Adakah Wanita Itu Jahat? - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Adakah Wanita Itu Jahat?


Antara Hadis dan Tafsiran Hadis
“Fitnah wanita.”
Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.
“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)
Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi ‘sesuatu’ yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan ‘kesukaan’ itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah…
Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.
“Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu…”
“Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak…”
“Perempuan semuanya jahat…”
Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan
Hakikatnya, potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan ada pada kedua-dua makhluk Allah, lelaki dan wanita. Wanita ada kelemahan. Lelakipun ada kelemahan. Wanita ada kelebihan. Lelakipun ada kelebihan.
”Maka Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka  baik lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain.” ( Aali-Imran : 195 ).
Luasnya Maksud Fitnah
Dr Yusuf al-Qaradhawi membela, “Berwaspada  terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya  dari mengingati Allah dan hari akhirat.”
Bukankah Allah SWT juga pernah memberi peringatan tentang fitnah harta dan anak-anak? Firman Allah Taala yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi.” ( Munafiqun : 9 )
Mengikut tafsiran ayat ini, adakah ia bermaksud harta dan anak-anak itu semuanya jahat? Tiada kebaikan langsung daripadanya? Adakah Islam mengajar kita memusuhi harta sebagaimana golongan sami yang langsung tidak mengumpul harta? Adakah Islam mahu kita mencontohi golongan paderi yang tidak dibolehkan berkahwin dan mempunyai anak?
Tidak!
Fitnah Harta dan Anak-anak
Hal ini seterang mentari dijelaskan dalam al-Quran. Allah menunjukkan sikap yang adil (meletakkan sesuatu kena pada tempatnya) dalam menyingkap maksud sebenar yang Dia mahu kita fahami.
Tengok!
Di tempat yang lain, Allah SWT menyebut harta itu sebagai “ kebaikan “. Allah juga menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya,
“ Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” ( Syura : 49)
Malah, pengurniaan anak cucu kepada hamba-Nya, Allah sandingkan sama seperti hambaNya dikurniakan rezeki yang baik-baik.
Firman Allah SWT : “Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu  isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik.” ( Nahl : 72 )
Bermakna anak-anak dan harta, asal kedua-duanya adalah baik. Ia jadi fitnah apabila kita tidak menguruskan dan mendidiknya dengan baik.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,di sisi Allah pahala yang besar.” ( Taghabun : 15 ),
Dr Yusuf al-Qaradhawi berpesan: “Memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah.”
 Berawaslah!
            Terima-kasih buat Nabi yang memberi ingatan tentang fitnah wanita kepada kaum lelaki. Fitnahnya memang amat besar. Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur dengannya.
Pesona luaran wanita memang memukau. Mampu menjadikan orang sasau. Ditambah lagi, sifat semulajadi manusia termasuklah lelaki suka bertindak secara gopoh gapah dalam menilai luaran. 
Wanita yang kusayangi, pada zaman ini, kita mendapati ujian wanita sudah sampai ke tahap  zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya. Disanjung, dipuja dan didewa-dewa padahal golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama perkembangan dan kemajuan. Berawaslah!
 Kembalilah Wanita Pada Kemulianmu
Pesan Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam.”
Wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang solehah, ibu yang mulia, insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat, Dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.
Adakah Wanita Itu Jahat? Reviewed by Fatimah Syarha on 00:26:00 Rating: 5 Antara Hadis dan Tafsiran Hadis “Fitnah wanita.” Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga. “ Aku tidak...

11 comments:

  1. bukan semua perempuan jahat...masing2 ada kelemahan..kita sebagai hamba Allah perlu sedar siapa diri kita dan jika ada kekurangan,kita perlu memohon keampunan dari Allah.Dia lebih layak.Apa yang Allah rencanakan dan cipta kita sebagai perempuan ataupun lelaki ada sebabnya..masing2 ada tanggungjawab...

    ReplyDelete
  2. :) nice sharing ya ukhti :) jzakillahukhairan kathiran .. may ALLAH bless^^

    ReplyDelete
  3. ya,bukan semua pmpuan jahat...sahabt mslimah di luar sana...pedulikan apa yg org lain katakan padamu bila kalian mula mlangkah ke jalan mulia,kerna yakinlah Allah x mpersiakan kalian...

    ReplyDelete
  4. husnuzzan tu pnting... :) nice entry kak.

    ReplyDelete
  5. kejahatan itu timbul apabila seorg wanita itu tidk menjaga tatasusilanya sbg wanita..btl tak ustazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada pihak-pihak tertentu mengatakan, wanita jahat keseluruhannya, dan kata2 ini dinisbahkan kepada Saidina Ali, namun Prof. Syeikh al-Qaradhawi menolaknya dengan dalil.

      Delete
  6. pernah dahulu,saya difitnah rakan sekelas pompuan saya sbg lelaki gay hanya disebabkan saya x bergaul dgn diorg...
    tapi saya buat x reti je la sebab saya tau yg saya bukannya spesis songsang tu dan apabila saya brgaul dgn diorg,lantas lenyap segala persepsi buruk tu..saya brtanya kpd diri saya,"adakah fitnah menjadi kebiasaan SESETENGAH WANITA untuk menarik perhatian lelaki?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah menjadi kebiasaan sesetengah lelaki dan wanita yang tidak takutkan Allah.

      Delete
  7. SALAM* ya, selagi seseorang hamba Allah itu diuji bermakna Allah masih sayang padanya. Kuatkan tekad dan cekalkan diri menjadi golongan hamba-hambaNya yang beriman.

    ReplyDelete
  8. SALAM KAK..
    mohon share :)

    ReplyDelete