Mahu Pertunangan Kukuh atau Rapuh - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Mahu Pertunangan Kukuh atau Rapuh

Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tidak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting. Spesifiknya, adat yang tidak bertentangan dengan syariat. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kaedah syarak. "Al-Adat muhakkamah".


Hukum dan Perlaksanaan Hukum

                “Saya nak bertunang pakai sms. Kata ustaz saya, hukumnya sah. Pakai ibubapa makin menyusahkan saja. Islam itu kan mudah,” kata seorang remaja.
                Ramai remaja terkeliru soal hukum dan soal perlaksanaan hukum. Hukum itu senang diceduk daripada kuliah fikah atau kitab fikah. Perlaksanaan hukum pula perlukan model atau guru.  Buku-buku karangan ulama muktabar kontemporari banyak membantu dalam hal ini.
Bagaimana perlaksanaan hukum yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat? Mereka sangat meraikan hubungan dengan Allah, kepentingan dakwah, kaca mata sosial kemasyarakatan, budaya setempat dan lingkungan zaman.
                Hukum fikah adalah tentang batas minimum. Ada soal lain yang berupa akidah dan akhlak yang perlu diambil kira. Perlaksanaan hukum yang ideal ialah perlaksanaan hukum yang menggabungkan ketiga-tiga aspek ini.
Akidah Islam meyakini Rasulullah SAW itu contoh terbaik. Selongkarlah kisah pertunangan Nabi SAW. Hampir semua calon isterinya ‘diminta’ dengan perantaraan orang tengah. Ada juga kisah Rasulullah SAW meminang terus kepada janda bernama Ummu Hani’ binti Abu Thalib. Itupun pinangan baginda ditolak. Yang pasti, baginda sangat mendahulukan wali bakal isteri apatah lagi jika bakal isteri itu seorang gadis.
Akhlak Islam pula amat menitik beratkan berbuat baik kepada orang tua (birrul walidain). Birrul walidain dalam soal ini ialah memohon restu, berkomunikasi dengan baik dan memberitahu tanpa berahsia. Sebagai orang tua, mereka sangat ingin menilai dahulu calon menantunya dan memberi buah fikiran.
Jika anda rasa ianya menyusahkan, bayangkan suatu ketika nanti, anak remaja anda pulang dari sekolah kemudian berkata,
“Ayah, mak, saya sudah bertunang. Pakai sms.”
Hmm, susah tak hati anda tika itu?

Analogi Pak Imam Berkain Samping
                Untuk memberi kefahaman lebih jelas tentang hukum dan perlaksanaan hukum, saya bentangkan beberapa analogi.
                Bayangkan seorang Pak Imam datang ke masjid dengan memakai kain samping yang menutup dari pusat hingga ke lutut. Dia tidak memakai baju. Seluar atau kain pelikat pun tidak dipakai. Kain samping itu sahaja yang dipakainya.
                Makmum asyik berbisik-bisik. Pak Imam tidak peduli. Dia bertakbiratul ihram. Azamnya, dalam kuliah Maghrib nanti, dia akan maklumkan kepada semua bahawa dia melakukan hal itu dengan ilmu hukum fikah.
Segelintir makmum bersolat di belakang dengan kepala berselirat tanda tanya. Dalam solat sebelum ini, mata asyik tertumpu pada tempat sujud. Kali ini, mata mereka nakal membilang bulu roma di betis Pak Imam. Ramai makmum keluar masjid. Menghidupkan kenderaan lalu mencari masjid lain.
Adakah sah solat Pak Imam tersebut?
                Ya, solatnya sah! Dia sudahpun memenuhi tahap minimum menutup aurat. Menutup aurat adalah syarat sahnya solat. Tapi, adakah perbuatannya itu boleh mengundang mudarat dan menendang maslahah?
                Saya percaya, jika situasi ini berlaku, ramai makmum terpaksa berperang habis-habisan dengan jiwa mereka untuk berbaik sangka terhadap tahap ‘kewarasan’ imam tersebut. Meskipun dia melakukan sesuatu yang ‘sah’ namun perlaksanaannya tidak meraikan maslahah (perkara yang mengundang manfaat dan menolak mudarat).

Analogi Ayah Mengahwinkan Kanak-Kanak
                Bayangkan seorang bapa sedang termenung di tangga. Dia risaukan anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Melihat parahnya pergaulan bebas dalam masyarakat, dia terfikir untuk mengahwinkan sahaja anak perempuannya itu. Dia lalu membelek kitab fikah untuk mengkaji tentang rukun nikah dan syarat sahnya.
                Suatu hari, si anak pulang dari sekolah tadika sambil menggalas beg. Tangan kanannya memegang batang aiskrim dan tangan kiri memegang gula-gula berbatang. Hingus meleleh keluar.
Ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki. Apabila kanak-kanak itu tiba, si ayah berkata,
                “Ini suami kamu. Lepas salin baju sekolah nanti, ikut dia,” kata si ayah.
                “Suami tu apa ayah?” tanya si anak sambil menyedut hingusnya dan ia meleleh semula.
                Ibu kepada kanak-kanak itu merah padam mukanya tatkala mendengar perbualan itu. Dia keluar dari dapur dengan penyudip masih di tangan.
                “Eh, bila masa pula anak saya berkahwin? Saya tak izinkan!” katanya dengan nada tinggi.
                “Awak jangan sibuk! Awak izin ke tak izin ke, perkahwinan ini sah di sisi Islam.  Jangan lawan hukum. Hukum membolehkan ayah mengahwinkan anak gadisnya. Ianya sah!”
                Ya, perkahwinan itu sah! Izin ibu bukanlah termasuk dalam syarat sah nikah. Begitu juga persetujuan anak kecil dan batas umur si anak, ia tidak mempengaruhi sah atau tak sahnya nikah.
                Namun, jika situasi ini berlaku, saya percaya manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah. Protes besar-besaran tidak mustahil boleh tercetus untuk membela kanak-kanak itu. Tidak kira agama, bangsa dan negara, semuanya akan seia sekata.
 Ini sebuah lagi contoh orang yang melakukan sesuatu yang ‘sah’ tapi perlaksanaannya tidak meraikan maslahah dan keadaan zaman yang berubah.
Dia mungkin merasakan orang lain tidak memahami hukum. Hakikatnya, dia telah melaksanakan hukum tanpa merujuk kaedah-kaedah sebenar yang diajar Rasul dalam mempertimbangkan maslahah (kebaikan), mafsadah (keburukan), lingkungan zaman dan sebagainya.

                Mahu Yang Rapuh atau Yang Kukuh?
                Remajaku sayang,
                Jika anda memilih cara bertunang semudah menghantar sms, tidakkah anda membayangkan betapa rapuhnya ikatan itu?
Bayangkan situasi ini:
                “Saya suka awak. Saya rasa nak kahwin dengan awak,” seorang lelaki menghantar sms.
                “Sayapun suka awak. Sayapun rasa nak jadi isteri awak,” balas si gadis.
                “Kalau begitu, kita dikira bertunang. Jangan terima orang lain, tau,” pesan si lelaki.
                “Jumpalah mak ayah saya dulu, baru kita dikira bertunang,” pinta si gadis.
                “Ustaz saya kata, bertunang itu ialah teruna dan dara berjanji untuk bernikah,” kata si lelaki.
                “Eh, apa beza bertunang dengan bercoupling macam kita ni?” keliru si gadis.
                “Entah?! Ah, sama je tu!” jawab si lelaki.
                “Tapi, ustaz saya kata, antara tujuan bertunang ialah untuk mengetahui persetujuan wali sebab wali adalah salah satu rukun nikah nanti,” kata gadis itu.
                “Itu zaman dulu. Kita sekarang dah canggih. Tak perlu cincin, tak perlu hantaran, hantar sms terus bertunang. Ingat, awak tunang saya! Haram lelaki lain pinang awak tau,” kata si lelaki.
                “Hmm, kalau macam tu, kita putus tunang sajalah sekarang!” tegas gadis itu.
                Untuk apa bertunang, jika tidak sampai lima minit? Keliru pula antara bertunang dan berpacaran.
Beginilah yang terjadi. Jika Islam yang mudah diambil mudah untuk bermudah-mudah, situasi jadi tambah rumit dan payah. Ikatan pertunangan yang sepatutnya teguh dengan komitmen keluarga, menjadi sangatlah rapuh.

Seboleh-bolehnya Raikan Adat Selari Syariat
                Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, dipetik daripada buku Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi, “Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.”
                Begitu juga pertunangan. Banyak adat-adat yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat yang elok kita raikan.
                Jika ditanya, mana lebih penting antara adat dan syariat? Sudah tentu jawabnya syariat. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
                Namun, jika ditanya adakah adat itu tidak penting? Jawabnya, adat itu penting! Cuma syariat jauh lebih penting.
Jangan pandang negatif pada semua bentuk adat. Adat yang baik mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ada kaedah syarak menyebut, “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum.
Contohnya, adat memberi cincin tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Dengan adat ini, lebih senang untuk mengenal pasti mana satu wanita yang sudah bertunang atau belum.
Begitu juga adat memberi hantaran meminang, ia tidak bercanggah dengan syariat. Bahkan, Islam menggalakkan kita saling memberi hadiah agar kita saling berkasih-sayang.

Pilihlah Yang Rapuh atau Yang Teguh
Remajaku sayang,
Anda semua bijak-bijak belaka. Pilihlah mahukan pertunangan yang rapuh atau yang teguh. Anda boleh memilih sesuka hati. Namun bersedialah menghadapi impak di kemudian hari.
Mahu Pertunangan Kukuh atau Rapuh Reviewed by Fatimah Syarha on 03:05:00 Rating: 5 Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tidak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting. Spesifiknya, adat yang tidak berte...

31 comments:

  1. assalamualaikum ustzh,,mhn share ye,,syukran,, :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah ...dah jelas. Terim kasih ustazah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduliullah, daripada Allah segala kebaikan..

      Delete
  3. sy suka entry nie...satu peneranagan yg lengakp dan bernas...terima kasih kerana berkongsi ilmu...sy mahu mohon kebenaran utk kongsikannya di twitter...

    ReplyDelete
  4. assalam.. entry ni best sangat...segala kekeliruan sudah terjawab..syukran kak ha atas entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. alhamdulillah, daripada Allah segala kebaikan.

      Delete
  5. Alhamdulillah....

    saya pernah bertanya ustazah saya tentang ini..
    memang suatu ketika dahulu,hangat di facebook tentang "menjadi tunangan orang sekelip mata" hanya dengan lafaz niat nak memperisterikan wanita itu dan wanita itu setuju menjadi isterinya.. maka mereka pun telah sah menjadi tunang antara satu sama lain...
    menurut ustazah saya,memang benar..

    namun...

    kita membelakangkan wali...
    bagaimana agaknya perasaan ibubapa jika anaknya telah pun "bertunang" tanpa pengetahuannya..
    apatah lg yg kahwin senyap2...
    sedangkan ibubapalah yg membelanya dari kecil..
    seolah2 ibubapa tidak ada hak ke atas anaknya..

    lagipun ada yang mempermainkan hal ini dgn mengatakan...

    "ramailah tunang aku" (jika ramai kekasihnya)
    "maknanya aku dah bertunang banyak kalilah" (jika selalu clash)

    ustazah saya mengatakan
    sebaiknya ikutlah seperti adat...
    berjumpa wali...
    berbincang antara keluarga...
    secara tak langsung akan mengeratkan hubungan kekeluargaan...
    berbanding buat dgn luar pengetahuan ibubapa...
    silap haribulan,bila ibubapa tahu..
    ibubapa akan membenci pasangannya..
    "Redha Allah itu kan terletak pada redha kedua ibubapa"

    btw,
    sangat bermanfaat penulisan akak terutama buat remaja yang keliru... (^_^)

    sekian,wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah. perkongsian menarik.

      Jika mengambil kaedah 'Al-Adatu muhakkamah' (Adat boleh memberi hukum -dalam perkara-perkara yang natural-), bertunang pakai sms ni tidak diiktiraf sebagai bertunang pun dalam adat masyarakat kita.

      Rujuk lanjut buku Soal Jawab remeh temeh tentang nikah kahwin, Ustaz Mohd Nizam.

      Jika nak dikira sebagai bertunang juga, taarifnya mungkin termasuk dalam maksud bertunang (persetujuan teruna dara untuk menikah), tapi sikapnya (bersms dan call berdua-duaan) tidak termasuk sikap yang tepat dan baik untuk melafazkan janji itu. mafsadahnya jadi lebih besar dari maslahah. amat dekat dengan 'taqrabu az-zina'.
      wallahua'lam.

      Delete
  6. terima kasih....

    teringat pesanan ustazah saya tentang lelaki yang gentleman...

    dengan mengungkit kisah Saidina Ali yang berhajat memperisterikan Saidatina Fatimah...

    "sungguhpun malu-malu namun niatnya untuk memperisterikan puteri Rasulullah tetap diteruskan....
    dikuatkan langkah menemui Rasulullah untuk mengatakan hajat...
    biarpun diri tidak berharta...namun agama ukuran pertama...
    pinangan diterima... syukur tak terhingga..
    apatah lagi Saidatina Fatimah turut menyintainya dalam diam..."

    apa yg nak diperkatakan...
    lelaki yang gentleman...
    akan mendahulukan wali...

    memetik kata2 Kak Fatimah sendiri..
    "kalau suka,jumpalah ibubapa.. kalau taknak,tanda tak sedia,kalau tak sedia,kenapa nak bercinta?" hehe..

    papepun,
    biarlah pertunangan itu dilakukan saat keduanya benar2 bersedia utk menempuh alam rumahtangga utk mengelakkan pertunangan yang terlalu lama.. pertunangan yang lama nih,banyak dugaannya...

    insyaAllah akan mencari buku dr Ustaz Mohd Nizam tu...
    saya pun ada beli buku soal jawab tentang perkahwinan bab pertunangan...

    saya ingin bertanya,
    apakah hukumnya wanita menipu bertunang hanya kerana tidak ingin dipinang oleh insan yg tidak disukainya dan untuk mengelakkan dari memberi harapan kpd lelaki tersebut?

    ReplyDelete
  7. Kenapa perlu menipu jika tidak perlu menipu?
    Boleh berhelah tapi tidak boleh menipu.
    Tipu dan helah adalah suatu yang berbeza.

    Contoh helah:
    Rasulullah SAW pernah ditanya "Kamu dari mana?" ketika dalam satu perjalanan.
    Jika baginda menjawab dari Makkah, mungkin orang itu akan mengenalinya sebagai Muhammad dan membunuhnya.

    Maka baginda berhelah,"Dari air."
    Maksudnya pelbagai...tidak menipu.
    mungkin dari bilik air.
    mungkin dari tempat yang jauh dari air.
    mungkin dari lepas minum air.
    mungkin....
    banyak lagi mungkinnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam aspek ini, seorang gadis yang belum bertunang...apa beza menipu dan berhelah?

      Dia menipu apabila dia berkata saya sudah bertunang dengan seseorang.
      Dia berhelah dan tidak menipu apabila dia berkata, saya sudah ada pilihan. Kerana pilihan luas maksudnya...tidak merujuk kepada orang semata-mata.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Subhanallah... Syukran atas p'isian yg menarik ni ukhti... (^^,) Mmg ramai remaja yg m'ambil mudah perkara ni... Ramai yg bljr hukum fiqh cmni utk m'mudahkan urusan mereka shga kdg2 x menilai kemaslahatannya... Smga ramai yg akn cakna tntg perkara sbgini... Barakallahufik... (^^,)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak fatimah syarha..(^_^)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    Adapaun pun fekah itu didalam bahasa Arab. Makna Fekah dalam bahasa melayu ialah "cara cara untuk beramal".

    Adapun yang difardu ainkan bagi setiap lelaki dan jumpa perempuan islam yang akil baligh untuk menuntut ilmu ada 3 yaitu usul, feqah dan tasawuf.

    Yang telah dituliskan diatas ialah fekah.
    manakala usul pula ialah untuk menentukan tempat untuk tuju pahala amal.
    manakala tasauf pula ialah untuk mengetahui perkara perkara yang membatalkan pahala amal.
    Sebagai contoh kita ambil satu hadis nabi:Daripada Abdullah Bin Mas’uud (ra), daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya: La yad khulu janatan min kana fil Qalbihee mith qalu zarratin min kibr.
    “Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya (sifat) Takbur (walaupun) sebesar zarah.
    Adakah kita pernah terfikir samada sebesar zarah itu boleh dipandang dgn mata kepala?
    Sesungguhnya Allah memandang pada yang batin. Bukan pada yang zahir. Tetapi jika batin saja tidaklah sempurna dan jika zahir sahaja tidaklah sempurna juga.

    Ramai yang menyangka sekadar tahu rukun 13 sudah pun memadai. jika tiada kyusuk dan tawaduk, bagaimanakah solat kita...?
    Jika diberi satu lagi contoh: Seandainya kita taburkan sekap, padi tidak akan tumbuh. Seandainya kita tabur beras, padi juga tidak akan tumbuh.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbt.
    Usul, Feqah dan tasawuf semuanya penting.
    Akidah, syariah dan akhlak semuanya penting.
    Banyak lagi kamus istilah yang boleh kita semua teroka daripada perpsektif yang berbeza.
    subhanallah, luasnya ilmu Allah.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum warahmatullah..

    Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya untuk membuka blog akak hari ini dan bertemu pula dengan 1 artikel menceritakan tentang peringkat kehidupan yang bakal saya lalui. Allah, Allah..Maha Besar kuasa Allah..

    Mohon share yea kak..

    ReplyDelete
  14. Assalamuailaikum kak..
    alhmdulillah brmanfaat baca artikel akak..:)jzkillah khairan kathir kak..

    akak,sy ingin btanya..
    1)kebiasaan, sebaiknya kite mngunakan org tengah utk melamarkan pasangan..
    setelah bertunang pn, ada kebaikannya jg kalau kite mnggunakan org tengah kalau berhubung..utk mengelakkn dr msg y lagha dll, selain dapat mnjaga hati..
    tp bagaimana cara mnggunakan org tengah ni, mksd sy pada aspek y bagaimana? kdg2 ada yg memikirkannye sbg complicated, krna sesetgh prbncangan perlukn masa dan discussion y pnjg..

    2)tempoh pertunangan kadangkala mengambil masa yang lama terutama bg y masih bljar spt mngmbil kos2 kritikal spt medic, bljr dluar ngara..bagaimana ye kak mahu menjaga hati smasa dlm tempoh pertunangan ini?

    mohon akak kngsikn mgkn dr pengalaman / pndgn akak..moga ada mnfaat bt y lain jg :)jzzakillah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Adikku mawar agama.

      1) Betul kata adik tu. Sebenarnya, boleh berhubung terus samada dengan call, sms atau e-mail dalam tempoh bertunang untuk menyelesaikan urusan-urusan, terutamanya berkait dengan pernikahan.

      Melibatkan orang tengah dalam perbincangan ini suatu cara 'ihtiyath' (berhati-hati) kerana syaitan cukup handal mengelirukan antara urusan dengan alasan.

      Pengalaman akak dulu, melibatkan orang tengah dalam berbincang yang penting-penting ni tak bermakna kena dia yang sampaikan. Jika ada perbincangan penting, kami sms dan e-mail direct tapi di4wardkan sekali kepada orang tengah yang betul-betul amanah bagi mengelakkan kami berlalai-lalai.

      2. Jaga hati seperti jaga fizikal juga. perlu bagi makanan berkhasiat, jika sakit cepat-cepat rawat, kadang kala kena berpantang, berpuasa dsb.

      Delete
  15. Assalamuailaikum.. mohon share yer... >_<

    ReplyDelete
  16. assalmualikum,
    ustazah fatimah,
    jika waktu untuk meletakkan tarikh pertunangan tu...ibubapa yang yang pergi berbincang..tak pa ke?tak guna org tengah.tak salah kan...sebab ibubapa saya ni
    tak biasa dengan ni semua...kena anak nya nak kahwin dah jadi kelam-kabut...bolih tak terangkan satu persatu apa yang patut di lakukan setelah merisik itu di persetujui kedua belah pihak..harap dapat feedback dari ustazah...dah tanya ramai tapi jawapan nya memeningkan kepala kami sekelurga terutama ibu dan ayah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sayang. ibubapa yang bertanggung jawab lebih baik daripada orang tengah untuk urusan ini...muliakan ibubapa.

      Delete
  17. Asslamualaikum ustazah,
    sy nk tny, jika seseorang itu bertunang tnpa pengetahuan ibu bapa seperti ini, dan kemudian seorang lelaki telah meminang perempuan trsebut(sama ada tahu perempuan tersebut tlh bertuang atau tidak) dan perempuan tu menerima pinangan lelaki tersebut (kiranya ibarat perempuan tersebut curang la), adakah dikira berdosa?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...saya minta maaf, mengikut islam jika seorg wali tidak boleh mengahwinkan perempuan nya tanpa izin perempuan itu. saya tak pasti jika ada khilaf, harap dapat diperbetul. wassalam

    ReplyDelete
  19. Salam. kak Ha, saya setuju dengan artikel nie. zaman sekarang hanya ambil enteng soal nie. kadang2 xboleh bezakan mana 1 tunang dan berpacaran..moga entri ni dapat memberi input2 berguna kepada remaja di luar sana..

    ReplyDelete
  20. Ustazah, ana mohon share :D

    ReplyDelete
  21. Syukran Ya Ustazah for this article..ustz sdh mengubah persepsi ana dalam bab "tunang dalam diam ini"..

    ReplyDelete
  22. Says in gin bertanya Dari segi konsep bertunang says tahu,taping Kalau saya cakap data suka awak ITU dikira bertunang jugak ker?

    ReplyDelete