Why I love him? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Why I love him?



  
and...Why I love her?

Cinta itu apa sebenarnya?

Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.

                “Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.”

Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.

Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.

Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi... 
sebab dia pandai...
sebab dia cantik... 
sebab dia hebat...

Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.

Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.

Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini. 
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!
Why I love him? Reviewed by Fatimah Syarha on 10:43:00 Rating: 5    and...Why I love her? Cinta itu apa sebenarnya? Ramai orang bagi definisi cinta ...

14 comments:

  1. bila kita mletakkan Allah yang pertama... x ada sebab dan alasan untuk kita melakukan kemaksiatan.. cinta manusia dan cinta pada Allah sgt brbeza.. mcm yg ustzh ckp.... cinta manusia pada yang tidak abadi. sy stuju..:) sbb bnda yang mnjadi penyebab cinta manusia itu x kekal n x statik bkn sprti cinta manusia pd Allah..CINTA YANG AGUNG..syukran utk entry ni =)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,syukran Kak Ha kerana berkongsi entri yang menyentuh hati ini...

    ayuh,,sahabat2 tercinta...
    mari kita istiqamah mempertahankan cinta agung, cinta suci,cinta abadi ini...insyaALLAH...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. Maha Hebat Pencipta kita..
    Allahuakbar.. Allah maha besar tiada tandingannya..

    Moga CINTA AGUNG kita ini semakin hari semakin Subur insyaALLAH..

    Jom..
    Ramai-ramai kita imarahkan Taman-taman syurga di dunia ini..untuk menambah lagi rasa CINTA kita kepada PENCIPTA CINTA yang maha HEBAT ini..

    ReplyDelete
  4. Kak fatimah ada emel ?

    saya ada sesuatu nak tanya.=D

    ReplyDelete
  5. Cinta manusia sesama manusia boleh jadi abadi jika sebabnya abadi iaiTU ALLAH.

    Contoh:
    Saya sayang mak ayah kerana Allah.

    Buktinya, bukan sekadar slogan di kertas tapi kita mendoakan dan menghormati mak ayah itu kerana patuh pada Allah.

    Insyallah cinta ini akan abadi membawa ke syurga.

    ReplyDelete
  6. salam,
    saya ada pertanyaan tentang aurat. nak minta komen dari ustazah tentang wanita yang bertudung besar/labuh dan menjaga batasan aurat, tetapi bila tiba time kahwin akan memakai tudung singkat, memakai baju sanding yang membentuk tubuh dan memakai bulu mata palsu..mohon penjelasan...
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam wbt.
    Tudung singkat tak ada masalah jika bajunya longgar dan tidak membentuk tubuh.Masih menutup aurat.

    Baju yang membentuk lekuk-lekuk tubuh termasuk tabarruj yang dilarang jika dipakai depan bukan mahram. Jika pakai depan suami, bagus tu!

    Memakai bulu mata palsu...tak payahlah.

    ReplyDelete
  8. Assalam,
    Artikel yang menarik..Jazakallah :)

    ReplyDelete
  9. Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
    Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
    Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.
    <3<3<3
    jazakallah..pkongsian y mnarik=)

    ReplyDelete
  10. erm...
    manusia hampir tidak punya sebab untuk kekal menyintai manusia lain kerana tiada yang kekal melainkan Allah sahaja...

    bukankah begitu?

    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam ustazah, mohon share..syukran

    ReplyDelete