbandingan itu tetapi mereka rasa satu 'keperluan' untuk menyatakan mereka berijtihad dengan 'ilmu' bukan dengan nafsu.

    Terpulanglah pada kita untuk memilih bebrbaik sangka atau lebih senang melabel-label. Allah knows better.

    ReplyDelete
  7. hihihi.. baru nak tanya ustazah dan minta jawab untuk setiap hujah dalam artikel tue. orang lain dulu dah tanya.. :D ermm.. poligami isu yang x pernah abis.. lepas ni pasti ada pulak yang membalasnya lg.. hihi.. akhirnya kepala saya pening..

    ReplyDelete
  8. Ustazah, boleh x keluarkan artikel pasal SOLEHAH pulak. adakah nilai SOLEHAH yang paling tinggi terletak pada mereka yang berpurdah? bagaimana untuk digelar sebaik-baik SOLEHAH? berpurdah ke?

    ReplyDelete
  9. Salam buat Rabiatul Adawwiyah. Jika adik tak nak pening dalam isu ni, dan mahukan ketenangan hati, ustazah cadangkan adik rujuk terus buku ulama mu'tabar yang dipercayai.

    ReplyDelete
  10. Boleh rujuk artikel berpurdah atau tidak berpurdah.

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum.

    Ustazah,pening kalau masalah khilaf.
    pening pening,taktahu nak ikut yang mana..

    dah lama terbuku dalam hati,taktahu nak usul soalan kepada Ustazah Fatimah macam mana..

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbt.
    Kita akan pening apabila kita mengharapkan hanya ada 1 pandangan dalam masalah yang Islam benarkan kita berbeza-beza pandangan. Perbezaan ini akan tetap wujud dari zaman Nabi hinggalah dunia ini kiamat.

    Kita akan pening apabila melayan perkara khilaf seperti melayan perkara hak dan batil (benar atau sesat). Yang berbeza pendapat dengan kita dianggap batil atau sesat.

    Sedangkan perkara khilaf sepatutnya dilayan seperti perkara khoto' atau sowab (betul atau salah), yang mana kedua-duanya dalam daerah pahala.

    Kita akan pening bila banyak merujuk tulisan 'orang kebanyakan' dan kurang merujuk buku karangan ulama' dan tokoh ilmuan antarabangsa.

    Rujuk lebih lanjut akhlak berbeza pendapat dalam buku USUL DAKWAH, Abdul Karim Zaidan.

    ReplyDelete
  13. Perkara khilaf dalam daerah pahala?
    Maksudnya boleh ikut-ikut mana?

    Macam mana nak tahu perkara khilaf atau tak khilaf pula ustazah?

    Boleh ana tanya lagi satu soalan,di mana nak cari buku Usul Dakwah,Abdul Karim Zaidan tu?

    Ustazah,saya dah jumpa buku Muhammad,Martin Lings.Saya ada baca,sebelum buat keputusan untuk beli.Tapi susah sikit nak faham.Mungkin sebab buku tu direct-translate dari bahasa Arab atau bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  14. Ustazah,maaf ana nak tanya lagi.

    Sebagaimana kita dibenarkan berbeza pandangan dan masing-masing ada pendapat dan pegangan sendiri,adakah bermaksud:

    Apabila kita melihat sahabat atau saudara yang berbeza pendapat dengan kita,kita tak perlu tegur tentang perbuatannya?

    Atau adakah kita perlu berdiam diri,menganggap dirinya mungkin punyai pendapat tersendiri,pandangan sendiri berdasarkan ilmunya?

    ReplyDelete
  15. "Perkara khilaf dalam daerah pahala?
    Maksudnya boleh ikut-ikut mana?"

    Perkara khilaf ialah perkara yang berlegar antara betul dan salah. Kita kena ikut apa yang kita yakin betul dan tinggalkan apa yang kita yakini salah. Di sini perlunya belajar dalil dan perbandingan dalil. (Usul al-Fiqh)

    Oleh sebab kita orang awam yang tidak begitu arif untuk mengkaji sendiri, kita perlukan bantuan para ulama yang mujtahid. Di sinilah peranan mazhab. Sebab itu kita ikut mazhab.

    Tapi, kita tidak diwajibkan berpegang seratus-peratus pada sesuatu mazhab kerana zaman berubah dan banyak masalah berubah. Tidak boleh sesuka hati pilih pendapat mana yang kita suka tanpa dalil.

    Ustaz Maszlee Malik ada buat tesis menarik berkaitan Talfiq (campur mazhab). Boleh cari bukunya dipasaran bertajuk Talfiq.

    Untuk lebih praktikal dalam menghadapi permasalahan baru di zaman baru, boleh merujuk ulama muktabar kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang lebih alim untuk berijtihad.Jangan main berijtihad sendiri, bahaya!

    ReplyDelete
  16. "Apabila kita melihat sahabat atau saudara yang berbeza pendapat dengan kita,kita tak perlu tegur tentang perbuatannya?

    Atau adakah kita perlu berdiam diri,menganggap dirinya mungkin punyai pendapat tersendiri,pandangan sendiri berdasarkan ilmunya?"

    Menegur apa yang kita rasa salah itu baik. Utamakan hikmah, adab dan akhlak.
    Jika dia melakukan kesalahan yang bagi mazhabnya memang salah, kerana jahil atau malas, eloklah dibimbing.

    Jika dia melakukan kesalahan kerana dia ada hujah bahawa itu perkara khilaf, kita hormatilah pendapatnya itu. Tanpa semudah-mudahnya menuduh dia bid'ah, sesat, batil atau kafir.
    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  17. Buku Usul Dakwah, Abdul Karim Zaidan dan Fiqih Dakwah, Jum'ah Amin memang sangat bagus dibaca agar niat kita berdakwah tidak makin memecah belahkan ummah.

    Akak selalunya beli di Jalan Masjid India, Wisma Yakin.

    ReplyDelete
  18. Ustazah,ana pernah belajar di pondok.
    Apa yang ana perhatikan,sesuatu perkara atau hukum yang diajar Ustaz lebih 'rigid' berbanding dengan apa yang ana belajar di luar pondok,maksudnya di sekolah,universiti,atau melalui pembacaan sendiri.

    Itulah yang menyebabkan saya keliru.
    Haihh,pening nak ikut yang mana.
    Ana faham sekarang,memang akan pening bila ana mengharapkan cuma satu jalan sedangkan ada banyak perkara yang khilaf antara ulama'.

    Ana ingat ana pernah bertanya hukum mendengar muzik kepada ustaz ana di pondok.
    Katanya khilaf,tetapi dia lebih cenderung kepada pendapat ulama' mazhab syafei yang mengatakan mendengar muzik itu haram.
    katanya lagi kerana apabila mengharuskan mendengar muzik,akan jadi macam-macam benda lain yang lagi merumitkan keadaan.sebagai contoh,timbul pula masalah jenis muzik yang boleh didengar,dalam keadaan macam mana dan sebagainya.

    Ustazah,benarkan kata ustaz?
    Apabila sesuatu hukum terlalu dipermudahkan,akan timbul masalah lain pula.

    'Tapi, kita tidak diwajibkan berpegang seratus-peratus pada sesuatu mazhab kerana zaman berubah dan banyak masalah berubah'

    baik ustazah,jazakillahu khairan kathira:)
    ana akan cuba untuk cari buku buku yang ustazah nyatakan tu.
    menambah ilmu didada,kerana tanpa ilmu rosak amal kan?paksi amal ialah ilmu.terima kasih ustazah.

    ReplyDelete
  19. Hukum fikah adalah tentang batas minimum. Ada soal lain yang berupa akidah dan akhlak yang perlu diambil kira. Perlaksanaan hukum yang ideal ialah perlaksanaan hukum yang menggabungkan ketiga-tiga aspek ini.

    Kita berhukum dengan fatwa, kita mengamalkan dengan taqwa.
    Untuk faham lebih lanjut kenyataan ini, cuba belek syarah hadis ke-27 dalam hadis 40 Imam Nawawi, berkenaan kebajikan dan dosa.

    ReplyDelete
  20. Salam ustazah,

    Ustazah ada sebut, ada juga ulama' yg menggalakkan poligami dan mengatakannya sunnah. Boleh saya tahu siapa ulama'2 tersebut?

    ReplyDelete
  21. waalaikumussalam wbt. golongan yang menggalakkan itu terlalu sedikit di kalangan ulama muktabar. Hampir ustazah tidak kenal. Kebanyakan ulama yang mahsyur mengatakannya cuma harus dan tidak digalakkan.

    Ustaz-ustaz tempatan yang ramai menggalakkannya dalam lawak dan ceramah-ceramah mereka.
    Apapun, kita hormat mereka.

    ReplyDelete
  22. Poligami dapat membongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri. Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami.

    Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah.

    Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik. Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya.Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
  23. Persepsi manusia berbagai-bagai. Rasulullah SAW sudah tiada untuk merujuk terus kepada baginda. Mujurlah setiap zaman, ada ulama mu’tabar pewaris Nabi yang jujur pada ilmu dan hidayah. Mereka berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.

    Manusia boleh berat sebelah. Para ulama’ paling takutkan Allah sebab itu risiko mereka untuk berat sebelah lebih kecil berbanding kita. Pernahkah kita membelek apa kata ulama muktabar tentang fiqh keutamaan dalam masalah poligami?

    Dalam Islam, ada perkara yang baik. Ada perkara yang lebih baik. Fikrah jumhur ulama meletakkan poligami di kedudukan yang layak. Meraikan maslahat semua pihak. Meraikan lumrah cinta yang konsepnya setia.

    ReplyDelete
  24. Apa yang ukhti bongkarkan di atas jelas menunjukkan poligami itu sulit. Ia bukan saja sulit bagi para isteri malah sulit bagi suami untuk menguruskan kecemburuan para isteri.

    Lantaran itulah Islam tidak pernah menggalakkan sesuatu yang sengaja mempersulit-sulitkan ummatnya.Rujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oelh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

    Terima-kasih buat wanita paling 'solehah' di dunia iaitu Fatimah Az-Zahra binti Muhammad. Beliau tidak rela hidup bermadu. Ayahandanya juga tidak mahu agama puterinya terfitnah kerana cemburu. Itu hak beliau yang Islam raikan.

    Terima-kasih juga buat Rasulullah SAW yang tidak memadukan Khadijah r.ha ketika tiada darurat yang mendesak hingga 'tidak dimadu' menjadi salah satu kemulian Khadijah yang dibincangkan oleh para ulama tafsir dan hadis.

    Oleh itu, wanita yang sanggup hidup bermadu, silakan. tiada paksaan.

    Wanita yang tidak mahu mempersulit-sulitkan dirinya dengan hidup berpoligami, ada solusinya dalam Islam iaitu hak meletakkan syarat ta'liq ketika akad agar tidak dimadukan suami.

    “Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulit diri dalam agama kecuali agama akan mengalahkannya.” (HR Bukhari)

    ReplyDelete
  25. Hadis yang ditafsir secara berbeza-beza sungguh mengelirukan.

    "Realitinya poligami dalam Islam adalah satu praktik yang telah lama berlaku yakni sejak zaman Rasululullah s.a.w sehinggalah kini. Rasulullah s.a.w, Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan lain-lain para sahabat telah mengamalkannya. Ini menunjukan poligami memang boleh diamalkan.

    Tindakan Nabi Muhammad saw melarang Sayidina Ali berpoligami tidak bermakna baginda melarang poligami. Memang benar Rasulullah s.a.w melarang Sayidina Ali menduakan puterinya. Baginda amat marah mendengar ura-ura Sayidina Ali hendak berpoligami lalu masuk ke masjid dan menaiki mimbar sambil berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Talib. Ketahuilah aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terleboih dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.”

    Namun hadis ini difahami dan diperjelaskan secara berbeza oleh para ulama. Berdasarkan Imam Nawawi, fokus utama hadis ini bukanlah berkaitan poligami secara umum tetapi ia berkaitan dengan hasrat Sayidina Ali memadukan isterinya Siti Fatimah binti Muhammad saw dengan puteri Abu Jahal. Ini diperjelaskan lagi oleh sabdanya sebagai kesinambungan daripada hadis yang pertama: ”Dan sesungguhnya aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah jangan sekali-kali bersatu puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah.”

    Manakala pihak yang kurang setuju dengan poligami pula mendakwa hadis ini menunjukkan Rasulullah juga mencegah poligami kerana kesedihan Siti Fatimah apabila hendak dimadukan oleh suaminya. Ini membuktikan kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh dianggap remeh. Ia perlu dititik-beratkan oleh para suami yang hendak berpoligami."

    Ustaz Pahrol Mohd Juoi

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,

    Bagaimana dengan pandangan ustazah berkenaan artikel ni pula?

    Persoalannya, sejak bilakah sebenarnya muncul isu pro-kontra poligami ini seperti yang sering ditimbulkan akhir-akhir ini?.

    Sebenarnya perdebatan pro-kontra poligami ini hanya muncul pada abad ke-19 M (bersamaan 14 H) ketika imperialisme Barat menjaja ideologi sekular dan menancapkan kukunya di pelbagai belahan Dunia Islam.

    Di dalam situasi serangan pemikiran terhadap syariah Islam oleh para kafir penjajah ini, maka muncullah beberapa modernis dan puak liberalis dari kalangan orang Islam sendiri yang menggugat dan menolak poligami. Di antaranya ialah, Sayyid Ahmad Khan (1817-1898), Ameer Ali (1849-1928), Muhammad Abduh (1849-1905), Qasim Amin (1863-1908), dan Maulana Abul Kalam Azad (1888-1958) [Lihat Maryam Jameelah, Islam and Modernism, Lahore : Muhammad Yusuf Khan and Sons, 1988].

    Sayyid Ahmad Khan misalnya, berpandangan bahawa asas pernikahan di dalam Islam adalah monogami, manakala poligami adalah satu pengecualian (perkara yang di luar dari norma dan kebiasaan). Maka, poligami tidak diperbolehkan kecuali dalam keadaan tertentu dan bersyarat [Busthami M. Said, Gerakan Pembaruan Agama Antara Modernisme dan Tajdiduddin, hal. 141].

    Muhammad Abduh dalam Tafsir Al-Manar (yang ditulis oleh muridnya Rasyid Ridha) di dalam Juz IV hal. 346-363 juga berpegang dengan pendapat yang sama dengan Sayyid Ahmad Khan. Intinya, asas pernikahan di dalam Islam adalah monogami, bukan poligami. Poligami diharamkan kerana ia akan menimbulkan dharar (bahaya) seperti konflik di antara isteri dan anggota keluarga, dan hanya dibolehkan dalam keadaan tertentu atau darurat sahaja [Tafsir Al-Manar, Juz 4/350].

    Pendapat Abduh ini seterusnya diikuti oleh para pemikir lain, baik yang dikenali sebagai kelompok modernis/liberalis mahupun yang sekadar pengikut kepada ulama-ulama tersebut. Antaranya ialah Syaikh Al-Bahiy al-Khuli, Syaikh Abdul Muta’al Ash-Shaidiy, dan Abdul Aziz Fahmi [Lihat telaah atas pemikiran tafsir ketiga tokoh ini di dalam Fadhl Hasan Abbas, Ittijahat al-Tafsir fi al-‘Ashr al-Hadits, I/114-115].

    Selain itu, pendirian Abduh yang anti poligami sedikit sebanyak turut mempengaruhi Jamaluddin al-Qasimi (Tafsir al-Qasimi/Mahasin al-Ta`wil, V/30), Ahmad Musthafa al-Maraghi (Tafsir al-Maraghi, IV/183), Muhammad Izzat Darwazah (at-Tafsir al-Hadits, IX/11-13), Abdul Karim Khathib (at-Tafsir al-Qur`ani li al-Qur`an, II/697), Dr. Wahbah Zuhaili (Tafsir al-Munir, IV/242), dan Ali Nasuh ath-Thahir (Tafsir Al-Qur`an al-Karim Kama Afhamuhu, I/309). Para “ulama” ini bolehlah dikatakan mempunyai pandangan yang ' senasab' iaitu berasal dari idea Abduh.

    ReplyDelete
  27. Sambungan..


    Hakikatnya, pandangan golongan ulama yang anti-poligami ini bukanlah sebenarnya berasal dari mereka. Mereka hanyalah menceduk pandangan dari para orientalis atau missionari Kristian/ Katholik. Perkara ini bukanlah suatu yang mengejutkan di kalangan masyarakat barat memandangkan ajaran agama mereka yang menolak amalan poligami. Maka, tidak hairanlah jika penganut agama tersebut sangat menghinakan dan mencemuh amalan poligami yang dibolehkan di dalam Islam

    Di dalam kitab Akhthar al-Ghazw al-Fikri ‘Ala al-‘Alam al-Islami karya Dr. Shabir Tha’imah hal. 53 (Beirut : ‘Alam al-Kutub, 1984), disebutkan bahawa poligami merupakan salah satu ajaran Islam yang paling sering dikecam oleh kaum missionaris. Di dalam kitab lain, al-Tabsyir wa al-Isti’mar fi al-Bilad al-Arabiyah hal. 42-43 (Beirut : Maktabah Arabiyah, 1986) Dr. Musthafa al-Khalidi dan Dr. Umar Umar Farrukh menerangkan, bahawa poligami telah menjadi sasaran hinaan atau kritikan oleh kaum orientalis kafir, seperti W. Wilson Cash, di dalam bukunya The Moslem World in Revolution (London : 1926), hal. 98. Orientalis Noel J. Coulson mengatakan, bahawa keadilan di antara isteri adalah sangat mustahil dapat dipenuhi, dan kerana itu, poligami perlu dilarang sama sekali (Lihat Noel J. Coulson, “Konsep Tentang Kemajuan dan Hukum Islam”, dalam Ahmad Ibrahim dkk (Ed.), Islam di Asia Tenggara, [Jakarta : LP3ES, 1990], hal.170]

    Kesimpulannya, serangan terhadap hukum poligami sebenarnya bukanlah isu yang baru bermunculan sejak akhir-akhir ini. Sebaliknya, ia telah bermula sejak abad ke-19 M. Kecaman tersebut juga bukanlah datang dari para ulama kaum muslimin, tapi sebenarnya adalah berasal dari kaum orientalis atau missionari kuffar dan seterusnya diteruskan pula oleh kaum modernis/ liberalis seperti Sayyid Ahmad Khan dan rakan-rakannya. Akhirnya, pandangan dari kaum modernis inilah yang telah diambil dan dijadikan sebahagian dari peraturan-peraturan keluarga Islam oleh para pemimpin sekular di negara-negara kaum muslimin.

    Maka, dari sini kita boleh melihat tiga tahapan serangan ke atas hukum poligami. Pertama, serangan kaum orientalis dan misionaris. Kedua, serangan tersebut diteruskan pula oleh para pemikir modernis/ liberalis seperti Abduh dan lain-lain. Ketiga, serangan tersebut telah diformalisasikan di dalam bentuk peraturan dan undang-undang keluarga Islam oleh para pemimpin kaum muslimin.[Mohammad Baharun, Isu Zionisme Internasional, hal. 53; Dr. Abdul Majid al-Muhtasib, Ittijahat al-Tafsir fi al-‘Ashr al-Rahin, hal. 187].

    Jika dilihat sekali imbas, kaum liberal/ modernis ini seakan-akan membela Islam kerana kebijakan mereka mempergunakan dan memutarbelitkan penafsiran ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis tertentu bertujuan untuk mengaburi pemahaman umat Islam sehinggalah timbul pemahaman bahawa hukum poligami adalah haram dan dilarang di dalam Islam. Abul A’la Al-Maududi –rahimahullah— mengkritik pandangan kaum modernis/ liberalis ini dengan tegas dan tepat di dalam ucapan beliau,

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terima-kasih atas pertanyaan ini.

      Suatu perkara yang perlu kita jelas sejelas-jelasnnya sebelum kita berbincang ialah:

      APA ISUNYA?

      Isu di sini bukannya soal 'mengharamkan' atau 'mengharuskan' poligami.
      Jumhur ulama jelas mengatakan bahawa poligami tidak diharamkan, sebaliknya poligami itu dibolehkan sebagai rukhsah ketika darurat.

      Isu sebenarnya di sini ialah soal 'menggalakkan' poligami (menganggap ia sunnah, wajib, perintah syariat dll) atau sekadar 'mengharuskan' poligami ketika rukhsah, bukannya diambil mudah.
      Di sinilah timbulnya terlalu banyak kekeliruan. Di sinilah kita perlu merujuk para ulama muktabar.

      Syeikh Muhammad Abduh memang agak ekstrim apabila mengusulkan agar diharamkan terus poligami. Itu cuma satu ijtihad yang boleh diterima dan ditolak. Beliau tetap berfatwa pada zamannya bahawa orang yang berpoligami itu perkahwinannya sah. Maka, kita tidak perlu terlibat untuk mencaci mana-mana ulama' kerana mereka lebih berilmu daripada kita.

      Saya tidak memperjuangkan pemikiran Syeikh Muhammad Abduh dalam isu poligami. Sebagai penuntut ilmu, setiap pendapat perlu dianalisis secara ilmiah samada penyokong atau penentang.

      Saya memperjuangkan agar kita merujuk fikrah sebenar para ulama fiqah termasuk Syafie, jumhur ulama, ulama kontemporari sebelum lantang menyuarakan poligami itu sunnah, melabel 'penentang hukum Allah' kepada isteri yang menolak dimadu serta menggalakkan poligami dalam kuliah-kuliah agama.

      Ada beza yang besar antara sistem poligami dan perlaksanaan poligami. Mari kita mengkaji.

      Delete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Siti Khadijah adalah janda ketika Nabi s.a.w menikahinya sebagai isteri pertama. Maka adakah kita juga perlu menikahi janda sebagai isteri pertama kita?

    komen seorang hamba Allah. heheh :D

    ReplyDelete
  30. Ada hadis yang jelas lagi sahih menerangkan Rasulullah SAW lebih menganjurkan menikahi anak gadis berbanding janda. sila rujuk:)

    namun begitu, Rasulullah SAW tetap meraikan kondisi individu yang berbeza-beza.rujuk kisah ini dalam syabab musafir kasih:)

    ReplyDelete
  31. Assalamu'alaikum kak fatimah syarha,
    saya nak tanya..
    Apakah baik bagi seseorang tu berdebat hujah mengenai Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      jika debat itu penuh dengan akhlak, apa salahnya...
      jika debat itu hanya untuk bertelagah, eloklah dielakkan...

      jalan bincang, dialog dan saling menjelaskan bagi akak lebih 'harmoni' berbanding debat...

      Delete
  32. ustazah terlampau banyak sangat hanya merujuk fatwa dr qordowi je...asyik2 dr qordowi...apelaa...

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum....

    Di sini, saya ingin lampirkan dua buku yang ditulis khas untuk mengkritik ustazah.

    Pertama, Jawapan Terbuka dalam Polemik Hukum Wanita Menutup Muka Sebuah Kritikan ke atas Artikel 'Berniqab atau Tidak Berniqab?' oleh Fatimah Syarha, tulisan saya sendiri.

    Muat turun: https://archive.org/download/JawapanTerbuka020913/Jawapan%20Terbuka%20020913.pdf

    Kedua, Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu, tulisan Kapten Hafiz Firdaus.

    Muat turun: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/PDFeBooks/SKM.pdf

    Kami dapati ustazah melakukan kesalahan yang melampau baik kerana taklid buta kepada al-Qaradawi atau kecenderungan yang teruk untuk menyokong pendapat peribadi.

    Saya mohon ustazah insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan. Tidak ada gunanya bergelar doktor dalam bidang agama kalau asas-asas ilmu agama pun tidak diketahui.

    Maaf kasar.
    Wallahualam.

    * Saya baru perasan, dalam blog Ustazah Fatimah Syarha ada aurat. Saya rasa tidak ada khilaf haram mendedahkan aurat baik aurat sendiri atau aurat orang lain. Saya nasihatkan ustazah, kalau nak berbicara tentang 'berbaik sangka dalam masalah khilaf', fahamilah dulu apa itu khilaf dan apa itu ijmak. Takut-takut terbaik sangka kepada pendapat yang sesat lagi menyesatkan.

    Mungkin dalam bab ini ustazah akan mencari pendapat yang mengatakan harus memaparkan gambar aurat. Huhu, yakah, walaupun gambar tersebut sangat cantik dan boleh menjerumuskan lelaki ke dalam zina mata?!

    Mohon ustazah insaf dan bertaubat.

    ReplyDelete