Senyuman dalam Keletihan - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Senyuman dalam Keletihan

Sedikit petikan daripada buku Cintaku Kerana Agamamu, karya Dr. Farhan Hadi, terbitan Galeri Ilmu.


Krek…
Dr. Muslih membuka pintu rumah. Bunyi nasyid anak-anak Muslim dari VCD menenggelamkan salamnya. Demikian juga bunyi senduk memukul tin biskut.

Keletung…keletang…
Dr. Muslih tersenyum. Kelihatan, bidadari cintanya sedang diperkuda oleh puteri sulung mereka berusia dua tahun. Puteri kedua pula laju meniarap seakan berlumba. 

“Abiiiiii!!!” jerit si puteri sulung sambil mencampakkan senduk dan tin biskut.
Dia melompat dari belakang ibunya lalu tergopoh-gapah memanjat Abi.
“Abang sayang,” seru Qani’ah sambil cepat-cepat berdiri. Dia mengeluarkan perfume dari poket baju lalu disembur ke seluruh badan. Dileraikan sepitan rambut, disikat kemas dan disepit kembali.

Dengan menyembunyikan keringat di balik bau harum, Qani’ah mencium Dr. Muslih. Puteri sulung ikut mencium sambil merengek-rengek minta si ayah menjadi kuda.
Qani’ah cuba mengalihkannya. Namun kaki kecilnya meronta-ronta dalam pelukan Dr. Muslih. Memeluk erat leher si ayah. 

Dr. Muslih mengangkat lima jari ke arah Qani’ah . Digerakkan ke depan dan ke belakang. Qani’ah lalu membiarkan saja puteri kecil itu ingin bermanja. Dia mengalih sebuah buku yang sedang dimakan oleh puteri kedua.

“Maaf, abang. Tak sangka Abang balik awal hari ini,” ungkap Qani’ah.
Senyuman terukir dari wajahnya yang lesu. Ada riak bersalah. Tangannya lincah mengutip mainan anak. Bertaburan di lantai. Ekor matanya tekun mengawasi puteri kedua. Tekun menghesot dada. Qani’ah suka meminta maaf andai tidak sempat mempersiapkan diri dan rumah sebelum suaminya pulang kerja.
“Tak mengapa, Sayang. Rumah inikan medan didikan untuk para ulama’ kecil kita. Biarlah mereka bebas meneroka,” balas Dr. Muslih.

Senyuman Qani’ah nampak lebih indah.
“Terima-kasih, Abang. Abang sangat memahami,” ujar Qani’ah lalu menghadiahkan ciuman sekali lagi.
Qani’ah melangkah ke dapur bagi menyiapkan minuman. Dr. Muslih menarik tangannya.
“Sayang, mari main kuda sama-sama. Abang jadi kereta kuda. Sayang jadi puteri raja. Kak Long jadi pemandu kereta kuda,” ajak Dr. Muslih.

Qani’ah ternganga sambil menggeleng. Terharu melihat suaminya lebih mementingkan kegembiraan anak berbanding dirinya sendiri. Puteri sulung bertepuk tangan. Dia mengambil balik senduk dan tin biskut. Memukul sekuat hati. Kakinya merejang-rejang lantai kerana tidak sabar menaiki belakang Abi.

“Abang kan penat. Rehatlah dulu,” cadang Qani’ah.
“Malulah Abang nak mengaku penat, sedangkan kekasih Abang lebih penat melayani kami siang dan malam,” balas Dr. Muslih.

Air mata Qani’ah berlinangan.
“Baiknya, Abang. Selalu menghargai. Sayang rasa bertuah,” katanya lembut.
“Abang lebih bertuah punyai perhiasan, lebih indah dari dunia seisinya. Betul kata Nabi, pilihlah yang beragama nescaya beruntung kedua tanganmu,” luah Dr. Muslih.

 Kemudian, merebahkan dirinya untuk bertransformasi menjadi kuda. Anak mereka bertambah ceria. Dia memanjat belakang Abi. Abi menoleh ke arah Ummi. Kenyitan diberi.
“Puteri raja, silakan naik atas kuda,” kata Dr. Muslih.
“Kalau Abang jadi kuda, biarlah Sayang jadi kuda juga. Barulah sama-sama boleh bercinta,” gurau Qani’ah.

Dia lalu merangkak di sisi suaminya sambil menyendel-nyendelkan kepala. Dr. Muslih ketawa.
“Baby…baby…”
Mulut puteri sulung riuh sambil menunjuk-nunjuk ke arah si adik. Dia turun sekejap dari belakang Abi dan cuba mengangkat adik agar boleh dinaikkan ke belakang Ummi. 

“Adik masih kecil. Tak boleh, Sayang,” kata Qani’ah.
Puteri sulung lalu berlari mengambil teddy bear. Dia meletakkannya di belakang Ummi. Kemudian, dia pantas memanjat belakang Abi kembali.
Mereka ketawa bersama-sama. Memuji-muji kecerdikan puteri sulung. Kak Long bertepuk tangan. Wajahnya ceria. Badannya digerak-gerakan agar kudanya segera berjalan.

Hati kecil Dr. Muslih melafaz syukur berkali-kali atas kebahagian itu. Dia menjeling ‘kuda’ manis di sisi. Mengagumi kesabarannya untuk berwajah ceria dalam keletihan.
Dr. Muslih mengerti kaum wanita sukakan sikap pengertian suaminya meskipun  tidak diminta. Inilah salah satu rahsia bahagia dalam rumah tangga.
‘Qaniah, ada coretan penghargaan buatmu Sayang…’

Senyuman dalam Keletihan Reviewed by Fatimah Syarha on 10:56:00 Rating: 5 Sedikit petikan daripada buku Cintaku Kerana Agamamu, karya Dr. Farhan Hadi, terbitan Galeri I...

15 comments:

  1. akak... sukanye...
    subhanallah... bgmn nak cr suami bgt lagi.. :)

    smg akak sentiasa bahagia dlm rahmatNya :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah !
    :)

    tersentuh hati baca kisah ini.
    teringin.

    :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah..syurga dunia..
    semoga kekal hingga ke syurga di SANA..

    ReplyDelete
  4. saling melengkapi,
    kehidupan rumah tangga akan bahagia.

    kan ustazah?;)

    ReplyDelete
  5. subhanallah ..bahagianya ...keluarga impian ..

    ReplyDelete
  6. ya Allah..kenapa sy plak yg rasa trharu ni

    :)

    ReplyDelete
  7. bahagianya kalau dpt suami mcm tu,hehehehe
    emm,kak fatimah,buku karya Dr. Farhan tu dah ada dekat pasaran ke?

    ReplyDelete
  8. x pernah nmpk pun buku karya dr farhan ni...bile keluar???

    ReplyDelete
  9. subhanallah..
    terharu bc ni., teringin~

    ReplyDelete
  10. comey sgt..rasa xsabar je nak ada kuarga camni..sweet~ =)

    ReplyDelete
  11. subhanAllah....sweetnye cerita ni,,di bwh lembayung rahmat Allah:')

    ReplyDelete
  12. saya x paham kenapa org suka cerita mcm ni.

    walaupun si penulis sudah berumah tangga.

    tapi perlu diingat si pembaca kebanyakannya masih belum.

    apa faedahnya menulis scene2 yang seperti ini?

    ini kah dakwah?

    ya..daie..

    dakwahkanlah kepada yang lebih jelas iaitu tauheed.

    anda tidak akan dapat menyatukan ummat hanya dengan cinta sahaja, wahai daie.

    saya doakan allah memberi hidayah kepada kita semua.

    ameen.

    ReplyDelete
  13. erkkk perlu ke nak menceritakan hal rumah tangga kat org? rahsia rumah tangga perlu disimpan kemas. jagalah keluarga anda. jgn terus beri khayalan indah yg tak kena pada tempat pada org yg belum berkahwin. tak rasa malu ke bila ada perempuan lain "admire" kat suami anda? adalah anda bangga dgn kehidupan begini?

    semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua. Allahu musta'an.

    ReplyDelete
  14. "Dengan menyembunyikan keringat di balik bau harum, Qani’ah mencium Dr. Muslih. Puteri sulung ikut mencium sambil merengek-rengek minta si ayah menjadi kuda."

    tak patut tak patut.... ni dah macam novel cinta biasa ni. walaupun jln citer kedua dua dah berkahwin, tp effect utk org yg belum berkahwin yg baca ni dok berada dlm cloud nine...berangan lalu berkata "bestnya hai dapat suami begini". dahhhh.... what are u doing fatimah syarha?

    ReplyDelete