Air Mata Ustazahku - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

Air Mata Ustazahku


Secebis kisah kehidupan...

Puisi di bawah ini cuma satu karya kreatif. Tiada kena mengena dengan sesiapa.

Qani'ah Syumaila mendesak Ustazah Huda menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia sukar percaya bagaimana suami sepenyayang ustaz boleh berubah hati. Dia mahu mengambil iktibar daripada penangan kehidupan. Ustazah Huda tidak menghampakannya kali ini.


Qani’ah Syumaila,
Dia meminta ustazah menjadi Sarah,
Mencarikan Hajar untuk suaminya.
Ustazah memintanya sesetia Ibrahim,
Tidak berusaha mencari yang kedua,
Meskipun isterinya mandul sekian lama,
Kerana…
Ustazah telah melahirkan sembilan orang anaknya,
Kondisi Sarah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah menjadi Aisyah,
Rela dimadukan suami,
Ustazah meminta dia sesetia Rasulullah,
Tidak rela memadukan Khadijah,
Walau dengan mengambil hamba,
Kerana…
Ustazah boleh beranak dan Aisyah tidak,
Kondisi Aisyah ternyata berbeza.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah taatkan hasratnya,
Tidak membantah dan tidak menegah,
Agar senang masuk ke jannah,
Ustazah meminta dia hormati hak seorang Fatimah,
Suaminya Ali, diberikan dua pilihan,
 Sama ada menduakan atau menceraikan,
Kerana…
 Suami bukan Tuhan,
 Fatimah lebih rela kehilangan,
daripada dirasuk kecemburuan,
Fatimahlah inspirasi wanita sepanjang zaman,
Kedudukannya terjamin tinggi di syurga idaman,
Kondisi ustazah sama sepertinya.

Qani’ah,
Dia meminta ustazah positif dengan poligami,
Ustazah memintanya positif dengan perceraian,
Kerana…
Dalam suasana poligami,
Ustazah yakin tidak mampu lagi menegakkan hukum Ilahi,
Sebagai seorang isteri mithali,
Perceraian itu lebih mengubatkan hati,
Meskipun ia amat berat sekali,
Mujurlah pada setiap kondisi, Islam tawarkan solusi.

Qani’ah,
Dia mengatakan ustazah lari daripada ujian,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi ujian yang lain,
Dia mengatakan ustazah lari daripada takdir,
Ustazah katakan ustazah sedang hadapi takdir yang lain,
Apakah ustazah tidak berhak menghindari takdir yang tidak menyenangkan?
Kepada takdir yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan?
Ustazah mahu mencegah diri daripada suasana emosi ini terdera,
Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur dibaja,
Daripada keadaan yang buruk dan susah,
Kepada keadaan yang baik dan mudah,
Ustazah bahagia dengan takdir hari ini,
Ustazah laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,
Moga hidup kita akan datang menjadi lebih baik.

Dengan cinta  Pencipta, nyahlah segala duka. 
Yang ada cuma bahagia.


Petikan puisi daripada novel CINTA HIGH CLASS

Air Mata Ustazahku Reviewed by Fatimah Syarha on 07:20:00 Rating: 5 Secebis kisah kehidupan... Puisi di bawah ini cuma satu karya kreatif. Tiada kena menge...

25 comments:

  1. Puisi yang membuka mata dan minda =)

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaa smlm tak pegi ekspo , kwn2 dot jmpa ustzh , hehe.
    sy lahh yg kirim salam tuuuuuu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutla ekspo semalam rasanya kurang seri...rupa-rupanya sebab Amal tak datang:)

      Delete
    2. Seronoknya kalau dapat jumpa kak syarha :)

      Delete
  3. poligami itu Allah bgi kepada yang berhak..
    yang layak...
    jika poligami untuk dirimu.. maka poligami itu yang terbaik...
    jika bercerai.. bercerai itu pun yang terbaik..
    banyak kisah.. isteri pertama redo dimadukan.. malah main seronok dengan kehadiran 'adik' baru...
    pelik? tpi itulah.. rasa yang Allah bagi buat hambaNya yang ikhlas..

    terpulang kepada individu itu.. terlalu cemburu sehingga mnghancurkan segala2nya juga tak elok..

    kadang2 pelik.. bila suami minta untuk berpoligami.. suami berkata kepada isteri pertama.. ini ujian yang Allah bagi.. bersabarlah.. dan terima..

    tidakkan isteri boleh berkata.. ini juga ujian buat abang.. ujian si isteri tak rela dimadukan.. jadi sabarlah.. abang diuji ngan perempuan di luar sana.. sabar dan tangkislah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup di dunia...Allah menciptakan 'FITRAH' dan Allah memberikan solusi yang ADIL terhadap persoalan fitrah itu...

      Berkata al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah, "Cinta mengharapkan penunggalan cinta oleh kekasihnya." berdasarkan firman Allah SWT, "Allah tidak menciptakan dua buah hati dalam satu rongga."

      Sepertimana situasi yang adik berikan tadi, orang yang tidak rela bermadu juga mempunyai 'rasa' yang Allah bagi buat hamba-Nya yang ikhlas...:)

      Delete
  4. i likkeeee.......nilah first time dgar ade ustazah yang berani sebut kisah fatimah tu dgan ayat yang mudah...padahal kisah tu mudah je nak difaham tetapi diberi pelbagai pentafsiran kerana banyak pihak lelaki yang begitu bias pasal poligami..yg pastinya golongan ustaz2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang boleh bias, tak kira lelaki atau perempuan. Lebih selamat kita merujuk tafsiran para ulama muktabar kerana mereka lebih takut kepada Allah. (rujuk surah fatir: ayat 28).

      Rujukan terbaik untuk mendalami hadis ini secara lebih jelas ialah kitab-kitab syarah hadis oleh para ulama muktabar seperti Ibnul Hajar al-Asqalani, (Fathul Bari, syarah sahih Bukhari) dan Imam Nawawi (syarah Muslim).

      Mereka tidak menyempitkan kita pada hanya satu tafsiran tapi menjelaskan banyak lagi tafsiran lain.

      Delete
    2. ada juga yang berkata..
      nak jadi seperti fatimah yang tak ingin dimadu, tapi perangai macam rosmah.. hehe... hebatnya fatimah dalam menguruskan rumah tangga tak di kaji, tak di aplikasi. yang ada cuma tak ingin dimadu seperti fatimah..

      wanita, usaha menjadi isteri sebaik, setaat, sesolehah fatimah. tapi dengan menjadi sesolehah itu bukan kerana tidak ingin dimadu. tapi kerana memang itu tanggungjawab sebagai seorang isteri. ikhlas melakukanya kerana Allah, bukan untuk mengelakkan diri daripada dimadu. Jika tidak sanggup, berdoa supaya suami hanya menyintai diri sndiri satu2nya isteri... :)

      Delete
    3. Kalau nak 'kata-mengata' antara lelaki dan perempuan ni memang tak habislah...:)

      ada juga yang berkata...

      "kalau suami nampak isteri banyak kekurangan (tak pandai urus rumah tangga dsb),
      suami jangan lupa, suamipun banyak kekurangan (kurang seni berlaku lembut terhadap kekurangan isteri, kurang seni mendidik dengan hikmah, kurang seni membangunkan potensi isteri).

      Patutnya saling melengkapi kekurangan itu. Saling mendidik. Saling menasihati dengan lembut sabar.

      Bukannya dengan suka menghukum dan memberi ancaman. Orang yang nak buat baik pun jadi rasa memberontak kerana kesabaran diri dicabar-cabar."

      Delete
    4. Bayangkan satu situasi dengan 2 penyelesaian berbeza:

      Minah baru 2 tahun menikah. Gosok baju suaminya selalu masih berkedut. Masak selalu masin, masam, pahit dsb. Apa penyelesaian yang diambil oleh suaminya?

      1. Suaminya selalu sebut kepada isterinya, “Hei, Minah! Kau ni tak pandai itu. Tak pandai ini. Kalau aku menikah lagi baru padan muka kau.”
      Apa rasa hati Minah?
      Adakah suami ini sedang mengajar ‘akidah’ isterinya buat kerana Allah atau buat kerana takut suaminya tak menikah lagi?
      Bukankah ‘perkataan ini’ suatu bibit awal keretakan hubungan?
      Bukankah kata-kata ini mencabar keegoan dan kesabaran Minah?
      Bukankah kata-kata ini suatu yang melukakan?
      Wujudkah kata-kata sebegini dalam rumah tangga Nabi?

      2. Si suami memilih untuk memahami latar belakang Minah yang menjadikannya begitu. Menerima ia sebagai ujian. Membantu meningkatkan potensi diri Minah.
      “Tak mengapa, Minahku sayang. Pengurusan rumah tangga ni memang mencabar. Biarlah kita mula dengan terkial-kial.Kita belajar sikit demi sikit, insyallah ianya akan jadi lebih baik.
      Apa rasa hati Minah?
      Dia ‘dibantu’ menjadi lebih baik atau lebih buruk?
      Bukankah motivasi suami ini menghilangkan stress Minah, menghilangkan kedukaannya?
      Bukankah emosi Minah yang ‘gembira’ akan membantunya menjadi isteri yang lebih baik?

      Impaknya sama atau berbeza? Bergantung kepada kebijaksanaan seorang suami memilih penyelesaiannya.

      Delete
    5. Perangai macam Rosmah????
      Hmm, Rosmah manusia biasa. Ada kebaikan dan ada kelemahan. Seperti kita juga.

      Kita teruskan kebaikannya seperti sentiasa berada di sisi suami dalam susah dan senang.
      Kita doakan Allah bagi hidayah terhadap setiap kelemahannya. Sebagaimana kita hajatkan Allah mengampunkan setiap aib diri kita yang masih sudi disembunyikan-Nya.

      Delete
    6. Suami yang berpoligami dengan niat memberi hukuman 'padan muka' kepada isterinya, bersedialah menerima pembalasan 'padan muka' daripada Allah dalam detik-detik hidupnya yang mendatang. Boleh jadi tiada lagi nikmat 'sakinah' dalam keluarganya, yang ada hanyalah 'huru-hara'.

      Nabi menyebut,
      "La dorar wala dirar." (Janganlah kamu membuat mudarat (kepada orang lain) dan membalas mudarat (dengan mudarat.

      Hikmah poligami diharuskan dalam Islam bukan untuk dijadikan senjata untuk menganiaya sesiapa, bahkan menjadi rahmah kepada wanita yang sakit, lumpuh, gila dan tidak bernafsu misalnya.

      Delete
    7. Komen ustazah benar. Dr pembacaan sy, tinggi ilmu ustazah. Kita tak boleh jadi org lain, ttp apa yg baik kita teruskan yg kurang baik, kita kurangkan.

      Kita belajar dr satu sama lain. Terimakasih.

      Delete
  5. Dengan cinta Pencipta, nyahlah segala duka.
    Yang ada cuma bahagia.

    NYAHLAH segala duka...yg ada cuma BAHAGIA:)

    ~lebih rela kehilangan,
    daripada dirasuk kecemburuan,

    ~mencegah diri daripada suasana emosi ini terdera,
    Kepada keadaan lain yang mana emosi ini subur dibaja,

    ~bahagia dengan takdir hari ini,
    ~laluinya dengan senyuman dan berlapang dada,
    Moga hidup kita akan datang menjadi lebih baik.

    terkesan:D

    ReplyDelete
  6. Ujia hidup memang pelbagai. Kita baik sangka dengan orang yang berpoligami. Kita baik sangka juga dengan orang yang tidak mahu berpoligami.

    biarlah mereka dengan pilihan mereka...
    kita dengan pilihan kita...
    syukurlah Tuhanku tidak memaksa...(dalam soal ini)

    ReplyDelete
  7. Bismillahirrahmanirrahim
    salam untuk ukhti yang dirindui...melepas nampaknya peluang nak bawa anak-anak murid jumpa ukhti di ekspo...jika nak jemput ke sekolah bagaimana nak berurusan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang. boleh email ke fs_loveislam@yahoo.com.

      Delete
  8. assalamualaikum ya ukhti fatimah :) bagaimana ya ingin contact kak fatimah ? ada email? boleh kak fatimah emailkan address pada saya di ummulkhair_90@yahoo.com sekiranya tidak boleh taip di sini. syukran ya :)

    ReplyDelete
  9. keliru.. penceraian tu dari mulut fatimah atau rasulullah ustazah? sbb yg dalam hadis tu rasulullah yg berucap nak minta ceraikan.. atau ada hadis lain yg drp fatimah pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk leraikan kekeliruan, kena rujuk tafsiran ulama muktabar, bukan rujuk orang kebanyakan. Boleh buka syarah sahih Bukhari oleh Ibnul Hajar al-Asqalani, dan syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi.

      jika sudi, sila rujuk novel Sebarkan Cinta-Mu untuk mendapat gambaran yang lebih luas. hadis ni banyak matan, banyak riwayat, banyak versi, banyak tafsiran. jangan sempitkan fikiran kita pada hanay satu tafsiran.

      ada ulama menjelaskan, jika Fatimah redha,nescaya Rasulullah Saw akan redha meskipun dengan anak Abu Jahal atau dengan perempuan lain. begitulah sebaliknya. Betapa baginda sangat memahami isi hati, kondisi dan psikologi puteri baginda.

      Delete
  10. salam untuk ukhti penuh inspirasi.
    boleh saya tau macammana nak berhubung dgn ukhti?
    ada jadual activiti2 yg boleh dirujuk.mana tau jika ada kelapangan dan diizinkan Ilahi boleh bertemu dgn ukhti.Moga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  11. dalam kes saya seorang ustazah pulak yang kawin rahsia dengan suami. Sanggup tak daftarkan pernikahan. Macamana tu

    ReplyDelete