Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?



Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.” 

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya  tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,” 

“Apa bezanya?” 

“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.

“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,” 

“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?” 

“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.

“Jangan main-main dengan dosa kecil,”

“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi (perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”

"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."

 “Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.

“Dalam bab couple, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”

“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”

“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”

“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“

“Kalau begitu, masalah couple yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”

“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”

 "Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."

"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."

Temui Apa kata Prof. syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang Bercinta Sebelum Menikah dalam SOLUSI.

[1] Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
(3) Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
[4] “Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
[5] “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (HR Muslim).
Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya? Reviewed by Fatimah Syarha on 12:38:00 Rating: 5 Contoh situasi: “Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,” “Ast...

64 comments:

  1. alhamdulillah..entri yang sangat berguna..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. What u see is what u get:) Alhamdulillah.

      Delete
  2. alhamdulillah...terima kasih ustazah ..entry yg bermanfaat..
    hati sangat susah dijaga...

    ReplyDelete
  3. Mudahkan ia dengan banyakkan zikrullah...seperti astargfirullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, ustazah..hati memang mudah di serang..T_T
      kena ada perisai..=D

      Delete
  4. Replies
    1. Betul tu. Hati perlukan zikir seperti badan perlukan nasi.

      Mari muhasabah, hari ini sudah berapa banyak hati dan lidah kita berzikir? Astargfirullah!

      Delete
    2. Mgkn hti nih mule kosong llu terisi dgn pkare duniawi y drsekn indah..Astaghfirullahalazim..
      ;( kne cpt2 'knygkn' hti dgn zikir..ALLAH..

      Delete
  5. salam alayk~ziarah sini mengambil ibrah & koreksi diri ya ukhti,, nice sharing,,may ALLAH bless.. syukran ^_^

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. terasa puas membaca, belajar drpd hasil hasilan ustazah. banyak dipelajari. besarnya peranan istiqfar.

    ReplyDelete
  7. ustazah,kalau kita rindu dekat kawan kita yang sama jantina pun kita istighfar jugak ke untuk uruskannya?

    ReplyDelete
  8. sangat bermanfaat ustazah...semoga Allah sentiasa memberi kudrat dalam dakwah ustazah ^_____^

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya baru beli novel sebarkan cintamu pada awal tahun ni dan saya baru habis baca minggu lepas. Terima kasih sebab banyak info berguna dalam novel tu. Sejujurnya saya tak kenal penulis. Ini baru pertama kali saya baca novel Puan. Insya Allah saya nak cari lagi novel2 tulisan Puan yang lain. Saya juga ada buat sedikit review tentang novel ni di blog saya.

    ReplyDelete
  10. الْحَمْدُ لِلَّهِ

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. uruskan hati dgn hati2.. :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ustazah..sy ada sedikit mslh dgn sahabat sy..jadi..sy nak minta pndangan dr ustazah..harapnya ustazah dpt membantu sy..disini sy ade sertakan link utk kisah sy tersebut..syukran..
    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2012/01/kau-kau-aku-aku-tak-payah-nak-sibuk.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. apa masalahnya dik?
      Link ini menarik.

      Kondisi dan kisah individu berbeza-beza dan Islam raikan semuanya.Ada caranya.

      Biar orang menghukum kita, jangan kita menghukum orang pada apa yang kita tidak tahu.

      Delete
  13. assalamualaikum ustzh,,mohon share ye kebenarab ni,, :)

    ReplyDelete
  14. Istimewa buat adik Nur Zulaikha...sekiranya adik ingin menerangkan kepada rakan adik itu....ini penjelasan akak.

    Dalam tempoh bertunang, ada urusan menuju perkahwinan yang perlu diselesaikan. Ada kerisauan ‘fikrah’ yang perlukan persefahaman. Saya perlu berhubung dengan menjaga batas. Saya memilih untuk menyelesaikan urusan dengan SMS dan e-mail.

    Inilah cara yang paling sesuai untuk kondisi saya dan tunang saya yang pemalu dalam soal ini. Inilah juga cara yang paling sesuai untuk kondisi saya yang bersuara lembut secara semula jadi. Jika tunang saya mendengarnya, bimbang dia menyangka saya sedang menggoda. Inilah cara yang paling sesuai untuk kami sama-sama mempertahankan kesucian hati dalam tempoh pertunangan yang masih panjang lagi ini.Nikmatnya mujahadah!

    Saya menghormati insan yang memilih cara bercakap terus di telefon atau berjumpa terus di hadapan ibubapa. Untuk menyelesaikan urusan tiada salahnya. Lagipun, tidak semua orang pandai menulis dengan baik, bebas daripada intrepretasi yang salah.

    Saya tetap akan meraikan cara orang lain biarpun ada yang mengutuk cara saya. Kutukan itu tidak merugikan sedikitpun hubungan saya dengan Allah. Malah, mungkin dengan mudahnya saya menambah pahala.

    “Eleh, takut zina hati konon!”

    Saya faham, sudut pandang mungkin berbeza. Dia berfikir dari aspek hukum feqah yang membolehkan kita bercakap dan berbual-bual dengan tunang kita di depan mahram. Saya tidak pernah nafikan keharusan itu kepada sesiapa. Saya tahu, Islam meraikan kondisi semua orang.

    Saya pula berfikir dari aspek perlaksanaan hukum feqah. Hukum dan perlaksanaan agak berbeza. Kita berhukum dengan fatwa dan kita beramal dengan takwa. Tanyalah fatwa hati masing-masing. Kondisi kita berbeza.

    Masyarakat perlu difahamkan wujudnya perbezaan ini agar mereka boleh memahami dan bertoleransi dengan pilihan orang lain. Dalam soal ini, saya mengambil kira hubungan dengan Allah (aqidah) dan elakkan fitnah masyarakat yang suka mengumpat (akhlak).

    Saya berbahagia dengan impak terhadap pilihan saya ini. Ada orang yang menganggap saya mengharamkan yang halal, tapi saya tidak perlu resah dengan fatwanya kerana Allah mengiktiraf fatwa hati masing-masing dalam soal ini. Saya tidak mahu hanya menitik beratkan soal luaran dan mengabaikan soal hati. Kedua-duanya perlu jelas, faham dan berhati-hati.

    Natijahnya, pertunangan saya bersih di mata Allah (mudah-mudahan) dan bersih di mata masyarakat. Tiada modal apapun untuk masyarakat umpat-umpatkan. Tiada keresahan sedikitpun di hati ibubapa saya ketika mereka tahu saya dan tunang saya sama-sama bernaung di ibu kota. Bahkan, sebuah mujahadah yang diperjuangkan bersama memberi rasa percaya yang cukup maksima. Dia mampu setia (mudah-mudahan).

    ReplyDelete
  15. kata-2 yang sangat bermanfaat untuk ana yang memang sangat-2 rapuh sekarang imannya . dek kerana cinta manusia yang menghampiri diri. moga ALLAH kuatkan iman ana untuk sentiasa mengejar cinta-NYA dan bukan cinta mkhluk-NYA. alhamdulillah blog ustazah banyak bantu tingkatkan motivasi ana . syukran ustazah! moga ana istiqamah mengejar cinta-NYA !

    ReplyDelete
  16. salam, ustazah..sy berniat nak baca link yg ustazah sertakan, Fitrah boleh jadi fitnah...tp, tak dapat buka..kenapa ye, ustazah?
    kalau dapat menulis lg, sy sgt nanti-nantikan..
    alhamdulillah, sy gembira baca penulisan ustazah, banyak merujuk cara nak merawat hati kita dsgbnya...rasa macam sakit dapat ubat..T_T..
    alhamdulillah..teruskan menulis ustazah, merawat jiwa-jiwa anak muda...huhu..

    ReplyDelete
  17. salam!ustazah,saya sedang mencari link2 bait muslim yang ada sekitar johor.Jika ustazah ada maklumat mengenainya.mohon dishare ke email saya ye ustazah. email:faez_ayu85@yahoo.com
    ~kerjasama ustazah amatlah saya hargai.syukran. (^_^)

    ReplyDelete
  18. Salam..subhanaLlah!rindu yang terjaga dari kebodohan itu lbh indah..kongsi satu tips,kalau ada rindu pd siapa2 yang tidak halal,bandingkan sedalam mana rindu itu berbanding rindu kita pada Allah Dan RasulNya..hisab diri..moga2 hati lbh trjage..insyaAllah..smg snts dlm redha Dia..Amin..jazakiLlah ustzh.. :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum ustazah. sy ingin bertanya. apa hukumnya, bila seseorang (wanita) rindu pada seseorang itu yakni lelaki, kita melihat profile facebook nya. Tetapi, dia tidak contact pun dengan lelaki itu. Apa pandangan ustazah? :) jazakillah ustazah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. jika adik tanya dari sudut hukum feqah, tiada taklifan dosa pahala pada perkara di luar kawal seperti benci, geram, marah, rindu, cinta dsb. persoalan yang jauh lbih besar ialah bgmn kita menguruskan perasaan2 ini apbila ia muncul di hati?

      Delete
    2. Bagaimana? Macam ustazah ajar,berzikirlah :)

      sayang ustazah !

      Delete
    3. Terima kasih

      Delete
  20. assalam ustazah. First time saya sampai blog ustazah. Saya setuju dgn post ni sbb, hati lah punca untuk perkara-perkara lain terjadi.. Bukan kah lebih elok mencegah dari mengubati. Tapi ada juga kawan-kawan yang kureng setuju. Tak kurang juga ada yang kata saya 'memayah-mayahkan' (mcm ustazah sebut) sbb Islam itu mudah katanya. Tapi bila baca entry ni, at least saya tau apa saya buat tu betul. TQ ustazah.

    p/s :-macam mana saya boleh contact ustazah secari private? Ada yg saya mhau tanya tapi malu rasa nak tanya si public.

    ReplyDelete
  21. syukran ya ustazah ~ entry yang sngat bagus. saling mengingati antara saudara seislam :)

    ReplyDelete
  22. assamualaikum ustzh

    ustzah , boleh tak ustazah bg pndapat mengenai sambutan maulid nabi . ramai jadikan prkara ni isu kebelakangan ni . ada yang cakap sambut maulid nabi tu haram dan bid'ah sbb nabi tak penah buat .

    tima kaseh ustazah

    ReplyDelete
  23. Salam ustazah,entri yg sgt memberi manfaat kpd semua..Alhamdulillah..sbb kalau nak bicara mngenai zina hati,kdg tu..dlm keadaan tdk sedar pun berlaku..nauzubillah..mcm mane nk memahamkan seseorang yg ingin tahu mengenai ikhtilat berlainan jantina tika b'sms or b'chatting..kan ade batas2nye..syukran.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum wbt Ustazah yang dikagumi fikrahnya,
    Alhamdulillah saya dah baca buku sebarkan cintaMu , dan antara yang saya faham dan sedari tentang kahwin semasa masih belajar. Saya sokong kata-kata ustazah , kalau kita tak dekat dengan jalan zina , hati tidaklah cenderung untuk berkahwin awal. Lebih meraikan hasrat ibubapa untuk melihat kita berjaya dahulu. Tapi , saya agak keliru dgn post di Fb,

    Rasulullah bersabda : ".. Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan . . Dan ia (syaitan) mengeluh : aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku' .." [HR . Ibnu 'Addi]

    Saya agak keliru dgn hadis ini . dan ramai pula yang bercita-cita dan berazam untuk kahwin awal bila baca hadis ni , walaupun ada yang mengutarakan perasaan malu sebab kena guna duit ibubapa untuk kahwin. Sekiranya ustazah sudi ,saya mohon penjelasan daripada ustazah. :) Syukran jazilan

    ReplyDelete
  25. Waalaikumussalam wbt.
    Adikku sayang,
    Berkahwin awal atau berkahwin muda memang bagus.
    Cuma, tiada takrifan yang jelas terhadap istilah ‘kahwin awal’ atau ‘kahwin muda’.
    9 tahun?
    15 tahun?
    20 tahun?
    Bukankah usia kita menghabiskan diploma ataupun ijazah pertama baru lebih kurang 22 atau 23 tahun.? Masih muda kan? Usia ini lebih awal dan muda berbanding usia pernikahan Rasulullah SAW sendiri iaitu 25 tahun.
    Dalam soal ini, kondisi individu berbeza-beza.
    Pilihlah:
    1. Kahwin muda tapi tiada persiapan mental, rohani, fizikal dan material
    2. Kahwin muda bersama persiapan mental, rohani, fizikal dan mental.
    Mana lebih high class impaknya?

    ReplyDelete
  26. Dah tentu yang ke.2.
    2. Kahwin muda bersama persiapan mental, rohani, fizikal dan mental.
    Itu yang lebih high class impaknya. =) Terima kasih atas jasa ustazah atas pencerahan ini yer. Sebab di Facebook sekarang ramai yang nak jadi daie bila menyebarkan hadis-hadis , cuma ilmu yang tidak di kupas lebih mendalam serta tergantung buat saya dan ramai masyarakat luar sana yang terkeliru.

    Contohnya , semalam sahabat saya bertanya kepada saya perihal post di laman web sahabatnya. Ayatnya begini.

    "tidak halal bagi perempuan memperdengarkan bacaan ayat al-quran nya ..di hadapan lelaki yg bukan muhrim baginya..
    walaupun dalam pertandingan ..
    kecuali yang mendengar tersebut terdiri dari kaum perempuan juga dan mereka yang mahram baginya.
    kerana hukumnya sama dengan perempuan di larang untuk melaungkan azan.."

    Allah , ustazah , saya buntu sangat. Dan saya sendiri rasa berdosa , sebab zaman sekolah dahulu saya belajar taranum dan pernah menyertai Tilawah Al Quran yang penontonnya ramai bukan mahram saya. Berdosakah saya? dan apa pula status peserta Qariah yang menyertai Tilawah Al Qur'an Antarabangsa yang saban tahun diadakan? Haram juga ke ?

    ReplyDelete
  27. Salam adinda Nur Haziqqah.
    Isu suara perempuan dalam menyatakan sesuatu yang baik, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan ianya bukanlah aurat.

    Tentang suara wanita bertarannum, ada khilaf.

    Pendapat yang membolehkannya berdalil dengan hadis umum yang meminta 'taghonni' iaitu berlagu-lagu ketika membaca al-Quran. Digambarkan Rasulullah SAW sangat suka mendengar bacaan al-Quran yang dilagukan.

    Abu Musa al-Asy'ari yang terkenal pandai melagukan al-Quran berkata : 'kalaulah aku tahu engkau sedang mendengar wahai Rasulullah, pasti akan aku lagukan dan indahkan lagi bacaanku'.

    pendapat yang tidak membolehkannya pula berhujah dengan larangan wanita melunak-lunakkan suara di dalam al-Quran. Larangan ini timbul kerana mencegah timbulnya syahwat di hati lelaki.

    Larangan yang bersifat saddan lizzari'ah iaitu menutup pintu berlakunya fitnah boleh 'diceraikan' atau boleh dilonggarkan ketika ada hajat.

    Ustazah sendiri lebih memilih pendapat yang tidak melagukan. Tapi ustazah meraikan dan berlapang dada terhadap muslimah yang melagukan al-Quran.

    Tenanglah adikku. Selagi ada pendapat yang mengharuskannya, maka ia termasuk khilaf bukannya disepakati.

    Maka, tidak perlu peningkan kepala dengan orang yang suka bergaduh dengan masalah khilaf. Hormati pilihannya meskipun dia tidak mahu menghormati pilihan kita. Siapa akan lebih bahagia?

    ReplyDelete
  28. Ustazah, ana rindu kat seseorang..doa2 kan ana istiqamah dlm mujahadah dr mgingatinya (dia juga minat pnulisan Ustazah), ustazah, boleh tak hurai pasal cinta Allah?. Ana suka blog ni.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah , saya lebih jelas sekarang ini =)
    Terima kasih sangat2 yer akak , kerana akak pergi menunutut ilmu dan sebarkan dengan cara yang amat mudah difahami oleh remaja yang kurang sgt ilmu mcm saya ni.

    Sebentar tadi saya terbaca post berniqab atau tidak berniqab tu.
    Subhanallah , halus betul cara akak berdepan dgn mereka yang berbeza pendapat.
    Kalau saya ditempat akak , mungkin saya akan menangis jer sebab tak tahu nak jawab apa.

    Allah tu Maha Sempurna kan kak , tak hairanlah Dia boleh mencipta ilmu dan meniupkan kepada hambaNya yang soleh & solehah untuk tenang berdepan dgn perbezaan pendapat.

    Saya harap akak kuat ,sbb saya selalu rasa insan yg menguji kita itu sebenarnya merupakan hadiah daripada Allah dalam bentuk ujian , sebab bila kita sabar dan berbaik sangka of course lah Allah tambah markah kita =)
    Markah akak mesti dah banyakkan ? mudah-mudahan Amin :)

    Maaf yer kak , terpanjang pula comment ni. Saya sebenarnya nak tanya , novel karya suami akak tajuknya CINTAKU KERANA AGAMAMU dan karya akak CINTA HIGH CLASS tu dah di publishkan ke ? Saya tunggu dari tahun lepas , asyik telefon je kedai buku tu novel tu dah ada ke belum..hehe

    Akak pujuklah orang yang uruskan novel tu hantar cepat-cepat ke Melaka yer..ataupun belian online =)

    Saya nak ke Karnival buku tu tak mampu sebab jauh dan saya baru je habis sekolah. Teringin sangat nak jumpa akak , tapi tak apelah , saya sentiasa ternanti-nanti jumpa akak di syurga nanti.. =)

    Terima kasih atas penjelasan yang menenangkan jiwa saya yer kak :)
    Semoga akak sentiasa menjadi High Scorer di sisi Allah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adikku Nur Haziqqah,
      wujudnya insan yang sentiasa 'mendorong' dan 'mendoakan' saudaranya seperti adik ini, menjadi 'asbab' bagi Allah membantu hamba-Nya yang tidak kuat menjadi lebih kuat...

      Jazakillah atas kasih-sayangmu yang tulus:)
      I love you fillah.

      Delete
  30. Salam , ustazah, mcm mne nk amal makruf nahi mungkar? Yg nahi mungkar tu pyh sikit. Xkn smata2 mncgh dgn hati. Dulu mse ade fb, sy slalu post link2 ttg islam, tp org tgur sy kta don't judge, bkn ke kita ni para daie, mcm mne nk ' smpaikn wlau spth tu' ? Confuse btul. Sy rse mcm sy tkde smbgn lgsung dlm islam. Mgkin ke cra lain dgn mnjukkn pribadi yg mulia tp x smpaik apa2 pun?

    Ade satu hari, kwn kelas sblah dduk mja sblh sy, lps tu sy beralih ke meja blkg sbb tak nk dduk sblh llaki, then ckg tu ckp jgn jd fanatik. Sy fanatik ke dia yg remehkan? dia ckp utk bljr, xpe. mcm mne nak kwl diri dr bckp bnda yg tak pntg dgn bkn mhrm? Ada nasihat tak? Gris pnduan? Skola sy bkn islamik, jadi pskitaran sgt mmpgaruhi, kwn2, dri sndri jgk.

    Ustzh, kalau kite amek gbr org tak ttup aurat, Dosa kn kite tjuk kat org lain? Kalau kita bg pnjm kamera kita utk org lain tgkp gbr, dia tgkp gbr tak ttup aurat, lps tu public nmpk gbr tu, kita dikira busbahat ke utk sbrkn aurat org?

    N lg satu, boleh ke menyanyi lgu yg xde pun kaitan dgn islam? Lagu barat. Tp lgu motivasi. Ctoh lgu 'the climb' , miley cyrus. Prmpuan bolehke nyanyi lgu2 mcm ni, ramai2, dan yg bkn muhrim pun ade skali. Kalau dlm kelas, ckg srh nyanyi kdg2 sblm mle kelas.. Nt kalu mnolak, pyh plk. Pening sgt, nk buat cmne? Bkn skola islamik sgt. Mgkn ke kalau sy tak nyanyi tu, sy ni fanatik sgt dgn islam? Sy tak prlukn hkum halal atau haram, tapi sy nk nasihat dari ustazah. Sy hrap ustazah dpt ltak diri ust kt tmpat sy dan apa yg ustazah akn lakukan? Mcm mne plk dgn ptndgn sjak? Haritu sy ade msuk prgkat kbgsaan.

    Plsss, sy tersepit sgt ni. Sy nak jadi prmpuan islam yg pemalu, tapi bertempat. Sy nk jadi org yg bercakap bila perlu, yg tak banyak ketawa, tapi situasi sy skrg ni tersepit sgt. Lemas sgt2. Ble sy buat itu, org kata ini. Sy tahu, kdg2 tu, nk cari redha allah, akan hlg redha manusia, jd kena plih. Buntu sgt2 ni. Mcm mne nk jadi org yg ade pndirian, yg tak skdr ikut arus.

    ReplyDelete
  31. Best baca blog ustazah...semoga terus berjuang menyebarkan ilmu2 yg bermanfaat...mohon share yer..thanks.

    ReplyDelete
  32. salam kak fatimah, benarlah kata akak, kita bukan Nabi yang maksum. bukan juga malaikat yang suci.hati ini terlalu sukar untuk dididiki. hati ini merefleksi peribadi kita yang kadang kala tersasar meskipun sedar ALLAH sentiasa memerhati. mohon share akak punye ye! n_n
    ps:jika ada mane2 tulisan akak,saya nak share boleh ye ^^ insyaALLAH, terima kasih ,kak. alhamdulillah. =)

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum w.b.t..best sgt2 entry ini..sy ade share blog & entry akk di fb..izinkan ye..nk berkongsi dgn rakan2 yang lain :) syukran

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum. nak share entry ne ye, izinkan ye , syukran ;)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum..ustazah.terima kasih atas perkonsian..diri ini masih lagi berjinak-jinak dalam dunia penulisan.. blog ini menjadi inspirasi untuk saya berdakwah melalui penulisan..syukran jazakillah"))

    ReplyDelete
  36. salam ustazah....mohon share.terima kasih

    ReplyDelete
  37. salam ustazah,mohon nasihat daripada ustazah mengenai permasalahan ini,apa pula dibuat,kita tahu dan kita tak mahu lalai dengan cinta sbb kita hanya inginkan CINTA.tetapi cinta itu tetap menyapa,pelbagai cara dan usaha dah dibuat utk kawal perasaan,doa istikharah bertanya akak2 yg dipercayai,tapi perasaan itu makin mendalam,apa lagi yang perlu dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah baca buku terapi patah hati..
      semoga saudari mendapat petunjuk.

      Delete
  38. slm ustazah..cube ustzah bg pencerahan ttg nikah khitbah..

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum
    syukur kepada Allah kerana telah temukan saya dengan NOVEL TAUTAN HATI.sy dah habis baca n novel tu mmg best.lain dari yang lain tapi kawan2 saya smua gelakkan sy sbb baca novel2 islamik.saya pernah terfikir salahke kalau sy baca novel2 islamik daripada baca novel2 cinta yang entah pape tuh.
    the most important is novel tu yang mengaar saya tentang how to be a better muslimah.
    lepas spm,i want to continue baca novel cinta high class plak...

    peace!

    ReplyDelete
  40. salam
    ustazah,mohon diberi jawapan
    1.adakah berdosa seseorang muslimah sekiranya seorang lelaki berubah (menjadi alim) kerananya?
    i mean,bukan kerana Allah semata-mata

    terima kasih
    :D




    ReplyDelete
  41. assalamualaikum, ustazah.. saya nak tanya pasal zina hati dan rindu.. dosakah kita sebagai seorang perempuan merindui lelaki yang bukan mahramnya. namun rindu itu yang dibimbangi menjadi perkara yang tidak sepatutnya disalurkan dengan bacaan al-fatihah (dgn menyebut namanya) dan berharap semoga Allah mengirimkan naluri yang sama terhadapnya. Bantu saya ustazah.. adakah itu berdosa ? :|

    ReplyDelete
  42. asalammualaikum ustazah saya nak tanya, zaman sekarang ni kita lihat ramai anak remaja yang couple . tipu lah kalau saya kata saya tak lakukan nya . soalan saya , macam mana kita nak explain kepada si dia , tentang apa yang kita rasa tentang dosa yang kita telah buat , supaya dia memahami yang perhubungan ini memang tak boleh diteruskan . couple itu kan haram . tapi saya manusia biasa biasa yang kadang kadang terkandas . mohon pertolongan ustazah

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum..ustazah maaf sye nk tnye ini pasal soalan
    hati..saye meminati seseorang dalam 2 tahun dalam diam..dan si dia x tau yang saya meminatinya..tapi apabila kami berchating pada tahun ke dua (tahun petama kmi x pernah chat)rse gembira kerana dia tgor dgn baik kami tidak pernah betegor depan2 tapi hanya bertegur dlm chating sahaja...tapi saya sedar kesilapan saya apabila saya melihat video ustazah alhamdulillah sye sedar kesilapan saya..jadi saya ambil langkah..selepas penutupan waalaikumusalam dgnnye dalam chat ...saye tidak chat dgnnya..tapi saya hanya hamba allah yg lemah..SAYA TRSE RINDU kpdnya ..sye akn stalk lamannya apa yg dia buat ...tpi sye ttp kuatkn iman x mahu bertegor dgnnya...tpi rse rindu tu ttp ade..tambahan pula saye hanye brtgor die seorg shj...seorg lelaki

    soalan saya macam mana nak elakkan rse rindu kd sesorg itu?..
    sye akn mghadapi peperiksaan yg besar pd thn depan dan saya tidak mahu ia terganggu dlm mata pelajaran saya...
    doa kn sye ye supaye dpt mnjwb dgn hati yg tenang amin~ :)

    ReplyDelete
  44. assalamuailakum ustazah..ble sy tanya?apakah masuk fatwa?yg dimaksud perkata ustazah di atas "mintalah fatwa dari hatimu...." klau kita rndu sesame jantina..

    ReplyDelete
  45. saya tak tahu mcm mana nk menerangkan kpd teman wnita saya..saya mahu brubah dan meletakkn cinta allah yg pertma dan mahu,m'mutuskn hbgn yg tiada kepastian ni...

    ReplyDelete
  46. terima kasih, ustazah atas perkongsian ini.. izinkan saya untuk share di blog saya.. =)

    ReplyDelete
  47. Jazakallahu khairan.. sy teringin nak jadi mcm Ustazah. info pasal fitrah rindu ni sangt mmbantu.. sayang Ustazah..

    ReplyDelete
  48. alhamdulillah...
    perkongsian yg membuka mata kita...
    syukran jazilan...

    ReplyDelete
  49. Alhamdulillah..
    Jazakillah khairan kathira..
    Entri yang sangat bermanfaat.

    Salam 12 RAMADHAN 1436H.

    ReplyDelete
  50. Assalam ustazah.apa pendapat ustazah kalau remaja yg masih bersekolah di sekolah menengah nikah gantung.terma kasih atas entri yg sgt bermanfaat buat kami.

    ReplyDelete