Sampaikan Aku Pada-Nya 2 - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Sampaikan Aku Pada-Nya 2




                Assalamualaikum wbt.
                Alhamdulillah, peti e-mail saya penuh setiap hari menyahut post Sampaikan Aku Padanya tempohari. Ada e-mail dari muslimat, tak kurang juga e-mail dari muslimin yang hajat mencari jodoh. Saya tidak sangka sambutannya betul-betul luar biasa.
                Pada peringkat awal, saya membalasnya segera. Namun, saat ini, saya terpaksa hentikannya buat sementara waktu memandangkan senarai menunggu sangatlah ramai.
                “Ustazah, saya percaya kepada kethiqahan ustazah untuk mencarikan seorang jodoh yang soleh buat diri saya…”
                Harapan yang diletakkan terlalu tinggi. Membaca mesej-mesej seumpama ini, saya rasa tidak sedap hati. Maka, saya terpanggil untuk menjelaskan sesuatu. 

  1. Cara yang saya kemukakan di blog ini bukanlah cara terbaik untuk mendapatkan khidmat orang tengah yang ideal. Kenapa? Kerana saya sendiri tidak mengenali anda dan calon yang bakal diperkenalkan kepada diri anda. Saya sudah nyatakan bahawa saya cuma menghubungkan anda dengan seorang imam yang mendakwa dirinya mengenali ramai calon lelaki yang berhajat.
  2. Sebaik-baiknya, jika anda ada pilihan, dapatkan khidmat orang tengah yang betul-betul mengenali calon itu, sepertimana kriteria yang ditunjukkan oleh Saidina Umar. Jika anda berada dalam mana-mana organisasi Islam, maka lebih selamat menggunakan khidmat Baitul Muslim di dalam organisasi anda itu. Saya ingin memetik satu kenyataan di dalam buku “Cintaku Kerana Agamamu” karya terbaru Dr. Farhan Hadi Mohd Taib , Aku terfikir tentang proses pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Aisyah. Mudah proses meminangnya. Begitu juga proses pernikahan Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Mudah juga prosesnya. Apa rahsia mereka? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka sama-sama hidup dalam komuniti orang beriman. Saling meyakini agama dan akhlak masing-masing. Sefikrah. Sematlamat. Seperjuangan. Moga anak-anakku nanti hidup dalam lingkungan orang-orang beriman. Senang sedikit aku mengenal terlebih dahulu agama dan akhlak bakal menantu.
  3.  Cara yang saya kemukan di dalam blog ini cumalah sebahagian usaha kecil yang praktikal untuk sekelompok kecil. Mereka yang bertuah itu ialah mereka yang berjaya menghubungi imam tersebut pada peringkat awal sahaja. Apabila senarai menunggu terlalu ramai, saya terpaksa menutup permohonan untuk menghubungi imam tersebut.
  4. Bagi mereka yang tetap mahukan khidmat saya….Boleh berikan biodata, gambar dan kriteria pilihan. Saya boleh memperkenalkan dengan seseorang yang pernah merespon kepada saya dengan memberikan biodatanya kepada anda. Namun, saya perlu jelaskan betul-betul bahawa dengan cara seumpama ini, saya hanya mampu berperanan dengan memberi peluang anda bertukar-tukar biodata. Lakukan risikan nanti berhati-hati kerana biodata orang yang saya berikan itu, saya sendiri tidak mengenali peribadinya.
  5. Jika anda lelaki, dan anda berkenan dengan pemilik biodata yang saya berikan (sesuai dengan kriteria yang anda nyatakan), maka saya cadangkan anda hubungilah keluarga pihak wanita tersebut.
  6.   Jika anda wanita, dan anda berkenan dengan pemilik biodata yang saya berikan (sesuai dengan kriteria yang anda nyatakan), maka saya akan memberitahu kepada pihak lelaki. Jika dia juga berkenan, saya akan meminta dia yang mulakan terlebih dahulu dengan menghubungi keluarga anda.
  7. Jika kalian semua ada cadangan lain untuk memudahkan proses ini, sila nyatakan.
  8.   Ini hanyalah usaha kecil bukan segala-galanya. Jika ia berjaya, alhamdulillah. Jika ia tidak berjaya, ada 1001 cara lagi yang terbentang di hadapan, selagi ianya jauh dari jalan-jalan zina. Mintalah sungguh-sungguh dari Pencipta jodoh kita semua, Allah al-Kholiq.

Kesimpulan, jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat dengan-Nya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita dijadikan, menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cinta-Nya tidak mengecewakan.

Sampaikan Aku Pada-Nya 2 Reviewed by Fatimah Syarha on 19:10:00 Rating: 5                 Assalamualaikum wbt.                 Alhamdulillah, peti e-mail saya penuh setiap hari menyahut post Sampaika...

5 comments:

  1. Akak, boleh tahu kat mana boleh dapat buku buku “Cintaku Kerana Agamamu” tu? jzkk :)

    ReplyDelete
  2. baitul muslim yang diidam-idamkan demi sebuah masyarakat muslim yang solehah biahnya...

    er, kalau boleh dikongsikan kat sini, sifat seorang isteri yang penyayang...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustazah...petikan daripada buku dr farhan hadi sangat bersesuaian dengan situasi sekarang lantaran masyarakat kita masih belum memahami fikrah islam sebenarnya. sebagai contoh, anak-anak mungkin sudah memahami dengan jelas tentang pernikahan tetapi menghadapi halangan/kesukaran daripada ibu bapa yang tidak memahami sepenuhnya keperluan bernikah dalam kalangan anak-anak dengan memberikan pelbagai alasan seperti perlu tamat pengajian, belum ada pekerjaan dan sebagainya yang akhirnya anak-anak ini berisiko untuk mengalami masalah emosi dan jiwa. tambahan pula masih ada remaja yang belum-belum benar matang dalam menghadapi dugaan daripada Allah dan mudah tewas dengan ujian tersebut...Jadi, saya kira kupasan ustazah berkaitan orang tengah adalah sangat menarik dan mendedahkan lagi maklumat kepada generasi muda dalam mencari keredhaanNYA melalui pernikahan...wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt. Anak-anak mempunyai cara berfikir tersendiri. Ibubapa juga mempunyai cara berfikir yang tersendiri.

    Anak inginkan pernikahan secepat mungkin. Baginya ia suatu kebaikan.

    Ibubapa inginkan pernikahan dibuat dalam 'masa' yang tepat apabila mempunyai persedian mental, fizikal dan ekonomi. Baginya ia suatu kebaikan.

    Kedua-duanya nakkan kebaikan.

    Istikharah dan berbincanglah dengan masak.

    ReplyDelete