FATWA CINTA - Fatimah Syarha

728x90 AdSpace

Terkini

FATWA CINTA

Berpacaran sebelum bernikah: 'Sudi'kah kita disakiti di dunia dan di akhirat?


Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi :

أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2].


Pandangan dari bekas mufti Arab Saudi, Syeikh Utsaimin mengenai 'hubungan percintaan diantara dua insan' :-


التواصل بين المتحابين على غير وجهٍ شرعي هذا هو البلاء ، وهو قطع الأعناق والظهور ، فلا يحل في هذه الحال أن يتصل الرجل بالمرأة ، والمرأة بالرجل ، ويقول إنه يرغب في زواجها ، بل يخبر وليها أنه يريد زواجها ، أو تخبر هي وليها أنها تريد الزواج منه ، كما فعل عمر رضي الله عنه حينما عرض ابنته حفصة على أبي بكر وعثمان رضي الله عنهما
وأما أن تقوم المرأة مباشرة بالاتصال بالرجل فهذا محل فتنة
"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).
FATWA CINTA Reviewed by Fatimah Syarha on 12:20:00 Rating: 5 Berpacaran sebelum bernikah: 'Sudi'kah kita disakiti di dunia dan di akhirat? Ka...

28 comments:

  1. Masya Allah.
    Syukran kak fatimah syarha :)

    ReplyDelete
  2. mohon share ya ustazah ^^
    syukran atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kaq fatimah yang sy h0rmati..

    akaq..,alhamdulillah,sejak saya jumpa bl0g akaq,saya selalu menjenguk ke sini..

    n sy perhatikan akak selalu dan gemar menggunakan hujah dri Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi ..dari situ,sy mula kenal,n teringin untuk kenal lebih ramai ulama..sampai tiap kali sy bc entry akaq,n sy nampak nme ulama kesayangan akaq ni,sy tak tahu kenapa tiba2 sy menangis..sy rse,rindu..hmm..,sbnrnye sy xtahu rasa ape yg dtg..,tp dlm hati sy,sy teringin nak kenal ulama..,mcm akaq..

    wlupn sy pelajar sklh agama,tp mklum sje la..,kdaan n suasananya tidak berapa mghidupkan kehidupan Islam..n nama2 ulama,jrg sy dengar..jd sy xtau ape yang plu sy thu..trutma dlm bidang dakwah..yang ada pada sy skrg adalah s1 yg samar2..wallahualam..,sy xtahu nak terangkan mcm mne,..tp xpe la..

    first step,b0le x akq kenalkan sy ket0kohan ulama kesayangan akaq ni??di samping tu,sy juga usaha sendri utk cari d g0ogle..,

    sy minta maaflah klu permintaan saya menyusahkan akak..sy nak sgt tahu..sy nak sgt kenal..n tahu ilmu mereka..n alangkah baiknya klu sy b0le belajar ilmu2 mereka..:')

    ReplyDelete
  4. ramai yg cuba jugak perjuang cinta sebelum nikah.....ish3

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,Ustazah...
    ada rakan saya bertanya,bagaimana pula dengan Nikah gantung???
    Boleh tak,Ustazah jelaskan berkaitan dgan Nikah gantung???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.
      nikah gantung ialah akad dahulu dan lambatkan majlis walimah.
      hukumnya harus.

      cuma berisiko dapat umpatan dan fitnah oleh orang yang tidak tahu bahawa pasangan tu telahpun bernikah. boleh iklankan guna facebook, blog dll.

      Ia solusi bagi pasangan yang sudah ada calon tapi belum ada kewangan nak buat kenduri.

      Delete
  6. assalamualaikum..mohon share ya ustazah,, boleh lawati blog saya di ukhwahfillahabadanabadan.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. salam ustazah, moga ustazah fatimah sentiasa dalam lindungan rahmat allah.(^___^). sy berminat nak berukhwah dgn ustazah dgn lebih rapat.boleh sy dapatkan email ustzh jika xkeberatan memberi. salam syg fillah.

    ReplyDelete
  8. ayat2 kak ha mesti meanrik dalam setiap artikel dikarangnya...:)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..
    kebnyakan remaja zamn sekrg bercouple malah pelajar2 SMKA juga terlibat..
    saya minta bantuan ustazah,bagaimana untuk mensifarkan couple?saya rasa ini merupakan tanggunjawab BADAR di sekolah,apakah tndakan yg sesuai untuk dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.
      boleh guna kaedah revearse psychology...pusingkan cinta mereka ke arah cinta Allah, Rasul dan kawan-kawan dengan banyakkan pengisian, ceramah, kempen, artikel dan hidupkan ukhuwahfillah.

      Delete
  10. ustazah..mohon pandangan ustazah..ade beberapa rakan yg bertanyakan pd sy tntg isu pnceraian..sblm ni sy ade menegaskan cinta selepas berkhwin itu lbh indh..namun sebilangan kecil mereka ade yg menyangkal dgn mngatakan bhw bagaimana nk knl pasgn kalau tak bercinta..sy pn mmbalas kita blh selidik melalui latar blakangnya dll..namun masih ada juga yg pasangan yg bercinta selepas berkahwin tetapi ade yg bercerai..mohon pndangan ustazah..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang adikku. Cinta selepas kahwin lebih memancing redha Allah. Risiko 'bercerai' masih ada, cuma agak kecil berbanding orang yang terbiasa dengan noda dan dosa sebelum menikah. Hidup selepas nikah dipenuhi prasangka.

      'Perceraian' adalah suatu perkara halal dalam Islam yang kadang kala menjadi solusi terbaik dalam masalah tertentu. Bukan semua perceraian itu suatu keburukan.

      Selagi seseorang itu terbiasa 'mencari redha Allah' sebelum nikah, andai sudah nikah dan ditakdirkan bercerai, matlamat asasi hidup kita untuk 'mencari redha Allah' masih tercapai.Tiada sakit jiwa. Tiada bunuh diri.

      Rasulullah SAW pernah bercerai. saidina Umar pernah bercerai. Khadijah pernah bercerai. Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah bercerai. Abdullah bin Abu Bakar pernah bercerai.

      Delete
  11. salam..ustazah..akhirnya sy dpt juga beli buku sebarkan cintaMu itu di MPH..rasa sgt truja dapat mengumpul buku2 koleksi hasil tulisan ustzah..dengan bhsa2 yang mmbuat pmbca brfikir..dan paling sy suka..kerana ianya fakta islam..dlm bku tu juga dbgkitkan isu2 pligami..jilbab dan hijab..info yg sgt mnarik..klu smua org arif dan bgitu mmhmi islam itu..mungkin tdk smua lelaki dgn mudah mgatakan pligami itu sunnah..dan dgn mudah untuk brplgami..truskan mghsilkan karya2 yang brguna kpda rmaja..i'm your fan.:)

    ReplyDelete
  12. terima kasih ustazah, suatu perkongsian ilmu yg berguna terutama org muda seperti kami

    ReplyDelete
  13. saya tak dpat lagi buku yang diorder.. no phone pun tak delivered msg.. email takde reply.. kenapa yer. buku takde stock ke. saya nak amik di pameran EBI di putrajaya. saya bawa slip pembayaran boleh? sila hubungi saya.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum menjawab salam perempuan bagi lelaki dan sebaliknya di dalam chatting di facebook dalam sesuatu kumpulan yang saya sertai. Di dalam kumpulan tersebut terdapat ramai orang yang sedang chatting dan salam tersebut ditujukan secara jelas kepada kita. Apakah hukum saya menjawab salam tersebut? Dan ada memberitahu saya bahawa boleh saya menjawab salam tersebut kerana terdapat ramai orang dan tidak mengeluarkan suara pun,adakah pernyataan ini boleh diterima di sisi Islam?
    Dan adakah kita dibolehkan berbalas-balas memberi komen dengan lawan sejenis tentang sesuatu perkara yang tidak penting seperti teka-teki dan apa yang ditulisnya di facebook dengan alasan terdapat ramai orang yang berbalas komen tersebut dan untuk mengeratkan lagi silaturrahim? Saya harap ustazah dapat memberi penjelasan terhadap masalah ini dan mohon ustazah memberi penjelasan dengan lebih lanjut tentang cara-cara pergaulan antara lelaki dan perempuan di alam realiti dan juga di alam maya yang dibenarkan oleh syarak.

    ReplyDelete
  15. waalaikumussalam wbt.
    1. mengucapkan salam antara lelaki dan perempuan.

    Ini isu khilaf, bukan isu yang disepakati.
    Lumrah isu khilaf, ada pendapat yang berbeza-beza.
    Ustaz ni kata lain, ustaz ni kata lain pula.
    semuanya dalam daerah pahala selagi ada dalilnya.

    Mengikut pendapat moderat oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jika meneliti banyak riwayat terhadap petunjuk Rasul dan para sahabat, hukumnya BOLEH/HARUS mengucapkan salam kepada lawan jenis.

    Tetapi, majoriti ulama memeberikan batasan DIBOLEHKAN bagi salam apabila TIDAK KHUATIR TERJADI FITNAH.

    Al-Halimi berkata, "Nabi adalah susuk yang terjaga dari dosa dan fitnah (ma'sum). Kerana itu, orang yang yakin dirinya terjaga dari fitnah, maka lakukanlah. Jika tidak, hendaklah dia diam dan itu lebih baik."

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata,
    "Alasan yang paling kuat ulama yang melarang mengucapkan salam kepada lawan jenis adalah KHUATIR TIMBUL FITNAH dan ini hendaklah DIPERHATIKAN DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH oleh setiap Muslim demi menjaga agama dan kehidupannya. Semua itu akhirnya kembali HATI MASING-MASING, dan biarkanlah hati mereka yang BERFATWA."

    Rujuk Fatawa Mua'sirah, ibid, juz 2, hal. 272-274.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan-persoalan ranting yang 'timbul' daripada persoalan pokok ini semoga dapat adik menjawabnya sendiri dengan kaedah hadis yang mudah lagi memudahkan, "Mintalah fatwa dari hatimu....kebaikan itu apa yang kamu rasa tenang. Dosa itu apa yang kamu rasa was-was."

      Kesimpulan terhadap isu ini, asalnya harus namun perkara harus sangat mudah menjadi pahala atau dosa, bergantung pada niat hati masing-masing.

      Delete
  16. 2. Berbalas-balas komen dalam facebook, blog dsb.

    Bergantung kepada niat. Jika kita menganggapnya satu urusan menajamkan minda, aktiviti keilmuan yang baik dan bermanfaat dalam suasana yang terhormat dan kata-kata yang baik, maka apa salahnya.

    Jika kita menganggapnya suatu medium menunjuk 'hebat', medan bergurau-senda, mencari hiburan, melaghakan diri dsb, maka kita 'mendapat' apa yang kita niatkan..

    ReplyDelete
  17. Salam alaik kak..saya ingin bertanya.tentang kasi binatang?apakah hukum apabila kita kasi(ikat) binatang?sedikit kelire kerana bercanggah pendapat saya telah saya dengar. Ada yang kata diharuskan untuk menjaga keturunan binatang itu.Ada yang kata haram, kenapa nk bela andainya kita kasi mereka?mohon akk dapat rungkaikan kekeliruan ini. Terima kasih kak.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ustazah...
    ada sahabat saya yg mengatakan bercinta ( sblom khwin ) tak m'jadi salah dan tak membuang masa dgn syarat kita bercinta dgn org yg tak melalaikan kita....mohon pendapat dari ustazah

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ustazah...
    Di sini sy ingin meminta pendapat ustazah. Sy sudah bertunang dan klu dipermudahkan InsyaALLAH sy akan bnikah awl thn hadapan. Sy mghadapi masalah apabila tunang sy sering menelefon sy..boleh dikatakan hari-hari dia telefon..alasannya rindu la, tak senang duduk la klu xdengar suara sy. Sy cuba menasihatkn dia jangan terlalu kerap menghubungi sy sbb sy tahu tindakannya itu bukan perkara yg baik. Sy nk mnta pendapat ustazah, dan minta nasihat dari ustazah macam mana untuk sy terangkn pd tunang sy bahawa apa yang dia lakukan itu adalah sesuatu yang tidak wajar? Mnta jasa baik ustazah...Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Salam ustazah..sy ingin minta pndpt ustzah..sy tlh bkja tetap n sdah brumur 28 thn.sy xprnh b'cnta sblm ni drzman sdnt.sy fkir b'cinta bnyk mgundang dosa.sehinggalh pd umur 25sy memikirkn soal kahwin n dnasihatkn mula buka ruang pd siapa yg inginmgenali.
    Telah dtakdirkn s' org lelaki hulurkn p'knaln, n frst time jumpa melalui lwatnnya krumah sy krn alsan lbih baik parents tau ank dia kwn dgn siapa..perknaln kmi berthn 9 bln. Dia tlh smpailn hsrat tp sy ambil msa utk btl2 buat kputusan samada tnya kwn n solat. Pabila tiba masa sy ykin nk terima dia.dia m'jauh dri. Kali ke-2 dia bgtu. Kmi jrg b'jupa krn b'kje lain negeri. Pda mulanya dia ykinkn sy sdah adt familyjrak jauh. Tp, tba2 dia snyap.sy bg pluang pd dia sblan dgn hrapn dia akn contact sy..namun x.akhirnye, sy buat kputusan utk block fb dia utk tjuan lupaknnya.
    Soaln sy, dosakh sy ptuskn silaturrahim? N kini hnya b'doa pd tuhan dperrmudh jodoh.. isunya,perlukh ia dsertakn dgn usaha..tp sy tkut usaha itu myebabkb sy b'dosa pd tuhan..sy keliru..
    Mphon bntu sy utk membri tips mlupakn dia (1st time fust cinta)n cra mencari cinta mngikut cara islam sbnar..
    Sekian, assalamualaikum.

    ReplyDelete