Lihatlah kepadanya... - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Lihatlah kepadanya...


Bagaimana Melihat dalam Bertunang?


"Eh, mak ayah kamu je lihat. Kamu tak lihat? Rugilah!"
"Malu. Lihat itu luas maksudnya. Tidak semestinya kena berdepan dua mata. Islam meraikan keadaan manusia, ada yang pemalu, ada yang berani dalam soal ini."


Bagaimana melihat yang ditunjukkan oleh sirah Rasulullah SAW dan para sahabat?
1. Ada yang melihat tanpa pengetahuan si wanita seperti seorang sahabat bernama Jabir.
2. Ada yang melihat dengan mengutus utusan. Contohnya Rasulullah mengutus Ummu Sulaim melihat seorang wanita. Baginda menyuruh Ummu Sulaim memerhatikan hujung tumit dan mencium bau badannya. (Riwayat Hakim).
3. Ada yang melihat secara berdepan, di depan wali.


Pada hari ini, melihat itu boleh juga melihat terus, biodata dan gambar, melihat facebook, menghantar mak cik atau mak ayah melihat...semua ini dikira melihat.


“Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua.” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’ie).

Sedikit petikan tentang isu MELIHAT dalam buku CINTAKU KERANA AGAMAMU, Dr. Farhan Hadi Mohd Taib.

Aku membuka email sekadar untuk memberi ruang otakku berehat.
“Hah?”
Ada e-mail dari ustaz.  Bertajuk, ‘Biodata.’ Sangkaanku, ustaz akan menghubungiku semula apabila aku telah selesai menduduki peperiksaan.
“Secepat ini?”
Sukar untukku percaya. Peluh memercik di dahi. Jejari sedikit menggigil. Kelopak mata berkedip-kedip. Perasaan apakah ini? Aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada rakan-rakan yang berdekatan. Aku tidak mahu perkara ini disalah sangka dan menimbulkan fitnah.
            Dengan lafaz bismillah, aku membuka fail biodata yang diletakkan di dalam Microsoft word 2003.
            “Hmm, ada letter head.”
Kepimpinan Kelab Penulisan dan Kewartawanan. Terpampang sebuah biodata  seorang muslimah beserta cita-citanya yang besar. Di sudut kanan sebelah atas terdapat sekeping gambar berukuran passport. Gambar itu kelihatan di copy paste dengan bantuan scanner. Agak kabur. Sekiranya, aku terserempak dengan pemilik gambar itu di mana-mana, aku mungkin tidak dapat mengecamnya. Biarpun begitu, gambarnya menyejukkan mata.
            Aku dapat rasakan ada getaran di jiwa. Sekeping gambar samar itu bagaikan elektrik yang mengecas haba cinta. Cantik sekali pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu’bah,
“Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua.” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’ie).
Email tersebut kemudian diakhiri dengan pesanan ustaz agar aku segera beristikharah dan memberikan keputusan secepat mungkin.
            ‘Subhana-Allah!” Hatiku bertasbih.
‘Dia bukanlah seorang wanita yang sembarangan. Dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai kegiatan dakwah di kampus. Dia juga seorang pelajar cemerlang dengan keputusan akademik yang memberangsangkan sehingga layak untuk menerima anugerah dekan,’ aku menilai.
Kutatap gambarnya sekali lagi. Sekejap sahaja. Err, rasa malu. Teringat pada pesanan Nabi, “Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya.” (HR Ahmad dan Azh-Zhahiri).
Aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kata-kata Jabir bin Abdullah RA,
“Saya bersembunyi di bawah pokok untuk melihatnya (dengan niat khitbah).”
Lucu betul tokoh ini. Unik. Hukum membolehkan untuk melihat gadis yang ingin dikahwini meskipun tanpa izinnya. Islam meraikan kondisi individu yang berbeza-beza. Dalam soal ini, aku tidaklah seberani Jabir. Aku rasa aku ini kategori pemalu. Jika diberi peluang untuk mengadakan majlis taaruf dengan si dia secara berdepan, aku rasa aku tidak mampu.
Salahkah perasaan maluku ini? Hmm, aku rasa tidak. Rasulullah SAW sendiri digambarkan lebih malu daripada anak dara di dalam kelubung dalam situasi-situasi tertentu. Kepada yang berani, silakan. Tiada salahnya.
Kubaca wawasan hidupnya berhati-hati. Dia ingin menjadi hamba Allah yang taat, remaja yang beradab, anak yang solehah, isteri yang disayangi, ibu yang berakal, pendidik yang bertaqwa, penulis yang tajam penanya, mujahidah yang beriman serta ingin mati syahid di jalan Allah.
Lihatlah kepadanya... Reviewed by Fatimah Syarha on 18:29:00 Rating: 5 Bagaimana Melihat dalam Bertunang? "Eh, mak ayah kamu je lihat. Kamu tak lihat? Rugila...

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sangat bermanfaat...
    (bila akak nak tukar shout mix?, huhu)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum... Ustazah... ana ingin tanya pendapat ustazah... macam mana jika ada seorang wanita berminat mahukan seorang lelaki untuk disatukan dgn adiknya? Wanita tu bertanya kepada lelaki tersebut sudi tak terima adiknya... lelaki itu setuju... dan adik wanita itu juga setuju jika dia ingin dijodohkan dengan lelaki itu... tapi wanita tu terlalu awal mengetengahkan hal tersebut... sedangkan lelaki dan adik wanita tersebut masih muda yakni dalam lingkungan 18-19 tahun... dan wanita tu beritahu keluarga dari pihaknya sudi terima lelaki tersebut... begitu juga pihak dari lelaki... tapi kedua-dua keluarga belum bersepakat kerana masih terlalu awal untuk menyatukan lelaki dan adik wanita tersebut... oleh itu lelaki dan adik wanita tu cuba menjaga diri supaya tidak terjebak dengan couple... memang ada kadang2 bermesej jgk... mesej berupa nasihat... tp memang terlalu jarang... dan mereka sentiasa cuba nk stopkan dulu dari berhubung... macam mana pendapat ustazah? syukron...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,,ustzh,,maaf sbb ni xde kaitan dgn hsl tlsn kat ats ni,,hehe
    hmm,,aisha tempah bku,,da send msg dkt no y ustzh tls tu tpi x delievered so aisha da send email kat dr.farhan,,juz nak bgtau jek,,syukran ustzh,, :)

    ReplyDelete
  5. assalam ustazah yang disayangi :)

    "Contohnya Rasulullah mengutus Ummu Sulaim melihat seorang wanita. Baginda menyuruh Ummu Sulaim memerhatikan hujung tumit dan mencium bau badannya. (Riwayat Hakim)"

    saya memohon pencerahan bagi contoh situasi di atas.kenapa perlu melihat kepada tumit kaki dan dicium bau badan?

    syukran jiddan ustazah :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah...terima kasih ustazah ^^

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbt.

    Tumit kaki boleh memperlihatkan kesuburan seorang gadis.
    Bau badan atau seseengahnya kata bau mulut, boleh mempengaruhi keselesaan seseorang.

    Jom selalu pakai ubat ketiak dan selalu berus gigi bersama ubat kumurnya sekali:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum w.b.t.
      Ustazah yang dirahmati ALLAH S.W.T.
      Mohon penjelasan ustazah berkaitan "melihat tumit, bau badan"
      Ustazah mengatakan tumit itu menggambarkan kesuburan seseorang wanita. Apakah jenis, bentuk iaitu tumit yg digambarkan ustazah?
      syukron kathir..

      Delete
  8. salam ustazah.. ada sedikit soalan tuk dirungkaikan..

    kwn ana penah bertanyakan soalan ni. tp ana belum arif bab2 sebegini.

    Syeikh Al-Abani r.a berkata sebagaimana yang terdapat dalam kitab Adabuz Zifaf m/s 140.

    "TIDAK DIBOLEHKAN MENGENAKAN CINCIN PERTUNANGAN. SEBABNYA INI MERUPAKAN BENTUK TAQLID(IKUTAN) PADA BUDAYA KAFIR".

    di mana tradisi ini masuk dalam kehidupan org muslimim yang sumbernya dari org nasrani. Syeikh Bin Baz r.a berkata sebagaimana dalam kitab Ad Da'wah, 11:208,

    "kita tidak tahu perbuatan ini mengenakan CINCIN PERTUNANGAN MEMILIKI ASAS (HUKUM) DALAM SYARIAT. MAKA, YANG LEBIH UTAMA MENINGGALKANYA, BAIK CINCIN TERSEBUT DIPERBUAT DARIPADA PERAK ATAU SELAINYA...

    apa komen ustazah? syukran lakaya..

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbt.

    Khilaf sebegini adalah biasa dalam dunia fiqah.
    Tiada yang pelik.

    Masing-masing ada hujah. Masing-masing dalam daerah pahala. samada 1 atau 2 pahala.

    Ia bukan soal sesat atau batil. Cuma soal betul atau salah. Kedua-duanya dalam daerah pahala.

    sikap kita ialah meraikan, bukan bertelagah. Kita tenang dengan pendapat imam kita. Dalam masa yang sama, kita hormat orang lain dengan pendapat imam mereka.

    Nikmatilah indahnya perbezaan dalam naungan rasa mahabbah.
    :)

    ReplyDelete
  10. salam..dulu sekolah smaasza ek?patut macam pernah dengar nama dan tgk muka...saya suka baca blog akak ni..:)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..
    kerana itulah dikatakan Islam ini bukannya menyekat, sebaliknya membebaskan dengan cara yang terpimpin...

    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  12. buku Cintaku Kerana Agamamu ni dah ade kt psrn ke?

    ReplyDelete
  13. Assalamuualaikum wbt,
    Saya nak tanya soalan dan pandangan dari akak. Maaf, sekiranya akak tidak keberkatan boleh saya email personally pada akak terlebih dahulu?

    -nur-

    ReplyDelete