Bagaimana mencintai secara high class - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bagaimana mencintai secara high class


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  
Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. 
Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Itu tanda sebuah mujahadah. 

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).
Bagaimana mencintai secara high class Reviewed by Fatimah Syarha on 15:05:00 Rating: 5 Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita s...

13 comments:

  1. bagusnye kalau semua remaja macam ni .
    ustazah .mohon copy ye untuk dalam blog saya. nanti saya creditkan nama ustazah .syukran kasir :)

    ReplyDelete
  2. sedap gaya bahasa ustazah kali ni...
    insyaAllah..semoga dapat diamalkan dalam kehidupan ini...
    susah betul jadi remaja. :(

    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Sangat menarik...
    Smg menjd ikutan semua...Insya Allah...
    Akak mohon share page ini...
    Sukran...

    ReplyDelete
  4. subahanallah,kak..terima kasih...
    di saat hati ini gersang dan kontang,
    entry akak ibarat embun dingin menyelinap ruang hati....
    insyaAllah,mujahadah ini akan ditingkatkan lagi,
    demi mengejar cinta ilahi..Barakallahu fik ya ukht!

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah akak first time sy baca novel akak TAUTAN HATI sy dh jatuh cinta.subhanallah sy trus follow page fb akak...alhamdulilah sy makim lapng skg..thank u akak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum terima kasih ,Alhamdulillah
    Allah temukan kita dgn hidayahNya ini..

    :) smoga Allah taala memberkati jalan dakwah kak fatimah syarha ,ameen.

    kak, saya ada satu kemusykilan nk dikongsikan bersama..
    akak, macam mana tatkala di suatu saat kita merasakan solat kita kosong, tiada rasa kehambaan kpd Allah dtg kpd diri kita ?
    apakah jln yg perlu diambil ?

    syukran jazilan akak..:)
    wassalamualaikum .

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum kak..bertemu dengan karya akak mendorong hati saya lebih kuat untuk mensolehahkan diri. Karya akak yang pertama sekali saya baca ialah "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". Dari situ saya mula kenal akak. kesedaran serba sedikit timbul setelah buku itu saya baca semalam. Alhamdulillah pikiran saya jadi tenang selepas mengambil keputusan untuk kukuh dengan prinsip jauh daripada cinta lelaki dan mencari cinta Allah dengan meninggalkan teman lelaki saya. Selama ini memang saya selalu dengar tiada istilah cinta sebelum kahwin dan buat tak endah tentangnya. Tetapi setelah membaca karya akak itu yang menyebabkan saya untuk menjauhkan cinta yang tidak diredai Allah dan cinta angan-angan itu. Alhamdulillah ternyata keputusan dan tekad yang saya buat itu betul-betul melapangkan hati saya. Tiada lagi perasaan bersalah kerana rindu kepada seorang lelaki yang tidak sepatutnya dirindui. Kini saya ingin bercinta secara high class hanya menyerahkan cinta kudus ini buat insan bernama suami.

    Sejak itu saya mula mengikuti blog akak dan follow page fb akak..saya minta keizinan untuk share page ini ye kak

    Salam ukhwah,
    Geera, Brunei Darussalam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang buat ukhti di Brunei.
      kami di Malaysia merindui saudari-saudari se-Islam kami di sana.:)

      Delete
    2. Assalamualaikum ustazah...

      Salam sayang dari Brunei jugak... :D
      I've to say this, you're one inspiring lady. (Y)
      Saya harap semoga saya berpeluang untuk berjumpa dengan ustazah satu hari nanti insyaALLAH :D

      Delete
  8. salam. terbaik akk :) sedih bila membaceNYA hehehe

    ReplyDelete
  9. mohon share petikan perenggan akhir ya..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Emm, is it fine if kita minta pada Allah agar org yg kita cintai dlm diam tu jadi jodoh kita. I mean, kita berusaha dan buktikan pada Allah yg kita betul-betul harapkannya. What is your comment about this? Thankyou kak :)

    ReplyDelete