Maafkanlah.. - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Maafkanlah..

NOTA IBU BUATMU (halaman 731)

Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.
    "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah    mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-nur:22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
    "...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."(at-Taghabun:14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
    "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh."(al-A'raf:199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
    "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."(asy-Syura:43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
    "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain."(Ali Imran:134)

Terlalu sayang, 
Ibumu.

Fatimah Syarha Mohd Noordin,(2011).
Sebarkan Cinta-Mu.PTS Litera Utama Sdn.Bhd.
Maafkanlah.. Reviewed by Fatimah Syarha on 18:50:00 Rating: 5 NOTA IBU BUATMU (halaman 731) Maafkanlah... 1. Maafkanlah supaya kita diampunkan.     " ...dan hendaklah mereka memaa...

12 comments:

  1. assalamualaikum...

    ana tgh bce nvel Sebarkan cintaMu..bru page 631, xsbr nk bce hbis..

    alhmdulillah..best sgt nvel nie..bnyk yg dpt dipelajari..

    jazakillah ukhti.^_^

    moga sentiasa indah dalam dakapan ksh sygNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Jazakillah atas sokongan. hajat doa dan nasihat berterusan. salam sayang.

      Delete
  2. salam..kak..nk tnya..buku sebarkan cintamu ni cuma jualan on9 je ke?sebab sy dah cuba cari bebrapa buah kdi buku..n x jumpa lagi..btw,entri yang menarik..boleh sy kongsi di blog sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Ada. Tapi terbehenti sekejap sebab dalam proses cetakan ketiga sebelum ni. nantikan semula kehadirannya di pasaran:)

      Delete
  3. I'm trying to forgive her ... huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ustazah..entry yg bermanfaat sekali..
    maaf la selagi kte bernyawa stelah kte tiada dosa dgn manusia mhupun Pencipta msih tdk d ampunkn.. Insya-Allah..belajar saling memaafkan antara sama lain...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ustazah Fatimah Syarha, semoga terus kuat berdakwah demi Allah swt dan agamaNYA. Terus terang saya dan kawan2 katakan, kami rasa disayangi bila membaca karya2 ustazah, Saya merupakan penuntut di Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir.Saya dan kawan2 di sini ingin dapatkan buku terbaru Ustazah, "Sebarkan Bahagia". Tapi rasanya harganya mungkin lain , bukan? Berapa ya harga total untuk belian dan penghantaran terus ke Kaherah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt adik-adikku mawar agama di Pelembahan Nil. Sejuknya usapan penghargaan kalian dari sana.

      Ya Allah, saksikanlah kebaikan insan-insan yang sentiasa mengharapkan kebaikan untuk saudaranya.

      Tentang penghantaran Sebarkan Cinta-Mu ke Kaherah, ustazah sudah merujuk pejabat pos.
      Pos biasa: RM60, 2 bulan sampai.
      Pos laju: RM150, 8-10 hari sampai.

      Ketika ustazah belajar di Syria dulu, biasanya pelajar di sana kirim kepada mana-mana pelajar yang pulang bercuti. Biasanya, setiap bulan ada saja pelajar yang akan balik atas pelbagai urusan.Kat Mesir, mungkin pelajar jarang pulang agaknya:)

      Delete
  6. Assalamualaikum ustazah Fatimah Syarha,semoga sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT.Saya merupakan penuntut di universiti islam antarabangsa malaysia,Petalin Jaya.Untuk makluman ustazah saya baru je selesai membaca novel karya ustazah yang bertajuk "Sebarkan Cinta~Mu".Ianya memang menarik sekali.Saya amat menyukainya.Walau bagaimanapun,ada sesuatu yang saya kurang faham mengenai tuntutan penceraian...Adakah seorang isteri perlu membayar balik wang hantaran kepada suami jika dia menuntut cerai daripada suaminya dan bagaimana pula jika mereka kahwin tanpa ada wang hantaran?Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar balik kepada si suami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Tahniah atas kecaknaan adik mengetahui lebih lanjut berkenaan hak wanita. Islam sangat membela hak lelaki dan wanita.

      Berkenaan perceraian, ada perceraian yang dimulakan oleh pihak lelaki dan ada perceraian yang dimulakan oleh pihak perempuan, serta ada juga yang dimulakan oleh kedua-dua pihak.

      Bagi perceraian yang dimulakan oleh pihak perempuan, ada 3 cara yang boleh diambil.Semuanya perlu merujuk jabatan nikah-cerai dan rujuk di pejabat agama. 3 cara tersebut ialah:

      1. Minta cerai secara baik. Pastikan sebabnya bukan sembarangan tapi sebabnya tak mampu lagi menegakkan hukum Allah sebagai isteri. maksudnya, risaukan urusan akhiratnya.

      2. Khuluk. Khuluk ini yang dipanggil tebus talak. Apabila suami tidak mahu menceraikan, boleh buat permohonan khuluk di mahkamah. hukumnya sunat bagi suami memenuhi tuntutan khuluk pihak isteri. kena bayar balik nilai mahar.

      Kalau wang hantaran tu dalam adat negeri adik dikira mahar juga iaitu mahar musamma-, maka kena kembalikan juga wang hantaran( mahar musamma) bersama wang mahar (mahar misil).

      tapi jika dah bincang awal2 lagi bahawa wang hantaran itu bukan pemberian wajib, cuma hadiah bagi memudahkan pihak perempuan buat majlis, maka ia tidak termasuk mahar musamma.

      Tahu tak apa itu mahar misil dan mahar musamma?

      Mahar misil-kadar mahar yang diberi semisal dengan kadar yang ditetapkan oleh negeri atau kakak-kakak kita.

      Mahar musamma-kadar mahar yang ditetapkan bersama.

      3. Fasakh-jika suami menolak khuluk ini, maka usaha yang terakhir ialah cuba mendapatkan fasakh. Fasakh ialah perceraian yang dibuat secara paksa oleh pihak berautoriti atas mudarat yang mungkin ditanggung isteri jika perceraian itu tidak dilakukan.

      Delete
  7. Jazakillah ya ustazah.....sekarang baru saya faham.Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Adil.Walaupun kuasa talak berada di tangan suami namun x bermakna si isteri tiada hak untuk bersuara jika takut memudaratkan akhiratnya.Semoga Ustazah sentiasa bersemangat dalam menyebarkan cinta ALLAH SWT ^___^

    ReplyDelete
  8. salam akak, semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya...

    sy ad sedikit persoalan berkaitan memberi maaf ni..sy ada seorang kawan yg dulunya agak rapat, tp sekarang kami sudah renggang disebabkan beberapa permasalahan..sepanjang temp0h kami berkawan dulu, ad beberapa hal yang sentiasa menjadi punca salah faham antara kami. utk pengetahuan akak, sy ad pegang beberapa jawatan pnting di tmpt pengajian sy. disebabkan kesibukan sy, kawan sy ni agak kerap terasa dgn sy even sy sntiasa try utk menjaga hati dye. dan kawan sy ni plak se0rang yg jenis cepat sngat terasa even pd perkara2 yg sngt simple. pendek kata, dye suka membesar2kan masalah yg kecil...pada mulanya, sy dah banyak kali bersabar dgn sikap dye terhdp sy. ble berlaku salah faham antara kami, selalunya sy yg akan mulakan meminta maaf dgn dye even sesuatu masalah itu bermula dgn dye...setelah berkali2 berlaku benda cmni, sy bru nmpak sikap dye yg sebenar, iaitu jenis yg tak pernah mahu mengaku salah, dan sebaliknya akan menyalahkan org lain ats ape2 masalah yg berlaku pd dye. jadinya, buat mase skrg sy terpkse mngmbil langkah utk menjauhkan diri dri dye, bukan kerana ingin memutuskan silaturrahim antara kami, tp utk mengelakkan diri sy drpd sakit hati dgn sikap dye.lagipun dalam permasalahan ni, sy shj yg menanggung perasaan sakit hati atas sikap dye, sebaliknya masih lagi menyalahkan sy.dye ada meminta maaf dgn sy, itupun setelah beberapa lama (tp stil dlm situasi xnk mengaku salah) tp sy xbg resp0n atas permintaan maaf dye. insyaAllah sy sentiasa berusaha berlapang dada dan try maafkan dye. pers0alannya di sini, adakah betul tindakan sy meng'ignore'kan dye buat sementara waktu dgn niat utk memberi pengajaran kpd dye?
    ~ sangt berharap pencerahan dr akak bg permasalahan sy ni..maafkan sy if pers0alan sy ni xsepatutnya dipublishkan di sini...syukran kathir akak.. <3
    > salam sayang dr Nailah Al-Farafisyah <

    ReplyDelete